expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Memaparkan catatan dengan label dosa pahala. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dosa pahala. Papar semua catatan

Khamis, 9 Februari 2012

kASih SeORaNG aBanG..!


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^
okey..! hari ni hati mirul terluka.. hurmmm.. tapi sebelum tu mirul nak mintak maaf dulu lah dekat mak yang sangat mirul sayang dan dekat semua ahli keluarga yang dah buat keputusan ni.. bukan mirul nak cuba protes atau nak membangkang apa yang mereka dah buat, tapi rasanya mirul agak kecewa degan keputusan itu.. lebih-lebih lagi bila keputusan itu dibuat tanpa persetujuan mirul.. hurmm..


mungkin anda rasa benda ni berkaitan dengan mirul kan.. keputusan tu mesti berkaitan dengan mirul ke apa ke.. tak..!  x de kaitan pun sebenarnya dengan mirul.. tapi sebagai abang, mirul rasa mirul ada hak juga untuk meluahkan apa yang mirul rasa.. sebagai abang yang sayangkan adeq nya, mirul rasa sepatutnya mereka dengar apa yang cuba mirul luahkan..  again, sorry mom..  :(

adeq oh adeq..
mirul ada 4 orang adeq.. seorang lelaki dan 3 perempuan.. yang lelaki ni sejujurnya mirul dah x tahu nak buat apa dah dengan dia.. mungkin salah mirul jugak kot sebab terlalu memaksa dia melakukan benda yang dia x nak.. hurmm..then bila dah x ada ketua dekat rumah ni, dia semakin menjadi-jadi.. maklumlah, mirul kan dah x ada ayah.. mirul pula belajar jauh.. memang susah nak jaga tingkah laku dia.. hurmm..


mirul cuba untuk fahami dia.. cuba untuk jadi kawan dia dekat rumah.. rapat dengan dia untuk dengar luahan hati dia.. sebab itu je lah caranya yang boleh mirul guna untuk memastikan dia akan kongsi apa yang dia rasa dekat mirul.. bukan dekat orang lain, terutamnya kawan-kawan dia.. sebab mirul tahu dengan siapa dia kawan.. dan mereka bukan lah budak yang baik.. hurmm..

kalau lah dia tahu masa depan dia macam mana kalau dia terus macam tu, tentu senang.. biasalah, remaja kan.. apa yang mereka fikir sekarang ialah keseronokan.. macam mana pun kena berleter dengan mak tetapi selagi mereka sendiri x sedar  memang susah.. macam adeq mirul ni lah, kalau nak diikutkan banyak kali dah kena marah dengan mak.. tapi disebabkan dia sendiri x nak berubah, memang sampai bila-bila pun dia x kan berubah.. cuma satu je yang mirul selalu doa setiap kali habis solat, jangan lah dia terjebak dalam najis dadah dan bergelumang dengan zina dan maksiat.. takut sangat-sangat..

sekolah agama..
tadi mirul telefon mak sebab nak tanya adeq mirul yang kecik ni makan ubat pukul berapa.. mirul x pasti.. takut salah bagi makan pula.. hu3.. cakap punya cakap kemudian mirul tertanya siapa nak hantar adeq mirul yang no-3 ni ke sekolah agama..? jawapan yang mak mirul bagi tu memang benar-benar buat mirul  terkejut.. dari suara dia, mirul tahu mak mirul rasa bersalah.. mirul cuba kawal perasaan.. tenang mirul, tenang.. sebab sejujurnya mirul memang sedih dengan jawapan tu.. hurmm..

mak kata dia dah x sekolah agama dah.. dah berhenti.. sebagai seorang abang memang tersentap mirul.. maklumlah kan, zaman sekarang ni agama dan iman di dada je lah yang mampu buat seseorang tu ingat asal usulnya.. ingat bahawa setiap perbuatannya itu akan dihisab dan dicatit.. sama ada pahala atau dosa.. sebab tu lah bila mak cakap dia dah berhenti memang sedih lah.. sebagai abang mirul takut dia akan jadi macam kebanyakan remaja masa kini.. rosak akidah, sesat, buat sesuatu di luar batasan.. mirul takut semua tu..  :(
memang mirul tahu bahawa sekolah agama ni hanyalah tempat menuntut ilmu agama.. yang paling penting hati dowang untuk ikut dan amalkan apa yang mereka pelajari.. tapi bila seseorang tu belajar, sekurang-kurangnya dia akan berfikir tentang apa yang dipelajarinya.. contohnya, bila dia tahu mendedahkan aurat tu dosa, dia akan cuba menutup aurat.. bayangkan kalau dia x di didik..? mungkin berbogel pun dia nak.. hu3.. sebab dia x tahu benda tu salah dan berdosa..

husnuzon..
mak cakap x ada orang nak hantar dia.. kalau dulu atuk mirul yang hantar, tapi kitorang x nak susahkan atuk lagi.. dia pun dah tua.. penat.. bila mirul fikir-fikir kan balik mungkin ada hikmah kenapa semua ni terjadi.. sekurang-kurangnya atuk mirul dapat juga berehat.. x payah nak berpanas dan berhujan untuk ambil dan hantar adeq-adeq mirul tu.. hu3..

dan insyaALLAH mirul akan cuba yang terbaik untuk pastikan dia x terjebak dengan gejala-gejala negatif ni.. kadang-kadang nak kongkong sangat pun bahaya sebab takut bila nanti dia bebas, dia akan "culture shock" pula.. hu3.. tu lagi bahaya.. nak tak nak, kena kawal dan perhatikan dia.. sebab itu tanggungjawab mirul..! kalau esok di akhirat kelak, mirul juga akan disoal sekiranya dia melakukan kejahatan.. sebab mirul ni abang dia.. ketua keluarga selepas ayah mirul.. besar tu tanggungjawabnya.. hurmm..


semoga apa yang mirul kongsikan ni dijadikan pengajaran buat pembaca.. mirul bukan nak buka aib keluarga, tapi ni sekadar satu perkongsian cerita.. mungkin dalam hidup ni kisah kita mampu memberi kesedaran kepada orang lain.. kita tak tahu kan..  :)  sebab mirul ni pun jenis yang suka mendengar cerita orang lain untuk menjadikan diri ni lebih diredhai.. insyaALLAH.. sama-sama kita cuba perbaiki kelemahan diri.. ok.. wasalam..~~




Read more...