expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 2 September 2011

ssElAmAt TiNGGaL bLog..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni...tak jawab dosa..jawab dapat pahala..hu3.. okey..! sekarang ni mirul tengah packing-packing barang-barang yang nak dibawa ke perlis esok..hu3.. [bukan esok, tapi pagi ni sebab dah lepas pukul 12..hu3..] mirul kemas dengan perasaan berat hati nak tinggalkan rumah ni..hu3..maklumlah kan. siapa yang sanggup tinggalkan keluarga dan rumah dalam jangka masa yang lama..hu3..
mirul kalau ikutkan memang dah redha dah sebab dapat jauh..tapi bila masa tengah kemas barang-barang ni, rasa sayu pulak..hu3..maklumlahkan, dekat rumah ni lah segala-galanya ada..cukup sempurna..dan esok merupakan hari baru dalam sejarah hidup mirul..episod yang akan datang ni masih belum tahu lagi apakah kesinambungan nya..adakah sama seperti masa-masa dahulu sewaktu di asrama dan di matrik..ataupun episod kali ini lebih menarik kerana perasaan rindu yang bakal berpanjangan dan berterusan...hu3..

kali ini mirul akan membawa diri merantau di negeri perlis..jauh nun di hujung malaya..hurm..penuh nafas ditarik untuk melangkah ke sana..tapi demi ingin melihat keluarga mirul bahagia kelak, maka langkah tetap diambil..mirul kuatkan juga hati ni demi nak melihat ibunda tercinta tersenyum bangga dengan anak merdekanya ini..hu3..kejayaan ini merupakan kejayaan yang dinanti dan merupakan obor kepada semangat adik-adik mirul pula..insyaALLAH lakaran kejayaan ini akan mengukir indah nama kami sekeluarga..amin..

dan lakaran diari kehidupan mirul ini akan tersimpan rapi di dalam memori maya..blog tercinta ini akan bersawang seketika dan mirul berjanji akan membuka nya kembali sekiranya ada masa..bukan mahu melupakan atau mahu menyingkirkan, tetapi kekangan masa dan wang mungkin akan menyukarkan sedikit untuk kita terus berhubung di alam maya ni..sekiranya ada kemudahan disediakan, maka insyaALLAH blog ni akan terus bernyawa..kalau tak ada, tunggu sahaja lah..sebab pasti suatu hari nanti ia akan tersenyum kembali

doakan kejayaan mirul ye kawan-kawan..bukan memohon simpati atau mengharapkan bantuan..cuma izinkan ingatan sekecil zahrah di ingatan masing-masing agar selalu mendoakan kejayaan mirul ye..kebaikan kalian hanya mampu dibalas tuhan..semoga hidup kita semua bertambah berkat..amin..~
buat ibunda tercinta, along sayang mak sangat-sangat.insyaALLAH mirul akan pulang dengan kejayaan kelak..segala nasihat dan ajaran mu akan aku terapkan dalam diri ini..akan aku harumkan nama kita sekeluarga ye..jangan menangis hari ini kerana air matamu sungguh bernilai..menangislah ketika kau melihatku membawa kejayaan kelah..menangis bersyukur keada tuhan yang satu..ALLAH hu akhbar..~ doakan anakmu ini ye mak..semoga doa-doa mu itu, siang dan malam akan dimakbulkan tuhan..
amin...~