اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. :)
okey..! hari ni masuk hari ke-3 mirul cuti.. maklumlah, kitowang kan cuti 5 hari untuk deepavali ni..ha3..
jadi sesiapa yang cuti sekejap tu sila jangan jealous..hik3.. :P walaubagaimana pun, minggu depan sebenarnya ada satu exam mid-term..tapi sampai sekarang ni, mirul still baca-baca lagi..sibuk nak main dan jalan-jalan untuk shoping je.. lalala..~ [jangan jealous lagi..] okey lah..! apa-apa pun untuk entry ni, mirul nak kongsi sedikit dengan korang semua tentang "TAUBAT".. :)
okey..! mirul bukan lah nak kongsi dengan korang semua tentang apa itu taubat dan cara-cara bertaubat.. sebab mirul pasti korang semua mesti tahu semua tu kan..cuma apa yang mirul nak kongsi dekat sini ialah macam mana seseorang tu boleh bertaubat yang sebenar-benarnya[taubat nasuha] selepas dia melakukan kejahatan dan kemungkaran terhadap ALLAH s.w.t .. hurm.. saban hari kita sering dengar manusia semakin berperangai seperti syaitan.. malah ada manusia yang lebih teruk daripada tu.. dorang ni seolah-olah tak takut dengan azab ALLAH s.w.t.. buat dosa setiap hari dan berbangga dengan dosa-dosa yang dibuat tu..hurm..
tapi dalam banyak berita melaporkan tentang kejahatan dan kezaliman manusia, ada juga terselit kisah-kisah yang mampu membuat kita duduk terdiam seketika.. memikirkan diri sendiri dan amalan selama ini yang dah dilakukan.. contohnya kisah seorang hamba ALLAH yang bertaubat selepas menerima sesuatu tamparan yang hebat dalam hidup dia.. dan kebanyakan mereka yang menerima hidayah ni merupakan mereka yang dahulunya merupakan seorang yang benar-benar jahat dan zalim terhadap diri sendiri kerana sering melakukan dosa yang boleh mengundang padah untuk diri sendiri..
semalam mirul ada terdengar kisah yang buat mirul benar-benar terdiam memikirkan kealpaan diri ni.. kisah mengenai seorang remaja lelaki yang bertaubat selepas mengalami satu kemalangan.. kisah nya bermula begini.. A bukan nama sebenar ialah seorang remaja lelaki yang selalu melakukan dosa.. hidupnya ditemani oleh maksiat dan kemurkaan.. setiap saat kalau dirinya tak melakukan dosa itu bukan A namanya.. setakat buat maksiat dengan perempuan memang dah menjadi perkara rutin baginya.. akibatnya ramailah anak-anak luar nikah yang terpaksa digugurkan demi menutup nama nya.. sikap nya terhadap keluarganya juga menunjukkan dirinya seorang anak yang tak berguna.. segala nasihat dan teguran ibu bapanya ditepis begitu sahaja.. malahan serangan balas terhadap kata-kata kedua ibubapanya juga sering dilemparkan tanpa memikirkan perasaan mereka.. memang A sungguh derhaka..! suatu hari, A diajak keluar oleh salah seorang rakannya.. namun perkara itu dibatah oleh ibunya.. namun, apa dia kisah.. makin dibantah, makin membuak-buak lah perasaan nya nak keluar.. ibu nya terdiam sebab A memaki hamunnya.. hati seorang ibu, tak siapa yang tahu.. dia bergegas keluar sambil memaki ibunya.. nauzubillah..
dalam keseronokan A melawan kata-kata ibunya, ALLAH s.w.t masih memberi dia peluang untuk berubah. A terlibat dalam satu kemalangan yag hampir meragut nyawanya..namun dia masih selamat, tanda ALLAH s.w.t masih mahu menerima taubatnya.. hurm.. A koma 3 hari.. jasadnya erlanta kaku selama 3 hari tanpa ada sebarang peluang untuknya kembali ke sisi keluarganya.. namun kuasa ALLAH s.w.t x siapa yang tahu.. A menyadarkan diri selepas 3 hari koma.. mungkin berkat doa keluarganya masih membuatkan dirinya hidup.. namun, kehidupan "keduanya" ini seperti berbeza dengan kehidupan lamaya.. dia menangis teresak-esak sambil menggigil ketakutan.. rupanya selama "ketiadaan" dia di muka bumi ini, dia diberi peluang utnuk melihat sendiri bagaimana kehidupan kita selepas mati.. dia diazab dan disoal.. segala perbuatannya diperhitung dan sekali lagi dia diseksa.. dia benar-benar kegerunan saat itu.. segala dosa lamanya
menghantui dirinya.. dan akhirnya kini dia bertaubat..
dirinya kini berada di salah sebuah sekolah pondok dan sedang mendalami ilmu agama.. dirinya benar-benar berubah.. dan kalau sekarang jika kita mengingatkan dia tentang sifat dan perangainya dulu, dia akan menangis ketakutan.. penyesalan nya bagaikan tiada penghujungnya.. seperti dia telah mebazirkan sesuatu yang sangat berharga dalam hidupnya..hurm..dan sekarang, alhamdulillah.. dia telah mejadi seorang yang bagi mirul seorang hamba yang benar-benar berubah.. walaupun dulu dia seorang yang sangat jahil, namun kini dia merupakan seorang hamba ALLAH yang sering mengabdikan dirinya kepada tuhan, memohon seribu satu kemaafan atas segala dosa-dosa di masa silamnya.. hurm..
tapi apa yang mirul nak tegaskan dekat sini ialah adakah kita sebagai hamba ALLAH s.w.t memerlukan sesuatu perkara yang sungguh tragis untuk kita bertaubat..? perlukah ALLAH datangkan musibah dan bencana baru kita nak bertaubat..? hurm.. masing-msing mengaku islam tetapi kenapa masih mengamalkan perkara haram..? mungkin benar, manusia hanya akan berubah selepas didatang musibah kot..hu3.. namun, semoga kita yang masih sedar ini akan terus meningkatkan amalan supaya diri tak terjerumus dalam lembah dosa.. dan dalam masa yang sama cuba untuk menarik oang-orang lain untuk kembali ke jalan ALLAH s.w.t supaya kita sama-sama dapat bertaubat. jangan sampai azab ALLAH itu datang baru kita nak bertaubat ye.. apa-apa pun selamat beramal.. :) semoga taubat kita diterima oleh-NYA..amin..~ salam..~
kalau suka entry ni dan nak KONGSI dengan kawan-kawan, tekan lah button LIKE dekat sebelah tajuk entry ni ye.. terimakasih.. :)
1 ulasan:
y1m75q7l81 s4u43o5d58 f6l76w6t18 x1c24h2z11 b3b27m8d93 h8b23a7l03
Catat Ulasan