expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Selasa, 6 November 2012

Popular Dunia VS Popular Akhirat..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^_^
macam biasalah, sebelum baca entry mirul jangan lupa ucap alhamdulillah dengan setiap nikmat yang telah ALLAH beri dekat kita.. mirul cuma mengingatkan sebab mirul pun kadang-kadang nak kena orang ingatkan baru tersedar.. jadi setiap hari kalau boleh jangan sombong untuk berterima kasih dekat ALLAH sebab ALLAH x pernah sombong pun dengan kita.. ^_^
okey..! dalam entry kali ni mirul nak berkongsi dengan sahabat semua tentang POPULAR.. sebenarnya apa itu popular..? huhuhu.. popular tu boleh jugak di ertikan sebagai femes x pun retis.. kalau nak lagi best, HOT.. hahaha.. dalam dunia ni ramai orang yang nak jadi popular.. ramai yang sanggup buat apa sahaja asalkan orang lain tahu yang dia wujud dalam dunia ni.. kan-kan..?

blogger popular..
menjadi seorang blogger yang popular dan diketahui ramai memang menjadi impian setiap blogger.. siapa je kan yang x nak popular..? paling kurang pun mesti dia nak blog dia tu ramai pengikut, kalau lagi banyak lagi popular katanya.. huhuhu.. sampai kan ada yang sanggup buat apa je asalkan blog dia tu difollow oleh orang lain sebab bagi dia, makin ramai makin popular..

berbeza dengan pandangan mirul yang mana bagi mirul, kuantiti itu hanyalah satu nombor sedangkan kualiti itu lah yang harus kita utamakan.. sebagai contoh lah ye, kalau dia ada follower yang berpuluh ribu sekalipun namun kalau setiap entry yang dia buat tu x memberi manfaat pun kepada sesiapa rasanya x guna kot.. sekurang-kurangnya bila dia menulis entry yang bagus, dia juga secara x langsung telah membantu follower dia.. jadi x ada lah sampai rasa macam sia-sia je follow kan.. huhuhu..
macam blog mirul ni pun x ada lah popular dan bermanfaat sangat kepada semua orang, tapi mirul akan pastikan yang setiap entry yang mirul buat tu sedikit sebanyak pun ada ilmu nya.. paling cikai pun orang akan rasa yang dia x membuang masa.. sebab bagi mirul sekarang ni ramai sangat blogger yang menggunakan blog sebagai satu medium yang salah.. nak popular, nak mencarut, nak tulis diari bukan dekat sini.. nak buat boleh tapi kena ingat, tulis yang bermanfaat.. baru ramai yang suka blog kita tu.. ^_^

hamba popular
hidup dekat dunia ni kita kena selalu ingat dalam hati kita yang kita ni sekadar hamba ALLAH yang menjadi khalifah di muka bumi ni.. kita ni bukan sesiapa kalau nak dibanggakan dan dimegahkan jika berbanding dengan para anbia' dan hamba-hamba nya yang jauh lebih soleh dari kita.. kita tahu amalan kita, kita tahu setiap niat dalam perbuatan kita jadi usahlah kita berbangga dengan amalan yang x seberapa tu..

menjadi hamba yang popular bagi mirul ada dua maksudnya.. yang pertama popular di sisi ALLAH dengan amalan-amalan kebaikan yang dia lakukan.. yang kedua popular di sisi ALLAH dengan kejahatan-kejahatan yang dia lakukan.. dua-dua popular tapi popular dalam keadaan yang berbeza.. mana yang kita pilih..? yang pertama atau pun yang kedua..pilihan di tangan kita, kita yang buat kita yang tanggung.. :)
sebab tu mirul cakap, menjadi popular ini x salah asalkan kita melakukan perkara yang betul dan bermanfaat..  bukan lah mirul cakap jadi baik dan popular tu kita kena tunjuk kebaikan yang kita buat, kena cakap dekat orang yang kita ni baik.. tapi menjadi baik dan popular tu ialah baik di mata manusia, popular di sisi ALLAH dengan kebaikan kita tu.. :)

apa-apa pun popular ni cuma satu panggilan sahaja, dekat sisi ALLAH x ada istilah popular atau pun tidak.. kita ni semua akan dipandang pada satu taraf yang sama.. yang membezakan kita ialah setiap amalan kita di dunia ni.. maka jika mahu popular di sisi ALLAH, jangan lupa ikhlas dalam melakukan kebaikan.. banyakkan berbuat baik sesama manusia dan melakukan setiap perintah ALLAH.. senang cerita amar makruf nahi mungkar.. semoga kita semua menjadi popular di sisi ALLAH kelak.. insyaALLAH.. amin.. ^_^ wasalam.. ~

4 ulasan:

Unknown berkata...

Pandangan kamu tu aku sokong...apa guna mencari popular sekiranya hanya ingin mencari pujian...tak kemana pun

kucing hitam berkata...

yes..setuju..!

Diari Anak Perantau berkata...

@dhinai adnan : huhuhu.. betul3.. x kemana pangkat harta tu semua kan.. :)

Diari Anak Perantau berkata...

@marlia marble : tq.. ^_^