expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Selasa, 25 Oktober 2011

tEnAngKaN HaTI DiA ya ALLAH..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. :)
okey..! mirul rasa semua orang tengah sibuk membuzykan diri masing-masing untuk balik kan..
maklumlah, sekarang ni kan tengah minggu cuti sambutan hari deepavali..
tapi mirul pulak, x balik pun.. bak kata pepatah, hidup di perantauan ni memang banyak berkorban..
huk3.. T_T
okey..! sebenarnya bukan pasal cuti deepavali yang mirul nak cerita dekat korang.. sebenarnya mirul nak cerita  tentang satu kisah yang berlaku sendiri dalam hidup mirul ni.. hurm.. tapi awal-awal lagi mirul cakap yang mirul memang tabik spring lah dekat dia sebab ketabahan dia melalui setiap detik pahit manis selama ni..hu3.. kalau lah mirul yang berada dekat tempat dia memang x tau lah apa nasib mirul sekarang ni..hurm..

okey..! kisahnya macam ni.. dekat UniMAP ni, mirul ada lah kenal beberapa orang kawan yang boleh dikatakan rapat dan agak baik dengan mirul.. maklumlah kan yang dekat sini mirul memang x ada kawan baik lagi kan.. hurm.. nak dijadikan cerita, ada lah seorang kawan mirul ni yang selalu jadi "bahan" kitowang.. maksudnya kalau setiap kali buat lawak, mesti dia je yang kena.. kadang-kadang tu kesian jugak sebab asyik dia je yang kena kan, tapi bila tengok dia pun gembira je kitowang pun ok je lah.. lagipun lawak kitowang bukan lawak kasar pun.. cuma lawak-lawak nak makan kasut je..ha3..
nak dijadikan cerita, tadi masa dekat tengah berbual-bual dengan sorang kawan mirul tu, tiba-tiba dia cakap yang kawan yang selama ni kitowang jadikan "bahan" tu rupanya anak yatim piatu.. seyes masa tu memang mirul terkejut sangat-sangat.. macam tak percaya.. mirul tanya lah dekat member dia sama ada, betul ke budak tu anak yatim piatu, dia cakap a'ah.. masa tu mirul terus pergi bilik air sebab air mata dah x boleh nak tahan lagi..mirul rasa sedih bukan sebab apa, cuma rasa bersalah sebab selama ni mirul sering buat lawak dengan menjadikan dia sebagai bahan kitowang.. memang dia x kisah, tapi mirul pula yang rasa bersalah..dah lah dia tu anak yatim piatu..hu3..

 agak lama juga lah mirul duduk dalam bilik air tu.. nak menahan air mata ni keluar bukannya senang.. lepas tu tiba-tiba teringat dekat mak pulak.. memang terus call lah jawab nya.. hu3.. lepas dah tenang sikit, mirul keluar.. ada member yang perasan mirul nangis.. termasuk lah dia.. mirul nampak je muka dia, air mata ni keluar lagi.. x tau kenapa.. last-last masa dah nak dekat habis kelas tu, mirul ajak dia berbual kejap.. mirul tanya dia betul ke dia anak yatim.. dia mula-mula terkejut sebab mirul tahu, then dia mengaku juga akhirnya.. masa tu masing-masing menangis.. mirul luahkan lah dekat dia rasa bersalah tu.. mirul mintak maaf sangat-sangat.. mirul memang betul-betul tak tahu.. dia cakap dia x kisah pun.. dia lagi hepy bila kawan dengan kitowang semua.. at least dapat juga tenangkan hati dia..hurm..
tapi apa-apa pun, mirul memang rasa bersalah dan dalam masa yang sama mirul rasa bangga dengan dia.. bayangkan lah, ayah dia dah lama meninggal.. kalau x silap sejak dia darjah 4 kot.. mak dia pula meninggal x sampai setahun yang lalu.. katanya dalam bulan 12 tahun lepas.. hurm.. tabahnya hati dia kan.. mula-mula hilang kasih seorang ayah, kemudian kasih ibu yang selama ini membesarkan dia pula yang pergi.. dekat mana agaknya dia nak menagih kasih sayang kan..hu3.. x dapat mirul bayangkan kalau lah mirul berada dekat tempat dia.. dah lah mirul sangat-sangat sayang dekat mak mirul.. dia lah segalanya.. mirul rela merasa susah asalkan dapat tengok dia bahagia.. hurm..

mirul doakan dia akan terus tabah atas ujian dan dugaan ni.. bila mirul fikir balik, kadang-kadang rasa diri ni lemah sangat..mana ta nya, bila mana ALLAH datangkan sikit ujian mirul dah lemah, menangis dengan ujian tu.. kawan mirul tu, bukan calang-calang ujian tapi dia still lagi tabah dan redha atas segalanya.. i'm proud of u frend.. dan tadi masa dalam kelas, mirul lagi sebak bila mana dia hantar mesej dekat mirul.. dalam mesej tu dia ada tulis sedikit bait-bait lagu "Count On Me".. terus meleleh air mata ni..hurm..

okey lah..mirul nak siapkan kerja pula.. apa-apa pun dugaan manusia ni kan lain-lain.. mungkin hari ni kita diuji dengan ujian yang sedikit, tapi siapa tahu esok lusa kita pula yang akan menerima ujian sebegitu..jadi sama-sama lah kita mula menanamkan sifat redha dalam diri supaya kelak bila ALLAH datangkan ujian kita akan redha akan ujian tu.. okey..! salam..~

2 ulasan:

Erin Azizan berkata...

semoga pshabatn mirul dan kawan tu akan terus berkekalan..hemm anak yatim ni kita tak boleh buat naya kan? jadi harapnya mirul akan terus tolong dia bila dia dalam kesusahan nt =)

aremieroul berkata...

erin azizan : hu3..insyaALLAH.. thnks ye atas nasihat.. :)