expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 25 Oktober 2012

Dilarang Mencarut..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan  nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^^
alhamdulillah, setelah berbulan-bulan x update akhirnya hati ni tergerak jugak nak update.. hehehe.. dan di kesempatan ni jugak, mirul nak ucapkan selamat hari raya aidiladha dekat semua.. makan daging lembu jangan lupa mirul ye.. hehehe..  :D

okey..! hari ni mirul nak berkongsi sedikit dengan sahabat semua tentang mencarut.. yup, mencarut..! senang cerita suka cakap perkara-perkara yang lucah@merepek@kurang elok lah.. huhuhu.. kalau korang semua perasan, mencarut ni dah macam jadi satu budaya dekat Malaysia ni.. sana sini orang mencarut.. macam x kisah je apa yang orang akan fikir bila dia cakap macam tu.. huhuhu..

ni salah satu contoh yang mirul rasa agak melampau lau bila mencarut..
mungkin itu bahasa kita dengan kawan kita.. ada orang cakap bila kita menggunakan bahasa yang kasar-kasar ni maksudnya kita dah rapat dengan dia.. x ada simpan-simpan lah orang cakap.. tapi bagi mirul pulak rapat macam mana pun kita dengan seseorang x payah kot nak pangil-panggil dia dengan panggilan yang kurang elok.. contohnya B***H ke, B**I ke, kan x manis kalau orang dengar.. huhuhu.. lagipun kata-kata tu kan satu doa.. jangan lah doakan orang bodoh.. x baik.. :)
dan bagi mirul apa yang lagi buat mirul hilang rasa hormat dekat seseorang tu ialah bila dia terang-terang mencarut depan mirul.. mungkin kalau lelaki tu boleh lah mirul terima sikit, tapi kalau perempuan yang mencarut lebih-lebih lagi yang bertudung memang kena reject terus lah.. dah pakai tudung tu buat-buat cara pakai tudung lah.. jaga adab sikit.. nanti bila lelaki pandang serong, cakap lelaki x hormat lah, apa lah.. behave..!
dan lagi satu perkara mirul nak tegur ialah bila korang nak tulis status or nak tweet ke apa ke, tolong fikir kan elok-elok isi kandungan status atau tweet tu.. kita kena ingat yang status kita tu akan dibaca oleh semua kawan-kawan kita.. kalau kita duk mencarut, lama-lama orang pun benci.. kalau marah sekalipun x payah tulis dekat status benda-benda yang mencaarut ni.. buang masa dan tenaga je.. entah-entah dapat dosa sekali..
apa-apa pun  moral of the story, jangan lah mencarut-carut ni.. kalau dah terbiasa pun kurangkanlah.. percaya lah cakap mirul yang bila kita mencarut, respect orang lain dekat kita akan jatuh.. lagi-lagi kalau korang ni perempuan.. x manis lah mencarut ni depan-depan orang, buang air liur je.. lebih baik kita cakap benda yang elok-elok kan, dapat pahala.. daripada mencarut ni dosa je dapat.. 

Allah berfirman : "Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Kuasa.(An-Nisa' 4:148-149)

ingat..! dosa dan pahala tu kita yang pilih.. kalau nak dosa teruskan lah mencarut ni semua.. tapi kalau kita nak pahala, kurangkan mencarut.. kalau boleh elakkan.. kalau ada orang yang boleh kanapa bukan kita kan..? jom cuba.. peace yo.. ^^ wasalam..~

7 ulasan:

Syaza Ridzuan berkata...

saya tak comel? huhu..
hehehe..nice entry! stuju3! tak elok lah panggil org mcm tu..
Eh, ada SURPRISE GIVEAWAY BY FD! dari blogger Fatin Diana. Jom join nak! Jom! Jom! Cepat!
http://wourmen.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html

Unknown berkata...

haih..
sedih tgk yg bertudung litup kadang2 pon mencarut.

sama2 la kita jaga lidah yg tajam ni. say no to mencarut! :)

selamat hari raya aidiladha! :)

Diari Anak Perantau berkata...

@syaza shahira : hehehe.. bila masa saya cakap x comel ni.. :P ok2, insyaALLAH akan join.. x janji.. :)

Diari Anak Perantau berkata...

@zera iera : hehehe.. nak buat macam mana, masing2 punya badan kan.. yang kita boleh buat ialah doa+nasihat kan dia.. kita yang x buat ni jangan lah buat ye.. :) tq komen..

Gucciey Lavender berkata...

w'salam ... saya nak pilih pahala .. hehe . Just jaga mulut , akhlak , dan sekutu dgnnya ... i.Allah hidup diberkati ...

Diari Anak Perantau berkata...

@gucciey lavender : semua orang nak pilih pahala kan.. :) insyaALLAH kita semua boleh..

Tanpa Nama berkata...

c1k06b0g85 j7i80w7a04 o1z22l4q83 t5v68e6a38 w3u49f6u44 i8q02y6h04