expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sabtu, 14 April 2012

AnOnYmoUs Si TaNpA NAma..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^ okey..! dalam entry kali ni mirul nak berkongsi dengan anda semua mengenai "tanpa nama a.k.a anonymous".. dunia hari ini memang terkenal dengan ramai anonymous ni.. maklumlah, sesiapa je boleh jadi anonymous ni kan... hu3.. tapi bukan itu yang mirul nak perbincangkan.. mirul nak melontarkan pendapat mirul mengenai mereka yang suka "baling batu sembunyi tangan.." hu3..
okey..! sebenarnya mirul bukan nak jatuhkan mana-mana pihak mahupun nak malukan sesiapa.. cuma mirul rasa mirul patut ketengahkan isu ni supaya semua orang akan berpuas hati dengan apa yang mereka cuba luakan.. sejujurnya mirul menulis entry ni kerana semalam, ada seorang anonymous telah meletakkan komen beliau di salah satu entry mirul.. 

kandungan komen tersebut sebenarnya bukan lah bertujuan nak mejatuhkan mirul, malahan hanya meluahkan apa yang dia rasa.. tapi yang mirul pelik, kenapa dia x menggunakan profil dia untuk menulis komen tersebut.. dan sebenarnya x ada masalah pun dengan perkara tu.. cuma benda ni membuatkan mirul fikir dia seorang yang penakut..! maaf lah kalau "dia" terbaca benda ni, tapi itu yang mirul rasa.. maaf..  :(
"berani kerana benar, takut kerana salah.." itu prinsip yang mirul selalu pegang.. kalau betul apa yang kita rasa tu betul, luahkan je.. mungkin orang lain x nampak tapi kita nampak.. hu3.. lagi satu masalah yang kita hadapi ialah kita takut orang x boleh terima idea kita tu, tapi selagi kita x cuba mana kita nak tahu kan.. mungkin kita takut sebab idea tu baru, tapi sampai bila kita nak gunakan benda yang lama sedangkan kita boleh menambah-baikkan nya.. kalau kita rasa yakin kita boleh, cuba je.. insyaALLAH kalau niat kita tu betul, ALLAH akan bantu kita.. sebab tanpa usaha dari kita, benda tu x akan ALLAH makbulkan.. kan.. :)

dan buat "tanpa nama" sekalian.. sebenarnya x seronok langsung kalau kita buat sesuatu tu tanpa ada nama kita.. mirul bagi situasi lah ea.. "A pos surat dekat B suruh B masukkan duit dalam akaun bank si A.. tapi dalam surat tu x ada langsung details tentang A.. agak-agak B boleh masukkan duit ke akaun A ke..?"  

hu3.. macam tu lah dalam situasi ni.. kadang-kadang kita menulis komen yang membina dan mengharapkan tindak balas yang positif dari penulis.. tapi bila x ada nama atau details langsung, penulis nak tolong pun x tahu macam mana kan.. tu lah sebabnya kalau nak komen tu, pakai je lah profil kita.. sekurang-kurangnya orang yang membaca tu tahu lah kita yang komen.. :)


dan lagi satu perkara yang sangat penting..! mengeluarkan idea ataupun pandangan kita tu x salah.. tapi biarlah berpada-pada kalau nak komen tu.. jangan sampai mengeluarkan kata-kata yang kesat mahupun menjatuhkan maruah orang tu.. kita ni manusia, ada akal.. nak komen pun, buat cara manusia ok.. dan kalau rasa nak juga komen yang menjatuhkan orang lain ni, guna profil.. letak gambar dekat komen tu.. barulah orang kata berani kerana benar.. ni kalau setakat komen tapi guna "tanpa nama" baik x payah.. buang masa dan tenaga anda je kan.. :)

apa-apa pun mirul menulis bukan nak kumpulkan musuh.. "rambut sama hitam, hati lain-lain" kalau rasa mirul menulis benda yang salah, tegur.. manusia macam mirul ni banyak lupa.. kadang-kadang kena ingatkan.. okey.. :) insyaALLAH kita akan sama-sama memperbaiki kesilapan diri.. buat apa yang patut dan tinggalkan apa yang x perlu.. :) wasalam..~


Read more...

Khamis, 12 April 2012

nIkmAt yaNg DIsiAkaN...!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSLAMUALAIKUM W.B.T.

jawab ye salam mirul ni, tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^ okey..! ALLAH dah berjanji bahawa kalau kita bersyukur atas segala nikmat yang diberikan, maka ALLAH akan tambah nikmat tu.. kita ni sebagai hamba-NYA perlulah percaya akan janji-janji ALLAH ni.. jadi setiap kali kita dapat sesuatu yang baik mahupun tidak, bersyukur lah pada ALLAH.. insyaALLAH segala nikmat tu akan bertambah.. :)

dalam entry kali ni mirul nak kongsi sedikit dengan anda semua tentang PTPTN.. ye, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.. mirul percaya, kebanyakan pelajar yang sedang menuntut di kebanyakan instiusi pembelajaran tinggi awam mahupun swasta akan mendapatkan bantuan ptptn ni.. sebab kebanyakan dari kita ni tidak berkemampuan untuk belajar tanpa mendapatkan bantuan dari mana-mana pihak.. itu adalah normal.. hu3.. 

tetapi bagi pelajar yang mempunyai keputusan yang baik, mereka x memerlukan ptptn, sebaliknya mereka ni semua akan ditaja oleh mana-mana pihak seperti JPA, Petronas, Proton dan lain-lain lagi.. dan kalau dikira jumlah mereka yang menerima biasiswa berbanding mereka yang mengambil ptptn memang berbeza.. nama pun biasiswa kan, memang yang terpilih je yang layak.. hu3.. kalau setakat keputusan paras-paras hidung x payah nak berangan lah.. tapi apa-pa pun semua tu rezeki dari ALLAH kan.. :)

tapi mirul bukan nak bercerita tentang biasiswa.. mirul nak memberikan pendapat mirul mengenai ptptn ni.. okey..! ada orang cakap ptptn ni banyak makan riba'.. bunga je sampai 3% dari pinjaman.. maklumlah, pinjam sikit tapi nanti bayar banyak.. lama pula tu nak habis.. hu3.. ada lagi tu pula cakap ptptn ni hanya menyusahkan rakyat je.. nak bayar balik tu bukan nya sekejap.. entah-entah sampai pencen pun x habis.. kalau anak ramai, semua kena guna ptptn untuk belajar, mahu mak ayah pengsan nak bayar balik hutang-hutang tu semua.. hurmm.. 
mirul sebenarnya x faham dengan golongan-golongan manusia macam ni.. mereka merungut pinjaman ni mahal lah apa lah, tapi ereka x sedar yang sebenarnya pinjaman tu lah yang dah tolong mereka sampai mereka berjaya dapatkan apa yang mereka kejar.. kalau lah x ada ptptn ni, mirul rasa ramai yang x sambung belajar.. sebab ramai yang x mampu.. mirul pun rasa kalau ptptn ni x ada, memang mirul x akan sambung belajar.. duduk rumah goyang kaki.. x pun jadi cashier dekat mana-mana pasaraya je.. hu3..

okey..! kita berbalik semula kepada konsep syukur..! bila kerajaan dah bagi pinjaman dekat kita, bersyukur je lah.. ingat senang ke kita nak dapatkan bantuan kewangan, kalau kerajaan x bagi.. nak pinjam along..? kalau rasa x nak hidup lama boleh lah.. hu3.. kerajaan x de pun ugut-ugut kita masa nak bagi pinjaman tu.. ada kerajaan suruh kita pajakkan rumah ke, tanah ke sebab nak pinjam ptptn..? x ada kan.. tu pun kita x sedar lagi ke.. manusia oh manusia.. 
dan dekat sini mirul nak bagi sedikit cadangan lah ea dekat mereka-mereka yang rasa ptptn ni menyusahkan.. dengar sini baik-baik.. ptptn dah janji, kalau kita dapat "1st class honour" bayaran x akan dikenakan langsung terhadap kita ni.. jadi kalau rasa x nak bayar balik ptptn, belajar pandai-pandai, jawab peperiksaan baik-baik, dapatkan "ast class honour" tu.. lepas belajar x payah pikir nak bayar hutang semua ni.. kan senang.. daripada korang merungut dekat kerajaan cakap ptptn ni mahal lah apa lah, baik belajar pandai-pandai okey.. :) nak seribu daya.. x nak seribu dalih..

apa-apa pun, dalam dunia ni mirul nak cakap yang x akan ada benda percuma.. itu satu kenyataan yang harus kita ketahui.. dan lagi satu mirul nak cakap, malaysia ni lah antara negara yang memberikan bantuan pendidikan kepada pelajar mereka.. kalau anda semua x percaya, tanya lah rakan-rakan dari negara lain.. mereka nak belajar bukan senang.. kerajaan mereka x bagi pinjaman pun.. kalau ada pun khas untuk mereka yang pandai-pandai je.. kita ni dekat Malaysia, yang gagal SPM pun dapat pinjaman.. hu3.. jadi sedar diri sikit... jangan asyik merungut je.. nanti ALLAH tarik nikmat tu baru tahu.. jadi selamat bersyukur wahai pembaca semua.. insyaALLAH nikmat tu akan bertambah.. ^^ wasalam..~


Read more...

Rabu, 11 April 2012

JanGaN PeRnAh aLpa..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
assalamualaikum w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab nanti berdosa, baik jawab dapat juga pahala.. ^^ semoga kita semua masih lagi menerima rahmat dan kasih sayang dari ALLAH s.w.t.. dan semoga juga kita semua akan terus dilindungi daripada segala bentuk musibah, balak bencana mahupun kejadian-kejadian yang x kita ingini.. insyaALLAH. amin.. okey..! mirul percaya semua dah tahu mengenai gegaran yang terjadi berdekatan dengan bumi aceh kan.. dan mirul juga percaya bahawa ramai yang tengah bimbang akan situasi ini kerana mungkin ada diantara kita yang mempunyai sanak-saudara mahupun kenalan di tempat-tempat kejadian.. 
dalam keadaan macam ni, mirul rasa langkah terbaik yang dapat kita lakukan ialah berdoa kepada ALLAH supaya kita semua dilindungi dari segala perkara yang tak diingini.. hanya ALLAH lah yang mampu mengubah segala apa yang telah diaturkan oleh-NYA.. insyaALLAH semua nya akan okey.. amin..   :')

tadi dalam banyak-banyak status FB yang kawan-kawan mirul buat, mirul tertarik nak kongsi kan satu status ni.. status nya simple je, tapi penuh bermakna.. (minta izin ye nak copy paste.. )
"A ade kat atas bangunan. B berada di tingkat bawah. A nak panggil B, tapi B tak dengar. A pun baling duit syiling ke B dengan harapan B mendongak ke atas. Tapi B terus tunduk ambil duit syiling tu tanpa memandang ke atas [ke arah A]. Bila A membaling batu ke bawah, lalu mengenai si B, baru B dongak ke atas. #Agak-agak kita dengan Allah macam tu ke? Bila dibagi musibah baru nak pandang Allah??



natijahnya, bila ALLAH bagi nikmat dekat kita, jangan lupa untuk bersyukur.. bukan susah pun kan nak bersyukur.. cukup bagi ALLAH kalau kita ucap Alhamdulillah, terima kasih ALLAH.. hu3.. dan jangan jadi hamba DIA yang sombong.. bila ALLAH bagi nikmat, kita lupa.. kita alpa dengan nikmat tu.. bila ALLAH turunkan bala, baru nak merintih.. baru takut.. nak ke kita ditimpa bencana sebagai tanda peringatan..? kalau sempat bertaubat x apa, tapi kalau x sempat..? fikir-fikir kan lah ye wahai sahabat sekalian.. :)

kadang-kadang bila ada bencana macam ni, mirul rasa takut sangat-sangat.. mungkin hari ini bukan kita yang ALLAH uji dengan musibah macam tu.. tapi esok lusa kita tak tahu lagi kan.. sebab tu dalam keadaan apa pun kita kena selalu bersedia.. kena selalu ingat yang ALLAH boleh uji kita ni bila-bila masa je.. dan ALLAH juga boleh uji dalam pelbagai bentuk ujian.. bukan dengan musibah je.. tu kita kena selalu ingat.. 


betul..! mirul ni pun bukannya baik sangat.. selalu juga melakukan kesilapan.. tapi bak kata pepatah "hari esok mesti lagi baik dari hari ini.." jadi sama-sama lah kita muhasabah diri, lihat balik amalan kita selama ni.. cukup ke untuk dijadikan tiket untuk ke syurga.. kalau rasa x cukup tambah lah, sementara sempat ni.. hu3.. sebab kita tak tahu, bila kita pula yang akan ALLAH uji kan.. :)so be preapared.. insyaALLAH..  wasalam..


Read more...

10 BlOggEr MUsLImAh PilIhAn..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
assalamualaikum w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. kalau jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^ okey..! hari ni mirul nak kongsi dengan anda semua mengenai beberapa perkara yang mirul rasa patut dikongsi bersama anda semua.. mungkin x ada lah sehebat mana pun perkongsian ni, tapi insyaALLAH akan banyak membantu kalian semua.. 

beberapa hari ni mirul banyak menghabiskan masa menghadap laptop kesayangan ni.. :) maklumlah, kalau x sayang nanti dia merajuk.. he3.. dan sepanjang cuti pertengahan semester ni, rasanya x akan ada kerja lain yang akan mirul buat selain on9, update blog, download cerita, masak dan beberapa perkara lain.. (termasuk ibadah lah ye.. ) sepanjang mirul blogwalking selama 2 hari ni, mirul tertarik dengan beberapa blog yang mirul kunjungi.. 

satu persatu entry mereka mirul kunjungi.. dan sejujurnya mirul tertarik untuk membaca kerana mereka merupakan blogger muslimah yang menulis lebih kepada agama kita ni, agama Islam.. :) sesungguhnya itu lah daya penarik kenapa mirul terus membaca dan terus membaca.. :)  dan disebabkan itu, mirul nak berkongsi lah dengan kalian semua mengenai blog-blog tersebut.. dan insyaALLAH lepas ni kalau ada lagi blog-blog yang best, mirul akan kongsi kan ye.. :) insyaALLAH..

klik banner bawah ni untuk ke blog mereka.. :)

1.

2

3

4

5


6


7


8



9



10

macam mana..? apa pandangan anda semua..? pasti ada antara entry mereka yang berjaya menarik minat anda untuk membacanya kan.. hu3.. kalau anda ada blog dan nak mirul tolong promote kan, tinggalkan lah ye jejak blog anda tu.. insyaALLAH kalau mirul ada masa mirul akan buat lagi senarai baru..  :) wasalam..





Read more...

Selasa, 10 April 2012

WaHaI AdIk-aDiK AbaNg..!





بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
assalamualaikum w.b.t semua..

semoga hari ini membawa seribu satu rahmat buat kita semua dan semoga juga kasih sayang ALLAH pada kita akan sentiasa mengalir tanpa henti umpama mengalirnya air sungai yang tiada penghujungnya.. insyaALLAH.. ^^ dalam entry kali ni mirul nak berkongsi dengan anda semua mengenai kisah remaja zaman sekarang.. seperti kalian semua, mirul juga pernah melalui zaman remaja.. hu3.. dan mirul percaya, setiap dari kita punya cerita tersendiri kan.. setiap apa yang ALLAH aturkan itu pasti menarik, tetapi mungkin ada yang boleh dikongsi, dan mungkin tidak.. mungkin juga ada yang boleh dikongsi sesama manusia, dan mungkin ada juga yang hanya boleh dirintih dan diperdengarkan dihadapan ALLAH yang satu..  :)
warkah buat adik-adik abang..
wahai adik-adik abang..
kenapa jadi begini..? tidakkah adik-adik merasa kasihan melihat ibubapa adik-adik semua bertungkus lumus bekerja demi memberikan adik-adik semua keselesaan dalam hidup ni.. tidakkah adik kasihan melihat yang dulunya halus tangan mereka, kini sekasar kayu kerana bekerja.. tapi apa yang mereka peroleh dari adik-adik? kegagalan..? surat gantung sekolah..? saman..? itu ke yang mampu adik-adik berikan..? tak rasa malu ke dengan diri sendiri.. cuba adik bayangkan lah kalau adik-adik semua yang berada dekat tempat mak ayah adik tu semua.. apa perasaan adik..? mungkin kalau adik faham, adik akan berubah.. tapi kalau adik x faham ataupun pura-pura x faham x apa lah.. ALLAH tu kan adil.. tunggu jelah nanti bila adik-adik semua ada anak.. tahulah perasaan mak ayah adik sekarang ni..

wahai adik-adik abang..
dulu abang pun bersekolah.. dulu kawan-kawan abang pun pergi sekolah.. kami semua tahu perasaan berada di sekolah itu.. tapi kenapa kami boleh bertahan selama bertahun-tahun dekat sekolah..?  tidakkah kau terfikir wahai adik-adik ku..? kami tahu kau mahukan kebebasan.. kerana di sekolah segala gerak geri akan diperhatikan.. tapi kami juga faham bahawa tanpa pemerhatian dari guru dan pengawas, adik-adik akan melakukan perkara yang sia-sia.. melanggar peraturan dan akhirnya bila adik semua dah biasa di luar sekolah juga adik akan melakukan perkara yang sama.. adik nak ke jadi buruan pihak polis, hidup dalam ketakutan..? 
wahai adik-adik abang sekalian..
dulu abang pun x suka belajar.. dulu kawan-kawan abang pun x suka belajar.. tapi kenapa kami semua boleh berjaya.. memang abang x dapat nafikan bahawa belajar itu satu perkara yang memenatkan.. tapi bak kata pepetah "kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.." .. semalas-malas abang dan kawan-kawan belajar, sekurang-kurangnya kami akan memberikan perhatian semasa cikgu-cikgu sedang mengajar.. walaupun kami malas belajar, tapi abang akan pastikan setiap apa tugasan yang cikgu berikan akan disiapkan.. bukan seperti malas kalian, yang langsung x nak berusaha walau sedikit pun..

wahai adik-adik abang..
kalau dulu masa abang belajar, abang sangat baik dengan cikgu-cikgu abang.. sampai sekarang di U pun abang baik dengan semua orang.. tapi abang lihat adik-adik sekarang dah suka melawan cikgu.. kesian cikgu.. penat dia beri ilmu pada adik-adik, tapi kenapa adik-adik x pernah hormat sedikit pun pada dia.. bagi abang, macam mana pun adik berusaha untuk berjaya tapi kalau keberkatan dari mereka yang memberi ilmu itu x ada, memang susah.. jadi abang nak adik-adik abang semua hormat guru.. bukan abang suruh adik-adik membodek guru, cukuplah sekadar dia tahu yang kita menghormati dia.. cukup itu je abang minta dekat adik-adik semua..
wahai adik-adik abang yang abang sayangi..
adik ni semua orang yang kaya ke..? adik rasa harta mak ayah adik tu semua akan bertambah ke kalau adik asyik gunakan je tanpa nak tambahkannya..? abang ni datangnya dari keluarga yang sederhana je.. tak kaya dan tak juga papa.. sebab tu abang kena berusaha keras untuk berjaya.. macam kawan-kawan abang, ada juga yang kaya raya.. tapi bila dia selesa dengan kekayaan yang dia miliki sekarang tu dia jauh ketinggalan dari kami semua yang x kaya mana ni.. mungkin dia boleh jadi yang terbaik dari kami semua kalau dia gunakan kekayaan keluarga dia tu untuk pergi ke kelas tambahan yang baik..tapi sayangnya dia tak buat semua tu.. jadi abang harap adik-adik semua sedar diri.. kalau adik-adik bukan dari keluarga yang senang, belajar lah betul-betul.. buktikan kejayaan adik-adik tu pada semua orang ye..

wahai adik-adik abang..
adik tak takut ALLAH ke..? abang percaya yang ramai takut kan, tapi kenapa masih berani buat dosa.. mungkin ada adik-adik abang yang akan cakap kubur kita lain-lain, tapi adik kan adik abang.. abang ada tanggungjawab terhadap adik-adik semua tau.. hu3.. abang bukan nya nak larang adik-adik semua bercinta, tapi adik  kan muda lagi.. sekolah pun belum habis kan.. dan abang paling x suka kalau adik keluar berdua-duaan.. abang bukan nak fitnah, tapi abang selalu nampak adik-adik keluar berpegang tangan dengan bukan mahram.. berdosa dik..  berdosa besar tau tak.. abang ni kesian dekat mak ayah adik sebab mereka yang akan tanggung dosa adik-adik tu.. kata sayang mak ayah kan, jadi jangan kapel-kapel boleh..? sebab kapel tu hanya akan mendekatkan adik-adik semua dengan zina.. nauzubillah.. baik adik semua belajar pandai-pandai, lepas dah kerja baru cari calon.. dan abang percaya, calon lepas adik bekerja tu jauh lebih baik daripada calon semasa adik m,asih bersekolah lagi.. percayalah.. abang kan pernah bersekolah dulu.. :)
wahai adik-adik abang..
abang nak pesan beberapa perkara ni.. mungkin adik selalu dengar tapi abang nak ingatkan lagi.. boleh kan adik-adik abang yang abang sayang..? hu3.. pertama sekali, abang nak pesan, jangan sesekali tinggal solat.. dekat mana pun adik berada, ingat ALLAH.. hanya ALLAH lah yang mampu tolong kita semua ni adik.. jadi kalau nak ALLAH ingat dekat kita, kita kena lah selalu ingat dekat dia.. caranya ialah dengan bersolat.. insyaALLAH bila kita susah, ALLAH akan bantu kita.. yang kedua abang nak pesan ialah jangan melawan cakap ibu ayah adik semua.. kenapa..? sebab keredhaan ALLAH itu terletak pada keredhaan ibu bapa kita.. jadi sia-sia je lah kalau adik ingat ALLAH tapi x pernah ingat dekat ibu dan ayah.. minta restu mereka kalau nak buat sesuatu tu, baru lah orang kata ada berkat.. :) hu3.. dan ingat, dekat mana pun adik berada sebenarnya adik-adik bawa nama keluarga sekali.. jadi kalau x nak maruah keluarga tercalar, jaga diri baik-baik..
wahai adik-adik abang..
akhir kata dari abang.. warkah ini bukan untuk adik kandung abang sahaja.. warkah ini untuk semua adik-adik yang masih lagi menuntut di sekolah mahupun di mana-mana institusi pembelajaran.. abang di sini juga bukan lah abang kandung anda semua, tapi anggaplah abang ni sebagai seorang yang lebih tua dari adik semua.. warkah ini abang buat khas untuk adik-adik, supaya adik-adik semua berjaya.. zaman sekarang ni adik, bukan seperti zaman dulu lagi.. sekali adik tertinggal di belakang selamanya adik akan ditinggalkan.. dan kalau adik sendiri x nak tolong diri sendiri, memang adik x akan pernah berjaya.. teringat abang akan satu pepatah arab "man jadda wajadda, wa manzaroa hasadda.." jadi, kalau betul nak berjaya, kalau betul nak tolong ibu bapa berubah lah.. ingat, ALLAH x akan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka sendiri mahu mengubahnya.. semoga bermanfaat warkah abang kali ini.. salam sayang.. <3

Read more...

Ahad, 8 April 2012

BiLa nAk BeRtaUbAt..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. he3.. insyaALLAH..  :) okey..! kali ni mirul nak berkongsi sedikit dengan anda semua tentang "Bila nak taubat.." satu tajuk yang mirul rasa perlu kita ketengahkan untuk diberi perhatian dan sama-sama kita ambil ikhtibar.. mungkin mirul sebenarnya x layak pun untuk berkongsi pendapat mengenai hal-hal yang sebegini tetapi kita sebagai umat Islam ada hak untuk menyatakan apa yang tersirat dalam hati ni kan.. maklumlah, zaman sekarang ni ramai Islam pada nama je..

okey..! manusia ni sebenarnya banyak kelemahan dan kekurangan.. namun disebalik kelemahan itu telah ALLAH kurniakan kepada kita sesuatu yang boleh kita gunakan untuk memperbaiki dan mempelajari apa yang dipanggil Ilmu.. kurniaan tersebut ialah akal manusia.. namun, kalau kita lihat pada hari ini, berapa ramai sangat lah kan manusia yang menggunakan akal mereka dalam melakukan sesuatu perkara itu.. tanpa penggunaan akal, maka jadilah kes-kes yang terpampang dekat surat-surat khabar sekarang ni.. macam-macam kes ada.. kadang-kadang tu takut bila baca sebab takut perkara yang sama akan berulang pada kita pula.. minta dijauhkan.. nauzubillah..

soalan kurang pandai..
sebenarnya mirul nak kongsi dengan anda semua tentang satu pengalaman yang mirul sendiri lalui.. cerita ni bermula di Twitter.. hu3.. twitter ni lain sikit dari facebook.. kalau dekat facebook orang panggil status Fb kan, tapi kalau twitter ni, orang panggil tweet je.. dan setiap kali kita tweet, follower kita akan dapat baca lah apa yang kita tulis.. hu3.. sesiapa yang ada twitter mesti tahu benda ni kan.. :)  

nak dijadikan cerita, mirul ada lah follow Imam Muda Asyraf punya twitter(@IM Asyraf).. dia ni memang sibuk.. kalau nak tunggu dia on9 kena tunggu lewat-lewat malam sikit sebab masa tu lah timeline twitter mirul akan penuh dengan tweet-tweet dia je.. he3.. tapi tweet dia bukan macam tweet kita ni semua.. sepanjang mirul baca tweet dia, mesti semuanya menjawab soalan-soalan yang ditujukan oleh follower dia.. walaupun orang kata soalan tu soalan "bodoh-bodoh" tapi dia masih jawab.. jom lihat sedikit tweet dia yang menjawab soalan follower dia tu..


ni baru sikit, ada banyak lagi soalan yang kadang-kadang kita rasa budak kecik yang dah sekolah rendah pun boleh jawab.. sebab kadang-kadang soalan yang ditanya tu merupakan soalan asas dalam Islam.. benda-benda yang dah kita belajar dekat sekolah agama masa kecik-kecik dulu.. hu3.. tapi mirul x tergangu sedikit pun dengan soalan-soalan tu sebab sebenarnya di samping tu mirul pun dapat belajar juga kan apa yang kita tahu tapi kita dah lupa.. tapi, rupanya ada juga insan yang terganggu dengan soalan-soalan ni.. rasanya x perlu lah mirul nak "printscreen" tweet orang tu kan sebab takut akan jatuhkan maruah dia pula.. hu3.. dah berdosa nanti.. 

tapi, mirul sebenarnya sangat-sangat mengagumi apa yang IM Asyraf ni buat.. walaupun soalan yang diberi tu entah apa-apa, tapi dia tetap menjawab soalan tersebut sebaik mungkin.. lagipun x salah kan kalau kita berkongsi ilmu milik ALLAH ni.. x luak sedikit pun ilmu tu, malah mungkin akan bertambah.. hu3.. sebaliknya juga lah yang akan berlaku sekiranya kita kedekut akan ilmu milik ALLAH ni.. :)

bagi peluang dan ruang.. 
pada pandangan mirul, mungkin orang yang bertanya tu merupakan orang yang baru je terbuka hati nak mendalami ilmu Islam ni.. mungkin sebelum ni dia tahu, tapi dah lupa.. jadi dia bertanya untuk mendapatkan kepastian dari mereka yang lebih arif dalam bidang ni supaya apa yang dia buat tu akan diterima oleh ALLAH.. mungkin juga ALLAH dah buka pintu hati dia untuk bertaubat, mana tahu kan sebab tu dia bertanya soalan-soalan yang asas.. sebab kadang-kadang, orang malu nak bertanya secara depan-depan sebab malu dan takut orang mengata.. tu yang menjadi masalah orang kita sekarang ni.. hu3.. 
macam yang mirul cakap tadi lah, bila orang tanya soalan yang asas-asas terus kita fikir yang bukan-bukan.. mungkin kita tahu mengenai perkara itu jadi x kisah lah, tapi mungkin ada juga yang x tahu.. cuba kita yang ada dekat tempat orang tu.. bila kita tanya soalan tiba-tiba ada orang cakap, "ek eleh, benda simple pun x tahu.. ko ni Islam ke x.." x pun ada yang cakap "benda asas pun ko x tahu.. dulu dekat sekolah belajar apa..?" agak-agak apa yang kita rasa..? mesti lah malu kan.. dari niat baik nak bertanya terus x jadi.. akhirnya x jadi nak tahu mengenai perkara tersebut sebab rasa malu + geram dekat mereka-mereka yang memandang rendah terhadap golongan-golongan macam ni.. hu3..

muhasabah diri..
dalam hidup ni kita tak tahu nasib kita.. mungkin hari ni kita dekat atas, tapi esok lusa x siapa yang tahu.. mungkin hari ni kita merupakan hamba-NYA yang patuh akan  segala perintah yang telah ALLAH gariskan, tetapi siapa tahu esok lusa ALLAH nak uji kita dengan perkara-perkara di luar kawalan kita kan.. sebab tu lah kalau sekali pun kita ni bukan orang yang alim, jangan lah nak menjatuhkan orang lain.. sebab tu lah menjauhi kejahatan itu adalah lebih baik daripada melakukan kebaikan.. :)
dan sebenarnya nak atau tak nak, kita sebagai umat Islam yang setiap hari melafazkan kalimah syahadah mestilah bersedia untuk mengajak orang lain ke arah kebaikan.. kalau kita rasa kita ni tak layak, x apa.. kita perbaiki diri dahulu dan berubah.. tapi niat kena lah kerana ALLAH, barun akan berkekalan perubahan kita tu.. sebab ALLAH itu sentiasa menerima taubat hamba-hamba NYA.. lepas dah rasa yakin sedikit, mula kan langkah dengan ahli keluarga dulu, kemudian sahabat handai.. bukan susah pun sebenarnya.. cuma kita ni sahaja yang selalu fikir benda ni susah.. hu3..

okey lah..! apa pun yang kita lakukan, jangan fikir untuk diri sendiri sahaja.. kita ni hidup dalam kelurga, dalam masyarakat dan dalam satu negara Islam.. kalau nak buat sesuatu tui fikir dulu.. sebab takut kalau x fikir panjang nanti akan memudaratkan diri sendiri pula kan.. hu3.. ALLAH dah kurniakan kita akal, jadi gunakan lah sebaik mungkin ye..  :) dan diharapkan entry yang sikit ni mampu mengubah banyak fikiran.. kalau ada kelemahan tu datang dari mirul sendiri, dan baik nya datang dari ALLAH.. jumpa lagi untuk entry seterusnya.. wasalam..  :)

Read more...