Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
ASSALAMUALAIKUM wbt
Jawab ye salam mirul ni sahabat, kalau jawab dapat pahala, kalau tak jawab dapat dosa. Heeee. Alhamdulillah, hari ini dengan izin yang maha Esa, masih lagi dapat kita semua bernafas seperti biasa. Malah masih sahaja dikuniakan segala nikmat walaupun mungkin kita ini terlupa untuk mensyukurinya.
Untuk entry kali ni, mirul nak berkongsi sedikit tentang sifat baik. Baik itu sifatnya subjektif, sama seperti cantik. Ada sesetengah orang, baik pada dia bermaksud seseorang itu mestilah berbudi bahasa dan menghormati orang tua. Bagi sesetengah yang lain pula, definisi baik juga berbeza. Tapi walau bagaimanapun, setiap perbuatan yang baik itu akan dijadikan sebagai kayu ukur dalam menilai tahap kebaikan seseorang.
Satu soalan. Bagaimana pula baik di sisi Allah?
Seorang hamba itu dianggap baik di sisi Allah apabila dia mengikuti segala apa yang telah diperintahkan kepada dia untuk dilaksanakan. Dan meninggalkan segala perkara yang dilarang. Maka sekiranya seorang hamba itu terus beramal dan meninggalkan kemungkaran, maka dia akan dianggap baik di sisi Allah. InsyaAllah. Hamba yang baik di sisi Allah ini akan menerima kebaikan di dunia, malah akan berbahagia di akhirat sana. Mana tidaknya, menjaga hubungan dengan yang maha Esa, pasti kelak akan berbahagia sentiasa.
Jadi apa kaitan antara keduanya?
Sejujurnya, nak jadi baik di mata manusia tu memang mudah. Namun nak jadi hamba yang baik kepada Allah itu yang payah. Dengan manusia ni kita boleh menipu, kita boleh berlakon jadi baik malah boleh berpura pura dalam melakukan kebaikan. Namun di hadapan Allah walau berpura pura macam mana sekalipun, Allah itu akan tetap mengetahuinya. Warak lah macam mana pun, beribadah lah sebanyak mana pun, tapi kalau semua itu tidak ikhlas dikerjai, maka semua itu hanya lah sia sia di sisi Ilahi.
Jadi ingat sahabat, hublum minallah, hublum minannas. Kita kena jadi baik di sisi Allah dan juga jadi baik di sisi manusia. Tak ada gunanya jika di sisi manusia kita baik segalanya, namun di sisi Allah yang buruk belaka. Malah tak bermanfaat juga sekiranya kita baik hanya di sisi Allah, namun sesama manusia kita melakukan dosa. Nak masuk syurga, jadi kenalah baik di dunia untuk bekalan di akhirat sana. Kejar rahmat dan redha yang Esa, supaya kelak aman bahagia kita di akhirat sana.InsyaAllah.
Moga bermanfaat buat kita semua.
Salam ukhwah,
Muhamad Amirul Bin Suari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan