expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Rabu, 16 Oktober 2013

Senior Vs Junior..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
dengan nama #ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

ASSALAMUALAIKUM wbt

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. isnyaALLAH amin.. :)
alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniannya dapat lagi kita bernafas di muka bumi #ALLAH ini dengan percuma.. 
setelah berkurun tak menulis akhirnya mirul tewas dengan nafsu yang membuak-buak meminta mirul untuk menulis sesuatu di dalam blog ini.. dan #Alhamdulillah dengan izin #ALLAH malam ni tiba-tiba je jari jemari ni terus menari di atas keyboard ini memperdendangkan apa yang tersirat di akal dan hati ini.. akhirnya berjaya hilangkan sawang di blog ni.. yeaaaa.. *tiup belon sambil tengok bunga api.. hahaha..

senior vs junior

okey..! dalam hidup ini dah menjadi adat untuk kita menghormati yang tua dan mengasihi yang muda.. tak kisahlah dekat rumah ke, dekat tempat kerja ke, dekat asrama ke, semua yang tua akan kita hormati dan sebagai yang tua, yang muda akan kita kasihi.. jangan sampai kita dikatakan kurang hajar sebab tak tahu hormat orang tua, susah hidup nanti.. huhuhu..

ada satu cerita mirul nak kongsi dengan  sahabat semua berkaitan dengan #Senior vs #Junior ini dimana kisah ni terjadi dalam hidup mirul sendiri.. standardlah bila dekat sekolah dulu-dulu bila yang senior ni kita akan panggil abang.. ada je junior yang 'refuse' untuk panggil abang pada senior-senior, and at the end bila ada senior yang ala-ala gangster tahu memang siap lah korang kena.. kan..?

itu cerita di sekolah, tapi bila kita masuk ke alam yang sedikit berbeza maka hasilnya juga akan berbeza.. sebagai contoh, dekat UniMAP ni mirul dah masuk tahun ke-3 and it's mean that i'm super senior here.. :D biasalah, sebagai seorang senior expectation kita terhadap #Junior ni agak tinggi.. kalau boleh nak junior yang cantik macam neelofa, yang tinggi ayu macam maya karin, yang comel-comel blako macam #HelizaHelmi.. hahaha.. standard ar jadi senior kan..

kalau dapat zaujah macam ni, gerenti aku setia.. :p

tapi bila masuk intake baru and dapat tahu pulak tu yang tak ramai junior yang meletop, mula lah kecewa dengan diri sendiri.. hahaha.. bagi mereka yang dah berempunya tak berapa kisahlah sebab tak dapat pun tak apa sebab 'ready stock' dah ada.. :p  tapi yang single mingle ni yang bermasalah sikit, mula lah frust tonggeng macam apa.. padahal sebelum masuk nya junior tu okey je.. hahaha..

ada yang mengadu dekat mirul cakap #Junior kali ni tak hormat #Senior lah, kurang hajar lah, lepas tu katanya ramai yang sombong sampai #Senior yang kena tegur #Junior dulu.. haisshhh.. macam-macam lah korang ni.. ada jugak yang mengadu cakap #Junior dah berani 'sound' #Senior.. hahaha.. almaklumlah, bila terlalu dimanjakan begini lah hasilnya.. 

sebagai seorang senior, lagi-lagi bila dah sampai ke menara gading ni bukan gelaran 'abang/akak' yang kami pinta.. cukuplah sekadar mengetahui taraf anda sebagai seorang #Junior itu di mana.. bukan cuba untuk membezakan tetapi belajar lah dengan kami yang dah lebih lama berada di tempat itu.. memang mintak kaki lah kalau datang-datang je tempat baru tu and terus nak tunjuk gangster.. kamon bro..! hormat lah kami sikit..

dan sebagai seorang #Senior, kita pun kenalah tunjuk contoh yang baik pada #Junior-junior kita agar ada yang berkenan di hati.. #eh.. hahaha.. sekurang-kurangnya ada jugak lah contoh yang boleh mereka ikuti bila ada senior yang bagi contoh yang baik ni.. ni tidak, kalau #Senior pun perangai macam monyet, tak akan lah #Junior nak ikut je kan.. teguran tu kena lah terima dengan hati yang terbuka jika benar kita salah.. kan-kan..? :)

apa-apa pun sebagai seorang yang bergelar #Senior dan #Junior ni kenalah pandai hidup berkongsi.. macam bermadu lah kiranya ni, yang bini tua kenalah tunjuk contoh yang baik pada bini muda.. banyakkan perkongsian ilmu itu agar rumah tangga pun aman bahagia.. lepas tu boleh lah suami cari yang ketiga.. muahahaha.. apa-apa pun selagi kita tahu kita berada dekat mana, and kita sedar siapa diri kita insyaALLAH kita tidak akan terlebih dalam melakukan segala perkara.. moga bermanfaat buat semua.. salam.. weeeeeeeeee..~ 

Tiada ulasan: