expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sabtu, 22 Oktober 2011

KeNaPa KItA seRiNg GaGAl dAlAM exAm..!


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  :) 
okey..! disebabkan minggu ni adalah minggu peperiksaan bagi kebanyakan pelajar-pelajar IPTA, maka mirul terpanggil untuk berkongsi dengan korang semua tentang sesuatu perkara yang sering kita buat tapi sering kita lupa akan kesannya pada diri kita sendiri.. hu3.. iaitu tentang "Study Last Minute"..
okey..! kehidupan sebagai seorang pelajar memang tidak akan dapat lari daripada ujian dan peperiksaan..biasanya ujian atau pun peperiksaan yang dilakukan adalah bertujuan untuk menilai sejauh mana tahap kefahaman kita dalam sesuatu subjek itu.. tetapi kadang-kala kita sering mengambil acuh tak acuh tentang perkara itu.. lebih menyakitkan hati bila tiba je masa peperiksaan, kita akan meniru.. macam-macam teknik dan tektik digunakan untuk dapatkan jawapan.. ada guna simbol lah, ada guna kalkulator lah.. hurm.. macam-macam ada..hu3..

tapi apa yang mirul nak highlight kan dekat sini ialah mengenai sikap kita sebagai pelajar yang suka sangat-sangat belajar di saat-saat akhir.. hu3.. contohnya, kalau esok kita nak exam, malam tu baru sibuk nak cari nota.. tu belum baca lagi tu.. baru cari.. hu3.. itu lah kita.. dulu masa mula-mula belajar, semangat punya lah tingggi.. nak score lah apa lah.. tapi dalam masa kita menuntut ilmu tu, sedikit demi sedikit semangat tu hilang.. mula lah malas nak buat kerja.. malas nak buat diskusi.. semua malaslah.. tau nya nak main je.. hu3..nanti bila masa nak exam, mula lah berpeluh-peluh sebab soalan tu macam x pernah jumpa..maklumlah, nak baca buku pun setahun sekali, mana nak jumpa jawapan kan..hu3..


lepas tu pulak, bila keputusan peperiksaan tu keluar kita akan mula menyalahkan orang lain atas kegagalan yang dah kita sendiri reka.. bukan pernah nak rasa menyesal atau rasa bersalah terhadap diri sendiri.. hu3.. masa tu mula lah nak menangis lah, nak mengamuk lah, tapi semua tu tak ada kesan nya.. sebab dah terlambat.. nasi dah jadi bubur.. hu3.. tapi, kadang-kadang ada juga segelintir daripada kita yang menyalahkan takdir tuhan atas kegagalan diri sendiri.. bukan nya nak menyesal kerana telah membuat satu kesilapan, tapi makin nak tambah kesilapan lagi adalah.. hurm..

jadi, sebagai seorang pelajar kita seharusnya sentiasa melakukan perkara yang menunjukkan bahawa kita ni ialah seorang pelajar.. jangan suka membuang masa dengan aktiviti-aktiviti tak bermoral sehinggakan pelajaran kita terabai..hu3.. gunakan masa yang ada itu sebaik mungkin kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.. hargailah masa seperti mana kita menghargai kawan kita sendiri..  dan belajarlah dari kesilapan..jangan jadikan kegagalan dulu sebgai alasan untuk kita terus gagal di masa hadapan..cuba untuk berubah.. kerana dengan kesilapan itulah kita akan mencipta satu kejayaan yang lebih besar.. 


apa-apa pun kalau kita dah berusaha sedaya upaya tetapi masih mendapat kegagalan, cuba muhasabah diri.. lihat balik segala amalan kita dan cuba cari di mana silap kita.. tidak ada seorang manusia pun yang sempurna kan.. hu3.. mungkinkegagalan itu adalah satu ujian dari ALLAH tapi mesti ada sebab nya kenapa kita diuji sebegitu.. mungkin ALLAH nak kita berusaha lebih lagi.. siapa tahu.. hu3.. okey lah.. mirul nak tidur.. mata dah sepet gila dah ni.. ha3.. salam..~

2 ulasan:

Unknown berkata...

yg penting, kalo na berjaya..
mesti ada DUIT!!! :D
D- doa
U- usaha
I- istiqamah
T- tawakal

jom join Aien :
http://tintahatimilikain.blogspot.com/2011/10/segment-jalinan-ukhwah-bersama-cik.html

aJeS oThMaN berkata...

gudluck mirul...rindu ko...