expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Memaparkan catatan dengan label matrik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label matrik. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Mei 2013

Melayu pemalas..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

dengan nama #ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH amin.. ^_^V bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaannya masih lagi kita bernafas di muka bumi ini.. jika semalam kita terlupa untuk bersyukur, maka hari ini mirul nak mengajak kawan-kawan semua supaya sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diberi.. moga-moga nikmat ini akan berkekalan dan terus menjadikan kita seorang muslim yang sejati.. amin..
dalam entry kali ni, mirul nak berkongsi dengan sahabat semua mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan pendidikan.. tapi mohon jangan kaitkan entry ni dengan mana-mana bidang politik ye.. kalau ada jugak yang kaitkan dengan politik, mirul sumbat kepala dia dalam baldi warna pink.. hahaha.. *gurau

kuota..

korang pernah perasan tak masa dekat matrik dulu x ramai pelajar cina dan india dalam tu.. korang ada perasan x dekat UiTM, x ada pelajar selain dari pelajar bumiputera belajar dekat situ.. dan korang ada perasan x kebanyakkan institusi pengajian tinggi dekat Malaysia ni ramai pelajar bumiputera berbanding pelajar bukan bumiputera..? korang ada perasan x..?

dalam korang semua perasan perkara tu, pernah x korang fikir kenapa kerajaan buat macam tu..? kenapa mesti ada kuota untuk pelajar bumiputera nak masuk matrik.. kenapa mesti ada kuota untuk pelajar bukan bumiputera nak masuk Uni.. korang perasan x..? ke korang main masuk je, main belasah je.. dapat ye alhamdulillah, x dapat ye kerja dekat mana-mana.. x kerja pun x apa, mak ayah boleh tampung.. tu ke mentaliti korang..?

dulu masa dekat sekolah, mirul selalu perhatikan kawan-kawan.. dulu mirul sekolah menengah kebangsaan, jadi kawan ada melayu, cina, india.. orang asli pun ada.. dalam pemerhatian mirul, budak cina ni kalau bab belajar memang tip top.. tapi x semua lah.. ada jugak yang nampak je macam fokus, tapi bila tanya sama je blur dia.. huhuhu.. tapi kalau budak melayu pulak jenis yang malas.. dalam kelas main, luar kelas main.. akhirnya jatuh.. tapi macam budak cina, ada juga budak melayu yang rajin.. yang jadi contoh dalam kelas.. dia lain, kenapa lain..? sebab dia melayu yang rajin.. huhuhu..

melayu pemalas..?

ada kawan mirul cakap melayu ni pemalas.. bukan mirul cakap, tapi kawan mirul yang cakap.. dia melayu, mirul pun melayu, tapi dia cakap macam tu.. huhuhu.. tapi betul ke melayu ni pemalas..? hurmm.. bagi mirul sebenarnya melayu bukan pemalas, tapi melayu terlalu selesa dengan apa yang mereka ada hari ini.. ada je melayu yang rajin, bukan setakat ada tapi mirul yakin ramai.. cuma yang malas tu lagi ramai je lah.. huhuhu..

melayu kalau dapat keputusan biasa-biasa je pun dah boleh masuk U.. tapi kalau pelajar bukan melayu nak masuk U kena usaha keras.. kena dapat keputusan yang baik, 6A 7A baru boleh masuk U.. sebab apa..? sebab mereka kena bersaing dengan budak melayu yang senang cerita dah pegang tiket percuma nak masuk U dah.. kalau keputusan teruk sikit memang x ada harapan lah buat mereka, sebab apa? sebab melayu dah pegang tiket tu.. 

sebab tu melayu selalu fikir, 'ala keputusan biasa-biasa pun boleh masuk lah, jangan risau..' pemikiran macam ni lah yang kita kena elak.. sebab sampai bila kita nak maju kalau asyik dok ada dalam zon selesa ni.. dan kita selalu fikir yang orang cina ni pandai.. dowang hebat matematik, dowang hebat sains.. kita nak kira pun lemah, tu belum masuk matematik tambahan lagi, semua gagal..!

sebenarnya pemikiran kita tu salah..! mereka x pandai pun, tapi mereka rajin.. kita ni asyik cakap susah susah susah.. bila cakap susah, tangan malas jalan, otak terus berhenti.. tapi dowang x, yang susah tu lah mereka akan cuba senangkan.. yang payah tu lah mereka akan cuba mudahkan.. mereka x pandai pun, tapi sebab apa mereka berjaya? sebab mereka rajin.. kita pun boleh..!

keluar dari zon selesa..

kalau hari ini kawan-kawan kita pemalas, nasihatkan mereka, tegur mereka.. bimbing mereka ke arah yang lebih baik.. yang paling penting sedarkan mereka yang mereka x akan berjaya dengan usaha mereka sendiri.. #ALLAH dah pun berfirman dalam surah Ar-Rad yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka".

hari ini mungkin masih ada kuota yang akan melindungi kaum melayu.. tapi esok lusa siapa tahu.. kalau hari ini kita mula berusaha untuk berjaya dalam hidup, kita x akan pernah rugi dengan perkara itu.. jangan kita fikir bahawa kita orang melayu, kita ada kuota, jadi kita x perlu berusaha.. jangan..! dunia semakin ke hadapan, percayalah siapa yang hebat dialah yang akan dikenang.. 

mirul cakap ni bukan apa, mirul x nak nanti anak bangsa kita diperlekehkan.. mirul x nak anak bangsa kita ni diperbodohkan.. mirul x nak semua ni terjadi..! mirul jugak bukan menghasut supaya kita membenci kaum lain, tidak..! mirul nak kita sama-sama bangkit, bangunkan #Malaysia dan capai hasrat yang dipendam selama ini.. mirul x nak anak bangsa mirul leka dengan kesenangan hingga lupa apa yang telah diamanatkan buat kita semua.. lupa nak tunaikan apa yang dah dijanjikan kepada nenek moyang kita dulu.. mirul x nak semua tu..

berjaya atau gagal itu mirul percaya semuanya  #ALLAH.. kalau kita dah berusaha bagai nak rak, tapi masih gagal mungkin telah #ALLAH takdirkan jalan yang lain, yang lebih baik buat kita.. tapi macam mirul cakap, x salah kalau kita mencuba kan.. usaha dahulu, berdoa dan serahkan selebihnya kepada #ALLAH.. biar dia yang tentukan apa yang terbaik buat kita semua.. akhir kata, anak melayu jangan leka.. dapat masuk U pun guna kabel ni masih berlagak x nak belajar.. gunakan masa yang ada untuk terus berusaha..! jangan mudah mengalah..! jia you..! fighting..! ^_^V wasalam..~

p/s : mohon semua terasa..!

Read more...

Khamis, 2 Mei 2013

Betul ke matrikulasi ni susah..?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jwab ye salam mirul ni, tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH amin.. ^_^V  alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini.. diam x diam dah nak dekat 5 bulan jugak mirul x update apa-apa dekat sini kan, rasa macam janggal pulak tiba-tiba.. hehehe.. apa-apa pun dalam entry kali ni mirul nak kongsi dengan korang semua tentang beberapa perkara dan persediaan awal bagi adik-adik yang bakal masuk ke alam matrikulasi..
okey..! ramai orang cakap matrik ni susah.. kalau korang masuk, memang boleh menangis lah susahnya.. hahaha.. setiap kali mirul dengar orang cakap macam tu mirul dalam hati tergelak je.. siapa cakap matrik ni susah..? sebenarnya senang je lah.. ini serious..! kalau susah x ada yang dapat 4.00.. kalau susah masa sem satu tu dah beratus yang kena tendang sebab gagal.. huhuhu..

mirul dulu kalau nak tahu hampir gagal masa SPM.. mana x nya, dulu dekat sekolah malas belajar, banyak main, banyak sertai aktiviti sekolah sampai lupa nak belajar.. bila nak SPM baru sibuk nak ulang kaji.. masa tu dah terlambat dah dik oi.. huhuhu.. sebab tu bila dapat masuk matrik, walaupun untuk ambilan kedua, mirul bersyukur sangat-sangat..! siapa sangka budak yang ada 2 E masa SPM dapat masuk matrik kan.. masa tu memang ALLAH je lah tau apa yang mirul rasa..
dan dekat matrik bermula lah satu lembaran baru buat mirul.. dulu masa SPM matematik tambahan dapat E.. markah kalau setiap kali ujian x pernah lepas 20.. hahaha.. bila masuk matrik, mirul takut benda yang sama berulang.. jadi mirul belajar betul-betul.. dengan berkat usaha dan doa semua, alhamdulillah dapat jugak A masa tu.. :) sebab tu lah mirul cakap, dalam dunia ni mana ada benda yang senang.. matrik memang susah, susah bagi mereka yang MALAS..! yang x pernah sedar bahawa belajar tu penting.. huhuhu.. 

dekat mana-mana pun kalau kita jenis yang malas belajar, memang susah lah.. matrik bukan sekolah.. setiap hari kita akan belajar benda baru, dalam seminggu 1 bab dah habis.. kadang-kadang kurang dari tu pun ada.. huhuhu.. dengar macam susah, tapi kalau kita ikhlas belajar kerana ALLAH, kita pandai atur jadual belajar kita, insyaALLAH boleh punya..! lagi-lagi kalau korang amik kos perakaunan, gerenti boleh score punya.. hehehe.. ^_^V

Tips nak berjaya..!

kalau adik-adik pergi mana-mana institusi pengajian tinggi pun semua orang akan cakap susah.. makin lama kita belajar memang makin susah lah tahapnya.. x kan lah dah masuk matrik pun nak belajar tahap sekolah lagi kan. mana adil.. huhuhu.. sama jugak macam matrik.. dulu kalau dekat sekolah belajar yang basic-basic je, bila masuk matrik kita akan dibawa ke dalam sikit, makin details.. bagi sesetengah orang mungkin nampak susah, tapi kalau betul belajar insyaALLAH senang je.. :)

antara tips nak berjaya, x kira lah dekat mana-mana pun kita belajar, matrik ke, poli ke, diploma ke, giatmara ke, mana-mana je lah yang penting kena selalu amalkan 3 perkara ni : usaha+doa+tawakkal.. hehehe.. USAHA kita kenalah setimpal dengan target kita.. kalau kita nak 4.00 kenalah usaha banyak sikit.. kalau nak pointer tinggi, tapi usaha x ada susah jugak kan.. jadi usaha kena sama dengan target..!


DOA.. lepas dah usaha dengan sebaik mungkin kita kena lah berdoa kepada ALLAH supaya apa yang kita usahakan tu memperoleh hasilnya.. doa supaya kita dapat keputusan yang baik dan dngan keputusan tu kita akan menjadi semakin dekat dengan ALLAH.. bukan semakin jauh dari-NYA.. :) dan yang paling penting as a muslim, SOLAT jangan tinggal..! ini penting..! :)

dan yang terakhir tawakkal.. lepas kita dah usaha, dah berdoa serahkan segalanya pada ALLAH.. kadangkadang kita dah usaha macam orang gila, tapi x dapat keputusan yang baik.. hati kena redha, mungkin ada hikmah semua ni.. kalau dapat keputusan yang baik pun jangan bongkak, sebab tu semua ujian ALLAH untuk dia lihat, sama ada kita ni bersyukur x dengan apa yang diberi.. hurmm..

mirul pun banyak lagi kekurangan dalam diri ni.. kadang-kadang belajar bukan niat kerana ALLAH, niat sebab nak exam je.. huhuhu.. tapi alhamdulillah lah, pemegang dekan dua kali ini akan selalu belajar perbetulkan kesilapan diri dan akan cuba untuk jadi yang terbaik di masa hadapan.. sebab tu ada pepatah cakap, kita x akan pernah sedar selagi kita belum gagal.. jadi belajarlah dari kegagalan dan kesilapan kita sebelum ni.. peace no war.. wasalam..~


Read more...

Ahad, 28 Oktober 2012

Crush : Cinta Dalam Hati..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

 nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^^
okey..! entry kali ni mirul nak kongsi sikit dengan sahabat semua tentang 'crush'.. :D mirul percaya malah mirul yakin yang setiap dari kita ni mesti ada crush kan.. bagi sesiapa yang x tahu crush tu apa, crush ni ialah seseorang yang kita minat.. senang cakap suka dalam diam lah.. hehehe..
mirul pun x terkecuali daripada ada crush ni.. hahaha.. dan crush yang paling mirul ingat ialah masa mirul dekat matrik dulu.. entah lah, tapi mirul memang suka gila tengok dia.. pantang terserempak, mahu jatuh jantung ni.. hahaha.. dia punya hepy tu lain macam.. almaklumlah, nama pun crush kan.. ^^
masa 1st time jumpa tu rasa macam dunia ni berhenti seketika.. hahaha.. otak ni dah x mampu nak fikir apa-apa.. asyik ingat dia je.. :P  bila kawan tanya pun jawab entah papew.. buruk kan perangai..? hahaha..
dan macam biasalah, nama pun crush kan.. nama dia pun kita x tahu lagi.. masa tu sibuk tanya kawan-kawan kenal x siapa dia.. masa tu jugak lah kita jadi buzy-body sibuk nak tahu siapa dia, dari maa asal dia, duduk blok mana.. hahaha.. 
tapi zaman sekarang ni kan zaman moden.. apa-apa benda pun boleh cari dekat tenet tu.. hahaha.. kalau rasa x cukup infomasi, terus stalk dia dekat FB.. bersungguh-sungguh cari dia.. dan bila dah jumpa FB dia rasa hepy gila.. almaklumlah, bukan senang kan nak jumpa.. dan mulai hari tu, mula lah hari2 stalke FB dia.. hahaha.. kalah wartawan Kosmo! hahaha..
betul orang cakap, kalau kita sayang dekat seseorang bila kita tengok dia hepy kita pun akan rasa hepy sekali.. kalau dia ketawa, kita pun nak ketawa sama kan.. hehehe..
begitu jugak lah kalau dia sedih.. kita rasa macam nak duduk sebelah dia, tenangkan dia.. kalau dia sedih, kita pun akan rasa sedih jugak.. walaupun kita x tahu kenapa dia sedih, tapi rasa macam kita faham apa yang dia rasa.. huhuhu..
benda ni memang mirul sendiri kalau fikir balik, memang boleh bawak ketawa sorang-sorang.. hahaha.. mana x nya, dulu kalau terserempak dengan crush memang suka sangat2, tapi bila dia tegur, mahu gugur jantung.. time tu lah x tahu nak jawab apa.. lidah macam terkelu semacam je.. hahaha.. 

datang pulak kawan-kawan yang memang nak makan kaki, sakat kita.. hahaha.. time tu memang malu n rasa nak lari je.. tapi dalam hati berbunga-bunga.. hahaha.. :D
dan akhirnya bila kita dapat tahu yang crush kita tu dah ada yang empunya hati ni rasa sedih sangat-sangat.. dan mirul rasa sakit bila dapat tahu crush kita ni ada yang empunya ni lagi sakit daripada putus cinta.. huhuhu.. dalam hati selalu doakan dia bahagia.. kadang2 bila terserempak dengan dia dengan pasangan dia rasa sedih berbaur gembira.. x tergambar rasa tu kan.. :')

macam ni lah nasib mereka yang ada crush.. lagi2 macam mirul ni.. hahaha.. tapi x semua ending nya macam ni kan.. insyaALLAH kalau ada jodoh x akan ke mana kan..? :) yang penting doa.. hehehe.. ok lah, nak melayan perasan jap.. hahaha.. wasalam..~

p/s : x ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia.. :)

Read more...