expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Ahad, 8 April 2012

BiLa nAk BeRtaUbAt..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. he3.. insyaALLAH..  :) okey..! kali ni mirul nak berkongsi sedikit dengan anda semua tentang "Bila nak taubat.." satu tajuk yang mirul rasa perlu kita ketengahkan untuk diberi perhatian dan sama-sama kita ambil ikhtibar.. mungkin mirul sebenarnya x layak pun untuk berkongsi pendapat mengenai hal-hal yang sebegini tetapi kita sebagai umat Islam ada hak untuk menyatakan apa yang tersirat dalam hati ni kan.. maklumlah, zaman sekarang ni ramai Islam pada nama je..

okey..! manusia ni sebenarnya banyak kelemahan dan kekurangan.. namun disebalik kelemahan itu telah ALLAH kurniakan kepada kita sesuatu yang boleh kita gunakan untuk memperbaiki dan mempelajari apa yang dipanggil Ilmu.. kurniaan tersebut ialah akal manusia.. namun, kalau kita lihat pada hari ini, berapa ramai sangat lah kan manusia yang menggunakan akal mereka dalam melakukan sesuatu perkara itu.. tanpa penggunaan akal, maka jadilah kes-kes yang terpampang dekat surat-surat khabar sekarang ni.. macam-macam kes ada.. kadang-kadang tu takut bila baca sebab takut perkara yang sama akan berulang pada kita pula.. minta dijauhkan.. nauzubillah..

soalan kurang pandai..
sebenarnya mirul nak kongsi dengan anda semua tentang satu pengalaman yang mirul sendiri lalui.. cerita ni bermula di Twitter.. hu3.. twitter ni lain sikit dari facebook.. kalau dekat facebook orang panggil status Fb kan, tapi kalau twitter ni, orang panggil tweet je.. dan setiap kali kita tweet, follower kita akan dapat baca lah apa yang kita tulis.. hu3.. sesiapa yang ada twitter mesti tahu benda ni kan.. :)  

nak dijadikan cerita, mirul ada lah follow Imam Muda Asyraf punya twitter(@IM Asyraf).. dia ni memang sibuk.. kalau nak tunggu dia on9 kena tunggu lewat-lewat malam sikit sebab masa tu lah timeline twitter mirul akan penuh dengan tweet-tweet dia je.. he3.. tapi tweet dia bukan macam tweet kita ni semua.. sepanjang mirul baca tweet dia, mesti semuanya menjawab soalan-soalan yang ditujukan oleh follower dia.. walaupun orang kata soalan tu soalan "bodoh-bodoh" tapi dia masih jawab.. jom lihat sedikit tweet dia yang menjawab soalan follower dia tu..


ni baru sikit, ada banyak lagi soalan yang kadang-kadang kita rasa budak kecik yang dah sekolah rendah pun boleh jawab.. sebab kadang-kadang soalan yang ditanya tu merupakan soalan asas dalam Islam.. benda-benda yang dah kita belajar dekat sekolah agama masa kecik-kecik dulu.. hu3.. tapi mirul x tergangu sedikit pun dengan soalan-soalan tu sebab sebenarnya di samping tu mirul pun dapat belajar juga kan apa yang kita tahu tapi kita dah lupa.. tapi, rupanya ada juga insan yang terganggu dengan soalan-soalan ni.. rasanya x perlu lah mirul nak "printscreen" tweet orang tu kan sebab takut akan jatuhkan maruah dia pula.. hu3.. dah berdosa nanti.. 

tapi, mirul sebenarnya sangat-sangat mengagumi apa yang IM Asyraf ni buat.. walaupun soalan yang diberi tu entah apa-apa, tapi dia tetap menjawab soalan tersebut sebaik mungkin.. lagipun x salah kan kalau kita berkongsi ilmu milik ALLAH ni.. x luak sedikit pun ilmu tu, malah mungkin akan bertambah.. hu3.. sebaliknya juga lah yang akan berlaku sekiranya kita kedekut akan ilmu milik ALLAH ni.. :)

bagi peluang dan ruang.. 
pada pandangan mirul, mungkin orang yang bertanya tu merupakan orang yang baru je terbuka hati nak mendalami ilmu Islam ni.. mungkin sebelum ni dia tahu, tapi dah lupa.. jadi dia bertanya untuk mendapatkan kepastian dari mereka yang lebih arif dalam bidang ni supaya apa yang dia buat tu akan diterima oleh ALLAH.. mungkin juga ALLAH dah buka pintu hati dia untuk bertaubat, mana tahu kan sebab tu dia bertanya soalan-soalan yang asas.. sebab kadang-kadang, orang malu nak bertanya secara depan-depan sebab malu dan takut orang mengata.. tu yang menjadi masalah orang kita sekarang ni.. hu3.. 
macam yang mirul cakap tadi lah, bila orang tanya soalan yang asas-asas terus kita fikir yang bukan-bukan.. mungkin kita tahu mengenai perkara itu jadi x kisah lah, tapi mungkin ada juga yang x tahu.. cuba kita yang ada dekat tempat orang tu.. bila kita tanya soalan tiba-tiba ada orang cakap, "ek eleh, benda simple pun x tahu.. ko ni Islam ke x.." x pun ada yang cakap "benda asas pun ko x tahu.. dulu dekat sekolah belajar apa..?" agak-agak apa yang kita rasa..? mesti lah malu kan.. dari niat baik nak bertanya terus x jadi.. akhirnya x jadi nak tahu mengenai perkara tersebut sebab rasa malu + geram dekat mereka-mereka yang memandang rendah terhadap golongan-golongan macam ni.. hu3..

muhasabah diri..
dalam hidup ni kita tak tahu nasib kita.. mungkin hari ni kita dekat atas, tapi esok lusa x siapa yang tahu.. mungkin hari ni kita merupakan hamba-NYA yang patuh akan  segala perintah yang telah ALLAH gariskan, tetapi siapa tahu esok lusa ALLAH nak uji kita dengan perkara-perkara di luar kawalan kita kan.. sebab tu lah kalau sekali pun kita ni bukan orang yang alim, jangan lah nak menjatuhkan orang lain.. sebab tu lah menjauhi kejahatan itu adalah lebih baik daripada melakukan kebaikan.. :)
dan sebenarnya nak atau tak nak, kita sebagai umat Islam yang setiap hari melafazkan kalimah syahadah mestilah bersedia untuk mengajak orang lain ke arah kebaikan.. kalau kita rasa kita ni tak layak, x apa.. kita perbaiki diri dahulu dan berubah.. tapi niat kena lah kerana ALLAH, barun akan berkekalan perubahan kita tu.. sebab ALLAH itu sentiasa menerima taubat hamba-hamba NYA.. lepas dah rasa yakin sedikit, mula kan langkah dengan ahli keluarga dulu, kemudian sahabat handai.. bukan susah pun sebenarnya.. cuma kita ni sahaja yang selalu fikir benda ni susah.. hu3..

okey lah..! apa pun yang kita lakukan, jangan fikir untuk diri sendiri sahaja.. kita ni hidup dalam kelurga, dalam masyarakat dan dalam satu negara Islam.. kalau nak buat sesuatu tui fikir dulu.. sebab takut kalau x fikir panjang nanti akan memudaratkan diri sendiri pula kan.. hu3.. ALLAH dah kurniakan kita akal, jadi gunakan lah sebaik mungkin ye..  :) dan diharapkan entry yang sikit ni mampu mengubah banyak fikiran.. kalau ada kelemahan tu datang dari mirul sendiri, dan baik nya datang dari ALLAH.. jumpa lagi untuk entry seterusnya.. wasalam..  :)

6 ulasan:

Pit Kassim berkata...

aku pown xtaw kalau amik air sembahyang nampak aurat tu sah ke x...aku slalu tny kat Ustaz Azhar Idrus (Original) di fb je

Aziz Syaidahtul berkata...

soalan tu ok lg...
prnh buat program utk pljr tkn5 dan 6. tnya; berapa rukun wudu', berapa rukun mandi wajib.. ada yg x bleh jawab. rukun solat pun masih tunggang tbalik. bukan salah pendidikan, sbb ramai yg smakin lupa.

kalau kita tahu, kita pernah kaji perkara tu, kita tidak perlu tunggu diri kita perfect.sbb kita tidak pernah lebih baik daripada orang lain. tapi kalau kita tidak mulakan, orang lain pun tidak akan mulakan.

super nice entry!

Diari Anak Perantau berkata...

pit kassim : wah2, rupanya ada blog jgak ko kan.. he3.. :D btw, yang pasal aurat tu rasanya x terbatal.. :)

Diari Anak Perantau berkata...

aziz syaidahtul : alhamdulillah.. ini sekadar entry biasa.. :) luahan apa yang saya rasa.. betul.. kadang2 kalau kita x mulakan orang lain pun susah nak mulakan.. jadi better kalau nak berubah, berubah dengan istiqomah.. insyaALLAH segala yang kita lakukan tu akan ALLAH bantu supaya jadi lebih mudah.. :)

mOon EyEzS berkata...

nice entri ... xpelah ...think pOsitif saja .... mgkn diOrg yg tanya sOklan2 tu mmg betOi2 tak taw...bagOs jgk diOrang bertanya dari buat2 pandai ... kan ?

Diari Anak Perantau berkata...

moon eyezs : hu3.. syukran.. entry biasa2 je.. betul3, lebih baik bertanya daripada buat2 pandai.. tapi tu lah, kadang2 kita ni selalu je bagi 1st impression yang bukan2 kan, tu yang susah.. :') xpew lah, janji ALLAH tahu niat kita..