expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Isnin, 5 Mac 2012

mALu Itu pErLu..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^
okey..! hari ni mirul nak berkongsi dengan anda semua mengenai malu.. dalam diri manusia ni ada pelbagai perasaan yang telah ALLAH ciptakan untuk kita.. ada marah, suka, benci, dendam, cinta, sayang dan lain-lain lagi.. itu lah uniknya khalifah ALLAH ni kan.. cuma kita je yang kadang-kadang terlalu ikutkan sangat perasaan ni.. kalau nak marah tu, memang habis semua kena.. yang x salah pun turut terasa.. bagus ke..? cuba fikir balik dan kalau rasa salah, perbaikilah sebelum kita ni dibenci orang.. hu3..
kisah si pokok semalu..
bila bercakap soal malu ni, mirul sering terbayang akan pokok semalu.. siapa yang x kenal dengan sifat malu poon semalu ni kan.. pantang sahaja dicuit pasti akan mngucup.. begitu pemalu sungguh pokok semalu ni kan.. tapi jangan ingat semalu ini boleh senang-senang di petik.. pada batang pokoknya telah ALLAH ciptakan duri yang amat tajam.. sesiapa yang berniat jahat kepadanya pasti akan tercedera dengan duri bisanya.. adilnya ALLAH kan dalam menciptakan setiap makhluk di dunia ini..  :)

begitu lah kita sebagai manusia ni.. bila ALLAH dah ciptakan sifat malu dalam diri kita, maka kena lah gunakan ia.. jangan jadi manusia yang x tahu malu pula.. nanti habis dibenci semua orang.. hidup ni perlu ada sifat malu, supaya setiap apa yang kita lakukan tu tak terlalu "over".. bila dah "over" orang yang lihat setiap perbuatan dan tingkah laku kita akan mula lah bercakap-cakap mengenai kita.. nanti kita juga yang rasa x selesa kan dengan situasi tu.. jadi lebih baik kita kawal diri dan semaikan sifat malu dalam setiap perkara yang kita lakukan supaya orang lain selesa dengan kita ni.. insyaALLAH..

jangan jadi pemalu..
TETAPI..! jangan pula jadi orang yang terlalu pemalu.. nak buat ni malu, nak buat tu malu.. memang susah lah.. terutamanya pelajar.. kerana pada zaman ni pelajar yang x menyerlah memang susah nak dapat peluang pekerjaan yang baik.. memang lah rezeki itu ditangan ALLAH, tetapi kalau kita sendiri x usaha macam mana ALLAH nak tunaikan kan.. kadang-kadang tu mirul tengok ada pelajar yang nak bercakap depan kepas pun malu.. tersengih-sengih, cakap x juga.. susah nanti.. tu baru depan kelas, depan kawan-kawan, orang yang kita kenal.. belum lagi suruh bercakap depan khalayak ramai.. mau pengsan.. he3..
sebab kenapa kita perlu bersederhana dalam malu ialah, bila kita nak pergi temuduga pun kita akan ditemuduga oleh sekurang-kurangnya 4 orang ahli panel.. orang yang kita x kenal pun.. kita pula seorang diri.. kalau lah si pemalu yang di temuduga memang sah-sah lah susah nak dapat.. hu3.. sebab sekarang ni semua syarikat berlumba-lumba untuk mendapatkan gaduan yang lengkap dari segi semua aspek.. bukan akademik sahaja.. jadi kalau nak malu tu boleh, tapi berpada-pada.. jangan sampai sifat malu tu menjadikan kita seorang yang sangat pasif dan dipinggirkan orang.. hidup biar berpada.. insyaALLAH semuanya akan berjalan seperti biasa.. :)

malu itu ada 3..
dalam hidup ni kita kena malu kepada banyak benda.. dan bagi mirul, kalau kita boleh jaga malu kita ni kepada 3 perkara yang bakal mirul tulis ni pun dah cukup untuk jadikan diri ni disukai oleh sahabat-sahabat dan mereka-mereka yang berada di sekeliling kita.. yang pertama, malu kepada ALLAH.. dia lah yang telah meciptakan kia dan dia jugalah yang telah mengaturkan segalanya dalam hidup ni.. dia maha berkuasa dan dia lah maha pemilik 99 sifat-sifat teruji.. kalau kita malu kepada ALLAH, mirul percaya setiap perkara yang kita lakukan akan terjaga kerana kita malu untuk berbuat dosa.. jadi sematkan lah sifat malu kepada ALLAH ye supaya sama-sama mendapat keredhaannya..  insyaALLAH..

malu yang kedua kepada diri sendiri.. okey..! ramai orang akan berasa kurang yakin bila diri dia sendiri cakap dia x boleh buat.. ada orang pula akan berasa sangat yakin apabila diri dia cakap dia mampu buat segala-galanya.. begitu jugak malu.. kalau kita ada sifat malu pada diri sendiri, apabila nak melakukan sesuatu perkara yang mmalukan, kita akan berfikir sebentar dan akan berfikir berulang-ulang kali untuk melakukannya.. sebab tu lah malu dalam diri tu penting.. bukan sekadar untuk menjaga maruah diri tetapi maruah keluarga dan maruah mereka yang berada di sekeliling kita..  

dan yang ketiga ialah malu kepada orang sekeliling kita.. keluarga, sanak-saudara, kawan-kawan, sahabat handai, jiran, cikgu, pak cik mak cik, senang cerita kepada semua orang lah.. anda x merasa malu ke bila buat sesuatu yang nampak x memalukan tapi sebenarnya amat memalukan di mata orang lain.. malu lah sikit.. contohnya memakai pakaian yang mendedahkan aurat.. nampak sana sini.. x malu ke..? wei, orang yang terngok pun malu, x kan x rasa apa-apa kot..? hu3.. malu lah sikit pada orang yang melihat kita.. mereka akan menilai dari luaran.. baik macam mana pun kalau pakaian dah macam tu mmang buruk juga lah di mata orang.. sebab tu bila nak buat sesuatu fikir dulu.. jangan main buat je.. nanti yang malu kita jugak kan.. jadi fikir-fikir kan lah ye..  :)
apa pun dalam dunia ni kita kena bersederhana dalam segala hal.. nabi pun suka kepada kesederhanaan.. x payah lah nak terlalu "over" sangat sebab kelak ianya hanyalah akan memakan diri sendiri.. ingat tu.. besederhana okey..! semoga entry ni mmbantu kita semua untuk menjadi khalifah yang ALLAH redhai.. sama-sama lah berkongsi entry ni kalah berminat ye.. jumpa lagi entry seterusnya.. insyaALLAH.. wasalam..~

7 ulasan:

hawiz berkata...

hawiz mmg pemalu..

Diari Anak Perantau berkata...

x salah pemalu kan.. tapi biarlah berpada-pada.. :)

dieyla berkata...

btol tu..malu biar bertempat...

Diari Anak Perantau berkata...

dieyla : yup.. :)

topek berkata...

malunyer....heheheheh

Diari Anak Perantau berkata...

topek : ha3.. malu3.. (blusshing..**)

Hafiz Hafizol berkata...

Aku pun pemalu ape. Tp comel. haha