expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Ahad, 22 Januari 2012

SuRaT buAt Ex-Ro0mAtE..!


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
salam.. jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. :)
okey..! bermula cuti sem selama sebulan ni bermaksud bermula lah aktiviti-aktiviti mirul macam biasa..
mengemas rumah.. basuh baju.. masak.. ambil adik balik sekolah.. online 24 jam dan yang paling penting dapat update blog selalu.. ha3.. mak mirul memang gembira lah bila mirul balik.. sebab x payah lah mak mirul nak penat2 buat kerja rumah bila mirul ada.. kesian dia kan... hu3..
sepanjang 5 bulan berada di bumi ALLAH di tempat orang, macam-macam ujian datang.. dah nama pun ujian kan, mesti ada yang best dan mesti ada yang kurang best.. macam mana tak best pun ujian tu, nak tak nak kita sebagai hamba ALLAH kena terima juga.. sebab dengan ujian ni lah kita dapat menguji setinggi mana tahap iman kita kepada ALLAH.. :)

banyak sangat cerita yang mirul nak kongsi dekat sini, tapi rasanya biarlah satu persatu.. kalau sempat mirul tulis semua yang mirul alami sebelum cuti semesta habis, insyaALLAH korang akan faham apa yang mirul rasa.. :) tapi kalau x sempat biarlah masa yang menentukan ya.. he3..


okey..! mirul nak kongsi dengan korang semua tentang satu perkara.. pengalaman ni mirul pernah alami dulu masa dekat matrik, dan kali ni terjadi sekali lagi.. seseorang yang mirul sayang telah pergi, tapi bukan untuk selama-lamanya sebab kami hanya berpisah tempat.. mungkin rezeki untuk dia bukan di sini.. mungkin di sesuatu tempat yang ALLAH dah rancangkan yang terbaik untuk dia.. insyaALLAH.  :)

SuRat bUaT Ex-rOOmAtKu..  ^^

salam hairi.. :) sihat..? dah2, jangan sedih-sedih lagi ok.. kami dekat sini walaupun masih merasai ketiadaan kau dekat, tapi kami tabahkan juga.. nak buat macam mana, dah ALLAH takdirkan kau untuk sambung di tempat lain.. hu3.. untunglah kan dapat belajar dekat tempat lain.. tempat yang jauh lebih baik dari sekarang ni.. he3.. cuma aku harap dekat mana pun kau berada, jangan lupa ALLAH sebab dia je lah yang boleh bantu kita dalam keadaan senang dan susah.. :)

hairi..
maaf ea kalau selama aku jadi roomate kau, banyak benda yang aku buat sehingga kau x selesa.. hu3.. kaang-kadang apa yang kita buat dalam kehidupan seharian ni kita tak sedar sama ada betul ke salah.. sehinggalah ada seseorang yang datang dan bagitahu yang kita buat perkara yang salah.. hu3.. macam tu juga lah bila kita tinggal satu bilik, kadang-kadang dalam kesenyapan kau ada perkara yang buat kau x selesa.. mana lah tau kan.. aku minta maaf sangat-sangat ye..  :( macam tu juga dengan helmi dan kawan-kawan kita yang lain.. hu3..

hairi..
ingat lagi masa pertama kali kita bersua dalam bilik B3.2.. masa tu kau dan aku masing-masing x mengenali sesama sendiri kan.. he3.. bila ingat kembali detik tu memang kelakar gila.. masa tu juga, aku dan kau dah janji nak tinggal sama-sama dalam bilik tu.. tak nak pindah.. ha3.. aku janji akan ajar kau sebab kau x ada basic akaun, aku ada.. tapi bila masa berlalu, jarang sekali aku ajar kau.. malah boleh dikira dengan jari berapa banyak kali aku ajar.. hu3.. maaf sangat-sangat hairi.. mungkin salah aku juga kot sebab biarkan kau  bersendirin meredah kesengsaraan ni.. :( maaf.. maaf..

hairi..
dekat mana pun kau berada, ingatlah yang kami selalu doakan kejayaan kau.. sekarang ni tinggal usaha dan istihar kau je untuk berjaya atau tak.. ala, soal kawan tu boleh selesaikan bila kau masuk sana nanti k.. dan jangan lupa kami pula di sini.. :) nanti kalau ada masa jemput-jemput lah datang ke teratak buruk kami tu.. dekat je kan.. mana tau rindu kami.. he3.. kalau x pun mesej je ustaz k, dia sedih gila kau x ada.. nampak lah yang dia sangat merasai ketiadaan kau kat sini.. hurmm..

hairi, akhir kata dari aku dekat mana pun kita berada jangan mengalah dalam mengejar cita-cita.. kadang-kadang x semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan sebab mungkin ALLAH dah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk kita.. :) walau di mana pun kau berada ingat, kita masih mendongak ke atas langit yang sama.. berpijak di tanah milik ALLAH yang sama dan kita masih menghirup udara yang sama.. mungkin yang membezakan ialah tempat dan keadaan kita.. tapi jangan risau sebab pasti ALLAH akan hadirkan seseorang untuk kau dekat sana.. insyaALLAH.. :)


never give up..! apa-apa hal mesej aku k.. yang penting kita akan tetap jadi kawan.. :D insyaALLAH.. amin..~


6 ulasan:

Lelaki Michi berkata...

wow..surat utk akak mane?

Diari Anak Perantau berkata...

untunglah nak jugak.. hew3.. :P

Miss Butterfly berkata...

alorh... nk kene buat jugak nih.


tak silap sy penah buat surat utk bekas kekasih je. hikhik

Diari Anak Perantau berkata...

@eyda syahida : he3.. untunglah..~~

Lelaki Michi berkata...

mao mao mao mao

Diari Anak Perantau berkata...

lelaki michi : lalalaa..~~