اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa..jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. :) okey..! semalam mirul ada janji nak buat entry tentang kehidupan baru mirul dekat UniMAP kan, tapi rasanya ada cerita yang lebih penting lagi yang mirul nak kongsi dengan korang semua.. hu3.. ini bukan sebarang cerita atau kisah sengaja direka, tetapi yang ini kisah yang melibatkan kehidupan alam remaja di Universiti..
okey..! sebelum tu mirul nak tanya sikit lah kan..korang rasa kehidupan di zaman sekolah ke di zaman U yang lebih seronok.. seronok bukan sahaja dari segi pembelajaran tetapi juga dari segi kehidupan sosial, kawan-kawan dan juga disiplin..hurm..mungkin ramai [tapi macam semua je sokong..ha3..] yang cakap zaman U lah zaman yang terbaik..sebab dekat U ni semua bergantung kepada kita.. tak ada lagi warden atau felo atau mana-mana cikgu yang akan paksa-paksa kita buat sesuatu kan..sebab kalau dekat sekolah dulu, asyik-asyik kita je yang kena paksa buat sesuatu perkara tu..kadang-kadang kita rasa geram sangat-sangat..namun apakan daya, masa tu kita ni pelajar sekolah lagi kan..hu3..
tapi bila mula je jejak kan kaki ke U, kehidupan kita sedikit sebanyak dah mula berubah..dekat U kalau kita nak buat apa pun ikut suka hati lah..maklumlah kan kita ni dah cukup DEWASA untuk buat sesuatu keputusan.. kadang-kadang tu, ibu bapa pun dah x boleh nak beri nasihat.. inilah kehidupan di U..kalau nak pergi jalan-jalan ke, nak pergi dating ke atau nak pergi mana-mana, ikut suka hati lah.. asalkan ada duit semua boleh kan.. kalau nak ponteng kelas pun boleh je sebab kita kan ramai kawan.. suruh je lah dowang tandatangan untuk kita..jadi pensyarah tak akan kesan yang kita ni ponteng..hu3..
tapi, ini ke kehidupan yang kita nak kan selama ni.. penat-penat kita belajar dari zaman sekolah lagi, sampailah dapat masuk U kemudian masuk-masuk je U kita buat sesuatu yang tak akan memberikan apa-apa faedah pada kita.. harapan mak ayah dekat rumah tu besar buat kita..setiap hari mereka berdoa dan berharap yang kita akan belajar bersungguh-sungguh.. supaya nanti bila dah keluar, kita akan mendapat pekerjaan yang bagus.. tapi kita dekat sini..? hurm..tepuk dada tanya selera.. :)
dan kadang kala dengan keseronokan itulah sesuatu perkara buruk akan terjadi..semalam kalau korang ada terbaca surat khabar KOSMO!, ada berita tentang kemalangan yang meragut nyawa 4 sahabat..mereka semua merupakan pelajar Universiti tempatan.. niat untuk pulang selepas makan malam dan bersiar-siar di pantai cahaya bulan menjadi tragedi selepas 4 daripada 5 meninggal akibat kemalangan tersebut.. [al-fatihah untuk kesemua mangsa..] nauzubilah..
[ semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman..amin..~]
kita pun tak tahu apa punca sebenar kemalangan tersebut kan..adakah kerana mereka cuai atau pun pemandu lori tersebut yang cuai..cuma apa yang cuba mirul sampaikan ialah apabila berada di U, tak akan ada pihak yang akan menghalang aktiviti kita.. semua nya bergantung kepada kita sendiri.. kalau nak pergi jalan ke apa ke semua nya bergantung pada diri kita..kereta pun senang je disewa kan.. tapi bila perkara seperti ini dah berlaku, siapa yang patut disalahkan..? hurm..dan mirul rasa ni bukan kemalangan pertama yang melibatkan pelajar U tempatan.. sebelum ni juga, banyak kes-kes pernah dicatatkan.. cuma kita je yang tak pernah nak ambil iktibar.. hu3..
apa-apa pun kita semua ni kan dah cukup matang untuk memikirkan sesuatu perkara tu baik ke jahat.. cuma kadang-kadang tu dalam membuat keputusan kita sering alpa dan akhirnya kita membuat kesilapan.. tidak apa, jangan risau..masih sempat untuk kita berubah dan kembali ke pankal jalan..ingat pesan ibu bapa kita dan sematkan dalam diri masing-masing.. tak salah untuk kita bergembira tetapi biarlah berpada-pada..jangan sampai kegembiraan itu diakhiri dengan kesedihan dan kesesalan..bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..
okey lah..mirul nak solat dulu kemudian lepas tu nak buat perbincangan.. ada kerja pula nak di siapkan.. okey..! salam..~
5 ulasan:
nice..dunia u yang paling best sekali..bebas ..
rasanya zaman sekolah best kot....
ija : ha3..betul3.. :)) tapi matrik n sekolah pun best jgak..
ahmad haziq azlan : hu3..depends lah pada orang..kadang2 matrik, kadang2 dip n macam2 lagi..he3..
pape pon zaman beljar yg terbest skali..
Catat Ulasan