expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Isnin, 23 Januari 2012

pAnDangAn ALLAH Vs pAnDaNGaN MaNUsIa..!


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^
okey..! kali ni mirul nak kongsi sedikit perkara yang sebenarnya dah lama mirul nak kongsi dengan anda semua.. tapi disebabkan kekangan masa, terpaksa lah tangguh dulu perkara ini.. jadi memandangkan sekarang ni memang mirul tengah ada banyak masa(sebab cuti sem), x salah rasanya mirul kongsi kan.. he3..
okay..! sebenarnya benda ini mudah.. tapi ingat..! jangan memandang sesuatu perkara yang mudah itu sebagai satu benda yang remeh, sebab kadang kala benda yang mudah itu lah yang akan buat kita susah kelak.. macam  dalam pelajaran, dimana pada permulaan subjek kita rasakan yang tentu awal-awal nya senang.. jadi kita malas nak belajar, kita main dan berseronok.. kelak bila mana kita nak menghadapi peperiksaan mula lah nak gelabah membaca semua benda sedangkan kita boleh mengurangkan beban dengan memahami perkara-perkara yang mudah  itu terlebih dahulu.. hah..! kan dah susah.. sebab tu lah jangan sesekali memandang sesuatu perkara itu dengan perkara yang mudah..

pandangan ALLAH vs pandangan manusia.. 

biasalah kan, dalam dunia ni kita selalu nak nampak cantik depan orang lain.. kadang-kadang tu sanggup berhabis duit semata-mata nak dapatkan pujian dan jelingan orang.. pantang nampak orang lain lebih, mesti cemburu.. dia pun nak lebih juga.. hu3.. x salah kalau nak bergaya, tapi kena tahu batasnya.. jangan sampai nak nampak cantik depan manusia, tapi depan ALLAH dihina.. hu3.. itu ke yang kita nak kan..? gembira ke kita bila hidup ni tak diberkati ALLAH.. cuba fikir-fikirkan..
manusia oh manusia.. apa salahnya kalau tutup aurat.. sekarang ni pun mirul tengok ada je pakaian muslimah yang cantik-cantik dan yang paling penting labuh dan menutup aurat.. x jarang dan x menampakkan tubuh korang.. cantik je dorang pakai.. sejuk je mata ni.. :) dan bukan setakat mirul je suka, ALLAH lagi suka bila hamba-Nya menutup aurat.. menjaga batasan.. kan elok di sisi ALLAH.. :) 

lelaki pun sama.. jangan asyik nak kutuk-kutuk kaum hawa je sedangkan korang pun sama je.. kadang-kadang tu mirul tengok masa main bola, x pun masa main futsal ramai je yang tak pakai seluar panjang.. menampakkan betis korang yang x berapa nak lawa tu.. he3.. apa salahnya kalau pakai seluar panjang kan..? memang nampak pelik tapi nak nampak pelik depan manusia ke nak kena hina depan ALLAH..? kita yang pilih.. dan kita jugak lah yang akan menghadapinya.. jadi berani buat maka berani lah tanggung..  :)

masa untuk berubah..!

dulu mirul juga seorang yang sangat jahil dengan diri sendiri.. ingat lagi masa sekolah asrama dulu, mirul solat sebab takut kena rotan dengan warden.. bila masa dekat rumah solat sebab takut dengan mak.. hurmm.. mungkin sebab tu x pernah rasa indahnya beribadah sebab selalu buat bukan kerana ALLAH.. lama-lama mirul sedar.. sampai bila kita nak buat kerana orang lain, bukan kerana ALLAH.. dan akhirnya setelah lama mencari, mirul jumpa juga sesuatu yang mirul hilang.. hidayah ALLAH.. :)
hidayah ALLAH itu hendaklah dicari bukan dinanti.. x salah kan dengan sedikit usaha kita mencari, mana tahu hidayah itu lagi cepat diperolehi.. :) dan berubahlah kerana ALLAH.. jangan berubah kerana orang lain.. sebab bila kita berubah kerana ALLAH, perubahan itu akan menjadi selama-lamanya.. tetapi bila kita berubah kerana ALLAH, dengan niat yang benar-benar ikhlas insyaALLAH ALLAH akan membantu kita.. 

dan mulalah dari dalam.. mula dari sesuatu yang dipanggil hati.. lakukan dengan istiqomah, biarpun sedikit tapi insyaALLAH lama-lama akan menjadi bukit.. kalau dulu kita tak solat, mula lah belajar solat.. kalau dulu solat kerana orang lain, solatlah kerana ALLAH.. dan kalau dulu kita seorang yang jahil, berubahlah demi mencari rahmat ALLAH.. kerana itulah kemanisan dalam bertaubat.. :)

kutukan manusia..

hurmm.. ALLAH akan sentiasa menguji kita.. walhal bila kita betul-betul nak berubah pun ALLAH akan uji kita.. jangan bersedih.. ALLAH menguji kita sebab ALLAH nak lihat betapa ikhlas nya kita berubah.. betul ke kita nak berubah ataupun sekadar kata-kata dusta.. sebab tu lah macam-macam ALLAH datangkan kepada kita sebagai ujian.. jangan berhenti dan mengalah sebab ujian tu sebenarnya tanda ALLAH sayang dekat kita.. :)
dan satu perkara lagi.. jangan hiraukan pandangan orang lain bila kita nak berubah.. sebab pandangan ALLAH lagi penting.. jangan takut pandangan orang bila kita nak berubah sebab bila kita berubah ke arah kebaikan pasti ramai yang akan menerimanya.. walaupun akan ada yang kutuk dan menghina, biarkan.. lama-lama mereka juga akan sedar yang mereka juga perlu berubah.. hu3..

jangan tangguh lagi..!

hidup ini sementara.. sampai bila kita nak hidup dalam kesesatan... berubahlah.. perlahan-lahan, mana tahu lama-lama kita juga akan menjadi hamba-Nya yang dikasihi.. :) dan berubah bukan lah bermaksud kita kena tinggalkan semua kehidupan yang kita ada sekarang.. tak..! berubah untuk menjadi yang lebih baik.. amar makruf, nahi mungkar.. berbuat kebaikan dan meninggalkan keburukan... kalau rasa benda yang kita buat tu salah, maka jauhi lah ia... kalau betul dan bermanfaat, teruskan.. insyaALLAH anda boleh..!
hu3.. semoga apa yang mirul tulis ni sedikit sebanyak membantu korang.. mirul ni bukanlah orang yang alim, pakai serban dan berjubah.. tapi x salah kalau memperingatkan.. sebab manusia ni sering alpa, mirul juga.. sebab tu bila mirul mengingatkan orang, mirul harap mirul juga akan mengingatkan diri sendiri.. semoga bermanfaat ya.. kalau rasa benda ni berfaedah, bolehlah kongsi kan kepada kawan-kawan.. x salah buat kebaikan.. malah dapat pahala lagi.. insyaALLAH.. 

okey..! jumpa lagi dalam entry seterusnya.. mirul nak makan.. ha3.. assalamualaikum semua.. :)
selamat beramal..

24 ulasan:

Lelaki Michi berkata...

wah wah wah...pengisian mcm laksa johor..sedap gile ...wuhhuuuu!!! nice entry





p/s : jgn lupa laksa johor ;)

Diari Anak Perantau berkata...

lelaki michi : ha3.. tq2.. :) laksa.? he3.. insyaALLAH

Lelaki Michi berkata...

hewhewhew!! ombak!!!!!!!!

mr_right berkata...

wah3. kemain ye mirul skg~~ hee. nice one !

Diari Anak Perantau berkata...

lelaki michi : he3.. ombak2... ~~

Diari Anak Perantau berkata...

lelaki michi : he3.. ombak2... ~~

Diari Anak Perantau berkata...

mr.right : he3.. tq abg.. :)

Tanpa Nama berkata...

Nice entry

Buat sesuatu kerana Allah = ikhlas

Buat sesuatu kerana manusia = riya'

Diari Anak Perantau berkata...

a'ishah kamaludin : he3.. betul3.. manusia ni memang selalu begitu.. luaran nampak ikhlas tapi dalaman hanya ALLAH je yang tahu.. :) sebab tu dont judge a book by it cover.. :)

Semut Senyum berkata...

sama2 saling mengingati.. terima kasih dik!

Diari Anak Perantau berkata...

semut senyum : sama2 kak.. insyaALLAH.. :)

nur fatihatuz zahra berkata...

itulah, kadang2 susah nak jadi yang terbaik dengan semua orang mahupun dengan Allah .. bila kita mula nak berubah, mulalah ada suara2 sumbang nanti .. huu~ T.T

btw, jum singgah sini -->

wah, kau memang lah comey .. haha .. :P
http://cheritakuhzara.blogspot.com/2012/01/si-comey.html

Tanpa Nama berkata...

bagus entry ni . . siapa yg tersedar baca entry ni , untungla dpt pahala berdakwah awk~

Unknown berkata...

mnusia ni plik2 kan..bila org nak berubah kta bajet alim...
bila org buat maksiat kta makbpk tak pndai ajar ank..
ish3

KORANG PERNAH KENA TIPU TAK DENGAN KAWAN?
TAK PAYAHLA KAWAN DENGAN ORANG MACAM NI
http://pulsowanie.blogspot.com/2012/01/tak-payah-nak-tipu-pasal-life-sendiri.html

Unknown berkata...

mnusia ni plik2 kan..bila org nak berubah kta bajet alim...
bila org buat maksiat kta makbpk tak pndai ajar ank..
ish3

KORANG PERNAH KENA TIPU TAK DENGAN KAWAN?
TAK PAYAHLA KAWAN DENGAN ORANG MACAM NI
http://pulsowanie.blogspot.com/2012/01/tak-payah-nak-tipu-pasal-life-sendiri.html

Diari Anak Perantau berkata...

nur fatihatuz zahra : yup.. sebab tu kena kuat.. bila ada suara2 sumbang tu kita kena ingat yang ganjaran yang ALLAH sediakan itu lagi hebat dan besar nikmatnya.. :) semoga sama2 menguatkan diri bila nak berubah ye.. insyaALLAH.. :)

Diari Anak Perantau berkata...

ryzna sha : insyaALLAH.. saya cuma menjalankan tugas sebagai hamba ALLAH.. berdakwah itu perlu supaya kita sama2 mendapat keberkatannya.. awak pun sama, semoga mendapat hidayah dan petunjuk darinya selalu.. amin,.,. ~

Diari Anak Perantau berkata...

pulsowanie : biasa lah tu, nama pun manusia kan.. sebab tu ALLAH dah cakap yang dia akan menguji kita dengan segala bentuk ujian.. dari A sampai Z.. sebab tu kena kuat.. :)

Dkna Abza berkata...

tenkiu for sharing :)

Diari Anak Perantau berkata...

adylia qarissa : afwan.. sekadar satu nasihat kepada kawan2 semua.. juga kepada diri sendiri..:)

Unknown berkata...

"...Hati tempat jatuhnya pandangan Allah, jasad lahir tumpuan manusia..." Teruskan menulis entri Islami sebegini. :-)

Diari Anak Perantau berkata...

stokis raja bio : insyaALLAH.. :) thanks 4 reading..

Tanpa Nama berkata...

Terpegun dengan tulisan Amirul, mesti kalau ibu dan ayah baca, mengalir air mata kegembiraan mereka..Tahniah Ameerul

Unknown berkata...

helpful hints good quality replica bags internet replica louis vuitton bags Visit This Link replica designer bags