ASSALAMUALAIKUM..~
HEY kome2 sekalian..he3..kowang akan duduki ujian MEdSI kew esok..?? hurm..tau x pew 2 MEdSI..?? x tau..?? isyk3.. nak bacer kat bawah niew..semoga korang mula mengerti and lulus ye esok..doakan aq sekali ye coz aq pwon akan amek esok..amin..~
(diambil dari KrimNet Software..tq..~)
MEdSI
MEdSI
Apa itu MEdSI?
- Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI).
- Ujian MEdSI adalah satu ujian untuk menilai samada ada calon layak untuk mengikuti kursus perguruan.
- Ujian ini adalah untuk memastikan calon yang memohon betul-betul berminat untuk mejadi guru dan mempunyai kebolehan untuk mengajar.
- Semua calon yang memohon kemasukan program ijazah sarjana muda pendidikan di universiti awam mesti melalui dua peringkat tapisan, iaitu ujian Medsi dan temu duga mulai sesi akademi 2010/2011.
Syarat-syarat menduduki MEdSI
- Pemohon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi, Diploma, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan setaraf yang layak, akan menghadiri ujian MEDSI.
- Pemohon yang memenuhi Syarat AM dan Syarat Khas Program Pendidikan di IPTA sahaja yang akan dipanggil untuk menduduki Ujian MEdSI ini.
Panduan MEdSI
- Calon boleh menyemak sama ada LAYAK atau TIDAK untuk menduduki MEdSI di laman Webwww.mpm.edu.my
- NAMA TEMPAT untuk menduduki MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI ketika mengisi permohonan on-line kemasukan pelajar melalui laman web www.mohe.gov.my
- SEMAKAN TEMPAT menduduki juga melalui laman web MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia).
- TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.
- MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 sahaja ketika permohonan on-line dahulu.
- Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.
- Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM.
- JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja.
- Ujian MEdSI hanya diadakan apabila pengambilan pelajar dibuka dan secara AUTOMATIK ujian MEdSI akan ditawarkan jika calon memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 bergantung kepada kelayakan calon samada memenuhi syarat program yang dipohon atau tidak.
- Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali menduduki sahaja.
- Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dan DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah).
4 komponen khusus MEdSI uji calon guru
- Menyaring calon yang memiliki ciri pendidik berkualiti.
- Personaliti sesuai sebagai guru, termasuk perwatakan dan penampilan yang menepati keperluan profesion berkenaan.
- Mengenal pasti calon yang benar-benar meminati bidang kerjaya berkenaan, bukan sekadar menyertainya sebagai pilihan terakhir kerana masalah pengangguran.
- Nilai integriti yang merupakan antara aspek penting untuk menjadi guru berwibawa dan mampu menjana kecemerlangan pelajar.
1 ulasan:
so.....camner???da ke blom???
Catat Ulasan