expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 28 Jun 2013

Muslim Sejati..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul.. tak jawab dosa, jawab dapat pahala, insyaALLAH.. :)
alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniannya, dapat kita bersama-sama bernafas di muka bumi milik #ALLAH ini.. 

dalam entry kali ini mirul tertarik untuk menulis entry mengenai "Kayu Pengukur Keimanan".. sebenarnya idea ini datang apabila mirul terbaca satu status yang telah ditulis oleh salah seorang sahabat mirul di Facebook.. kata-katanya di dalam status nya itu telah membuatkan mirul terfikir sejenak.. tampak kata-katanya ringkas, tapi penuh bermakna jika diamati.. :)


untuk menjadi seorang #Muslim sejati bukan lah mudah.. pelbagai halangan dan cabaran yang harus kita tempuhi sebelum kita benar-benar bergelar #Muslim sejati.. persediaan dari segi mental dan fizikal haruslah kuat agar kita boleh terus Istiqomah dalam perjalanan menuju kejayaan ini.. ada yang berazam mahu berubah, namun terkandas di tengah jalan dek kerana terleka dengan godaan syaitan yang akhirnya membawa mereka kembali ke tempurung lama mereka..

seorang #Muslim yang sejati.. 

apa garis panduan yang kita gunakan dalam menilai seseorang itu sebagai seorang #Muslim sejati..? adakah dinilai dari segi pakaiannya? atau dari segi Ilmu agamanya? ataupun dari kedua-duanya..? persoalan ini timbul apabila ramai di antara kita yang sering memandang seseorang melalui pakaian dengan yakin bahawa dia benar-benar seorang #Muslim sejati..
melalui pemikiran inilah, lahir satu ideologi bahawa golongan-golongan seperti ini dikatakan "sempurna".. apabila mereka melakukan sedikit kesilapan yang mana mungkin kesilapan biasa seorang manusia, namun amat dikecam kerana pada pandangan orang golongan seperti ini merupakan sempurna.. dek kerana kesilapan seorang manusia biasa inilah, sekali lagi ideologi mereka berubah.. nah, inilah hasil pemikiran masyarakat kita pada zaman ini..


seorang #Muslim itu dikatakan sebagai sejati apabila mereka mengamalkan amar makruf nahi mungkar.. melakukan kebaikan kerana #ALLAH dan menjauhi kejahatan juga kerana #ALLAH.. sejati atau tidak bukan dapat dilihat menggunakan mata kasar, malam mengguakan mata hati juga tidak mungkin kita dapat melihatnya.. ini adalah #Muslim yang sejati itu hanya #ALLAH sahaja yang dapat menilainya.. :)

tuntutan dalam #Islam..

seharusnya kita memuhasabah diri, bukan melihat orang lalu menunding jari.. mungkin ada di antara #Muslimah yang bertudung labuh itu masih dalam proses hijrahnya.. mungkin juga ada #Muslimim yang baru pulang dari masjid sedang cuba mengistiqomahkan diri.. siapa tahu..

menutup aurat itu satu kewajipan dan seharusnya ia melambangkan siapa sebenarnya diri kita.. namun, jangan dinilai tahap keimanan seseorang itu melalui penampilannya, melalui tutur katanya kerana mungkin mereka juga masih dalam proses membaiki diri.. tidak salah kiranya kita memandang mereka dan menjadikan mereka sebagai sumber ispirasi untuk kita sama-sama berubah, namun ingatlah manusia senang terleka dengan pujian manusia..


ayuh sahabat, #Istiqomah dalam ibadah yang kita lakukan.. biar sedikit asalkan ianya berulang setiap hari.. ianya jauh lebih baik dari banyak namun dilakukan hanya setahun sekali.. kan jauh bezanya tu kan.. :)

apa-apa pun hanya kita dan #ALLAH je yang tahu siapa diri kita yang sebenar.. usah lah berpura di alam maya sedangkan hakikatnya semua itu dusta semata.. beribadahlah, lakukan lah sebanyak mana yang kita mampu lakukan dengan niat ikhlas kerana #ALLAH.. jika tidak di dunia ganjarannya, insyaALLAH di akhirat sana menanti kita.. insyaALLAH.. amin.. wallahualam..~

p/s : saya juga manusia biasa, banyak kekurangannya.. namun jangan jadikan alasan itu sebagai satu penyebab untuk kita terus berada di pasak yang lama.. ayuh hijrah..! ^_^V peace..~

Tiada ulasan: