بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH amin.. ^^
dalam entry kali ni mirul nak berkongsi dengan sahabat semua mengenai satu perkara yang mudah je tetapi mirul harap ia bermakna dan membantu sahabat semua dalam memudahkan lagi urusan seharian kita di dunia ni.. mungkin ramai yang tahu perkara ni.. jadi gembira untuk mirul ingatkan balik tentang masa atau waktu atau saat yang sesuai untuk kita berdoa.. huhuhu..
1. ketika waktu hujan lebat, lagi-lagi setelah kemarau..
2. sepertiga malam.. (2am - 4am)
ini kerana dalam hadis Imam Muslim, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya :
Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T.
3. tempoh masa dari azan hingga iqamah..
4. setiap sujud ketika solat dan ketika selesai menunaikan solat..
selain daripada yang dekat atas ni, banyak lagi sebenarnya waktu-waktu yang doa kita akan mustajab.. antaranya ketika waktu antara dua khutbah, ketika waktu dhuha, malam nifsu sya'aban, selepas khatam al-Quran dan beberapa waktu lain..
selain daripada itu antara doa-doa yang mustajab ialah :
1. doa seorang ibu untuk anak-anaknya..
kita semua tahu kan yang doa ibu ni memang sangat mujarab.. sebab tu jangan sakitkan hati ibu kita.. selalu buat ibu kita gembira dan selalu pesan dekat ibu kita supaya doakan kesejahteraan kita.. moga-moga doa itu akan ALLAH makbulkan.. amin..
2. doa orang yang teraniaya..
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Tiga orang yang tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, seorang imam (pemerintah) yang adil dan doa daripada seorang yang dizalimi. Allah s.w.t. akan mengangkatnya ke atas awan dan terbuka pintu-pintu langit dan Allah s.w.t. akan berkata, "Demi kemuliaanKu, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika"
3. doa seorang sahabat untuk sahabatnya tanpa pengetahuan sahabatnya itu..
Daripada Ibnu Umar RA, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud : “Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib (tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu).” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).
mudah kan Islam ni.. cuma kita je yang selalu rasa susah.. ALLAH dah banyak bagi peluang dekat kita untuk berdoa, siap bagi lagi waktu-waktu yang mustajab, cuma kita ni je selalu sombong.. bukan susah pun nak berdoa kan, yang penting kita kena ikhlas dan betul-betul mengharapkan pertolongan dari ALLAH..
jadi lepas ni boleh lah sahabat semua gunakan kesempatan yang ada untuk berdoa.. jangan berdoa untuk diri sendri je tau, doakan jugak kesejahteraan ibu bapa kita, keluarga kita, sahabat handai kita, saudara kita, umat islam dan negara kita ni.. barulah kita akan rasa tenang.. huhuhu.. semoga entry ni bermanfaan.. sebar-sebarkan lah ye perkara ni.. wasalam..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan