dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
ASSALAMUALAIKUM wbt
Jawab ye salam mirul ni sahabat, tak jawab nanti berdosa, jawab dapat pahala. insyaAllah. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan rahmatnya hari ini, masih lagi kita semua dapat bernafas dan meneruskan kehidupan kita di atas muka bumi ini lagi. Alhamdulillah, masih juga kita semua diberi nikmat oleh yang maha Esa walaupun terkadang kita ini lupa bersyukur pada Dia.
Rasanya sudah hampir 2 tahun blog ini ditinggalkan sepi tanpa sebarang update mahupun penambah baikan. Penuh bersawang blog ini jadnya. huhuhu. Tetapi insyaAllah, mulai hari ini blog ini akan kembali aktif semula. Mirul ingat nak aktif balik berblogging walaupun blogger blogger lain dah jauh ke hadapan. Tak apa lah, kita bukan nak bersaing, niat nak berkongsi cerita dan memberi manfaat kepada semua pembaca.
Jadi untuk itu, ada beberapa perkara yang telah mirul ubah di dalam blog ini. Antaranya:
1. Header blog yang baru
Pasti ramai yang mengikuti blog ini dulu perasan header blog mirul yang lama macam mana kan. Header tu mirul dah pakai hampir 5 tahun tanpa sebarang penukaran. Tapi sekarang rasanya sudah tiba masanya untuk header itu diturunkan. Terlalu banyak memori sebenarnya, tapi rasanya ia sudah tidak lagi sesuai digunakan.
Header blog yang lama
Dan untuk menggantikan header yang lama ni, maka mirul telah membuat header yang baru. Header ni mirul buat cincai je, dengan niat supaya header yang lama ni dapat diturunkan dengan kadar yang segera. Mungkin mirul akan menggantikan header yang baru ni dengan design yang lebih menarik ataumungkin biarkan sahaja sebab tiba tiba ia nampak simple and menarik pulak. heeeeee.
Header blog mirul yang baru
2. Nama blog yang baru
Biasalah, bila header berubah maka nama nya pun akan turut berubah. Bukan tak sayang nama yang lama, tapi macam mirul cakap lah, ia nya dah tak sesuai dengan masa yang sekarang. Walaupun perubahan itu pahit, tetapi demi kebaikan apa salahnya kan. Jadi dari Blog Budak Kuat Perasan, kini nama blog mirul ialah Blog Budak Biasa. Nama yang baru ni dipilih selari dengan diri mirul yang biasa biasa ni je. Tak ada kelebihan apa pun, malah lebih banyak kekurangan.
3. Susun atur blog
Demi memastikan yang mata kalian tak sakit dan juga agar tak loading lama bila bukak blog ni, maka satu susun atur telah mirul lakukan. Ada benda yang mirul buang, ada juga beberapa yang mirul tambah. Mirul harap blog ni nampak simple dan menarik dan yang paling penting ada manfaatnya buat kita semua ye.
InsyaAllah lepas ni banyak benda yang mirul nak kogsi dengan kalian semua. Banyak cerita yang belum pernah mirul cerita pada sesiapa mahu mirul kongsi bersama. Mana tahu disebalik cerita mirul ini, ada yang terkesan dan menjadi asbab untuk dia juga berubah. InsyaAllah.Jadi nantikan ye update mirul nanti. Moga moga bermanfaat buat kita semua.
p/s: Mungkin ada yang mengenali mirul melalui blog suatu ketika dahulu. Mungkin ada yang mengenali mirul di luar alam maya ini. Malah mungkin ada yang baru sahaja mengenali mirul melalui entry ini. Siapa pun kalian, terima kasih kerana masih sudi menjadi sahabat di sini. Moga moga persahabatan ini kekal hingga ke akhirnya nanti.
Yang benar,
Muhamad Amirul Bin Suari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan