expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Selasa, 11 Oktober 2011

DuGaAn beRtaUbAt..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni, tak jawab dosa..jawab dapat pahala.. hu3.. okey..! sebenarnya mirul nak kongsi dengan korang semua tentang sebuah tajuk "Khalwat dalam Group Study", tapi disebabkan kengkangan masa mirul akan buat dalam entry yang akan datang lah ye.. insyaALLAH..  :)
jadi, unuk entry kali ni, mirul cuma nak kongsi tentang tajuk "Dugaan Bertaubat".. hurm.. apa yang korang faham tentang maksud bertaubat..? mungkin kita ada perspektif masing-masing tetapi membawa maksud yang sama iaitu kembali ke jalan ALLAH.. dan biasanya apabila kita bertaubat, maka sedikit sebanyak kita akan mula cuba untuk mengubah peribadi kita.. bermaksud dari yang buruk kepada yang baik dan dari yang baik kepada yang lebih baik..  :)

namun, dalam masa kita mencuba untuk bertaubat, sedikit sebanyak pasti kita akan diuji lagi oleh ALLAH.. bila mula-mula hati terdetik untuk bertaubat, syaitan akan mula menghasut untuk melakukan kejahatan..hati yang betul-betul ingin bertaubat sahaja yang akan kekal menuju ke jalan-NYA..hati yang goyah akan kembali melakukan maksiat dan akan terus bergelumang dengan maksiat itu..hurm..untuk itu, ketahuilah bahawa ujian ALLAH itulah tanda kasih dan sayangnya pada kita sebagai hambanya ini.. 


semalam mirul ada terbaca dekat satu blog yang mengatakan bahawa pelakon Diana Amir yang kini telah bertudung semakin kurang mendapat tawaran berlakon gara-gara mula berhijab.. hurm.. inilah yang mirul maksudkan dengan ujian ALLAH.. bila dulunya sebelum dia bertaubat, pelbagai tawaran datang kepadanya..pelbagai watak utama ditawarkan dan dirinya sibuk dengan pekerjaan nya itu..namun apabila dia mula bertudung, tawaran semakin kurang, kerja nya semakin lengang dan masa untuk nya kian banyak terluang.. inilah perbezaan selepas dia bertaubat.. ujian ALLAH untuk dirinya.. sekiranya hati nya kuat menempuh segala dugaan ini, maka insyaALLAH hidupnya akan bahagia..namun sekiranya dia kembali ke jalan hitam, maka segalanya bakal suram..hurm..jadi, bersama-sama lah kita mendoakan supaya dirinya akan terus berada di jalan ALLAH ini..  amin..  :) 

manis kan bila dia bertudung..? sweet..he3.. 
p/s : semua wanita bertudung itu sweet..  :)

apa-apa pun, kalau kita nak bertaubat tu biarlah dengan azam yang kuat.. jangan hari ni bertaubat tetapi esok lusa buat jahat balaik..itu bukan bertaubat nama nya..hu3..dan kalau lah dalam masa kita untuk cuba berubah tu, ada ujian atau pun halangan, jangan berhenti untuk bertaubat.. teruskan niat tu.. kuatkan semangat.. insyaALLAH bantuan dari ALLAH akan selalu datang pada kita..insyaALLAH.. semoga entry ni bermanfaat lah ye untuk kita semua..walau pun ianya ringkas, insyaALLAH sedikit sebnyak ada juga menfaat nya kan..he3..

okey lah..! mirul nak mandi dan nak solat jap..he3.. belum solat lagi ni..
okey.. salam..!
:)

3 ulasan:

hawiz berkata...

sweetttnyer....kan3..

Diari Anak Perantau berkata...

hawiz : he3.. tau x pew.. :)

kurti stitching job work berkata...

semalam mirul ada terbaca dekat satu blog yang mengatakan bahawa pelakon Diana Amir yang kini telah bertudung semakin kurang mendapat tawaran berlakon gara-gara mula berhijab.. hoodies sourcing , apparel sourcing online ,