expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Isnin, 21 Mei 2012

KeM aWITh SIfeR sMk SYeD SAfFI 2012..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. okey..! rasanya dah lama sangat-sangat mirul tak update blog ni.. maklumlah, sem ni sibuk dengan pelbagai aktiviti.. lagipun kekangan masa dan kekangan talian internet menyukarkan lagi keadaan.. tapi alhamdulillah, ALLAH masih lagi memberi mirul peluangan untuk berkongsi sedikit pengalaman hidup melalui blog mirul ni.. ^^

sepanjang mirul dekat UniMAP ni, banyak pengalaman yang telah mirul lalui.. tetapi pengalaman minggu lepas memang benar-benar satu pengalaman yang cukup indah buat mirul.. walaupun mirul dah banyak kali pergi ke kem sana sini, tapi pengalaman kali ini memang benar-benar lain.. mungkin kelainan yang paling ketara ialah mirul merupakan pengarah projek kem ni.. almaklumlah kan, tugas pengarah projek bukan nya mudah.. terlalu banyak cabaran dan dugaan.. dan alhamdulillah, segala halangan itu dapat sama-sama mirul dan rakan-rakan harungi..
sejujurnya ini merupakan kali pertama mirul menguruskan kem sebegini rupa.. sejujurnya memang banyak sangat kekurangan pada kem ni.. tapi kami jadikan ia sebagai satu pengajaran dan satu rujukan supaya kem lain di masa hadapan akan lebih baik.. amin.. 

pelajar bermasalah SMK Syed Saffi..

kem ni melibatkan semua pelajar asrama SMK Syed Saffi, Perlis.. tapi malangnya hanya 70 orang pelajar je yang menghadirkan diri semasa pendaftaran.. tapi x apa, kami sahut cabaran tu.. kami sebagai pengajur x pernah memaksa mana-mana pelajar untuk datang kem ni.. sebab kami tahu, kalau paksa macam mana pun mereka pasti  akan ikhlas menghadirinya..  

pihak sekolah memang dari awal lagi dah pesan dekat mirul.. mereka pesan pelajar asrama ni bukan macam pelajar lain.. kebanyakkan mereka ada masalah.. lagipun sekolah ni merupakan sekolah harian biasa di negeri perlis.. tambahan pula beberapa kes telah terjadi dekat sekolah ni sehingga menjadikan sekolah ni antara sekolah yang dilabelkan sebagai sekolah yang memiliki pelajar nakal..
sebagai pengarah projek saya pandang semua itu sebagai satu cabaran buat saya.. mungkin saya x tahu situasi sebenar mereka di sini tapi berdasarkan daripada kata-kata guru-guru serta pengetua sekolah, saya yakin kem ini bukan kem biasa.. kami sedang berhadapan dengan pelajar-pelajar yang berisiko.. 

kem jati diri A with SIFER..

bak kata pepetah, tak kenal maka tak cinta.. tu lah perumpamaan yang paling sesuai sekali mirul gambarkan untuk pelajar asrama Smk Syed Saffi ni.. silap mirul sebab terlalu percaya dengan label yang diberikan oleh pihak sekolah terhadap pelajar asrama ni.. sebab ternyata mereka ni semua sebenarnya baik, mendengar kata dan memerlukan seseorang untuk dijadikan tempat untuk meluahkan masalah di hati..

segala pandangan mirul terhadap pelajar ni memang benar-benar berubah sejurus program ni bermula.. dari satu program ke satu program yang lain, mereka semakin yakin dengan diri mereka sendiri.. hubungan antara fesi dengan adik-adik juga memang erat sehingga ada yang x benarkan kami balik masa hari terakhir tu..

kebanyakkan pelajar mempunyai masalah dengan keluarga mereka.. ada sesetengah tu lebih selesa tinggal di asrama berbanding rumah mereka.. dan disebabkan itulah bila masa cuti panjang, ada antara mereka yang x mahu balik.. perkara ni memang menyentuh hati mirul.. mereka baru je berumur belasan tahun tapi ALLAH dah uji mereka dengan ujian sebegitu rupa.. dan bila mereka ada masalah, x ada siapa pun yang mahu mendengarnya.. kalau ada pun, akhirnya mereka yang disalahkan..mungkin inilah punca kenapa mereka memberontak dalam hidup mereka sendiri..

responds positif pelajar & guru..

antara respond yang menyentuh hati mirul ialah apabila ada pelajar cakap mereka rasa bersyukur sangat-sangat sebab ada juga orang luar yang sanggup buat program dekat asrama mereka tu.. mereka ingat x ada orang pun yang sudi datang asrama mereka.. ada juga pelajar yang cakap sebenarnya mereka berasa sunyi tinggal dekat asrama ni.. tapi bila kami fesi-fesi ni datang mereka rasa gembira sangat-sangat.. rasa sunyi tu hilang..
dan sebagai ketua program mirul berasa sangat-sangat terharu apabila ramai adik-adik yang memberikan komen yang sangat positif mengenai program ni.. tak kurang juga guru HEM ada cakap yang setiap kali ada program yang melibatkan pelajar sekolah, dia akan rasa sangat berdebar-debar sebab takut pelajar x memberikan kerjasama.. tapi bila dia datang program ni, dia langsung x rasa berdebar-debar atau takut.. sebab dia rasa kami semua dah berjaya.. :')

apa-apa pun kalau mirul nak cerita pengalamana yang sangat berharga ni memang x cukup satu hari.. tapi satu perkara yang mirul nak kongsi dekat sini ialah mirul rasa sangat bertuah sebab ALLAH bagi peluang untuk buat program ni dekat sekolah SMK Syed Safii ni.. perasaan terharu sangat-sangat bila mereka yang dilabel nakal ni sebenarnya merupakan mereka yang memerlukan seseorang dalam hidup mereka.. segala tangisan dan air mata mirul selama 3 hari ni terbalas bila mereka bersemangat untuk berubah dan menjadi insan yang berguna..
mirul doakan mereka semua, adik-adik yang mirul sayang sangat-sangat ni agar dipermudahkan segala urusan.. kepada mereka yang benar-benar ingat berubah, semoga ALLAH permudahkan urusan itu.. abang sayang adik-adik semua.. doakan kami fesi-fesi juga ye..  :)
salam sayang. abang mirul comel.. 





6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pffttttt
xde prubahan lngsung gn skool niey
=u=)

ttp 6pk simple cm dlu n was wondering,still mmbosankn ke?
but the way,
2009 is the most best year i thought?

dgn prngai ckgu,curi2 ktip bku teks n suoh student byr gnti rugi,
kes pcah kntin,
gdoh gn udax luar
punk n hardcore night
saad tpu bdak2 hstel kte bwak owg dae jbatan pndidikan (xkn dye xtaw kowt yg geng2 snior dh taw hlah dye dae ari tue?)
also,jranah "mkn suap" plajar for krja khsus sni (it should be done by them self la ckgu XD )

n yeah taun lpas~kes 10 blasah sowg~ =u=)7 *salute*

aq rse xsia2 aq sje2 anta lil bro aq g sne~
dh jd ngative mcm yg aq nk~

elina berkata...

mmg org ckp budak syed saffi itu ini, tp bg saya budk syed saffi tu lebih baik dari apa yang dijangka . cuma mereka harus di beri ruang dan peluang untuk menunjukkan diri mereka sbnar. tapi , banyak org akan salahkan mereka tanpa mahu mendengar luahan hari mereka. well done amirul :) dear Tanpa Nama,memang ada certain cikgu yg ada masalah tapi xsemua.. and klu kita lihat sekolah lain pun, tak semua cikgu mereka bagus.

elina berkata...

walau pun org cakap sekolah syed saffi tu teruk, tpi ramai yg berjaya dalam bidang mereka ceburi, walaupun mereka hanya pelajar SMK SYED SAFFI :)

Tanpa Nama berkata...

smk syed saffi is the best..wlaupun rmai yg ckp sklah nih truk tp xde ar truk sgt..ckg-2 mmg best..and rmai student trbaik perlis dri syed saffi..

shashira berkata...

find out this here louis vuitton replica browse around this website 7a replica bags wholesale anchor replica louis vuitton

Unknown berkata...

official source go to this site view Web Site see post Your Domain Name