expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 10 Februari 2012

FaCeBoOK : aNtarA syURGa DAn nErakA...!


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^
okey..! mungkin dah ramai yang tahu dan pernah terbaca tajuk yang seakan-akan sama dengan tajuk ni.. tapi sebenarnya masih ramai juga yang ambil tak tahu tentang dosa ni.. umpama pohon tanpa buah, itulah yang digambarkan kepada mereka yang mempunyai ilmu tetapi tak mengamalkannya.. sia-sia je pohon itu hidup tanpa menghasilkan satu pun buah yang boleh memberikan manfaat kepada makhluk lain kan.. hu3..

berbalik  kepada tajuk entry ni, kita sedia maklum bahawa zaman sekarang ni segala-galanya ada di hujung jari.. sebab itulah tujuan utama kenapa IT itu diwujudkan.. memudahkan manusia untuk mencari apa yang mereka perlukan.. x perlu nak susah-susah cari dekat perpustakaan bagai..! hu3.. tapi kita salah gunakan semua kemudahan itu.. dan kadang-kdang tanpa kita sedar, penyalah gunaan tersebut telah mendatangkan kemurkaan ALLAH terhadap kita semua.. nauzubillah..

dosa dan pahala..
seperti yang kita tahu, zaman sekarang ni bermacam-macam jenis laman sesawang telah diperkenalkan.. ada facebook, tweeter, google+, friendster, myspace dan lain-lain lagi.. kalau kita sedar, sebenarnya tujuan utama kesemua laman sesawang ni diwujudkan sama je.. (selain nak kaut keuntungan.. ) iaitu nak menghubungkan antara satu sama lain.. yup.. memang bagus niat tu sebab dalam islam sendiri kita amat digalakkan untuk merapatkan silaturrahim antara satu sama lain.. dan perpecahan dalam umat hanya akan mendatangkan kemurkaan ALLAH s.w.t..

namun..! niat tidak menghalalkan cara..! dosa tetap dosa.. tak akan perkara dosa itu menjadi pahala.. apa yang dilarang dalam islam kalau dilakukan tetap berdosa.. seperti dalam laman sesawang ni, perkara-perkara dosa tetap diambil kira.. contohnya, mendedahkan aurat, melakukan perkara yang sia-sia, fitnah dan macam-macam lagi.. sebab tu mirul cakap, kita tahu bahawa mendedahkan aurat tu dosa tapi masih lagi nak tayang kan dekat facebook aurat kita tu.. kita kena ingat, setiap orang yang melihat aurat kita tu, dia dapat dosa, kita pun akan dapat dosa.. dosa besar pula tu..!


dan selagi gambar tersebut dilihat oleh orang ramai dekat profil anda, selama itu lah malaikat di bahu kiri kita ni akan mencatitkan dosa tersebut.. penat-penat melakukan ibadah tapi x ada hasilnya sebab dalam masa yang sama kita juga telah melakukan dosa.. pahala ibadah pun belum tentu dicatit ni nak ditambah pula dengan dosa.. jadi nak ke kita melakukan sesuatu yang sia-sia..? x nak kan.. :)

sebab tu lah, kalau nak muat naik gambar ke status ke apa-apa lah kan, pastikan ianya x akan mendatangkan apa-apa kemuskilan kelak.. x akan mendatangkan fitnah manusia.. dan yang paling penting kalau nak muat naik gambar, pastikan ianya menutup aurat.. bukan sahaja memakai tudung, tapi seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan..! tapi bagi mirul, lebih baik sekiranya  kita x muat naik gambar-gambar kita ke laman sesawang sebab jenayah siber ni semakin hari semakin berleluasa.. yang baik pun kena fitnah ni lagikan kita.. jadi, bertindak lah sebelum terkena ye.. mirul nasihatkan je.. :D

dakwah masa kini.. 
seiring dengan waktu, dakwah juga perlulah berkembang dan disebarkan bersesuaian dengan masanya.. walaupun begitu, isinya masih lagi sama seperti azalinya.. tidak pernah berubah walau sebesar zarah pun.. sebab itu lah kita masih lagi menyebut kalimah yang sama.. kalimah yang membuktikan bahawa kita benar-benar percaya wujudnya tuhan, ALLAH yang maha kuasa.. maha memiliki segala-galanya..

"aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH dan aku naik saksi bahawa nabi muhammad itu pesuruh ALLAH."

laman-laman sesawang ini juga sebenarnya mampu dijadikan tempat untuk kita melakukan dakwah.. maklumlah, ada sesetengah orang bila nak berdakwah depan orang, dia malu.. jadi gunakan kemudahan yang ada.. berdakwah melalui facebook, twiter dan lain-lain laman sesawang.. mudah kan islam ni.. :) kita je yang fikir ianya susah.. walhal, melalui facebook pun boleh dapat pahala.. insyaALLAH..

jadi lepas ni kalau nak update status ke apa, pastikan ada sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain.. status yang boleh mendatangkan kebaikan bersama.. mereka yang baca pun dapat pahala, kita yang tulis ni lagi lah, dapat juga sebab menyampaikan perkara yang baik.. macam tu jugak lah sebaliknya.. kalau kita buat status yang berunsur fitnah, benda-benda yang buruk maka setiap kali ada yang membaca dan menyebarkannya kita turut menjana dosanya.. hu3..

semoga apa yang mirul tulis ni dapat lah memberikan sedikit ilmu kepada semua yang membaca.. apa yang baik kita ambil dan kalau ada yang buruk tu jauh-jauh kan lah ye.. mirul juga manusia biasa yang x dapat lari dari membuat dosa.. selamat beramal semua.. wasalam..~

4 ulasan:

AIMAN berkata...

harus berhati2...

d berkata...

kunjungan pagi sob dan comment pagi . comment back and visit back .

Diari Anak Perantau berkata...

aiman : betul3.. :)

Diari Anak Perantau berkata...

b : insyaALLAH..