اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. :) insyaALLAH..
okey..! sebenarnya mirul tak terasa nak update blog pun pagi-pagi buta ni..
[ cuba engok jam, dah pukul 2.57a.m dek oi..!! ] tapi disebabkan keterlanjuran mirul pagi dan petang tadi untuk tidur secara berlebihan, maka malam ni mata dah x macam orang korea dah..ha3.. :P
[berdarah tak mata baca..lalala..~]
okey lah..! mirul sejujurnya memang x ada idea nak update pagi-pagi ni..
[sebab otak ingat katil je..ha3..] tapi tiba-tiba nafsu nak update tu membuak-buak keluar.. :P
jadi mirul nak kongsi lah dengan korang semua tentang tajuk febret korang iaitu tentang cinta..
he3..
apa itu cinta..? ramai orang bermaksud banyak lah maksud tentang cinta kan.. tapi sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan cinta.. adakah cinta itu satu barang mainan atau pun sesuatu perkara yang bernilai bagi sesetengah orang.. hurm..kalau nak diikutkan, mirul rasa semua orang kot pernah merasai apa itu cinta kan.. tak kira lah cinta pada apa atau pada sesiapa pun, tapi yang pasti cinta kita pada ilahi tak akan pernah padam.. :) namun, apa yang mirul nak persoalkan dekat sini ialah, sejauh mana mahalnya cinta kita pada seseorang tu.. sejauh mana kita sanggup memberikan cinta kita tu pada dia dan adakah berbaloi jika kita memberikan cinta kita sepenuhnya pada si dia..?
hurm.. remaja zaman sekarang ni kalau tak bercinta memang tak sah.. sedangkan kucing pun ada pasangan lagikan pula kita ni sebagai manusia yang ada hati dan perasaan kan.. hu3..tapi kadang-kadang tu, mirul agak hairan juga lah dekat sesetengah pasangan tu yang senang je berpisah sedangkan masing-masing pernah melafazkan ikrar percintaan..hurm.. itu yang senang, tapi ada juga lah sesetengah manusia yang kalau berpisah dengan pasangan dia, menangis macam dah hilang apa.. menangis tak henti-henti..meraung..selamat tak bunuh diri..hu3..
kadang-kadang tu mirul pun pelik.. masa bercinta kentut pun kata wangi.. makan sesuap dah terasa kenyang.. semua yang buruk tentang pasangan pun nampak elok je kan.. tapi bila dah putus, macam-macam keluar.. buruk lah, busuk lah, maca-macam ada..apa semua ni..? seyes tak faham.. dulu masa bercinta cakap terima seadanya lah, apa lah, tapi bila dah putus, amek kau..! bernanah telinga dengan makian dan kutukan dari dia.. ni ke yang korang katakan cinta..? boleh kapel sampai bertahun-tahun, tap sekali je putus korang punya perang sampai kiamat pun tak habis..hurm..dan disebabkan tu lah orang duu-dulu selalu pesan, jangan bercinta waktu sekolah.. nanti menyesal sebab x dapat score.. tapi degil, nak jugak kapel.. time dapat result nangis.. salah siapa..? mak? cikgu..? hu3..
manusia ni kan degil, makin dilarang makin kuat naluri tu nak buat kan.. memang lah mula-mula bercinta je, tapi nanti lama-lama mula lah nak pegang-pegang sana sini..hurm..tipu lah kalau cakap dalam hati tu x ada niat langsung nak pegang tangan pasangan kita..mesti ada lah.. cuma kadang-kadang kalau nak pegang tu terfikir dua tiga kali juga lah.. kalau yang kuat iman boleh lah tahan, tapi kalau yang sembahyang pun tak memang tak lah kan..hu3..apa-apa pun tak salah kalau kita nak bercinta.. tu kan lumrah semula jadi manusia..tap ingat..! jangan ambil kesempatan dia atas kebenaran yang diberikan.. kita ni sebagai orang islam ada batas-batas nya.. kalau rasa dosa tu dah banyak sebab maksiat n, cepat-cepat lah bertaubat.. jangan makin nak tambah pula..hu3..
tapi dekat sini mirul nak bagi adangan dekat korag semua.. kalau nak memberikan cinta tu berikan lah cinta kita ni pada DIA yang satu.. konform korang tak akan rugi sampi bila-bila.. malah mirul rasa korang akan dapat benefit lgi..hu3.. dan letakkan lah cinta kita tu pada DIA pada tahap yang paling atas sekali sebab bila kita kecewa dengan cinta kita terhadap manusia, kesedihan tu x akan terasa..kerana kita masih lagi ada cinta yang benar-benar hakiki.. cinta pada yang satu.. jadi renung-renungkan dan selamat beramal.. :)
okey lah..! mirul dah nampak katil..he3.. jom tidur..!
salam..~
7 ulasan:
=]
jgn nodakan kesucian cinta
:) cinta?? emmm everyone is looking for cinta kan..
love is cinta ( x memasal)...hehe
aimie amalina : he3.. betul3.. :)
cik nurulzaty : he3.. tau x pew.. tapi astikan cari cinta dengan cara yang betul okey.. :)
ajes : ha3.. x pepasal ko ek..he3.. bila nak update blog..?
Cinta?
seindah bunyinya, namun adakah mampu untuk kita menikmati keindahan cinta seperti indahnya bunyi 'cinta' =)
http://azamsad92.blogspot.com/2011/02/hanya-50.html
Catat Ulasan