expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sabtu, 15 Oktober 2011

KhAlwAt DaLAm StudY GroUp..!

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa..jawab dapat pahala.. insyaALLAH..hu3..  :) 


okey..! mirul kan dah janji nak kongsi dengan korang semua tentang tajuk "Khalwat dalam Study Group..! "
hurm.. mungkin ada yang pernah terbaca tajuk ni dalam mana-mana majalah.. sebab mirul ambil ni pun dari sebuah majalah islamik.. GEN Q.. kalau korang ternampak dekat mana-mana kedai, mirul cadangkan korang beli lah majalah tu sebab ianya memang sesuai dibaca untuk golongan remaja macam kita ni semua.. 

mungkin ramai diantara kita ni yang tahu apa itu khalwat.. tak perlu mirul terangkan lagi, kerana mirul percaya kita semua dibesarkan dengan ilmu yang cukup untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.. cuma pengamalan ilmu itu sahaja yang akan menentukan sama ada kita akan beramal ataupun melakukan maksiat.. okey..! kalau kita amati semula tajuk ini, sebenarnya membawa maksud yang sangat mendalam.. kenapa sesuatu perkara yang baik itu iaini study group, boleh menimbulkan perkara yang mengundang kemurkaan ALLAH.. jadi untuk itu, jom sama-sam kita kupas apa yang ada di sebalik tajuk ini..  :)
study group atau belajar bersama-sama di dalam kumpulan ini merupakan sesuatu perkara yang membawa manfaat kepada kita semua..terutamanya kepada para pelajar yang sedang menuntut ilmu.. tidak kira lah sama ada berada  di sekolah, matrikulasi, maktab mahupun di Universiti.. melalui study group inilah pembelajaran dapat dipelajari dengan lebih mudah kerana kita mengadakan satu perbincangan bersama rakan yang lain.. namun bak kata pepatah "rambut sama hitam, hati lain-lain".. ini kerana manusia mempunyai niat dan tujuan yang perlbagai dalam hidup mereka.. perkara yang baik mana pun, tetapi kalau niatnya jahat maka buruk lah hasil nya.. begitu juga dengan study group.. ia merupakan perkara yang baik, namun sekiranya kita berniat untuk melakukan perkara yang tidak baik semasa study group maka perkara baik itu akan dikira sebagai suatu perbuatan buruk..

maksiat juga sebenarnya mudah sahaja berlaku apabila kita duduk di dalam suatu kumpulan study.. mana tidak nya, kalau lah dalam satu kumpulan tu terdiri daripada lelaki ajnabi dan wanita ajnabi, dihasut pula oleh syaitan durjana, maka senang lah maksiat itu untuk terjadi.. kita kena ingat, walaupun kadang-kadang tu kita secara tak sengaja tersentuh tangan kawan perempuan kita ia tetap dikira berdosa.. itu mungkin tak sengaja.. tapi bila mana sekali dah terkena, rasa ingin untuk membuat nya akan membuak-buak dalam hati.. maklumlah, hasutan syaitan ini memang sukar ditolak.. ditampah lagi dengan keadaan iman yang goyah, memang ketawa besar lah syaitan tersebut melihat kerenah kita semua.. hu3..
ingin mirul ingat kan disini bahawa wanita merupakan punca utama berlakunya khalwat dalam study group.. bukan bermaksud lelaki tidak, namun wanita ini umpama minyak tanah kepada pelita.. kalau tak ada, maka tidak berapi lah pelita itu.. namun jika ianya ada, maka sepanjang malam pun pelita itu masih akan tetap hidup.. untuk itu, ada beberapa perkara yang patut dijauhi supaya khalwat dalam study group ini dapat di jauhkan.. antaranya :

PERTAMA : 
jangan mengeluarkan suara yang menggoda.. 
wanita di anugerahkan dengan pelbagai kelebihan.. namun ada beberapa kelebihan yang tidak dapat ditonjolkan terutamanya kepada lelaki ajnabi kerana ia bakal mengundang dosa besar.. mengeluarkan suara yang menggoda semasa membuat study group bakal mengundang nafsu kepada lelaki.. nafsu yang tidak dapat dikawal akan mengundang kepada perkara yang tidak baik..untuk itu cuba jauhi dari mengeluarkan suara yang menggoda..  :)
KEDUA : 
jangan memakai wangi-wangian..
hurm.. perkara ni susah sikit mirul nak cakap.. kalau tersalah cakap nanti mirul pula yang berdosa sebab ini melibatkan hukum hakam.. tetapi setahu mirul, wanita itu diharamkan untuk memakai wangi-wangian sehingga mampu mengoda lelaki ajnabi.. maklumlah, wanita ni kan sering sahaja menjadi tumpuan para lelaki.. jadi apa-apa perkara yang mempu menarik nafsu lelaki ajnabi adalah haram sama sekali untuk wanita.. 

KETIGA : 
jaga adab dan batas-batas pergaulan..
biasalah kan.. kalau kita berada dalam satu kumpulan kadang-kadang tu gurau pun boleh melampaui batas.. jadi jaga lah adab.. ingat selalu bahawa persentuhan kulit lelaki ajnabi dan wanita ajnabi adalah haram.. berdosa.. bergurau pun ada batasan nya.. maka jaga lah ia.. terutama nya adab sebagai seorang muslim dan muslimin..  :)

KEEMPAT : 
memakai pakaian yang menutup aurat..
kita tahu bahagian-bahagian aurat.. kita juga tahu hukum menutup aurat.. tetapi kenapa kita sering ambil acuh tak acuh tentang perkara ini.. hurm.. elakkan memakai pakaian yang menjolok mata kerana ia akan mengundang nafsu.. pakailah pakaian yang menutup aurat dan seelok-eloknya labuhkan lah ia sedikit.. dan jangan pula memakai baju yang ketat. kerana mata lelaki ini sukar dijaga.. jadi, elak kan maksiat dengan menutup aurat..

KELIMA :
 berdiskusi lah di tempat yang sesuai.. 
kita sedia maklum bahawa tempat juga membawa kepada sumbangan yang besar dalam berlakunya sesuatu perkara itu.. contohnya, kalau hendak buat maksiat, biasanya kita akan mencari tempat yang gelap ataupun tempat yang sesuai.. kita tidak akan pergi ke kawasan masjid untuk melakukan maksiat.. jadi, untuk mengelakkan berlakunya khalwat dalam study group ni, maka carilah tempat yang ada ramai orang.. atau pun tempat-tempat belajar seperti perpustakaan.. atau lebih baik buat di masjid ataupun surau yang berdekatan.. pasti tak akan berlaku maksiat.. he3..  :)


apa-apa pun sebenarnya ia terletak pada hati kita.. jika kuat iman di dada maka segalanya akan berjalan sempurna.. namun jika goyah iman di dada maka buruk lah padahnya.. jangan jadikan study group ini sebagai perkara yang mendatangkan dosa.. kerana perkara yang mendatang kan dosa ini akan memudaratkan diri kita sendiri.. buat lah sesuatu itu dengan niat yang ikhlas.. namun sekiranya syaitan menghasut untuk melakukan dosa dan maksiat, cepat-cepat lah mengucap dan bertaubat.. jangan diikutkan perasaan itu kerana ia perkara yang sia-sia.. semoga apa yang baik akan terus menjadi pegangan kita, dan yang buruk itu menjadi sempadan dalam hidup ini..ingat lah sesungguhnya ALLAH itu maha pengampun..  :)


okey lah.. mirul nak study ni.. asyik berceloteh je kan.. he3..
sehingga berjumpa lagi di entry akan datang ye..  :D
terima kasih sebab sudi baca..
kalau rasa nak SHARE ilmu ni dengan kawan-kawan sila lah LIKE entry ni..  :)
terima kasih.. salam..!

10 ulasan:

Diari Anak Perantau berkata...

hurm..

eddy syrol berkata...

entry yg baik.. dulu, aku study group kalau mmg betul2 perlu je... nak mintak org terangkan perkara yg aku tak faham...

jom singgah sat sini

Eddy Interview Retis: Roxanne


UJANG DAN LISA SURIHANI

MISTERI HANS


EQBALZACK KEJAR ILMU

hafrizzul hafiz berkata...

bagus tips ni..

N'Craft berkata...

lepas study reramai, balik la. and tak perlu buat hingga tgh mlm..

sYafIk-wAy berkata...

jarang nak study roup nih , tapi kalau dah start mmg susah nak benti , bukan sbb prmpuan tp sbb bnyk idea hok dok pakai . ehehhee

Diari Anak Perantau berkata...

eddy : owh.. baguslah kalau macam tu.. :)

Diari Anak Perantau berkata...

hafrizzul hafiz : alhamdulillah.. kalau bagus jom kongsi entry ni.. :)

Diari Anak Perantau berkata...

rainyscream : yup..betul3.. :)

Diari Anak Perantau berkata...

syafiq way: he3.. betul3.. kalau kita duduk dalam satu kumpulan, macam2 idea akan datang.. :)

RinsyaRyc berkata...

jrg nak study grup ni.. memng tak dpt nak elakkan kalau pmpuan manja2 gedik2 suarapun suwweettt sbb ompuan kebnyakannya punya instict nak jadi tomei.. kih3...