بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
dengan nama #ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaannya masih lagi dapat kita bernafas di muka bumi #ALLAH ini dengan percumanya.. :) okey..! hari ini mirul nak berkongsi dengan sahabat semua tentang pandangan mirul berkaitan dengan Rezeki..
empat hari lepas mirul ada buat satu status yang mana niat mirul nak sahabat-sahabat mirul semua sedar bahawa kejayaan yang sebenar itu bukan lah terletak kepada keputusan SPM atau CGPA semata-mata, tetapi kejayaan sebenar itu terjadi apabila kita sebagai khalifah di muka bumi #ALLAH ini berjaya di dunia dan akhirat.. sekali lagi, di #Dunia dan #Akhirat..
ada kawan mirul cakap, kalau keputusan tak bagus susah nak dapat kerja, lepas belajar akan mengangur.. betul, mirul tak kata mirul tak sokong kenyataan itu.. tetapi kita kena ingat yang memberi rezeki tu bukan keputusan kita tu, tetapi rezeki tu semua #ALLAH yang tetapkan.. siapa cakap kalau keputusan teruk tak boleh kerja, siapa cakap kalau CGPA bawak 2.00 menganggur..? siapa cakap..?
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” Surah Ar-Rad
ada kawan mirul yang keputusan SPM dia teruk macam apa, tapi berkat kesungguhan dia memohon kerja sana sini akhirnya sekarang ni dia dah bekerja sebagai seorang ahli bomba.. ada je kawan-kawan mirul yang lain yang result SPM pun biasa-biasa je tapi alhamdulillah rezeki tu berpihak kepada mereka.. sekrang ni mirul tengok ramai yang dah ada kerja masing-masing, event kerja dekat KFC sekalipun janji usaha untuk menyara diri tu ada.. yang penting halal..
sebab tu mirul cakap, keputusan yang baik tu tak menjamin kita untuk mendapat pekerjaan di masa hadapan.. lagi-lagi dengan zaman sekarang ni yang banyak cabaran dan saingannya.. huhuhu.. dan setiap kali mirul pergi seminar kerjaya ke, pergi 'Boot Camp Carrier' banyak panel yang hadir cakap bahawa setiap kali sesi temuduga dijalankan, CGPA bukan perkara pertama yang panel akan lihat.. banyak lagi perkara-perkara lain yang akan dilihat terlebih dahulu sebelum jatuh ke CGPA calon tu..
kesimpulannya, rezeki tu semua #ALLAH punya.. kita sebagai manusia di muka bumi #ALLAH ini haruslah berusaha, berdoa dan bertawakkal dengan segala apa yang telah kita lakukan.. bagi mereka yang memang #ALLAH dah kurniakan kebijaksanaan, yang memang cemerlang dalam pelajaran, teruskan usaha.. tapi bagi mereka yang mungkin sebaliknya, jangan berputus asa.. #ALLAH itu kan maha adil.. mungkin kita kurang dekat satu benda, tapi insyaALLAH kita pun ada kelebihannya.. yang penting jangan lupa #ALLAH.. kan..? :) wasalam..
p/s : mirul dulu SPM teruk kot, tapi alhamdulillah rezeki #ALLAH kita tak tahu kan.. :)
Read more...