expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 16 Disember 2011

HAtI-HatI deNGan hAtI..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  :)
okey..! hari ni mirul nak kongsi dengan korang semua tentang satu lagi masalah hati.. kalau sebelum ni mirul banyak cerita tentang hati dan cinta, hari ni mirul nak kongsi tentang HATI-HATI DENGAN HATI.. 
sebenarnya mirul kongsi ni sebab ada seorang kawna mirul ni baru je putus cinta.. tapi disebabkan rasa cinta yang amat mendalam terhadap kekasih dia, kawan mirul ni jadi x tentu arah.. dia cakap hidup dia dah x ada maknanya lagi.. huk3.. subhanALLAH.. inilah yang mirul cakap penyakit hati..  ^^
sayang dia lebih dari kita sayang diri sendiri..

okay..! dah menjadi satu lumrah kan untuk kita menyintai dan menyayangi seseorang tu.. x kira lah dekat sesiapa pun kita serahkan cinta dan sayang kita ni tapi HATI-HATI lah dalam memberikan cinta dan sayang anda..! kenapa mirul cakap macam ni.. sebab seseorang yang amat kita cintai x semestinya akan menjadi milik kita kan..  :)  kadang-kadang tu baru je kapel setahun dua, dah putus.. tapi dalam masa dua tahun tu kita dah serahkan jiwa dan raga kita kepada dia.. sebab tu lah bila kita putus, seolah-olah jiwa kita ni kosong.. hidup terasa dah x bermakna lagi dah.. hu3..

ala, mirul pun macam tu juga.. kalau mirul dah sayang dekat seseorang tu, memang mirul akan sayang dia sepenuhnya.. sanggup je buat apa untuk orang yang kita sayang.. itu mirul.. tapi sejak sering kali perasaan ni di tipu, mirul sering melatih hati untuk tidak menyintai seseorang tu terlalu dalam.. cukuplah sekadar menyintai dia kerana ALLAH.. :)  macam kawan mirul yang seorang ni, dia dah anggap BF dia tu seperti jodoh dia.. maklumlah, BF dia tu baik, memang sesuai buat calon suami.. hu3.. tapi tau-tau je BF dia mintak putus.. katanya nak ambil masa dulu.. nak fikir masak-masak.. kawa mirul ni apa lagi, memang x dapat terima lah.. hu3..

pembahagian cintaku dan sayangku..
dan sebab tu lah mirul pesan satu perkara dekat dia.. mirul cakap kalau kita sukakan seseorang tu jangan bagi 100% cinta kita tu pada dia.. mirul cerita dekat dia, apa yang mrirul buat.. mirul cakap dalam hidup ni, mirul sayang ramai orang.. tapi setiap dari mereka ada peratusan sayang mirul yang berlainan.. mirul cakap satu persatu dekat dia.. mirul bahagikan cinta dan sayang mirul macam dekat bawah ni :

50% untuk sang pencipta.. ALLAH s.w.t..
30% untuk mak mirul.. sayang mak sangat2..  :)
15% untuk keluarga, kawan-kawan dan orang2 disekeliling mirul..
dan 5% untuk JODOH mirul..  :)
mungkin ada yang tertanya kenapa mirul bahagikan macam ni, itu terpulang lah pada individu tersebut untuk bahagikan macam mana dan banyak mana.. yang penting cinta kita yang paling besar biarlah untuk yang ESA..  :)  dan kawan mirul tu ada tanya kenapa untuk JODOH mirul tu hanya 5%.. mirul cakap, setidak-tidaknya dia x berkongsi kasih dengan kawan2 dan keluarga mirul.. besar tu 5%.. he3...

terima kenyataan..!
dan sekarang ni pun mirul sedang cuba untuk melupakan seseorang yang sangat-sangat mirul sayang.. mungkin salah mirul kot sebab dah terberi cinta mirul pada dia melebihi yang sepatutnya.. hu3.. jadi dekat sini mirul nak cakap yang kalau lah korang di kecewakan atau putus dengan BF/GF korang, jangan rasa sedih sangat.. mungkin untuk menerima kenyataan bahawa kita dah x bersama tu pahit tapi bukan mustahil untuk terima kan.. ambil masa dan jangan sesekali mengalah..orang dah x nak dengan kita, buat apa nak menagih simpati lagi dengan dia kan.. fikir lah baik-baik k...  :)
dan mirul percaya kalau kita meletakkan cinta kita yang paling utama kepada ALLAH, maka rasa sedih tu akan pudar dengan sendirinya kerana kita tahu bahawa walaupun kita dah kehilangan seseorang yang kita sayang tapi kita masih lagi ada ALLAH untuk menerima cinta kita ni.. jadi sama-sama lah kita serahkan cinta kita ni pada ALLAH agar bila kita dikecewakan, kita x akan begitu sedih untuk menerima kenyataan tersebut.. 

jangan lupa pada DIA.. ^^
dan jangan lupa untuk selalu mengadi masalah kita ni pada DIA okey..! sesungguhnya DIA lah sebaik-baik pendengar.. tetapi jangan pula ingat hanya bila masa kita susah je.. masa kita senang tu pun selalu lah ucap kata syukur dan selalulah berterima kasih pada DIA.. semoga apa yang dia berikan pada kita ni akan berkekalan dan berpanjangan.. insyaALLAH..  :) 


kalau rasa entry ni best, jangan lupa KONGSI kan ye.. tekan button LIKE bawah ni pun dah cukup dah..  :) terima kasih.. wasalam..  ^^

6 ulasan:

Balqis Azhar berkata...

ikut hati nanti mati.
peace ^^v

jom jenguk entri saya !

Intan Maria berkata...

mirul....thanks...aku bce entri ko ni wt aku rse kuat sgt...Allah kn ade...;-)

aini berkata...

betul tu..
akak sokong..
cinta lah pada Yang Maha Esa..
tu yang utama..

Unknown berkata...

hati hati di jalan raya

AFDHAL FIKRI berkata...

BBHAHAHHA....BAPAK BAGUS....ADE GAK UNTUK JODOH TU,....HATOIYAI...

Unknown berkata...

Homepagei thought about this check my blogblog this contentover here