expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Rabu, 31 Oktober 2012

Yes..! Kelas Dibatalkan..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. x jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^^
apa khabar semua..? mudah-mudahan sahabat semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.. buat mereka yang masih bercuti macam mirul ni, gunakanlah cuti tu sebaik mungkin ye.. bukan senang nak dapat cuti kan..? hehehe..

hari ni dalam entry kali ni mirul nak berkongsi dengan sahabat semua tentang satu perkara yang menjadi kegemaran seorang pelajar.. mirul pasti yang ramai daripada kita yang masih belajar terutamanya, suka sangat bila dengar benda ni.. nak tahu apa..? kena lah baca sampai habis.. hahaha..
inilah hidup seorang pelajar kan.. hari-hari akan buat benda yang sama.. bangun pagi, mandi, solat, siap-siap nak pergi kelas.. balik kelas, rehat, solat, riadah.. malam makan, buat assigment, tidur.. hahaha.. tu lah rutin harian kan.. kalau ada beza pun tapi ni lah asas nya kan.. hehehe..

macam yang mirul cakap tadi, ada satu perkara yang paling mirul suka sekali semasa belajar ni.. dan mirul percaya bukan mirul sorang je yang suka sebab selagi anda bergelar pelajar, benda ni selamanya akan anda suka.. hahaha.. nak tahu apa benda tu..? :D

bila mirul dapat je mesej macam ni, rasa macam nak melompat-lompat je.. almaklumlah, bukan senang lecturer nak cancel kan kelas kan..? bak kata pepatah bersyukur je dengan apa yang kita ada.. jangan mengeluh.. hahaha.. tapi lagi best kalau kelas cancel sehari kan..? :D 

kelas cancel ni bagi mirul macam anugerah yang x ternilai... hehehe.. almaklumlah, dengan masa yang dicancelkan tu, macam-macam boleh buat.. lagi-lagi kalau kelas yang dicancel tu kelas waktu pertama sekali, kelas awal-awal pagi.. memang bermanfaat untuk para pelajar mengulangkaji pelajaran di atas katil.. hahaha..

siapa je kan yang x suka bila kelas cancel ni.. entah-entah kalau lecturer kena masuk kelas pun, kalau kelas tu cancel dia akan suka kan..? hehehe.. tapi sebenarnya ada banyak sebab tau kenapa kita suka kelas tu cancel.. kadang-kadang bukan sebab kita malas nak belajar tapi ada sebab lain.. antaranya..

1. kelas yang sangat membosankan.. 
tak dapat nak dinafikan lagi bahawa dalam kesemua kelas yang kita datang, mesti ada satu atau dua kelas yang sangat membosankan.. bosan sebab lecturer asyik bercakap je dari mula kelas sampai lah kelas tu habis.. kadang-kadang sampai extend masa.. kelas macam ni kalau cancel memang boleh buat kenduri kesyukuran.. hahaha..

2. kelas awal-awal pagi..
kelas waktu-waktu ni kalau cancel memang kita lah orang paling gembira kan.. almaklumlah, kalau pagi-pagi kelas dah cancel, maknanya boleh lah kita extend kan tidur kita tu.. hahaha.. lagi-lagi kalau kelas tu hari isnin, mahu nak cancel kelas hari isnin tu terus.. hahaha..

3. kelas akhir masa/kelas malam
waktu-waktu macam ni pun kalau kelas cancel memang seronok.. sekurang-kurangnya bila x dapat nak extend tidur waktu pagi, petang dapat rehat-rehat pun jadilah.. hahaha.. kalau kelas malam cancel lagilah "heaven" kan..? hehehe..

4. kelas yang ada kuiz/tutorial..
kadang-kadang lecturer kalau nak buat kuiz dia akan bagitahu awal kan.. so kalau kelas yang sepatutnya ada kuiz tu cancel memang seronok sangat2.. hehehe.. lagi best kalau kuiz tu cancel terus kan..? hahaha..

apa-apa pun kalau ada kelas yang dicancel x payah nak suka mana ye.. sebab mungkin lecturer tu akan gantikan kelas tu balik.. *sedehhh..~ hehehe.. dan mirul cuma nak cakap yang kalau ada masa terluang tu, terutamanya kalau lecturer cancel kelas bawak-bawak lah ringan kan diri tu pergi perpustakaan ke, pergi jumpa lecturer lain ke, sekurang-kurangnya bermanfaat jugak kan masa tu.. :)
wasalam..~

Read more...

Isnin, 29 Oktober 2012

Jom Berdoa..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH amin.. ^^
dalam entry kali ni mirul nak berkongsi dengan sahabat semua mengenai satu perkara yang mudah je tetapi mirul harap ia bermakna dan membantu sahabat semua dalam memudahkan lagi urusan seharian kita di dunia ni.. mungkin ramai yang tahu perkara ni.. jadi gembira untuk mirul ingatkan balik tentang masa atau waktu atau saat yang sesuai untuk kita berdoa.. huhuhu.. 

1. ketika waktu hujan lebat, lagi-lagi setelah kemarau..


2. sepertiga malam.. (2am - 4am)
ini kerana dalam hadis Imam Muslim, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya :
Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T.

3. tempoh masa dari azan hingga iqamah..

4. setiap sujud ketika solat dan ketika selesai menunaikan solat.. 

selain daripada yang dekat atas ni, banyak lagi sebenarnya waktu-waktu yang doa kita akan mustajab.. antaranya ketika waktu antara dua khutbah, ketika waktu dhuha, malam nifsu sya'aban, selepas khatam al-Quran dan beberapa waktu lain..

selain daripada itu antara doa-doa yang mustajab ialah :

1. doa seorang ibu untuk anak-anaknya.. 
kita semua tahu kan yang doa ibu ni memang sangat mujarab.. sebab tu jangan sakitkan hati ibu kita.. selalu buat ibu kita gembira dan selalu pesan dekat ibu kita supaya doakan kesejahteraan kita.. moga-moga doa itu akan ALLAH makbulkan.. amin..

2. doa orang yang teraniaya..

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Tiga orang yang tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, seorang imam (pemerintah) yang adil dan doa daripada seorang yang dizalimi. Allah s.w.t. akan mengangkatnya ke atas awan dan terbuka pintu-pintu langit dan Allah s.w.t. akan berkata, "Demi kemuliaanKu, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika"

3. doa seorang sahabat untuk sahabatnya tanpa pengetahuan sahabatnya itu..

Daripada Ibnu Umar RA, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud : “Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib (tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu).” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).

mudah kan Islam ni.. cuma kita je yang selalu rasa susah.. ALLAH dah banyak bagi peluang dekat kita untuk berdoa, siap bagi lagi waktu-waktu yang mustajab, cuma kita ni je selalu sombong.. bukan susah pun nak berdoa kan, yang penting kita kena ikhlas dan betul-betul mengharapkan pertolongan dari ALLAH..

jadi lepas ni boleh lah sahabat semua gunakan kesempatan yang ada untuk berdoa.. jangan berdoa untuk diri sendri je tau, doakan jugak kesejahteraan ibu bapa kita, keluarga kita, sahabat handai kita, saudara kita, umat islam dan negara kita ni.. barulah kita akan rasa tenang.. huhuhu.. semoga entry ni bermanfaan.. sebar-sebarkan lah ye perkara ni.. wasalam..~

Read more...

Ahad, 28 Oktober 2012

Crush : Cinta Dalam Hati..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

 nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^^
okey..! entry kali ni mirul nak kongsi sikit dengan sahabat semua tentang 'crush'.. :D mirul percaya malah mirul yakin yang setiap dari kita ni mesti ada crush kan.. bagi sesiapa yang x tahu crush tu apa, crush ni ialah seseorang yang kita minat.. senang cakap suka dalam diam lah.. hehehe..
mirul pun x terkecuali daripada ada crush ni.. hahaha.. dan crush yang paling mirul ingat ialah masa mirul dekat matrik dulu.. entah lah, tapi mirul memang suka gila tengok dia.. pantang terserempak, mahu jatuh jantung ni.. hahaha.. dia punya hepy tu lain macam.. almaklumlah, nama pun crush kan.. ^^
masa 1st time jumpa tu rasa macam dunia ni berhenti seketika.. hahaha.. otak ni dah x mampu nak fikir apa-apa.. asyik ingat dia je.. :P  bila kawan tanya pun jawab entah papew.. buruk kan perangai..? hahaha..
dan macam biasalah, nama pun crush kan.. nama dia pun kita x tahu lagi.. masa tu sibuk tanya kawan-kawan kenal x siapa dia.. masa tu jugak lah kita jadi buzy-body sibuk nak tahu siapa dia, dari maa asal dia, duduk blok mana.. hahaha.. 
tapi zaman sekarang ni kan zaman moden.. apa-apa benda pun boleh cari dekat tenet tu.. hahaha.. kalau rasa x cukup infomasi, terus stalk dia dekat FB.. bersungguh-sungguh cari dia.. dan bila dah jumpa FB dia rasa hepy gila.. almaklumlah, bukan senang kan nak jumpa.. dan mulai hari tu, mula lah hari2 stalke FB dia.. hahaha.. kalah wartawan Kosmo! hahaha..
betul orang cakap, kalau kita sayang dekat seseorang bila kita tengok dia hepy kita pun akan rasa hepy sekali.. kalau dia ketawa, kita pun nak ketawa sama kan.. hehehe..
begitu jugak lah kalau dia sedih.. kita rasa macam nak duduk sebelah dia, tenangkan dia.. kalau dia sedih, kita pun akan rasa sedih jugak.. walaupun kita x tahu kenapa dia sedih, tapi rasa macam kita faham apa yang dia rasa.. huhuhu..
benda ni memang mirul sendiri kalau fikir balik, memang boleh bawak ketawa sorang-sorang.. hahaha.. mana x nya, dulu kalau terserempak dengan crush memang suka sangat2, tapi bila dia tegur, mahu gugur jantung.. time tu lah x tahu nak jawab apa.. lidah macam terkelu semacam je.. hahaha.. 

datang pulak kawan-kawan yang memang nak makan kaki, sakat kita.. hahaha.. time tu memang malu n rasa nak lari je.. tapi dalam hati berbunga-bunga.. hahaha.. :D
dan akhirnya bila kita dapat tahu yang crush kita tu dah ada yang empunya hati ni rasa sedih sangat-sangat.. dan mirul rasa sakit bila dapat tahu crush kita ni ada yang empunya ni lagi sakit daripada putus cinta.. huhuhu.. dalam hati selalu doakan dia bahagia.. kadang2 bila terserempak dengan dia dengan pasangan dia rasa sedih berbaur gembira.. x tergambar rasa tu kan.. :')

macam ni lah nasib mereka yang ada crush.. lagi2 macam mirul ni.. hahaha.. tapi x semua ending nya macam ni kan.. insyaALLAH kalau ada jodoh x akan ke mana kan..? :) yang penting doa.. hehehe.. ok lah, nak melayan perasan jap.. hahaha.. wasalam..~

p/s : x ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia.. :)

Read more...

Khamis, 25 Oktober 2012

Dilarang Mencarut..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan  nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^^
alhamdulillah, setelah berbulan-bulan x update akhirnya hati ni tergerak jugak nak update.. hehehe.. dan di kesempatan ni jugak, mirul nak ucapkan selamat hari raya aidiladha dekat semua.. makan daging lembu jangan lupa mirul ye.. hehehe..  :D

okey..! hari ni mirul nak berkongsi sedikit dengan sahabat semua tentang mencarut.. yup, mencarut..! senang cerita suka cakap perkara-perkara yang lucah@merepek@kurang elok lah.. huhuhu.. kalau korang semua perasan, mencarut ni dah macam jadi satu budaya dekat Malaysia ni.. sana sini orang mencarut.. macam x kisah je apa yang orang akan fikir bila dia cakap macam tu.. huhuhu..

ni salah satu contoh yang mirul rasa agak melampau lau bila mencarut..
mungkin itu bahasa kita dengan kawan kita.. ada orang cakap bila kita menggunakan bahasa yang kasar-kasar ni maksudnya kita dah rapat dengan dia.. x ada simpan-simpan lah orang cakap.. tapi bagi mirul pulak rapat macam mana pun kita dengan seseorang x payah kot nak pangil-panggil dia dengan panggilan yang kurang elok.. contohnya B***H ke, B**I ke, kan x manis kalau orang dengar.. huhuhu.. lagipun kata-kata tu kan satu doa.. jangan lah doakan orang bodoh.. x baik.. :)
dan bagi mirul apa yang lagi buat mirul hilang rasa hormat dekat seseorang tu ialah bila dia terang-terang mencarut depan mirul.. mungkin kalau lelaki tu boleh lah mirul terima sikit, tapi kalau perempuan yang mencarut lebih-lebih lagi yang bertudung memang kena reject terus lah.. dah pakai tudung tu buat-buat cara pakai tudung lah.. jaga adab sikit.. nanti bila lelaki pandang serong, cakap lelaki x hormat lah, apa lah.. behave..!
dan lagi satu perkara mirul nak tegur ialah bila korang nak tulis status or nak tweet ke apa ke, tolong fikir kan elok-elok isi kandungan status atau tweet tu.. kita kena ingat yang status kita tu akan dibaca oleh semua kawan-kawan kita.. kalau kita duk mencarut, lama-lama orang pun benci.. kalau marah sekalipun x payah tulis dekat status benda-benda yang mencaarut ni.. buang masa dan tenaga je.. entah-entah dapat dosa sekali..
apa-apa pun  moral of the story, jangan lah mencarut-carut ni.. kalau dah terbiasa pun kurangkanlah.. percaya lah cakap mirul yang bila kita mencarut, respect orang lain dekat kita akan jatuh.. lagi-lagi kalau korang ni perempuan.. x manis lah mencarut ni depan-depan orang, buang air liur je.. lebih baik kita cakap benda yang elok-elok kan, dapat pahala.. daripada mencarut ni dosa je dapat.. 

Allah berfirman : "Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Kuasa.(An-Nisa' 4:148-149)

ingat..! dosa dan pahala tu kita yang pilih.. kalau nak dosa teruskan lah mencarut ni semua.. tapi kalau kita nak pahala, kurangkan mencarut.. kalau boleh elakkan.. kalau ada orang yang boleh kanapa bukan kita kan..? jom cuba.. peace yo.. ^^ wasalam..~

Read more...