expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 1 Julai 2011

BlOGGeR yAnG miNTaK KaKi..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye semua..^^ tak jawab dosa..he3..okey..! entry ni aku malas nak buat panjang lebar sebab aku tengah panas dengan seorang blogger ni..[panas..? macam aku jerk yang kena.ha3..] okey..! aku terbaca entry ni dekat BLOG KOTAK BULAT.. dia pun katanya tengah panas dengan blogger tu..he3..[sabar ye cik KB..^^] 

okey..! ada seorang blogger ni telah menggelarkan diri dia ABAH KAU..! omg..! [kau hingat aku takut..?] kenapa ramai yang panas dengan  dia ni..? kalau nak tahu sila baca entry dia ni..[TAPI MIRUL TAK AKAN SEDIAKAN LINK UNTUK KE BLOG DIA..SEBAB TAK NAK KASI TRAFFIC FREE KAT DIA..HA3..jahat tak..? ^^]

p/s : sila klik gambar untuk membesarkan nya..^^ tapi ini baru sebahagian k..

dah baca..? apa pendapat korang..? sakit hati kan..dia menghina blogger tu..! memang lah mungkin bukan kita yang dia maksudkan, tapi sedikit sebanyak tipu lah kalau korang tak panas..hu3.. dan dia dengan berani nya telah mengisytiharkan perang..! tak percaya..? baca bawah ni..hu3..


hu3..entah lah..mirul sebenarnya malas nak marah-marah ni..mirul baca semua komen-komen yang ada..dan yang paling mirul tak boleh tahan tu, ada juga lah seorang dua yang sokong entry ni..memang "pandai" betul lah siapa yang sokong..hu3..tapi apa yang mirul rasa ialah, dia buat semua ni sebab dia nak jadi popular kot..ha3..maklumlah, bila dia buat entry ni, semua blogger akan gempar..lepas tu semua nak baca apa yang dia tulis..kemudian dengan harapann yang tinggi, dia akan anggap ramai yang follow dia..ha3..[macam blog adinda tu..hu3..] 

apa-apa pun mirul doakan dia bahagia dekat dunia gila dia tu..dan sebalum tutup blog dia, mirul sempat komen..hik3..[jahat tak mirul nie..? ha3..] nak baca..? he3..klik ye kalau tak nampak..^^ k..salam..~


p/s : sian dia kena maki dengan mirul..tu lah siapa suruh kutuk blogger..! huh..!


Read more...

sEMInggU 100 FollOwER KeMBaLI..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab okey..^^ tak jawab korang juga yang berdosa...he3..okey..! kali ni mirul nak sertai satu segmen kawan blogger mirul iaitu saudara FIRDAUS..a.k.a FREAKY..he3..kalau nak sertai klik banner bawah ni okey..^^


dia antara Blogger yang mirul rasa best penulisan dan blog dia..dan sebab tu juga lah mirul letak link dia dalam blogliast mirul ni..[walaupun dia x join bloglist mirul hari tu.. T_T] he3..apa-apa pun aku tetap nak beri sokongan dekat dia..jadi meh lah ramai-ramai kita sertai segmen ni okey..! salam..~

p/s : kalau nak ramai follower mintak tips dekat dia k..^^


Read more...

gEgAR bloG juLaI 2011..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye semua..^^ tak jawab dosa besar du=i hari jumaat yang mulia ni..^^ he3..okey..! malas nak cakap banyak, kalau berminat nak sertai segmen BEN ASAARI ni sila klik banner bawan ni okey...^^

Santai Bersama BEN ASHAARI

okey..! blog mirul ni mula dicipta sekitar akhir tahun 2009..ketika tu mirul baru sahaja habis SPM..disebabkan rasa bosan yang teramat mendalam, maka mirul pun ambi keputusan untuk buat blog..namun, dalam bulan 11, mirul dapat tawaran bekerja dekat THE STORE..jadi, sejak tu, blog ni mula lah bersawang..hu3..dan selama 2 tahun lebih ni, entry memang jarang sekali di buat..kadang-kadang tu, seminggu sekali je..

dan setelah tamat pengajian dekat KOLEJ MATRIKULASI JOHOR baru-baru ni, akhirnya blog mirul ni berjaya di hidupkan semua..alhamdulillah..ni pun sebab sekarang tengah cuti selama lebih kurang 6 bulan..dan untuk itu, saya insyaALLAH akan terus berblogging dan mengupdate blog dengan jayanya..hak3.. XD

itu sahaja mungkin..^^ terima kasih sudi baca..^^ he3..
salam..~

p/s : abg BEN nak ke singgah blog usang aku ni..? hu3..

Read more...

5 peRkArA tEntAng SoLat JUmAAT..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye semua..^^ tak jawab dosa...lagi-lagi hari ni hari jumaat..tak baik tau buat dosa..he3..okey..! hari ni mirul nak cakap sikit tentang SOLAT JUMAAT..^^ [sejak bila guna nama aku ni..? hak3..XD] tak salah kan guna nama ni..he3..^^

okey..! mirul bukan lah alim dan fasih dalam hal-hal agama ni..cuma kita sebagai seorang muslim perlu dan patut tahu serba sedikit tentang hukum-hakam agama islam ni..supaya kita ni tak ada lah senang terpengaruh dengan benda-benda yang boleh menyesatkan kita semua..^^

5 perkara yang kita perlu tahu tentang SOLAT JUMAAT ni..^^

1. HUKUM NYA WAJIB..!

okey..semua tahu bahawa hukum solat jumaat bagi seorang lelaki yang dah baligh dan berkemampuan adalah wajib..jadi tak ada apa-apa alasan yang munasabah sekiranya kita tak solat jumaat..namun islam tidak lah kejam..keuzuran seperti pitam, gila, sakit tenat, sakit yang tidak mampu untuk bangun, tugas yang terpaksa dilaksanakan demi menjaga keselamatan negara, tertahan[masuk penjara], dan keadaan cuaca yang menghalang kita untuk ke masjid..maka sekiranya kita tak pergi menunaikan solat jumaat [dengan sengaja] , maka hukum nya adalah berdosa besar..

2. TERTUTUP PINTU HATI..!
Nabi bersabda,"Sesiapa yang meninggalkan 3 kali solat Jumaat, Allah akan menguncikan hati mereka" (HR Abu Daud, disahihkan oleh Al-Albani)
seorang lelaki yang meninggalkan solat jumaat tiga kali berturut-turut maka ALLAH akan menutup pintu hati mereka..ini bukan lah satu benda yang boleh dipermain-mainkan kerana ada hadis yang menunjukkan bahawa RASULLULLAH sendiri menegaskan sesiapa yang tidak menunaikan solat jumaat 3 kali berturut-turut maka pintu hatinya akan ditutup..ini menunjukkan betapa pentingnya solat jumaat dalam kehidupan kita ni..

3. MANDI SUNAT..!

sabda Rasullulah s.a.w :

مَنْ أَتَى الجمعة مِنَ الرجال والنساء فَلْيَغْتَسِل , ومَنْ لَمْ يأتِها فليس عليه  شيء

رواه البيهقي بسند صحيح
Maksudnya : Sesiapa dari kalangan lelaki dan perempuan yang hendak mengerjakan sembahyang jumaat, hendaklah mandi. Dan sesiapa yang tidak berkehendak mengerjakan sembahyang jumaat, tidaklah perlu ke atasnya mandi.

jadi semasa mandi sebelum pergi solat jumaat tu, niat lah sekali untuk mandi SUNAT SOLAT JUMAAT okey..^^ islam tu kan mudah dan senang..^^ dan untuk pengetahuan semua, WANITA juga boleh mandi sunat jumaat ni..niat nya sama sahaja..cuma wanita tak wajib menunaikan solat jumaat okey..!

4. TAK BOLEH BERCAKAP KETIKA KHUTBAH..!

semua orang tahu bahawa kita dilarang untuk bercakap ketika khutbah sedang dibaca..namun, dalam ramai yang tahu, seramai mana pula yang mengamalkan nya..? kalau dilihat, masih ramai antara jemaah-jemaah yang bercakap-cakap ketika khutbah sedang dibacakan.. termasuk yang berada di luar masjid..hurm..
Dari Abu Darda' Radhiyallahu 'Anhu dia berkata:"Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sedang berkhutbah kepada manusia,kemudian bagnda membacakan sepotong ayat.Ketika itu aku berada di sampingUbayy bin Kaab,maka bertanyakan kepadanya:"Wahai Ubayy,bilakah ayat ini diturunkan?"Akan tetapi dia enggan berbicara denganku,maka aku mengulangi pertanyaanku dan dia masih enggan berbicara denganku,sehinggalah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam turun (dari mimbar).Kemudian Ubaymengatakan kepadaku: Engkau tidak memperoleh apa-apapun dari (solat) Juma'atmu melainkan perkataan-perkataan yang sia-sia.Selepas solat,aku menemui Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dan mengadukan kepadanya tentang peristiwa tadi.lantas Baginda bersabda: Ubayybenar,apabila engkau mendengar imam berkhutbah maka dengarlah dan diamlah sehingga habis dia khutbahnya" (HR Ahmad no 20780,Ibn Majah no 1111)
jadi bersama-samalh kita diam semasa khutbah sedang dibacakan ye..walaupun dengan perkataan DIAM sekali pun..! hu3..

5. BERJALAN KAKI KE MASJID..!

Kata Nabi SAW: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaiki kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.” (HR Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani)
jadi, kalau kita menaiki kenderaan sekalipun, perking lah di tempat yang jauh sedikit supaya boleh kita berjalan kaki ke masjid..^^ pahala yang menunggu kita hanya ALLAH je yang tahu..

mudah kan ISLAM ni..? jadi jom lah kita menjadikan islam ni indah..^^ jangan menganggap sesuatu perkara itu susah kerana ALLAH tidak pernah menyusahkan hambanya..^^ selamat beramal semua..^^ salam..~

p/s : he3..sibuk buat entry..! jom solat..^^


Read more...