expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Ahad, 1 Julai 2012

DiLarAng mEnCArUt..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^
okey..! hari ni mirul nak berkongsi sedikit pendapat mirul dengan sahabat semua mengenai budi bahasa budaya kita.. ^^ ni bukan iklan ataupun entry nak promosikan kempen bahasa okey..! he3.. mirul tergerak untuk menulis tajuk ni sebab kalau kita lihat sekarang ni, makin ramai anak muda yang senang kata kurang ajar dengan orang di sekeliling mereka.. x kisahlah kalau mereka nak cakap kasar dengan kawan-kawan mereka, tapi kalau dengan ibubapa sendiri pun nak kurang ajar tu dah melampau.. nauzubillah..
tapi apa yang dimaksudkan dengan kurang ajar sebenarnya..? bagi mirul kurang ajar tu berlaku bila kita bercakap dengan seseorang dengan niat untuk menjatuhkan maruah dia.. tak pun kita bercakap dengan seseorang dengan nada yang tidak menghormati dia.. contohnya bila kita bercakap dengan orang yang lebih dewasa dari kita dengan nada marah-marah, x pun tengking-tengking dia.. orang macam ni bukan setakat kurang ajar, tapi  x sedar diuntung.. huh..!

kata-kata kesat..
ni lagi satu benda yang mirul paling x suka.. bila ada masalah ke, bila rasa stress ke selalu keluarkan kata-kata kesat x kiralah dekat kawan ke, dekat ibubapa ke.. yang penting bagi mirul benda ni x patut lah kita buat.. kadang-kadang tu senang sangat nak dengar dowang cakap "ba*i kau..!", "si*l lah..!", tak pun "pergi ma*i lah kau..!" ini ke cara kita berkominukasi dengan orang lain..? ini ke cara Islam mengajar kita untuk beradab dengan orang lain.. sebab tu mirul paling pantang kalau ada kawan-kawan yang suka cakap macam ni.. memang mirul terus pukul dowang.. ha3..
bukan hanya dalam Islam je mirul rasa penganutnya digalakkan untuk bercakap dengan penuh sopan dan beradab amalh agama lain pun sama.. mana ada agama yang suka penganutnya bercakap benda-benda yang  kotor ni kan, lagi-lagi bila menggunakan kata-kata kesat.. lagilah tak digalakkan.. 

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

dalam hadis ni pun kita boleh faham dengan jelas bahawa jika kita beriman dengan ALLAH dengan sebaik-baiknya, maka hendaklah kita mengeluarkan kata-kata yang baik.. tapi kita ni manusia biasa kan, kadang-kadang terlepas juga kata-kata yang x baik.. jadi kalau kita dah terlepas tu, cepat-cepat lah mengucap.. jangan dibiasakan keluarkan kata-kata kesat ni sebab takut nanti terbiasa susah.. cuba biasakan kalau tersilap tu cakap "masyaallah" ke, "nauzubullah" ke, x pun "astaghfirullah.. kan lebih elok kita dengar.. kita yang ucapa ni pun rasa tenang je.. x de nak marah-marah.. x percaya cuba la..  :)

kata-kata mencermin peribadi..
salah satu cara kita nak kenal seseorang tu kita boleh nampak melalui cara dia bercakap.. walaupun kadang-kadang ada orang yang cakap je manis tapi perangai dia x de lah semanis kata-kata dia tapi sekurang-kurangnya kita pasti dapat tahu perangai dia melalui cara percakapan dia.. contohnya.. kalau seorang pelajar bercakap dengan guru dia dalam nada menengking-nengking dah sah-sah kita tahu dia tu pelajar yang macam mana kan.. sebab mana ada pelajar yang menghormati gurunya bercakap dalam keadaan seperti itu.. dalam apa keadaan pun kita kena tahu siapa diri kita.. salah atau betul ada caranya.. bukan main ikut hati je nak cakap dan hembus.. hu3..
kalau kita baca sirah Nabi Muhamad, kita akan dapat tahu bagaimana Rasulullah berkominikasi dengan umatnya.. memang lah kita ini tidak sesempurna Rasulullah, tapi bukan bermakna kita tidak boleh mencontohi beliau bukan.. nak seribu daya, x nak seribu dalih.. bayangkan lah Rasulullah dalam apa keadaan sekalipun beliau akan tetap bersabar dan sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik.. pernah ke kita dengar  dalam mana-mana hadis ke dalam mana-mana kisah sirah, Rasulullah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap umatnya..? tidak bukan.. sebab tu lah kita kena mencontohi Rasulullah.. tidak menjadi seperti dia pun x apa lah, janji kita tidak menjadi golongan yang Rasulullah murka.. nauzubillah..

status facebook..
ni lagi satu mirul nak tegur..!ramai mirul tengok sekarang ni yang tulis status bukan main lai duk kutuk-mengutuk orang lain.. tak kurang ada yang dengan selambanya memaki hamun orang lain dengan selambanya .. dah hilang kemana entah budi bahasa tu.. lagi yang buat mirul rasa sedih tu bila status macam tu ditulis oleh kaum hawa.. masyaALLAH.. bukan mahu merendahkan mereka tetapi kemana hilangnya lemah lembut, kesantunan bahasa yang telah lama mereka sematkan.. hu3..
x kurang juga dengan kaum adam yang mirul rasa lagi teruk bahasa dowang ni.. tapi biasanya mereka ni lebih suka menggunakan kata-kata kesat berbanding nak memaki hamun sebab memaki hamun ni perempuan suka lah.. he3.. apa-apa pun , mirul bukan nak bandingkan mana yang lebih suka cakap kesat, cuma mirul nak sama-sama lah kita cuba berubah.. sampai bila kita nak jadi macam tu kan, keluarkan kata-kata kesat bagai.. nanti kalau anak-anak ikut jangan nak salahkan mereka lah ye sebab sebagai ibu bapa pun kita masih guna kata-kata kesat tu.. 
semoga lepas ni setiap apa yang cuba kita keluarkan dari mulut ni kita periksa dulu, fikir -fikir dulu.. baik ke buruk kata-kata tu.. jangan sampai ramai yang terasa dengan ata-kata kita tu.. almaklumlah, manusia kan ada hati dan perasaan untuk dijaga.. jaga kata-kata.. insyaALLAH selamat dunia akhirat.. semoga entry ni bermanfaat.. wasalam..~~





Read more...

Ada aPa deNGAN mImPI..?


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t...

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^ okey..! dalam entry kali ni mirul nak berkongsi sedikit pendapat dengan sahabat sekalian tentang mimpi.. apa itu mimpi..? semua orang pernah bermimpi, tapi susah kita nak tafsirkan apa yang telah kita mimpikan kan.. hurmm.. tapi apa sebenarnya disebalik mimpi ni..? adakah mimpi ni satu alamat ataupun sekadar satu mainan syaitan..? hurmm..
masyarakat melayu percaya mimpi sebenarnya membawa satu alamat dalam kehidupan seharian.. dalam Islam sendiri ada yang mentafsirkan setiap apa yang kita mimpikan.. contohnya kalau kita bermimpi ular hitam ataupun binatang berbahaya bermaksud kita sedang disihir.. ini ditafsirkan berdasarkan sifat ular itu sendiri yang membawa kepada sesuatu yang jahat dan berbahaya.. namun, segalanya terletak di tangan ALLAH.. kunfayakun, maka terjadilah ia..  :)

mimpi : petunjuk dari ALLAH..
sesetengah mimpi sebenarnya membawa alamat ataupun petunjuk dari ALLAH.. yang paling jelas ialah apabila kita berdoa kepada ALLAH dalam sesuatu perkara.. biasanya petunjuk ataupun alamat bagi menyelesaikan sesuatu perkara itu akan ALLAH sisipkan di dalam mimpi kita.. sebab tu jugak lah bila kita selesai menunaikan solat istikharah, kita harus segera untuk tidur supaya di dalam mimpi akan ALLAH berikan petunjuk kepada permasaalahan kita itu..

dalam mimpi juga kadang-kadang ALLAH memberikan kita pertolongan secara zahir.. setiap apa yang terjadi di muka bumi ini adalah dengan izin dan kehendak ALLAH.. maka tiada siapa pun antara kita yang mampu menafikannya.. ada orang mendapat ayat-ayat suci daripada mimpi.. biasanya ayat-ayat ini digunakan sebagai pendinding, ataupun sebagai satu ayat bagi melindungi kita daripada sesuatu perkara yang tidak diduga.. ini juga datangnya dari ALLAH.. dan yang paling penting, kadang-kadang ALLAH memberikan seseorang itu hidayah melalui mimpi.. allahuakhbar..  :)

tetapi dalam bermimpi tidak semuanya datangnya dari ALLAH.. kadang-kadang ia hanyalah mainan syaitan untuk menjadikan mimpi kita sebagai satu perkara yang kita takuti.. ada orang terlalu percaya dengan mimpi sehinggakan dia lupa bahawa segala yang berlaku atas kehendak ALLAH.. mimpi itu kadang kala hanya lah mainan tidur.. lagi-lagi kalau tidur tanpa membaca doa ataupun ayat kursi, memang senang lah syaitan nak ganggu kita.. malah sampai yang mengigau hingga berjalan lagi.. nauzubullah..

mimpi bertemu Rasulullah.. 

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Barang siapa mimpi bertemu aku, maka dia benar-benar melihatku kerana sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupaiku.” (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Tirmidzi)


menjadi satu perkara yang amat diimpikan oleh seluruh umat Islam untuk bermimpi bertemu dengan Rasulullah.. bukan calang-calang orang yang pernah bermimpikan Rasulullah ni.. banyak kisah menarik yang boleh kita dengar dan lihat bagi mereka yang pernah bertemu dengan Rasulullah ini.. rasa cemburu yang teramat kerana mereka berpeluang untuk berjumpa dengan nabi sedangkan kita masih belum dipilih untuk bertemu dengan nabi ulul azmi ini.. hurmm..

bermimpi bertemu Rasulullah.. allahuakhbar.. satu hadiah yang besar nikmatnya itu.. macam-macam kisah kita dengar.. dan yang paling baru ni kisah Dato' Harun Din yang berrmimpi bertemu Rasulullah kan.. masa mirul baca kisah dia tu kemudian tengok video dia, memang tersentuh hati ni.. rasa bertuah sangat Dato' Harun Din ni.. kalau sesiapa yang belum baca kisahnya bolehlah cari dekat google.. banyak artikel-artikel yang menceritakan kejadian yang istimewa ni.. dan semoga kisah itu membawa kita ke jalan yang DIA redhai.. amin.. :')


kesimpulan..
apa-apa pun dalam hidup ni kita selalu mengimpikan sesuatn yang terbaek kan.. untuk itu kena lah berusaha  untuk mencapainya.. jangan hanya duduk berharap yang ALLAH akan memakbulkan doa kita tanpa usaha dan doa dari kita.. dalam soal mimpi pula, jangan terlalu percaya dan jangan pula tidak mengambil kisah akan mimpi itu.. mungkin ia satu petunjuk dari ALLAH dan mungkin juga ia hanyalah permainan syaitan.. yang penting kita kena yakin dan percaya bahawa setiap yang berlaku itu adalah dengan kehendak ALLAH.. dan kalau x nak bermipi perkara-perkara yang bukan-bukan jangan lupa baca doa sebelum tidur.. insyaALLAH kita tidak akan diganggu sewakutu tidur.. amin..~



Read more...

Jumaat, 29 Jun 2012

BilA bERkopIaH dAn BerTUdUnG..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^ okey..! hari ni mirul ingin berkongsi pendapat dengan sahabat semua mengenai tanggapan kita terhadap mereka yang berjubah dan berserban..  :)  rambut je sama hitam, tapi hati lain-lain.. macam tu jugak lah dalam soal macam ni. mungkin ada yang memandang mereka dengan pandangan yang positif, dan tak kurang juga ada yang berfikiran sebaliknya.. siapa pun kita, apa pun pendapat kita itu hak masing-masing.. sebab x semestinya perkara yang ramai orang sokong ni betul kan..  :)
manusia ni telah ALLAH ciptakan dengan sebaik-baik kejadian.. tapi bukan bermakna manusia ni x pernah buat salah.. sebaik-baik kejadian bermaksud, telah ALLAH ciptakan manusia ni daripada tanah.. subur lah tanah itu jika ia dijaga, disemai dengan baja dan diberi khasiat yang secukupnya.. jika sebaliknya yang terjadi maka tak hairanlah kalau tanah itu menjadi tanah yang kering kontang dan ketandusan.. hu3.. jika dibandingkan dengan manusia iblis dan syaitan ini telah ALLAH ciptakan mereka daripada api.. panasnya membara dan bahangnya terasa.. nauzubillah..

kopiah dan tudung..
macam dah jadi satu perkara biasa pula bila ada orang yang pakai tudung, x pun orang yang pakai serban buat salah dikutuk padahal orang lain buat juga salah tu.. yang paling ketara bila kesalahan tu kecil je, tapi dia punya cerita macam orang tu bunuh orang.. mereka yang memakai tudung tu manusia juga bukannya malaikat.. sebab tu lah kita kena tahu bezakan antara tuntutan agama dengan akhlak manusia.. ia perkara yang berbeza, tapi saling berkaitan.. percayalah..  :)
menutup aurat tu satu kewajipan buat semua umat Islam, tak kira lelaki atau pun perempuan, besar atau kecil, tua atau muda.. semua umat Islam wajib.. berakhlak mulia juga merupakan satu tuntutan dalam Islam.. namun sebagai manusia kadang-kadang kita ni alpa.. kadang-kadang kita telah melakukan sesuatu yang menimbulkan tanda tanya pada orang lain.. ditambah pula bila bertudung, orang akan selalu cakap "harap je pakai tudung, tapi perangai macam @$%$.. baik x payah pakai tudung je.." hurmm..

dia pun manusia.. mana mungkin dia tidak melakukan kesilapan kan.. kita ni pula suka mngadili seseorang tu tanpa memikirkan sebab musebab kenapa dia melakukan perkara itu.. main nak salahkan orang je.. cuba kita berada dekat situasi itu.. apa yang kita rasa kalau apa yang kita buat tu disalah tafsirkan malah dikecam oleh orang lain.. sebab tu kalau kita nak adili sesuatu jangan fikir bahagian kita je.. kan masih ada orang lain.. fikir-fikrkan lah..  :)

tuntutan + akhlak
siapa cakap tuntutan agama tu x ada kena mengena dengan akhlak seseorang..? mestilah ada kena mengena.. kalau x buat apa Islam menuntut kita untuk berkelakuan baik dan sentiasa berakhlak mulia kan.. hurmm.. sebagai contoh, dalam konteks menutup aurat.. sahabat semua perasan tak perbezaan antara dengan wanita yang menutup aurat dengan wanita yang tak menutup aurat..? mesti kalau diletakkan sebelah menyebelah, kita akan dapat bezakan perangai mereka dan cara mereka kan.. dan mirul percaya yang menutup aurat tu lagi elok adab dia berbanding yang lagi satu tu..
tapi mesti akan ada yang cakap, pakai tudung pun x menjamin kebaikan diri dia.. betul.. mirul setuju... sebab bagi wanita Islam mereka bukan diwajibkan bertudung, tetapi diwajibkan menutup aurat dimana mereka perlu menutup seluruh anggota tubuh badan kecuali tapak tangan nya.. dan disebabkan itu mereka yang bertudung dan mereka yang menutup aurat dengan sempurna itu berbeza.. 

macam yang x pakai tudung, mereka yang pakai tudung tapi x sempurna sama je perangai dia dengan yang x pakai tudung tu.. cuma lebihnya, sekurang-kurangnya dia ada juga niat nak menutup aurat.. alhamdulillah.. sebab tu lah kita jarang ada masalah dengan mereka yang menutup aurat dengan sempurna ni.. kalau ada pun kita kena ingat, mereka juga manusia biasa..  wallahualambisawaff..   :)

p/s : muhasabah diri.. jangan nampak kesalahan orang lain je.. kita juga manusia.. 

Read more...

Selasa, 26 Jun 2012

PrAktIkAL Oh PraKTiKaL..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^  okey..! hari ni 26 jun, mirul dengan rasminya telah memulakan praktikal di pejabat RISDA batu pahat selama 2 bulan.. alhamdulillah, setakat ni sehari berkerja di sana umpama setahun ku rasa. huaaaa...  T__T kauuu hadewww? ha3.. sejujurnya bukan tak seronok berkerja dekat sana, cuma bayangkan lah hari pertama berkerja tak ada kerja langsung diberi.. datang-datang je supervisor bawa round satu pejabat sebab nak perkenalkan dekat semua pekerja kemudian dia suruh duduk dekat satu meja kosong ni.. mungkin tuan empunya meja tu dah pindah kot, sebab tu lah dia suruh mirul duduk situ.. huk3..
sampai lah ke petang, memang x ada kerja pun yang dia beri.. mirul ni sampai dah tertidur-tidur tunggu.. sebenarnya mirul praktikal dekat sini dengan kawan mirul,, dia yang cakap mirul tertidur, sedangkan mirul rasa mirul sedang khusyuk membaca buku yang supervisor tu bagi.. hwa3.. bukan salah mirul kan, siapa suruh dia bagi mirul buku sejarah pembukaan RISDA, memang seronok lah kan baca buku sejarah ni.. (sambail letak tangan di bahu, mata ke atas.. hwa3.. ) 

swasta vs kerajaan
semalam ada seorang hamba ALLAH ni komen dekat status kawan mirul.. dia kritik lah kitowang sebab buat praktikal dekat sektor kerajaan ni sebab dia cakap dia lebih suka sektor swasta.. mirul yang baca komen dia tu pun rasa macam sakit hatije, ni lagikan kawan mirul mirul yang tulis status tu.. mana taknya, kalau dah x suka tu x payah lah nak sindir-sindir orang lain.. x kan semua orang nak ikut cara yang sama kan.. asalkan benda tu x salah, buat je lah kan.. buat apa nak takut.. ^^ berani kan kerana benar.. hu3..
dalam komen tu dia ada lah cakap banyak perbezaan antara kerajaan dengan  swasta ni.. yup..! semua orang tahu benda tu, x payah kot rasanya nak buat statement2 macam tu.. hu3.. dia persoalkan elaun, pengalaman kerja dan beberapa lagi lah yang bagi mirul semua tu x ada lah penting sangat pun.. contohnya elaun.. dia cakap kalau dekat swasta dapat elaun, dengan kerajaan x dapat.. tapi dia tak tahu yang sebenarnya kitowang yang kerja dekat RISDA ni dapat elaun.. huk3.. sebab tu mirul tak komen dekat status tu sebab boleh timbulkan publisiti murahan je nanti.. x pasal-pasal nanti masuk melodi.. x nak mirul.. ha3..  ^^

apa-apa pun bagi mirul dekat mana pun kita buat praktikal, kalau kita dapat gunakan ia sebaik mungkin ia akan memberikan kita manfaat yang sama.. kalau kita praktikal dekat swasta sekalipun tapi kita x gunakan ia untuk dapatkan pengalaman yang berharga sama je.. baik praktikal dekat kerajaan yang katanya x berapa bagus tu.. huk3.. bagi mirul, selagi kita dapat manfaatkan apa yang kita ada depan mata kita akan dapat apa yang kita nakkan.. ditambah pula dengan niat yang ikhlas dan perasaan ingin menambahnilmu kerana ALLAH, insyaALLAH segala-galanya akan dipermudahkan.. ^^ manjadda wajadda, wamanzaro'a hasada.. wasalam..~  


p/s : hidup memang banyak ranjaunya.. bukan senang tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ALLAH ni.. apa-apa pun percaya bahawa ALLAH itu maha adil.. yang baik akan dibalas baik, yang jahat.. lu pikir lah sendiri...  :)



Read more...