expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 17 Oktober 2013

What Goes Around Comes Around


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
dengan nama #ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa, kalau jawab dapat pahala.. insyaALLAH amin.. :) #alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaanya dapat lagi kita bersama-sama bernafas di muka bumi #ALLAH ini dengan percumanya.. 

okey..! hari ni mirul nak berkongsi sikit dengan sahabat semua berkenaan dengan satu istilah yang selalu orang pakai iaitu 'What goes around comes around..' dalam bahasa melayu orang sebut 'apa yang berlaku di sekeliling datang sekitar..' hahaha, terima kasih kepada #GoogleTranslate atas maksud yang sangat bermakna ni.. -_- 

kebaikan vs kejahatan

manusia ni dilahirkan dengan pelbagai sifat.. ada yang jenis mudah memaafkan, ada pulak yang jenis berdendam.. sebagai contoh, kita selalu marah kalau ada orang buat sesuatu yang buruk dekat kita.. kadang-kadang tu benda kecik je tapi berdendam bukan main lagi.. bila orang tu buat baik mula lah kita kutuk yang bukan-bukan, lagi lah kalau dia buat jahat kan bertambah-tambah lah dosa kita lagi sebakul sebab mengutuk dia.. itu lumrah manusia biasa.. kann..?
dan bila menyentuh soal kebaikan pula, ada yang mempersoalkan 'apa yang akan aku dapat kalau aku tolong dia..?' ada pula yang seolah-olah ikhlas memberi tetapi sayangnya perkara itu diceritakan kepada semua dengan bangganya.. kita kena ingat, nak ikhlas dalam memberi itu bukan mudah.. sampaikan terdapat dalam kata-kata Islam bahawasanya :

Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya …(dan disebutkan salah satu dari mereka)… dan laki-laki yang bersedekah kemudian menyembunyikan sedekahnya, hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya”

sila simpan ketat-ketat dalam hati, dalam memberi jangan sesekali kita mengharap si penerima itu akan membalas kembali kebaikan yang telah kita lakukan kepadanya.. tetapi ikhalaskan lah hati itu dan mengharapkan balasan kebaikan dari #ALLAH.. sesungguhnya kebaikan itu jauh lebih baik dari segala-galanya.. dan percayalah bahawa perancangan #ALLAH itu adalah perancangan terbaik buat kita semua.. ^_^


mungkin hari ini kita menolong si A dalam memudahkan urusannya, tetapi siapa tahu esok lusa mungkin si B dan C pula yang akan membantu kita.. semua itu telah #ALLAH rancangkan buat kita semua.. yang penting kita benar-benar ikhlas dan hanya mengharapkan balasan baik dari #ALLAH.. semoga dengan niat itu, segala yang berada di atas muka bumi ini menjadi lebih baik dan mendapat keredhaan dari #ALLAH.. amin..

p/s : senyum pun satu sedekah tau.. 
maka senyumlah, sedekah paling senang boleh kita lakukan.. :)

2 ulasan:

dariilhamkehati berkata...

alhamdulillah , perkongsian yang baik tapi kalaw ade dalil apa-apa, lebih baik dijelaskan sumber dari hadis atau ayat al quran... itu lebih baik...

salam singgah :)

Unknown berkata...

@cweet pinky : terima kasih sudi baca.. :) yang mirul share tu tak pasti hadis atau bukan, takut hadis yang tak kukuh.. tu yang tak pasti nak letak perawi nya dan dari siapa ayat itu.. insyaALLAH akan diperbaiki.. :)