بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
dengan nama #ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH amin.. ^_^V bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaannya masih lagi kita bernafas di muka bumi ini.. jika semalam kita terlupa untuk bersyukur, maka hari ini mirul nak mengajak kawan-kawan semua supaya sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diberi.. moga-moga nikmat ini akan berkekalan dan terus menjadikan kita seorang muslim yang sejati.. amin..
dalam entry kali ni, mirul nak berkongsi dengan sahabat semua mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan pendidikan.. tapi mohon jangan kaitkan entry ni dengan mana-mana bidang politik ye.. kalau ada jugak yang kaitkan dengan politik, mirul sumbat kepala dia dalam baldi warna pink.. hahaha.. *gurau
kuota..
korang pernah perasan tak masa dekat matrik dulu x ramai pelajar cina dan india dalam tu.. korang ada perasan x dekat UiTM, x ada pelajar selain dari pelajar bumiputera belajar dekat situ.. dan korang ada perasan x kebanyakkan institusi pengajian tinggi dekat Malaysia ni ramai pelajar bumiputera berbanding pelajar bukan bumiputera..? korang ada perasan x..?
dalam korang semua perasan perkara tu, pernah x korang fikir kenapa kerajaan buat macam tu..? kenapa mesti ada kuota untuk pelajar bumiputera nak masuk matrik.. kenapa mesti ada kuota untuk pelajar bukan bumiputera nak masuk Uni.. korang perasan x..? ke korang main masuk je, main belasah je.. dapat ye alhamdulillah, x dapat ye kerja dekat mana-mana.. x kerja pun x apa, mak ayah boleh tampung.. tu ke mentaliti korang..?
dulu masa dekat sekolah, mirul selalu perhatikan kawan-kawan.. dulu mirul sekolah menengah kebangsaan, jadi kawan ada melayu, cina, india.. orang asli pun ada.. dalam pemerhatian mirul, budak cina ni kalau bab belajar memang tip top.. tapi x semua lah.. ada jugak yang nampak je macam fokus, tapi bila tanya sama je blur dia.. huhuhu.. tapi kalau budak melayu pulak jenis yang malas.. dalam kelas main, luar kelas main.. akhirnya jatuh.. tapi macam budak cina, ada juga budak melayu yang rajin.. yang jadi contoh dalam kelas.. dia lain, kenapa lain..? sebab dia melayu yang rajin.. huhuhu..
melayu pemalas..?
ada kawan mirul cakap melayu ni pemalas.. bukan mirul cakap, tapi kawan mirul yang cakap.. dia melayu, mirul pun melayu, tapi dia cakap macam tu.. huhuhu.. tapi betul ke melayu ni pemalas..? hurmm.. bagi mirul sebenarnya melayu bukan pemalas, tapi melayu terlalu selesa dengan apa yang mereka ada hari ini.. ada je melayu yang rajin, bukan setakat ada tapi mirul yakin ramai.. cuma yang malas tu lagi ramai je lah.. huhuhu..
melayu kalau dapat keputusan biasa-biasa je pun dah boleh masuk U.. tapi kalau pelajar bukan melayu nak masuk U kena usaha keras.. kena dapat keputusan yang baik, 6A 7A baru boleh masuk U.. sebab apa..? sebab mereka kena bersaing dengan budak melayu yang senang cerita dah pegang tiket percuma nak masuk U dah.. kalau keputusan teruk sikit memang x ada harapan lah buat mereka, sebab apa? sebab melayu dah pegang tiket tu..
sebab tu melayu selalu fikir, 'ala keputusan biasa-biasa pun boleh masuk lah, jangan risau..' pemikiran macam ni lah yang kita kena elak.. sebab sampai bila kita nak maju kalau asyik dok ada dalam zon selesa ni.. dan kita selalu fikir yang orang cina ni pandai.. dowang hebat matematik, dowang hebat sains.. kita nak kira pun lemah, tu belum masuk matematik tambahan lagi, semua gagal..!
sebenarnya pemikiran kita tu salah..! mereka x pandai pun, tapi mereka rajin.. kita ni asyik cakap susah susah susah.. bila cakap susah, tangan malas jalan, otak terus berhenti.. tapi dowang x, yang susah tu lah mereka akan cuba senangkan.. yang payah tu lah mereka akan cuba mudahkan.. mereka x pandai pun, tapi sebab apa mereka berjaya? sebab mereka rajin.. kita pun boleh..!
keluar dari zon selesa..
kalau hari ini kawan-kawan kita pemalas, nasihatkan mereka, tegur mereka.. bimbing mereka ke arah yang lebih baik.. yang paling penting sedarkan mereka yang mereka x akan berjaya dengan usaha mereka sendiri.. #ALLAH dah pun berfirman dalam surah Ar-Rad yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka".
hari ini mungkin masih ada kuota yang akan melindungi kaum melayu.. tapi esok lusa siapa tahu.. kalau hari ini kita mula berusaha untuk berjaya dalam hidup, kita x akan pernah rugi dengan perkara itu.. jangan kita fikir bahawa kita orang melayu, kita ada kuota, jadi kita x perlu berusaha.. jangan..! dunia semakin ke hadapan, percayalah siapa yang hebat dialah yang akan dikenang..
mirul cakap ni bukan apa, mirul x nak nanti anak bangsa kita diperlekehkan.. mirul x nak anak bangsa kita ni diperbodohkan.. mirul x nak semua ni terjadi..! mirul jugak bukan menghasut supaya kita membenci kaum lain, tidak..! mirul nak kita sama-sama bangkit, bangunkan #Malaysia dan capai hasrat yang dipendam selama ini.. mirul x nak anak bangsa mirul leka dengan kesenangan hingga lupa apa yang telah diamanatkan buat kita semua.. lupa nak tunaikan apa yang dah dijanjikan kepada nenek moyang kita dulu.. mirul x nak semua tu..
berjaya atau gagal itu mirul percaya semuanya #ALLAH.. kalau kita dah berusaha bagai nak rak, tapi masih gagal mungkin telah #ALLAH takdirkan jalan yang lain, yang lebih baik buat kita.. tapi macam mirul cakap, x salah kalau kita mencuba kan.. usaha dahulu, berdoa dan serahkan selebihnya kepada #ALLAH.. biar dia yang tentukan apa yang terbaik buat kita semua.. akhir kata, anak melayu jangan leka.. dapat masuk U pun guna kabel ni masih berlagak x nak belajar.. gunakan masa yang ada untuk terus berusaha..! jangan mudah mengalah..! jia you..! fighting..! ^_^V wasalam..~
p/s : mohon semua terasa..!
Read more...