expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Selasa, 10 April 2012

WaHaI AdIk-aDiK AbaNg..!





بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
assalamualaikum w.b.t semua..

semoga hari ini membawa seribu satu rahmat buat kita semua dan semoga juga kasih sayang ALLAH pada kita akan sentiasa mengalir tanpa henti umpama mengalirnya air sungai yang tiada penghujungnya.. insyaALLAH.. ^^ dalam entry kali ni mirul nak berkongsi dengan anda semua mengenai kisah remaja zaman sekarang.. seperti kalian semua, mirul juga pernah melalui zaman remaja.. hu3.. dan mirul percaya, setiap dari kita punya cerita tersendiri kan.. setiap apa yang ALLAH aturkan itu pasti menarik, tetapi mungkin ada yang boleh dikongsi, dan mungkin tidak.. mungkin juga ada yang boleh dikongsi sesama manusia, dan mungkin ada juga yang hanya boleh dirintih dan diperdengarkan dihadapan ALLAH yang satu..  :)
warkah buat adik-adik abang..
wahai adik-adik abang..
kenapa jadi begini..? tidakkah adik-adik merasa kasihan melihat ibubapa adik-adik semua bertungkus lumus bekerja demi memberikan adik-adik semua keselesaan dalam hidup ni.. tidakkah adik kasihan melihat yang dulunya halus tangan mereka, kini sekasar kayu kerana bekerja.. tapi apa yang mereka peroleh dari adik-adik? kegagalan..? surat gantung sekolah..? saman..? itu ke yang mampu adik-adik berikan..? tak rasa malu ke dengan diri sendiri.. cuba adik bayangkan lah kalau adik-adik semua yang berada dekat tempat mak ayah adik tu semua.. apa perasaan adik..? mungkin kalau adik faham, adik akan berubah.. tapi kalau adik x faham ataupun pura-pura x faham x apa lah.. ALLAH tu kan adil.. tunggu jelah nanti bila adik-adik semua ada anak.. tahulah perasaan mak ayah adik sekarang ni..

wahai adik-adik abang..
dulu abang pun bersekolah.. dulu kawan-kawan abang pun pergi sekolah.. kami semua tahu perasaan berada di sekolah itu.. tapi kenapa kami boleh bertahan selama bertahun-tahun dekat sekolah..?  tidakkah kau terfikir wahai adik-adik ku..? kami tahu kau mahukan kebebasan.. kerana di sekolah segala gerak geri akan diperhatikan.. tapi kami juga faham bahawa tanpa pemerhatian dari guru dan pengawas, adik-adik akan melakukan perkara yang sia-sia.. melanggar peraturan dan akhirnya bila adik semua dah biasa di luar sekolah juga adik akan melakukan perkara yang sama.. adik nak ke jadi buruan pihak polis, hidup dalam ketakutan..? 
wahai adik-adik abang sekalian..
dulu abang pun x suka belajar.. dulu kawan-kawan abang pun x suka belajar.. tapi kenapa kami semua boleh berjaya.. memang abang x dapat nafikan bahawa belajar itu satu perkara yang memenatkan.. tapi bak kata pepetah "kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.." .. semalas-malas abang dan kawan-kawan belajar, sekurang-kurangnya kami akan memberikan perhatian semasa cikgu-cikgu sedang mengajar.. walaupun kami malas belajar, tapi abang akan pastikan setiap apa tugasan yang cikgu berikan akan disiapkan.. bukan seperti malas kalian, yang langsung x nak berusaha walau sedikit pun..

wahai adik-adik abang..
kalau dulu masa abang belajar, abang sangat baik dengan cikgu-cikgu abang.. sampai sekarang di U pun abang baik dengan semua orang.. tapi abang lihat adik-adik sekarang dah suka melawan cikgu.. kesian cikgu.. penat dia beri ilmu pada adik-adik, tapi kenapa adik-adik x pernah hormat sedikit pun pada dia.. bagi abang, macam mana pun adik berusaha untuk berjaya tapi kalau keberkatan dari mereka yang memberi ilmu itu x ada, memang susah.. jadi abang nak adik-adik abang semua hormat guru.. bukan abang suruh adik-adik membodek guru, cukuplah sekadar dia tahu yang kita menghormati dia.. cukup itu je abang minta dekat adik-adik semua..
wahai adik-adik abang yang abang sayangi..
adik ni semua orang yang kaya ke..? adik rasa harta mak ayah adik tu semua akan bertambah ke kalau adik asyik gunakan je tanpa nak tambahkannya..? abang ni datangnya dari keluarga yang sederhana je.. tak kaya dan tak juga papa.. sebab tu abang kena berusaha keras untuk berjaya.. macam kawan-kawan abang, ada juga yang kaya raya.. tapi bila dia selesa dengan kekayaan yang dia miliki sekarang tu dia jauh ketinggalan dari kami semua yang x kaya mana ni.. mungkin dia boleh jadi yang terbaik dari kami semua kalau dia gunakan kekayaan keluarga dia tu untuk pergi ke kelas tambahan yang baik..tapi sayangnya dia tak buat semua tu.. jadi abang harap adik-adik semua sedar diri.. kalau adik-adik bukan dari keluarga yang senang, belajar lah betul-betul.. buktikan kejayaan adik-adik tu pada semua orang ye..

wahai adik-adik abang..
adik tak takut ALLAH ke..? abang percaya yang ramai takut kan, tapi kenapa masih berani buat dosa.. mungkin ada adik-adik abang yang akan cakap kubur kita lain-lain, tapi adik kan adik abang.. abang ada tanggungjawab terhadap adik-adik semua tau.. hu3.. abang bukan nya nak larang adik-adik semua bercinta, tapi adik  kan muda lagi.. sekolah pun belum habis kan.. dan abang paling x suka kalau adik keluar berdua-duaan.. abang bukan nak fitnah, tapi abang selalu nampak adik-adik keluar berpegang tangan dengan bukan mahram.. berdosa dik..  berdosa besar tau tak.. abang ni kesian dekat mak ayah adik sebab mereka yang akan tanggung dosa adik-adik tu.. kata sayang mak ayah kan, jadi jangan kapel-kapel boleh..? sebab kapel tu hanya akan mendekatkan adik-adik semua dengan zina.. nauzubillah.. baik adik semua belajar pandai-pandai, lepas dah kerja baru cari calon.. dan abang percaya, calon lepas adik bekerja tu jauh lebih baik daripada calon semasa adik m,asih bersekolah lagi.. percayalah.. abang kan pernah bersekolah dulu.. :)
wahai adik-adik abang..
abang nak pesan beberapa perkara ni.. mungkin adik selalu dengar tapi abang nak ingatkan lagi.. boleh kan adik-adik abang yang abang sayang..? hu3.. pertama sekali, abang nak pesan, jangan sesekali tinggal solat.. dekat mana pun adik berada, ingat ALLAH.. hanya ALLAH lah yang mampu tolong kita semua ni adik.. jadi kalau nak ALLAH ingat dekat kita, kita kena lah selalu ingat dekat dia.. caranya ialah dengan bersolat.. insyaALLAH bila kita susah, ALLAH akan bantu kita.. yang kedua abang nak pesan ialah jangan melawan cakap ibu ayah adik semua.. kenapa..? sebab keredhaan ALLAH itu terletak pada keredhaan ibu bapa kita.. jadi sia-sia je lah kalau adik ingat ALLAH tapi x pernah ingat dekat ibu dan ayah.. minta restu mereka kalau nak buat sesuatu tu, baru lah orang kata ada berkat.. :) hu3.. dan ingat, dekat mana pun adik berada sebenarnya adik-adik bawa nama keluarga sekali.. jadi kalau x nak maruah keluarga tercalar, jaga diri baik-baik..
wahai adik-adik abang..
akhir kata dari abang.. warkah ini bukan untuk adik kandung abang sahaja.. warkah ini untuk semua adik-adik yang masih lagi menuntut di sekolah mahupun di mana-mana institusi pembelajaran.. abang di sini juga bukan lah abang kandung anda semua, tapi anggaplah abang ni sebagai seorang yang lebih tua dari adik semua.. warkah ini abang buat khas untuk adik-adik, supaya adik-adik semua berjaya.. zaman sekarang ni adik, bukan seperti zaman dulu lagi.. sekali adik tertinggal di belakang selamanya adik akan ditinggalkan.. dan kalau adik sendiri x nak tolong diri sendiri, memang adik x akan pernah berjaya.. teringat abang akan satu pepatah arab "man jadda wajadda, wa manzaroa hasadda.." jadi, kalau betul nak berjaya, kalau betul nak tolong ibu bapa berubah lah.. ingat, ALLAH x akan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka sendiri mahu mengubahnya.. semoga bermanfaat warkah abang kali ini.. salam sayang.. <3

8 ulasan:

Gucciey Lavender berkata...

sungguh mendalam ..

Unknown berkata...

besar jasa ibu bapa.....xterkira

kim heeruul berkata...

nice entry..
dah jd penceramah bebas ye kau skrg.. ^^

Diari Anak Perantau berkata...

gucciey lavender : yup.. sangat mendalam.. semoga bermanfaat untuk kita semua.. :)

Diari Anak Perantau berkata...

azam :sangat besar sebenarnya.. cuma kadang kala kita ni je yang x sedar kita dah sakitkan hati dia.. hu3.. tapi x apa, sekarang ni bila kita dah tahu kita kena buat.. :)

Diari Anak Perantau berkata...

kim heerul : ha3.. apa seh ko ni.. dah lama dah aku part time jadi penceramah bebas ni.. :D ha3.. bila ko nak join aku ni..? he3..

Yasmin Aris berkata...

Terima kasih abggg ! hehe

Diari Anak Perantau berkata...

yasmin aris: he3.. sama2 adik ku sayang.. oopppss.. XD