expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Memaparkan catatan dengan label redha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label redha. Papar semua catatan

Selasa, 28 Julai 2015

Baik Untuk Siapa? Antara Allah dan Manusia

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

ASSALAMUALAIKUM wbt

Jawab ye salam mirul ni sahabat, kalau jawab dapat pahala, kalau tak jawab dapat dosa. Heeee. Alhamdulillah, hari ini dengan izin yang maha Esa, masih lagi dapat kita semua bernafas seperti biasa. Malah masih sahaja dikuniakan segala nikmat walaupun mungkin kita ini terlupa untuk mensyukurinya.


Untuk entry kali ni, mirul nak berkongsi sedikit tentang sifat baik. Baik itu sifatnya subjektif, sama seperti cantik. Ada sesetengah orang, baik pada dia bermaksud seseorang itu mestilah berbudi bahasa dan menghormati orang tua. Bagi sesetengah yang lain pula, definisi baik juga berbeza. Tapi walau bagaimanapun, setiap perbuatan yang baik itu akan dijadikan sebagai kayu ukur dalam menilai tahap kebaikan seseorang.

Satu soalan. Bagaimana pula baik di sisi Allah?

Seorang hamba itu dianggap baik di sisi Allah apabila dia mengikuti segala apa yang telah diperintahkan kepada dia untuk dilaksanakan. Dan meninggalkan segala perkara yang dilarang. Maka sekiranya seorang hamba itu terus beramal dan meninggalkan kemungkaran, maka dia akan dianggap baik di sisi Allah. InsyaAllah. Hamba yang baik di sisi Allah ini akan menerima kebaikan di dunia, malah akan berbahagia di akhirat sana. Mana tidaknya, menjaga hubungan dengan yang maha Esa, pasti kelak akan berbahagia sentiasa. 

Jadi apa kaitan antara keduanya?

Sejujurnya, nak jadi baik di mata manusia tu memang mudah. Namun nak jadi hamba yang baik kepada Allah itu yang payah. Dengan manusia ni kita boleh menipu, kita boleh berlakon jadi baik malah boleh berpura pura dalam melakukan kebaikan. Namun di hadapan Allah walau berpura pura macam mana sekalipun, Allah itu akan tetap mengetahuinya. Warak lah macam mana pun, beribadah lah sebanyak mana pun, tapi kalau semua itu tidak ikhlas dikerjai, maka semua itu hanya lah sia sia di sisi Ilahi. 

Jadi ingat sahabat, hublum minallah, hublum minannas. Kita kena jadi baik di sisi Allah dan juga jadi baik di sisi manusia. Tak ada gunanya jika di sisi manusia kita baik segalanya, namun di sisi Allah yang buruk belaka. Malah tak bermanfaat juga sekiranya kita baik hanya di sisi Allah, namun sesama manusia kita melakukan dosa. Nak masuk syurga, jadi kenalah baik di dunia untuk bekalan di akhirat sana. Kejar rahmat dan redha yang Esa, supaya kelak aman bahagia kita di akhirat sana.InsyaAllah.


Moga bermanfaat buat kita semua. 

Salam ukhwah,
Muhamad Amirul Bin Suari




Read more...

Khamis, 5 Julai 2012

CinTa BUKu BaRu..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM .wb.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa, jawab dapat pahala.. indahnya Islam, jawab salam pun dapat pahala kan..   ^^   sebelum tu jom sama-sama mengucapkan kata syukur yang tak terhingga kepada ALLAH kerana masih memberikan kita semua peluang untuk meneruskan urusan sebagai khalifah di muka bumi ALLAH ini.. alhamdulillah.. hari ini masih lagi ALLAH memberikan kita peluang untuk menikmati dan menggunakan segala bentuk kurniaannya kepada kita agar kita menjadi hambanya yang diredhai.. amin..
sedar atau tidak hari ini merupakan hari ke-15 kita berada di dalam bulan sya'ban.. sudah separuh perjalanan sya'ban kan.. dan jika masih ada yang belum tahu ataupun terlupa semalam merupakan hari nifsu sya'aban di mana semalam "buku amalan" kita yang lama telah ditukar dan diangkat ke arash ALLAH dan digantikan untuk kita sebuah buku yang baru menggantikan buku yang lama.. segala catatan amalan kebaikan dan kejahatan yang telah kita lakukan telah diangkat semalam.. jadi bak kata pepatah, apa yang lepas itu kita biarkanlah, kita buka buku baru..insyaALLAH..  :)

baik buruk seseorang itu hanya dia dan ALLAH je yang tahu.. kita sebagai manusia ini tidak pernah dilantik oleh ALLAH sama sekali untuk menjadi hakim kepada setiap amalan yang telah seseorang itu dilakukan.. apa hak kita untuk menentukan syuga atau neraka untuk seseorang itu..? sedangkan diri sendiri pun masih beramal memohon syurga kepada ALLAH inikan pula mahu menentukan syuga neraka bagi orang lain.. itu lah masalah umat akhir zaman ni.. tak salah kita nak menyampaikan dakwah, tetapi jangan lah orang kata tu berat sebelah.. nampak je orang ni macam x baik sikit x nak tegur.. kalau yang nakal-nakal ni terus ditinggalkan.. hurmm..
buku baru, maka lembaran pun baru.. namun tanggungjawab kita masih sama iaitu mengejar redha ALLAH disamping berbuat baik sesama manusia.. jika sebelum ini kita rasa amalan kita masih belum cukup untuk menebus tiket ke syurga, maka pergiatkan lagi amalan kita itu supaya apa yang seluruh umat Islam impikan tercapai.. kita bukan nak ke syurga seorang diri kan, jadi sama-sama lah kita berusaha supaya bukan kita sahja yang akan memperoleh manfaat di dunia ni, bahkan keluarga kita, sahabat-sahabat kita, saudara mara kita dan seluruh umat Islam ini akan merasai syurga ALLAH.. insyaALLAH.. amin..

apa-apa pun sebagai khalifah di muka bumi ALLAH ni, sama-sama lah kita beribadah dengan hati yang tawaduk dan benar-benar ikhlas kerana ALLAH s.w.t.. hanya ALLAH lah satu-satunya tempat untuk kita mengadu dan kepada DIA lah kita berserah diri dalam melakukan sesuatu.. jika kita beramal, jangan berbangga dengan amalan itu.. jangan pernah merasakan kita sudah banyak beramal sehingga malas untuk beribadah lagi.. sedangkan Rasulullah pun khuatir untuk menghadapi sakaratulmaut, ini lagikan kita yang hanya hamba-NYA yang hina.. sama-sama lah kita menanamkan sifat cintakan ALLAH dengan ikhlas supaya dalam setiap amalan dan perbuatan kita, hanya ALLAH yang menjadi pemangkinnya.. semoga setiap dari kita diterima amalannya oleh ALLAH.. amin.. :)
p/s : peringatan untuk diri sendiri juga.. supaya sama-sama peroleh syurga-NYA.. 




Read more...

Khamis, 26 Januari 2012

TeGuRaN BeRhikMAh..!


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^
okey..! hari ni mirul nak kongsi dengan korang semua tentang satu perkara yang biasa kita dengar tapi jarang kita ambil iktibar darinya.. hu3.. dan macam biaslah, semoga apa yang mirul tulis ni sedikit sebanyak akan membantu kita semua untuk menjadi hamba ALLAH yang diredhai.. amin..~
okey..! dalam dunia ni, x ada satu manusia pun yang sempurna.. x kisah lah siapa pun dia, pasti ada kekurangannya.. seberapa sempurna pun dia pasti ada kekurangan.. sebab ALLAH tu kan adil.. ^^ mungkin dia lebih dekat bahagian ni, tapi dekat bahagian lain ada kurangnya.. itulah lumrah manusia.. 

terima teguran..
salah satu kelemahan kita sebagai manusia ialah susah sangat nak menerima teguran orang.. x kira lah siapa pun yang menegurnya mesti dalam hati tu akan ada sedikit rasa x puas hati.. rasa geram... paling tak pun dalam hati mesti akan cakap "dia tu macam bagus sangat je nak tegur-tegur orang.." hu3.. lumrah manusia.. ditambah lagi dengan hasutan syaitan, makin membara lah perasaan tak puas dalam hati tu.. hu3..
kadang-kadang kita pun macam tu juga.. bayangkan lah ea, kalau kita tengah syok-syok buat sesuatu tiba-tiba ada orang datang kemudian cakap apa yang kita buat tu salah.. kalau kita ni jenis yang ok x apa, tapi kalau dapat yang jenis hati batu, yang panas baran mau kena penampar sekali.. he3.. yang tu boleh tahan lagi, kalau dapat yang jenis mulut leaser, amik kau..! 

sebab tu kalau kita nak menegur orang ni kena fikir dulu apa yang kita nak cakapkan.. bukan main sembur je.. sebab kita tak tahu lagi apa reaksi dia bila kena tegur.. walaupun kita tahu kita betul sebab dia melakukan kesalahan tersebut, kita tetap kena bersedia.. sebab manusia ni rambut je sama hitam, tapi hati lain-lain.. ingat senang-senang ke orang boleh terima teguran kita.. kalau tak kena pada masa dan caranya memang susahlah.. tapi kalau kita buat dengan cara yang mereka senangi insyaALLAH mereka akan terima dengan hati yang terbuka.. :)

husnuzon..
bila kita kena tegur, senyum dan terima teguran tu dengan hati yang terbuka.. tak kisah lah yang tegur kita tu kawan kita ke, ahli keluarga kita ke, jiran ke, cikgu@pensyarah ke, sesiapa je lah.. tak salah kan terima teguran tu.. mungkin kita memang salah.. sebab manusia ni, mana ada yang sempurna.. hu3.. kadang-kadang tu kita rasa kita ni macam betul sebab apa yang kita buat bukannya salah.. tapi masih kena tegur.. jadi, bersangka baik je.. mungkin memang kita salah, siapa tahu kan.. hu3..

jadi bila kita kena tegur dengan seseorang tu, terima dan fikir-fikirkan apa yang ditegur.. kalau memang kita yang salah maka cuba perbetulkan.. x salah kan..? sama-sama dapat faedahnya.. dia dapat pahala dan kita pun dapat juga.. tapi kita lah yang dapat lebih, sebab kita dapat berhijrah dari sesuatu yang kurang baik kepada yang lebih baik.. insyaALLAH..  :) 

dia juga manusia..
hurmm.. dalam dunia ni ada macam-macam jenis manusia.. dalam soal tegur menegur ni lagi lah banyak kerenah dan perangai.. ada yang pantang kena tegur.. bila kena tegur, mula lah kutuk orang tu.. cakap macam-macam.. "konon berangan nak tegur orang, tapi diri sendiri pun x betul juga.." hu3.. tu baru sikit, ada tu yang sanggup memaki hamun depan-depan lagi.. memang menakutkan.. hu3..

apa-apa pun, kita kena sedar, orang yang menegur kita tu juga manusia.. mereka juga x lari dari membuat kesalahan.. menegur kesalahan orang lain(berdakwah) dah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat islam.. nak tak nak kalau kita tahu ada orang lain membuat kesalahan dan kita boleh menegurnya, kita kena tegur juga.. dia nak terima atau tidak itu tanggungjawab dia.. kita dah tunaikan apa yang perlu kita lakukan.. 
soal siapa dia atau apa pangkat dia tu bukan soal utama.. sebab ilmu yang disampaikan tu lagi penting.. walaupun budak kecil yang menegur kita, kita kena terima teguran tu.. memang lah kalau dibandingkan usia kita dengan dia, tapi mungkin dia tahu sesuatu yang kita sendiri tak pasti tentang itu.. ilmu ALLAH ni luas, jadi mungkin ada satu dua perkara yang kita terlepas pandang kan.. hu3..

sabar..
bila kita tegur, dan kemudian orang tersebut marah balik.. itu pun lumrah.. jadi apa yang boleh kita buat ialah, sabarr..  :) memang lah berkata itu mudah, cuba kita kena depan-depan mata baru tau senang ke susah bersabat tu, tapi cuba latih diri bersabar.. x luak pun kalau kita bersabar, malah sabar tu akan lebih bermakna buat kita.. percayalah..!
bila kena marah sekali, jangan mengalah dan takut pula untuk menegur di lain masa.. biasalah, orang kalau nak berdakwah ni memang banyak dugaan nya.. bukannya senang.. syaitan tak suka.. sebab tu seboleh-bolehnya syaitan akan menghasut manusia untuk melawan perkara-perkara yang sebegini.. ditiupnya ke telinga manusia sifat bongkak dan sombong supaya apabila ditegur orang lain, dia akan merasakan yang dirinya cukup baik untuk ditegur.. itulah kerja syaitan..

sebab itulah apabila ditegur, fikir kan balik apa yang diperkatakan itu.. walaupun kita rasa betul kadang-kala kita juga melakukan kesilapan kan.. orang lain tak akan menegur kita kalau kita buat benda yang betul.. melainkan benda tu salah baru kita akan ditegur.. jadi fikir-fikirkan lah dan selamat beramal..

okey lah.. semoga korang dapat sesuatu dari entry ni.. walaupun sikit tapi percayalah, ada juga isinya.. semoga kita semua ambil dan amalkan apa yang kita tahu ni.. kalau rasa nak dapat pahal, jom kongsi entry ni.. insyaALLAH bermanfaat.. :) semoga kita sama-sama mendapat redha dan rahmat dari ALLAH s.w.t.. amin..~~



Read more...