بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^ okey..! hari ni mirul ingin berkongsi pendapat dengan sahabat semua mengenai tanggapan kita terhadap mereka yang berjubah dan berserban.. :) rambut je sama hitam, tapi hati lain-lain.. macam tu jugak lah dalam soal macam ni. mungkin ada yang memandang mereka dengan pandangan yang positif, dan tak kurang juga ada yang berfikiran sebaliknya.. siapa pun kita, apa pun pendapat kita itu hak masing-masing.. sebab x semestinya perkara yang ramai orang sokong ni betul kan.. :)
manusia ni telah ALLAH ciptakan dengan sebaik-baik kejadian.. tapi bukan bermakna manusia ni x pernah buat salah.. sebaik-baik kejadian bermaksud, telah ALLAH ciptakan manusia ni daripada tanah.. subur lah tanah itu jika ia dijaga, disemai dengan baja dan diberi khasiat yang secukupnya.. jika sebaliknya yang terjadi maka tak hairanlah kalau tanah itu menjadi tanah yang kering kontang dan ketandusan.. hu3.. jika dibandingkan dengan manusia iblis dan syaitan ini telah ALLAH ciptakan mereka daripada api.. panasnya membara dan bahangnya terasa.. nauzubillah..
kopiah dan tudung..
macam dah jadi satu perkara biasa pula bila ada orang yang pakai tudung, x pun orang yang pakai serban buat salah dikutuk padahal orang lain buat juga salah tu.. yang paling ketara bila kesalahan tu kecil je, tapi dia punya cerita macam orang tu bunuh orang.. mereka yang memakai tudung tu manusia juga bukannya malaikat.. sebab tu lah kita kena tahu bezakan antara tuntutan agama dengan akhlak manusia.. ia perkara yang berbeza, tapi saling berkaitan.. percayalah.. :)
menutup aurat tu satu kewajipan buat semua umat Islam, tak kira lelaki atau pun perempuan, besar atau kecil, tua atau muda.. semua umat Islam wajib.. berakhlak mulia juga merupakan satu tuntutan dalam Islam.. namun sebagai manusia kadang-kadang kita ni alpa.. kadang-kadang kita telah melakukan sesuatu yang menimbulkan tanda tanya pada orang lain.. ditambah pula bila bertudung, orang akan selalu cakap "harap je pakai tudung, tapi perangai macam @$%$.. baik x payah pakai tudung je.." hurmm..
dia pun manusia.. mana mungkin dia tidak melakukan kesilapan kan.. kita ni pula suka mngadili seseorang tu tanpa memikirkan sebab musebab kenapa dia melakukan perkara itu.. main nak salahkan orang je.. cuba kita berada dekat situasi itu.. apa yang kita rasa kalau apa yang kita buat tu disalah tafsirkan malah dikecam oleh orang lain.. sebab tu kalau kita nak adili sesuatu jangan fikir bahagian kita je.. kan masih ada orang lain.. fikir-fikrkan lah.. :)
tuntutan + akhlak
siapa cakap tuntutan agama tu x ada kena mengena dengan akhlak seseorang..? mestilah ada kena mengena.. kalau x buat apa Islam menuntut kita untuk berkelakuan baik dan sentiasa berakhlak mulia kan.. hurmm.. sebagai contoh, dalam konteks menutup aurat.. sahabat semua perasan tak perbezaan antara dengan wanita yang menutup aurat dengan wanita yang tak menutup aurat..? mesti kalau diletakkan sebelah menyebelah, kita akan dapat bezakan perangai mereka dan cara mereka kan.. dan mirul percaya yang menutup aurat tu lagi elok adab dia berbanding yang lagi satu tu..
tapi mesti akan ada yang cakap, pakai tudung pun x menjamin kebaikan diri dia.. betul.. mirul setuju... sebab bagi wanita Islam mereka bukan diwajibkan bertudung, tetapi diwajibkan menutup aurat dimana mereka perlu menutup seluruh anggota tubuh badan kecuali tapak tangan nya.. dan disebabkan itu mereka yang bertudung dan mereka yang menutup aurat dengan sempurna itu berbeza..
macam yang x pakai tudung, mereka yang pakai tudung tapi x sempurna sama je perangai dia dengan yang x pakai tudung tu.. cuma lebihnya, sekurang-kurangnya dia ada juga niat nak menutup aurat.. alhamdulillah.. sebab tu lah kita jarang ada masalah dengan mereka yang menutup aurat dengan sempurna ni.. kalau ada pun kita kena ingat, mereka juga manusia biasa.. wallahualambisawaff.. :)
p/s : muhasabah diri.. jangan nampak kesalahan orang lain je.. kita juga manusia..
6 ulasan:
Betul3.. :")
@hafiz hafizol : sekadar perkongsian pendapat je.. terima kasih ye sudi baca.. ^^
mereka yang bertutup aurat tak semestinya baik, tetapi, mereka yang baik, semue menutup aurat :)
Betul. tapi kadang2 masyarakat terlalu stereotaip dgn golongan yg menutup aurat ni umpama mereka ni sempurna.
Wallahualam.
@sitot : betul3.. menutup aurat insyaALLAH mampu menjadikan kita seorang yang menjaga akhlaknya.. :)
k.zhariff : itu lah lumrah masyararakat sekarang.. kadang2 kita pun kalau dah geram terlepas juga kan.. semoga lepas ni kurang lah golongan yang suka menjurikan orang lain macam ni..
Catat Ulasan