expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 2 Mei 2013

Betul ke matrikulasi ni susah..?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jwab ye salam mirul ni, tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH amin.. ^_^V  alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini.. diam x diam dah nak dekat 5 bulan jugak mirul x update apa-apa dekat sini kan, rasa macam janggal pulak tiba-tiba.. hehehe.. apa-apa pun dalam entry kali ni mirul nak kongsi dengan korang semua tentang beberapa perkara dan persediaan awal bagi adik-adik yang bakal masuk ke alam matrikulasi..
okey..! ramai orang cakap matrik ni susah.. kalau korang masuk, memang boleh menangis lah susahnya.. hahaha.. setiap kali mirul dengar orang cakap macam tu mirul dalam hati tergelak je.. siapa cakap matrik ni susah..? sebenarnya senang je lah.. ini serious..! kalau susah x ada yang dapat 4.00.. kalau susah masa sem satu tu dah beratus yang kena tendang sebab gagal.. huhuhu..

mirul dulu kalau nak tahu hampir gagal masa SPM.. mana x nya, dulu dekat sekolah malas belajar, banyak main, banyak sertai aktiviti sekolah sampai lupa nak belajar.. bila nak SPM baru sibuk nak ulang kaji.. masa tu dah terlambat dah dik oi.. huhuhu.. sebab tu bila dapat masuk matrik, walaupun untuk ambilan kedua, mirul bersyukur sangat-sangat..! siapa sangka budak yang ada 2 E masa SPM dapat masuk matrik kan.. masa tu memang ALLAH je lah tau apa yang mirul rasa..
dan dekat matrik bermula lah satu lembaran baru buat mirul.. dulu masa SPM matematik tambahan dapat E.. markah kalau setiap kali ujian x pernah lepas 20.. hahaha.. bila masuk matrik, mirul takut benda yang sama berulang.. jadi mirul belajar betul-betul.. dengan berkat usaha dan doa semua, alhamdulillah dapat jugak A masa tu.. :) sebab tu lah mirul cakap, dalam dunia ni mana ada benda yang senang.. matrik memang susah, susah bagi mereka yang MALAS..! yang x pernah sedar bahawa belajar tu penting.. huhuhu.. 

dekat mana-mana pun kalau kita jenis yang malas belajar, memang susah lah.. matrik bukan sekolah.. setiap hari kita akan belajar benda baru, dalam seminggu 1 bab dah habis.. kadang-kadang kurang dari tu pun ada.. huhuhu.. dengar macam susah, tapi kalau kita ikhlas belajar kerana ALLAH, kita pandai atur jadual belajar kita, insyaALLAH boleh punya..! lagi-lagi kalau korang amik kos perakaunan, gerenti boleh score punya.. hehehe.. ^_^V

Tips nak berjaya..!

kalau adik-adik pergi mana-mana institusi pengajian tinggi pun semua orang akan cakap susah.. makin lama kita belajar memang makin susah lah tahapnya.. x kan lah dah masuk matrik pun nak belajar tahap sekolah lagi kan. mana adil.. huhuhu.. sama jugak macam matrik.. dulu kalau dekat sekolah belajar yang basic-basic je, bila masuk matrik kita akan dibawa ke dalam sikit, makin details.. bagi sesetengah orang mungkin nampak susah, tapi kalau betul belajar insyaALLAH senang je.. :)

antara tips nak berjaya, x kira lah dekat mana-mana pun kita belajar, matrik ke, poli ke, diploma ke, giatmara ke, mana-mana je lah yang penting kena selalu amalkan 3 perkara ni : usaha+doa+tawakkal.. hehehe.. USAHA kita kenalah setimpal dengan target kita.. kalau kita nak 4.00 kenalah usaha banyak sikit.. kalau nak pointer tinggi, tapi usaha x ada susah jugak kan.. jadi usaha kena sama dengan target..!


DOA.. lepas dah usaha dengan sebaik mungkin kita kena lah berdoa kepada ALLAH supaya apa yang kita usahakan tu memperoleh hasilnya.. doa supaya kita dapat keputusan yang baik dan dngan keputusan tu kita akan menjadi semakin dekat dengan ALLAH.. bukan semakin jauh dari-NYA.. :) dan yang paling penting as a muslim, SOLAT jangan tinggal..! ini penting..! :)

dan yang terakhir tawakkal.. lepas kita dah usaha, dah berdoa serahkan segalanya pada ALLAH.. kadangkadang kita dah usaha macam orang gila, tapi x dapat keputusan yang baik.. hati kena redha, mungkin ada hikmah semua ni.. kalau dapat keputusan yang baik pun jangan bongkak, sebab tu semua ujian ALLAH untuk dia lihat, sama ada kita ni bersyukur x dengan apa yang diberi.. hurmm..

mirul pun banyak lagi kekurangan dalam diri ni.. kadang-kadang belajar bukan niat kerana ALLAH, niat sebab nak exam je.. huhuhu.. tapi alhamdulillah lah, pemegang dekan dua kali ini akan selalu belajar perbetulkan kesilapan diri dan akan cuba untuk jadi yang terbaik di masa hadapan.. sebab tu ada pepatah cakap, kita x akan pernah sedar selagi kita belum gagal.. jadi belajarlah dari kegagalan dan kesilapan kita sebelum ni.. peace no war.. wasalam..~


Read more...

Selasa, 5 Mac 2013

Riak dalam dakwah..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. 
ASSALAMUALAIKUM w.b.t

jawab ye salam mirul ni. tak jawab dosa, jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^_^ amin..
alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaanya masih lagi dapat sama-sama kita bernafas di muka bumi ini dengan percuma.. jadi oleh itu jangan pernah sekali-kali pun kita lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang diberi ini.. #Alhamdulillah dalam entry kali ni, mirul nak berkongsi sedikit dengan kalian semua mengenai sebuah perasaan yang dipanggil 'Riak'.. apa itu riak..? 
riak itu melakukan sesuatu kebaikan atau amalan yang baik semata-mata ingin mendapat tempat di hati manusia.. riak ni wujud dalam setiap diri kita, cuma cara kita mengawal perasaan itu yang menjadikan kita seorang yang riak atau pun tidak.. kadang-kadang tu akan datang sewaktu kita semua x sedar, dalam diam kita akan merasa riak dek kerana pujian atau pandangan orang lain terhadap kita..

ada orang riak bila dia merasa dia lebih baik dari orang lain.. ada orang riak bila dia berubah dan selalu anggap orang lain tu lebih teruk dari dia.. sedangkan siapa tahu takat mana amalan seseorang tu kan.. jadi sekalipun kita ni selalu solat dekat masjid/surau, selalu beribadah kepada ALLAH, tutup aurat dengan sempurna, x pernah tinggal solat, jangan ada sifat riak dalam diri sebab sifat itu hanya akan membinasakan diri kita sendiri je kelak..
kita semua tahu bahawa riak ni x mendatangkan apa-apa manfaat pun kepada kita, malah mendatangkan keburukan terhadap diri dan imej keluarga.. malah, ada segelintir pihak itu dikecam kerana riak dalam diri itu melampaui batas seorang manusia.. nauzubillah, semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan seperti itu..

dalam zaman yang serba moden ni, riak boleh datang dalam pelbagai bentuk.. x kira lah dari segi percakapan ke, perbuatan ke, penulisan ke malah dari segi pakaian pun ada.. antara riak yang ketara yang dapat dilihat pada zaman sekarang ni ialah dengan menampakkan keletihan kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.. sebab tu riak ni bahaya sebab ALLAH sendiri telah berfirman dalam surah Al-Ma'un ayat 4-6 yang bermaksud :

"Maka celakalah bagi orang-orang yang solat. (Iaitu) orang-orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak."

 kalau kita lihat sekarang ni, semua orang nak memperlihatkan apa yang mereka miliki dengan bangga dan dengan riak sekali.. ada pula yang tidak mempamerkan secara zahir tetapi dengan sengajanya telah memperkatakan apa yang dimiliki itu kepada orang lain dengan perasaan riak.. golongan seperti inilah yang akan mendapat azab ALLAH di akhirat kelak..
jadi bersama-sama lah kita muhasabah diri, fikir balik setiap perbuatan, percakapan malah penulisan kita sama ada di blog, mahupun di facebook atau twitter sama ada kita riak atau tidak.. almaklumlah, kadang-kala kita x sedar yang kita riak dalam penulisan tu, kita kan manusia biasa.. :) jadi lepas ni, kalau nak buat sesuatu fikir baik-baik tentang apa yang akan kita luahkan, jangan sampai kita riak sebab ALLAH murka kepada hambanya yang riak.. semoga entry ni bermanfaat.. wasalam..~

Read more...

Isnin, 11 Februari 2013

Private and Confidential..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. :)
alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniannya dapat kita semua bernafas di muka bumi ini dengan percuma.. x banyak yang Dia mintak sebagai balasan, cukuplah dengan bersyukur dan menjadikan Dia sebagai satu-satunya tuhan yang ada dalam hati kita..

okay..! sebenarnya dalam entry kali ni mirul nak kongsi dengan sahabat semua mengenai result sem 3 mirul.. mirul tunjuk result ni bukan sebab nak bangga ke apa sebab sebenarnya result tu x ada lah gempak mana, cuma sekadar perkongsian je.. jadi lepas ni kalau ada yang tanya result mirul, mirul suruh tengok dekat blog je lah.. hehehe.. :p

penantian yang lama akhirnya terbayar bila akhirnya UniMAP keluarkan jugak result.. sejujurnya mirul memang agak sedih dengan result ni sebab mirul rasa mirul boleh dapat lagi baik, tapi nak buat macam mana result pun dah keluar.. :) apa-apa pun syukur alhamdulillah sebab jika dibandingkan dengan result sem lepas ada peningkatan sikit.. :) alhamdulillah..

korang mesti x sabar nak tengok kan..? muahahaha.. korang ni kalau bab nak tengok result orang lain. laju je.. tapi korang kena janji, kalau dah tengok tu diam-diam je.. :D janji..?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

kan dah cakap, biasa-biasa je kan.. :) so buat sahabat semua yang dapat result yang lagi baik, tahniah.. man jadda wa jadda.. siapa yang berusaha dia akan mendapat hasilnya.. dan buat yang kurang berjaya tu, usaha kena lebih lagi.. kita semua kena berjaya, kita semua boleh berjaya..! chaiyok2..! wasalam..~

Read more...

Ahad, 10 Februari 2013

Bakti Arjuna Fitri..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. 

ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni, tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. :)
apa-apa pun jangan lupa bersyukur, jangan lupa ucap #alhamdulillah sebab masih diberi kesempatan oleh ALLAH untuk terus bernafas di muka bumi ni.. jangan kita jadi hamba-Nya yang ingat dia masa susah je, masa senang dilupa.. nauzubillah..

okey..! dalam entry kali ni mirul nak kongsi sikit lah dengan sahabat semua tentang 'Bayi'.. ala, yang montel2 tu, yang peha dia macam peha ayam tu.. hehehe.. comel kan bayi2 ni, kalah mirul.. oppss.. :p

semua orang tau yang bayi ni suci.. mereka lahir di dunia ni ibarat kain putih yang suci, tiada dosa, tiada salahnya.. sebab tu lah kalau kita tengok muka bayi ni, muka dowang tu bersih, suci, sejuk je mata memandang kan.. :) 

Rasulullah SAW dalam sabdanya : “Bau bayi itu (berasal) dari bau surga”. 
(Al- Jami’u Ash-Shagril. Hal : 164)

jadi lepas ni kalau ada bayi yang baru lahir cepat2 cium kalau nak tau bau nya.. hehehe.. memang wangi.. :) hehehe.. dan sebenarnya mirul nak kongsi dengan sahabat semua gambar sorang bayi yang sangat comel ni.. dia ni ialah anak kepada +Fynn Jamal, dulu seorang penyanyi tapi kini pengajar dekat luar negara..

anak beliau ni memang sangat comel, nama dia pun dah menggambarkan betapa besarnya niat si mama dan papa nya bila anak ni besar nanti.. nama bayi ni ialah Bakti Arjuna Fitri.. :) comel bukan.. hehehe.. kalah mirul.. hahaha.. :p ni ada sedikit gambar si arjuna dari dia kecil, sampai lah yang paling latest.. :)







comel bukan si arjuna ni..? kalau korang mengikuti perkembangaan akak Fynn Jamal ni pasti korang tau betapa bertuahnya dan betapa kuatnya si arjuna ni dengan mama dan papanya.. :) mirul doakan arjuna akan jadi seorang anak yang soleh.. jangan jadi playboy tau..! hahaha.. :p wasalam..~

p/s : kalau nak tengok gamba2 arjuna ni boleh lah like dekat FB kak Fynn Jamal.. :)

Read more...