expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Selasa, 15 Januari 2013

..Ini Kisahku..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^_^
bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniannya dapat kita semua bernafas lagi hingga ke hari ini.. jadi jangan lah kita angkuh dengan lupa bersyukur kepada ALLAH kerana semua nikmat yang kita peroleh ni datang dari Dia juga kan.. :)

jadi hari ini dalam entry kali ni, mirul nak berkongsi sedikit cerita duka mirul sepanjang seminggu ni, dan mungkin untuk seminggu yang akan datang.. huk.. huk.. huk.. jadi kalau korang semua nak baca sila sediakan tisu lebih sikit sebab takut meleleh air mata baca ni.. :3
kisah bermula seminggu yang lalu dimana masa tu kebanyakkan pelajar-pelajar Uni seluruh Malaysia sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.. mirul pun masa tu rasanya baru setengah perjalanan je sebab ada setengah lagi peperiksaan belum habis.. benda tu x kisahlah sebab semua orang tengah sibuk pulun tenaga sekering-keringnya untuk menghadapi exam, sama macam mirul.. 

tapi nak dijadikan cerita sedihnya tu, dalam kesibukan kebanyakkan senior-senior ni menelaah buku untuk exam, tiba-tiba kedengaran satu bunyi yang paling menyedihkan.. kalau masa raya, suasa sedih bila dengar lagu raya kan.. yang ni kami sedih bila dengar junior-junior ni dah mula usung beg baju masing-masing untuk balik kampung halaman masing-masing.. ini tidak adil...! masa kami junior, kami balik paling last.. dah jadi senior pun balik paling last.. stresss..! jadi ni pesan mirul pada junior-junior tu..
kalau x nampak sila klik pada gambar ye.

ok lah fine, lepas sehari dua tu dah kurang dah kedengaran bunyi seretan beg junior-junior ni.. kalau x setiap masa ada je "kedegek.. kedegek.. kedegek.." bunyi beg tu.. grrrr... jadi ingatkan boleh lah belajar dengan tenang lepas tu.. tapi ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya salji di tengahari.. benda yang sama berulang lagi.. kali ni disebabkan teman-teman seperjuangan lah pulak.. huk3..

kami masa sem 3 ni kena ambil bahasa asing, jadi mirul amik bahasa Arab.. tanpa mirul ketahui rupanya bahasa Arab merupakan paper terakhir sekali dalam banyak-banyak bahasa asing ni.. T__T mula-mula x de lah terpengaruh sangat dengan kata-kata budak ni semua tapi lama-lama streess sebab mirul jugak yang akan balik lambat akhirnya.. jadi disebabkan itu mirul dah bagi amaran siap-siap dah dekat dowang ni semua..
kalau x nampak sila klik pada gambar ye..

dan akhirnya hari ni tinggallah daku seorang diri di dalam rumah yang super duper besar ni.. nak kemas dah bersih, nak sapu x ada habuk, nak mop semalam dah mop, jadi dah x tau nak buat apa.. almaklumlah, duduk sorang-sorang dekat sini dah macam terdampar dekat padang pasir dah, ke sana sama, ke sini pun sama.. last-last duduk depan laptop melayan apa yang patut je lah.. huk.. huk.. huk..

dan pagi ni seorang demi seorang housemate mirul balik.. dan yang paling sedih tentulah bila roomate tercinta tu balik.. sekeras-keras hati dia tu, menangis jugak dia tadi.. :'( sedih sangat nak tinggalkan mirul ke sebab lain x tau lah.. huhuhu.. walaupun dia cuba cover air mata dia tu tapi muka dah lah putih, kalau menangis habis merah satu muka.. hehehe.. jaga diri mok.. jumpa lagi sebulan ye.. :')

dan ni ialah peringatan mirul semalam buat kawan-kawan mirul..
kalau x nampak sila klik pada gambar ye..

x habis dekat situ sebenarnya sebab ada lagi satu perkara mirul x cerita.. huk3.. hurmm.. semua benda ni x cukup sedih lagi.. yang paling sedih ialah bila korang kena tahu yang sebenarnya mirul x akan balik langsung untuk cuti sem ni.. huk.. T_T sedehnya.. setiap kali mirul cakap semua orang x percaya, semua orang akan buat-buat terkejut.. grrr.. x kan lah mirul nak tipu kan.. huhuhu..

22 hb ni mirul akan bergerak ke UUM untuk pertandingan "Business Simulation" selama lebih kurang dua minggu lebih.. sebab tu lah mirul x balik cuti ni.. orang kata kalau lambat tu x apa lah kan, asalkan nanti balik juga.. ni mirul dah lah lambat, balik pun tidak.. huk.. huk.. huk.. apa lah nasib badan ni.. 

apa-apa pun pertandingan tetap harus diteruskan.. buat agama, bangsa dah negara akan ku gagahkan kaki ini jua untuk terus melangkah.. *muka askar.. huhuhu.. doakan mirul x ada apa-apa ye kawan-kawan sebab dari 15-22hb ni mirul tinggal sorang je dekat kolej ni.. ada lah jugak yang x balik, tapi rasanya aras mirul, x ada sesiapa kot.. huk3.. *takutnya pun adoii.... :'(
kalau x nampak sila klik pada gambar ye..

dan apa-apa pun benda dah terjadi kan.. nak buat macam mana.. tengoklah, kalau sempat mungkin akan balik kejap kot, x pasti lagi macam mana.. huhuhu.. dan buat kawan-kawan semua yang sedang / akan bercuti selama sebulan ni, gunakan lah masa yang ada ni sebaiknya.. buat lah aktiviti-aktiviti yang bermanfaat ye.. jaga diri, jaga nama, jaga segala-galanya.. semoga kita semua dilindungi dan diberkati sepanjang bercuti ini.. amin.. wasalam..~

Read more...

Ahad, 13 Januari 2013

Manusia dan Hidayah..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^_^
bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnian-Nya masih lagi kita diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi ini.. dan bersyukur kita kerana masih ada kesempatan untuk menebus segala dosa dan kesilapan lalu yang hanya kita dan tuhan je yang tahu apakah dosa kita itu.. 
okey..! dalam entry kali ni mirul nak berkongsi dngan kalian semua mengenai "Hidayah Itu Milik ALLAH.." yup, semua orang tahu bahawa hidayah itu milik ALLAH.. tiada siapa pun yang dapat menyangkalnya lagi.. hidayah itu diperkatakan seperti satu cahaya yang akan menerangi jalan kita menuju DIA yang satu.. hidayah ini juga menjadikan kita sebagai hamba-Nya yang semakin dekat dengan DIA yang hakiki.. berutung bukan golongan yang memperoleh hidayah ni.. :)

kisah seorang Sahabat  :)
mirul ada seorang sahabat yang pada pertemuan pertama kami, mirul rasa dia hanyalah seorang wanita biasa yang zahirnya sama seperti wanita lain.. gemar ber't-shirt' dan mengenakan seluar, selesa katanya.. dia ni pada pandangan mirul seorang yang ceria dan kadang kala banyak cakap pun ada.. hehehe.. dan nak dijadikan cerita kami ni satu kelas semasa kami sama2 dekat matrik dulu.. 

dan seingat mirul pertemuan kedua mirul dengan dia ialah masa dalam kelas, dah nama pun sekelas kan jadi dekat situ lah kami mula kenal sesama sendiri.. dia ni antara kawan perempuan yang mirul selesa bergurau sebab hati dia ni hard-core sikit.. hahaha.. dan disebabkan itulah mirul dengan dia ni macam anjing dengan kucing, pantang bertemu ada je nak bergaduhnya.. hahaha..


dan antara pertemuan yang paling mirul ingat ialah sewaktu kami 4 orang nak study sama-sama katanya.. dalam 4 orang tu, dia sorang je perempuan.. dan mirul memang terkejut beruk lah kan bila masa diskusi tu dia datang pakai sweater je, dan dengan hanya menggunakan hood, dia tutup kepala dia.. :O *dia free hair ke..?

tapi mirul x adalah terus judge dia dari cara dia macam tu sebab mirul pun sebelum ni pernah je tengok orang yang pakai tudung masa di sekolah tapi bila keluar rumah tudung nya tertinggal dalam rumah.. cuma saat tu mirul x sangka lah dia jenis yang on/off, sebab nampak gaya macam x.. hehehe..

dan nak dijadikan cerita dua orang kawan mirul ni pun kapel, bercinta bagai nak rak dan akhirnya sama-sama berjaya menamatkan matrikulasi dengan kejayaan masing-masing.. begitu jugak mirul, habis matrik terus x jumpa dia.. paling koman pun chat dekat FB, x pun mesej cakap rindu.. muahahaha.. dan mirul perasan yang semakin lama dia semakin berubah ke arah yang lebih baik.. :) dia dah x tinggal dah tudung dia, dah melekat kot dekat hati tu.. <3


cuma sejak dua menjak ni mirul tengok dia semakin istiqomah.. mungkin semua ini gara-gara dia diputuskan oleh kawan mirul tu kot.. yup, dia kecewa, mirul nampak dia sengsara.. siapa x sakit kalau kekasih hati buat macam tu kan.. mirul pun kalau kena macam tu akan menangis, sedih.. huhuhu.. sebab apa? sebab kami x meletakkan sepenuh hati dan cinta kami kepada ALLAH.. cuba masa tu mirul memberi sepenuhnya tanpa ada sedikit pun kurangnya, pasti jika mirul dikecawakn mirul masih tersenyum kerana ALLAH kan ada untuk mirul.. :)

dan kini alhamdulillah, kawan mirul tu semakin kuat dan dia menjadi semakin dekat dengan ALLAH.. walaupun kita x dapat menilai sejauh mana dia sekarang, tapi mirul nampak dia cuba berubah.. mungkin kerana kekecewaan yang teramat sangat tu dia bangkit lalu diberi peluang oleh ALLAH untuk merasa secebis hidayahnya.. beruntung kan dia.. :') mirul doakan dia semoga dia terus istiqomah menjadi muslimah sejati.. terus berusaha mendapatkan hidayah ALLAH supaya diri terus kuat menhadapai segala rintangan kelak.. dan lagi sweet kalau kau pakai tudung labuh sikit.. auwww.. hahaha.. :D


رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ (٨) رَبَّنَآ إِنَّكَ جَامِعُ ٱلنَّاسِ لِيَوۡمٍ۬ لَّا رَيۡبَ فِيهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُخۡلِفُ ٱلۡمِيعَادَ (٩

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (8) Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (9)


moral of the story mory : kadang kala ujian ALLAH ni datang dalam pelbagai bentuk.. dan percayalah bahawa setiap ujian yang datang tu ada hikmahnya.. dan tidak ALLAH uji seseorang itu melebihi kemampuan mereka.. :) dan percayalah bahawa setiap kemanisan itu harus melalui kesukaran dan kepahitan.. bukan senang nak senang bukan.. semoga kita semua terus Istiqomah dan mendapat hidayah ALLAH.. amin.. wasalam..~


Read more...

Jumaat, 11 Januari 2013

Kisah Bantal yang Dirasuk..


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^_^
alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaannya, masih lagi kita mampu berdiri dan bernafas di muka bumi ini.. tanpa nikmat dan anugerahnya, maka hari ini mungkin kita dikenali dengan panggilan arwah barangkali.. 
setelah berkurun nya x mengupdate blog ni, alhamdulillah hari ni ALLAH bagi kesempatan dan peluang untuk menaip.. bukan nya x ada masa sebelum-sebelum ni, tapi banyak komitmen lain yang perlu ditumpukan terlebih dahulu lebih2 lagi hidup sebagai seorang mahasiswa ni.. dan ber-bloging ni sebagai sampingan je, kalau ada masa insyaALLAH akan terupdate.. :)

okey..! hari ni dalam entry kali ni mirul nak cerita sikit tentang "Bantal Yang Dirasuk"... baca macam seram kan, memang seram pun sebab benda ni mirul dan roomate yang alami.. cerita bermula sejak awal sem lagi sebenarnya, cuma kami x perasan lah yang bantal tu ada 'something'.. mirul mula perasan sejak minggu lepas bila mana bantal tu mula berjalan sendiri mencari tuannya.. 

yang ada love-love tu mirul punya.. dia baik je.. :D bantal yang berhantu tu aa, yang ada gambar awek mana entah tu..  >.<  weeee..~

kes pertama berlaku dua minggu lepas bila mana mirul ni memang #GengTidurAwal .. mirul tidur masa tu dalam kul 11 malam kot.. masa tu dua-dua roomate x ada sebab dowang sibuk "menghafal sifir" dekat rumah depan.. jadi macam biasalah mirul akan tutup lampu kemudian tidur dengan nyenyaknya.. sampai lah keesokan harinya mirul tersadar dah pagi dah.. masa tu dalam kul 7.30am kot.. memang x sedar apa-apa lah.. tengok-tengok bantal kawan mirul tu ada dekat katil mirul.. siap mirul guna letak dekat kepala lagi sepanjang malam.. grrrr..~

kes kedua pulak berlaku sepanjang sem tapi pagi tadi mirul baru perasan benda ni.. bantal yang ada 'something' ni memang kawan mirul yang punya.. setiap malam  dia akan peluk, x pun dia letak lah dekat celah-celah mana yang dia suka.. mirul pulak kalau dah tidur awal azan subuh tu dah terjaga.. perkara pertama yang mirul buat selepas baca doa ialah kejut roomate2 ni supaya solat subuh.. 

tapi ada sorang roomate mirul ni yang susah sangat-sangat nak bangun.. memang susah, serious..! setiap kali tu jugak lah mirul akan cuba 'pisahkan' bantal ni dengan dia supaya 'tuannya' ni mampu 'bebas' dan solat subuh.. dan setiap kali itu jugak lah mirul gagal.. mirul pun pelik, dah letak jauh bantal tu pun mesti akan ada balik dekat kawan mirul ni.. memang betul2 ada 'something' ni.. hahaha.. dan kawan mirul pun akhirnya mengaku yang memang bantal dia tu 'berhantu'.. sekali peluk, selamanya nak lagi.. muahaha..

moral of the story, kalau dah dengar azan tu terus lah bangkit bangun subuh.. kalau x dengar sekalipun kalau kawan dah suruh bangun tu bangun lah.. se'something' mana pun bantal tu solat tu kena utamakan.. x merajuknya bantal tu kalau hang bangun kejap g solat kan.. hehehe..  wasalam..~

pesanan penaja : jangan sampai bantalku menghantui dirimu..~~

Read more...