بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSLAMUALAIKUM W.B.T.
jawab ye salam mirul ni, tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^ okey..! ALLAH dah berjanji bahawa kalau kita bersyukur atas segala nikmat yang diberikan, maka ALLAH akan tambah nikmat tu.. kita ni sebagai hamba-NYA perlulah percaya akan janji-janji ALLAH ni.. jadi setiap kali kita dapat sesuatu yang baik mahupun tidak, bersyukur lah pada ALLAH.. insyaALLAH segala nikmat tu akan bertambah.. :)
dalam entry kali ni mirul nak kongsi sedikit dengan anda semua tentang PTPTN.. ye, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.. mirul percaya, kebanyakan pelajar yang sedang menuntut di kebanyakan instiusi pembelajaran tinggi awam mahupun swasta akan mendapatkan bantuan ptptn ni.. sebab kebanyakan dari kita ni tidak berkemampuan untuk belajar tanpa mendapatkan bantuan dari mana-mana pihak.. itu adalah normal.. hu3..
tetapi bagi pelajar yang mempunyai keputusan yang baik, mereka x memerlukan ptptn, sebaliknya mereka ni semua akan ditaja oleh mana-mana pihak seperti JPA, Petronas, Proton dan lain-lain lagi.. dan kalau dikira jumlah mereka yang menerima biasiswa berbanding mereka yang mengambil ptptn memang berbeza.. nama pun biasiswa kan, memang yang terpilih je yang layak.. hu3.. kalau setakat keputusan paras-paras hidung x payah nak berangan lah.. tapi apa-pa pun semua tu rezeki dari ALLAH kan.. :)
tapi mirul bukan nak bercerita tentang biasiswa.. mirul nak memberikan pendapat mirul mengenai ptptn ni.. okey..! ada orang cakap ptptn ni banyak makan riba'.. bunga je sampai 3% dari pinjaman.. maklumlah, pinjam sikit tapi nanti bayar banyak.. lama pula tu nak habis.. hu3.. ada lagi tu pula cakap ptptn ni hanya menyusahkan rakyat je.. nak bayar balik tu bukan nya sekejap.. entah-entah sampai pencen pun x habis.. kalau anak ramai, semua kena guna ptptn untuk belajar, mahu mak ayah pengsan nak bayar balik hutang-hutang tu semua.. hurmm..
mirul sebenarnya x faham dengan golongan-golongan manusia macam ni.. mereka merungut pinjaman ni mahal lah apa lah, tapi ereka x sedar yang sebenarnya pinjaman tu lah yang dah tolong mereka sampai mereka berjaya dapatkan apa yang mereka kejar.. kalau lah x ada ptptn ni, mirul rasa ramai yang x sambung belajar.. sebab ramai yang x mampu.. mirul pun rasa kalau ptptn ni x ada, memang mirul x akan sambung belajar.. duduk rumah goyang kaki.. x pun jadi cashier dekat mana-mana pasaraya je.. hu3..
okey..! kita berbalik semula kepada konsep syukur..! bila kerajaan dah bagi pinjaman dekat kita, bersyukur je lah.. ingat senang ke kita nak dapatkan bantuan kewangan, kalau kerajaan x bagi.. nak pinjam along..? kalau rasa x nak hidup lama boleh lah.. hu3.. kerajaan x de pun ugut-ugut kita masa nak bagi pinjaman tu.. ada kerajaan suruh kita pajakkan rumah ke, tanah ke sebab nak pinjam ptptn..? x ada kan.. tu pun kita x sedar lagi ke.. manusia oh manusia..
dan dekat sini mirul nak bagi sedikit cadangan lah ea dekat mereka-mereka yang rasa ptptn ni menyusahkan.. dengar sini baik-baik.. ptptn dah janji, kalau kita dapat "1st class honour" bayaran x akan dikenakan langsung terhadap kita ni.. jadi kalau rasa x nak bayar balik ptptn, belajar pandai-pandai, jawab peperiksaan baik-baik, dapatkan "ast class honour" tu.. lepas belajar x payah pikir nak bayar hutang semua ni.. kan senang.. daripada korang merungut dekat kerajaan cakap ptptn ni mahal lah apa lah, baik belajar pandai-pandai okey.. :) nak seribu daya.. x nak seribu dalih..
apa-apa pun, dalam dunia ni mirul nak cakap yang x akan ada benda percuma.. itu satu kenyataan yang harus kita ketahui.. dan lagi satu mirul nak cakap, malaysia ni lah antara negara yang memberikan bantuan pendidikan kepada pelajar mereka.. kalau anda semua x percaya, tanya lah rakan-rakan dari negara lain.. mereka nak belajar bukan senang.. kerajaan mereka x bagi pinjaman pun.. kalau ada pun khas untuk mereka yang pandai-pandai je.. kita ni dekat Malaysia, yang gagal SPM pun dapat pinjaman.. hu3.. jadi sedar diri sikit... jangan asyik merungut je.. nanti ALLAH tarik nikmat tu baru tahu.. jadi selamat bersyukur wahai pembaca semua.. insyaALLAH nikmat tu akan bertambah.. ^^ wasalam..~
11 ulasan:
iyaaa... saya setuju dgn ape yg mirul cakap.. bnyak bunyik tapi duit ptptn gak yg bayar duit2 yuran dorang.. law belajar elok2, pon akan dpt keje elok2, mesti lepas byar hutang ptptn tu kan..
cik gee : hu3.. betul3.. mnusia ni suka merungut.. nnti ALLAH tarik nikmat tu baru thu.. hu3.. tq cik gee sudi komn.. :)
susah nak dapat first class degree, kalu uitm senang sebab 3.5 dah dekan, U lain 3.75. Susah sangat. Bukan merungut, yang pasal faedah/riba tu betul. memang tinggi lah kena bayar balik. dah tahu orang islam, riba kan haram. dengan gaji lepasan degree 2500 tak cukup bayar hutang segala bagai, kos makan minum lagi.belum apa-apa dah hutang. Nanti kau dah kerja, ko rasa susah hutang PTPTN kos makan minum, kereta, rumah.
Ketirisan duit rakyat berhak diberi kepada rakyat yang kurang kemampuan. Gaji sekarang sama dengan 10 tahun lepas.
Kalau dia buat sistem macam Mara ok gak, 3.75 n above biasiswa, 3.50 potong separuh hutang, mcm tu lah lebih kurang.
susah nak dapat first class degree, kalu uitm senang sebab 3.5 dah dekan, U lain 3.75. Susah sangat. Bukan merungut, yang pasal faedah/riba tu betul. memang tinggi lah kena bayar balik. dah tahu orang islam, riba kan haram. dengan gaji lepasan degree 2500 tak cukup bayar hutang segala bagai, kos makan minum lagi.belum apa-apa dah hutang. Nanti kau dah kerja, ko rasa susah hutang PTPTN kos makan minum, kereta, rumah.
Ketirisan duit rakyat berhak diberi kepada rakyat yang kurang kemampuan. Gaji sekarang sama dengan 10 tahun lepas.
Kalau dia buat sistem macam Mara ok gak, 3.75 n above biasiswa, 3.50 potong separuh hutang, mcm tu lah lebih kurang.
Hakikat sifat manusia yang tak pernah puas dengan apa yang ada
huhu kita sekarang memang rasa selesa dengan baca statement 3% bunga tapi kita terlupa bahawa riba itu adalah tetap sebagai riba dan hukumnya adalah .... ?
Kalau kita dah berkeja nanti baru kita tahu betapa sakit nak bayar balik semua ni. Yang banyak merungut pasal isu ni bukan pelajar tapi bekas pelajar yang dah pun berkerja dan mereka pernah meminjam melalui ptptn.
Mereka ada pengalaman dan pada suatu hari nanti kita pun akan ada pengalaman macam diorang. Masa tu baru kita akan merungut dengan bermacam kerenah.
Setuju. Okaylah, kalau nak caba pasal riba, bank tu berlambak2 tau riba. PTPTN ni penting. seriusly akan ramai budak terutamanya melayu yang takkan mampu nak smbung tanpa PTPTN. Takkan nak harap kerajaan tanggung semua ? bankrup laaaa negara. Setuju dgn apa yang mirul cakap. Tak mampu mak ayah kita nak tanggung yuran pembelajaran. Susah atau senang nak dptkan first class degree tu atas kita. kalau kita belajar sungguh2, tak mustahil kan. sangat tak setuju kalau mansuhkan ptptn!
saudara saudari tanpa nama : terima kasih sebab sudi baca entry mirul ni..^^ berbalik kepada soal 1st class honour ataupun dekan.. siapa cakap uitm je 3.5 baru dekan..? mirul dekat unimap ni 3.5 pun dah dekan.. :) lagi satu, siapa cakap nak dapatkan dekan tu susah..? kalau susah kenapa ada je yang dapat..? bukan nak cakap apa lah, tapi kita ni semua pemalas.. kalau kita tengok orang cina, kenapa dowang semua boleh score..? sbab mereka tu semua rajin.. memang x dapat nak dinafikan lah yang susah nak dapat 1st class tu, tapi kalau kita x berusaha nak dapatkan memang sampai bila2 lah x dapat.. rasanya kalau kita asyik dok membebel cakap susah lah apa lah, lebih baik kita berusaha dapatkan nya.. semuanya kita serah kan pada ALLAH je lah.. semua tu rezeki masing2 kan.. "man jadda wajadda".. ^^ yang soal riba' tu pula memnag x dapat nak disangkal lagi lah yang riba' tu haram.. tapi kenapa x de mufti cakap ptptn tu haram sebab riba' nya tinggi.. bukan saya nak mempersoalkan tapi kerajaan pun nak ada untung.. dari hasil tu jugak lah mereka akan psing kan untuk biayai kos2 hospital, sekolah.. kita x pernah pikir ke..? tahu nak senang je.. hu3.. tapi bukan lah mirul nak salahkan tanpa nama ni tapi mirul pun guna ptptn.. mirul pun x nak bayar sampai tua.. sebab tu lah kita kena usaha dapatkan yang terbaek.. nak seribu daya.. x nak berjua dalih.. :)
freaky : ^^ riba haram.. betul.. tapi kenapa pinjam ptptn..? g lah pinjam mana2 tempat yang x kenakan bunga..^^ kerajaan dah tolong punya lah banyak, x pikir ke..? he3.. soala siapa yang membebel tu x kisah lah.. tapi aku percaya mereka tu semua sama je.. masa belajar bukan nak belajar betul2.. main, berjalan, pergi sana sini guna duit ptptn tu.. enjoy..! lepas habis study result biasa2.. kerja pun biasa2 lah... lepas tu baru nak membebel cakap ptptn ni banyak lah apa lah.. apa semua ni..? study lah baik2.. score masa study.. dapatkan biasiswa ke apa ke.. kan boleh.. nak seribu daya.. :)
NiaLiDia : selamat ada orang yang faham apa yang mirul cuba sampaikan.. terima kasih NiaLiDia.. he3.. zaman sekarang ni mana ada perkara yang percuma.. betul cakap nia, x kan nak suruh kerajaan tanggung semua kan..? nanti bila kerajaan naikkan tax rakyat marah.. tu lah manusia.. buat ni salah, buat tu salah.. tapi nak yang terbaek.. xfaham dengan ereka2 ni.. hu3.. biarlah, kalau dowang x nak score dowang punya pasal lah.. kita yang x nak tanggung hutang ni belajr rajin2 jom.. dapatkan yang terbaek.. insyALLAH kalau kita dah berusaha, ALLAH akan tolong kita.. amin,..~
Sayang kau ! ;)
Catat Ulasan