expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Memaparkan catatan dengan label tutorial... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tutorial... Papar semua catatan

Rabu, 29 Jun 2011

tUtOrIaL [9] : CeNTeR kAn hEaDer..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam aku niew..^^ tak jawab dosa..jawab sayang aku lebih..he3..okey..! [sebelum aku merepek lebih jauh..he3..] walaupun aku baru jerk buat 3 tutorial petang tadi, tapi secara tiba-tiba ada lagi orang bertanyakan kepada aku, macam mana nak centerkan header..huk3.. senang je adik-adik semua..^^

1.DASHBOARD > DESIGN > EDIT HTML

2. tekan CTRL+F lepas tu cari KOD bawah ni..^^
#outer-wrapper {
3. kalau dah jumpa KOD tadi, bawah dia ada KOD ni kan..?
background:#FFFFFF;
width: 1000px;
[yang 1000px tu cuma contoh jerk..bergantung pada blog korang lah ye..^^]

4. lepas tu cari KOD ni pula..
#header-wrapper {
5. dah jumpa..? pastikan WIDTH dua-dua tu sama..bila dah sama maka baru lah ia akan center..^^

6. PREVIEW > SAVE..siap..! he3..

okey..! salam..~

p/s : aku tengah rajin ni..he3.. :P


Read more...

TuToRiAl [8] : LetAk FoRmSpRInG dEKAt BlOG..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab okey salam aku tu..^^ he3..kalau tak jawab dosa pula..^^ okey..! dalam sehari ni, aku dah buat 3 tutorial..[bapak tamak ko..! ha3..] aku buat pun sebab ada orang request tau..! bukan aku maen sedap je buat..^^ he3..okey..! CIK HIDAYAH kita ni, mintak aku ajar macam mana nak letak formspring dekat blog..

ha3..aku rasa ni antara tutorial aku yang paling ringkas..ha3.. :P okey..! jom mula belajar jom..^^

1. pergi LOGIN akaun FORMSPRING korang..

2. klik SETTING..

3. klik pada WIDGET..

4. korang edit lah saiz dan apa-apa yang korang suka dan perlu..^^

5. lepas tu, sila COPY CODE yang ada pada EMBED WIDGET..

6. kemudian LOGIN pula akaun BLOGGER korang..

7. pergi ke DASHBOARD > DESIGN >

8. ADD a GADGET > HTML/Java Script > PASTE kan CODE yang dah di COPY tadi..

9. kemudian sila SAVE ye murid-murid..^^ siap..!

kan senang kan..^^ selamat mencuba dan berjaya k..^^ semoga dapat straight A nanti..he3.. :P k..salam..~

p/s : tweeter..? hurm..aku tengah cuba buat ni..he3..


Read more...

TuTORiAl [7] : lEtAk gaMbAr PaDa bAcKgrOuNd bLocKQuOtE..!

jawab ye semua..^^ tak jawab korang juga yang berdosa..he3..okey..! tutorial ni merupakan sambungan kepada tutorial yang sebelum ni..^^ kalau nak tengok yang sebelum ni, sila KLIK sini..^^ jom mulakan jom..

1. pergi ke DASHBOARD > DESIGN > EDIT HTML

2. dengan menggunakan fungsi Ctrl+F cari CODE di bawah ni..
post blockquote {
3. bila korang dah jumpa CODE atas tu, nanti dekat bawah nya ada CODE ni pula..
background: url( URL BACKGROUND );     border-top: 1px dashed #FF0080;     border-left: 1px dashed #FF0080;     border-right: 1px dashed #FF0080;     border-bottom: 1px dashed #FF0080;
4. jumpa tak..? kalau jumpa, sila gantikan code URL BACKGROUND tersebut dengan URL gambar korang..

5. PREVIEW > SAVE dah siap..^^ he3..

p/s : ini ada beberapa contoh gambar yang boleh korang guna..^^

http://dl9.glitter-graphics.net/pub/1062/1062499y9n7hd5wy9.png

http://dl7.glitter-graphics.net/pub/2730/2730267baqumpdcd2.gif

http://dl2.glitter-graphics.net/pub/915/915132gu2cewfq0i.gif

http://sl.glitter-graphics.net/pub/658/658634cdu9wz29u9.gif

http://sl.glitter-graphics.net/pub/552/552091ziumvhzbvn.jpg

http://sl.glitter-graphics.net/pub/264/264393ps0ft3rzze.gif

http://sl.glitter-graphics.net/pub/2734/2734521issu0wenru.png
p/s : ^^ comel-comel betul gambar2 ni kan..he3..



Read more...

TUtOrIaL [6] : LeTaK bLoCkQuOtE dAlAm eNTrY..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam aku tu..^^ kalau tak jawab siap..! ha3..okey..! kali ni aku nak ajar korang buat BLOCKQUOTE.. tau tak apa itu BLOCKQUOTE..? contohnya ada dekat bawah ni..^^

yang ada tembikai tulah BLOCKQUOTE..^^

1. DASHBOARD > DESIGN > EDIT HTML 
 sila tanda "right" pada  EXPAND WIDGET TEMPLATES

2. cari perkataan di bawah ni dalam code tersebut menggunakan fungsi Ctrl+F..[tekan serentak..^^]
]]></b:skin>
3. kalau dah jumpa perkataan atas ni, sila COPY CODE bawah ni dan PASTE kan dekat bahagian atas CODE ]]></b:skin> yang dah jumpa tadi tu..^^
 .post blockquote { 
background: url(URL BACKGROUND);
    border-top: 1px dashed #FF0080;
    border-left: 1px dashed #FF0080;
    border-right: 1px dashed #FF0080;
    border-bottom: 1px dashed #FF0080;
}
4. sila PREVIEW dan kalau okey, tekan SAVE..^^siap..!

[kalau nak buat BLOCKQUOTE dalam entry sila HIGHLIGHT perkataan yang nak di BLOCKQUOTE kan dan kemudian sila tekan simbol " ...
p/s : simbol nya dalam bulatan tu..sila klik simbol tu kalau nak BLOCKQUOTE kan perkataan ok..^^

p/s : tutorial ni tak ada sesiapa yang minta..gatal je aku ni kan..he3..


Read more...

Jumaat, 24 Jun 2011

tuTorIaL [5] : TuKAr CUrSOr..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye sahabat semua..^^ tak jawab korang juga yang berdosa..he3..kalau jawab tandanya sayang aku lebih..he3..okey..! dalam kesibukan waktu untuk aku buat entry dan bloglist, tiba-tiba je ada orang minta tolong..hurm...aku tak sanggup tak tolong dia pula..jadi, dengan masa yang singkat ni aku akan ajar cara-cara untuk tukar cursor korang jadi cursor yang lebih menarik..^^ [cursor tu anak panah mouse..he3..]

1. sila pilih cursor yang korang nak dekat SINI..^^
2. dah pilih..? sila COPY CODE cursor tersebut..
3.lepas tu, sila buka DASHBOARD > LAYOUT > PAGE ELEMENTS..
4. klik ADD A GADJET dan pilih HTML/Javascript..
5. PASTE kan CODE yang dah dicopy tadi dekat HTML/Javascript tersebut..
6. tekan SAVE..done..! he3..kalau nak PREVIE tekan lah PREVIEW k..^^
siap dah..he3..^^ okey..! terima kasih sebab sudi belajar dekat sini k..^^ alang-alang tu, jom lah sertai dengan klik >> BLOGLIST BUDAK PERASAN..^^ he3..terima kasih sekali lagi..papai...salam..~

p/s : teringat pula dekat seseorang..he3..


Read more...

TuTOrIaL [4] : LeTAk LiNK daLaM pOsT..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye semua..^^ tak kira lah anda ni pembaca setia ke, silent readers ke, ataupun mereka-mereka yang membenci aku..hak3..[memain jerk lah..dush..!] okey..! disebabkan ada seorang kawan aku ni minta tolong ajarkan da macam mana nak letak link pada banner atau nak tag nama orang, maka aku akan buat tutur nya..^^ insyaALLAH selagi apa yang aku mampu buat, aku akan tolong dia..^^ hu3..

contohnya lah kan..


1. aku nak tag nama AREMIEROUL tu, supaya bila orang klik nama tu, dia akan terus di link kan kepada blog aku..maka beginilah caranya..^^


2. pergi lah ke blog yang korang nak link kan 2..disebabkan aku tadi nak link ke blog aku, maka kena lah pergi ke blog aku dan kemudian sila CUT @ COPY link yang dekat atas tu..^^


3. pergi balik ke NEW POST tadi kemudian sila HIGHLIGHT nama yang korang nak link kan tu..aku nak link kan nama aku, maka aku highlight lah AREMIEROUL tu..lepas dah highlight, sila tekan LINK dekat atas tu..nampak tak..? yang macam APPLE tu..ha3..[pasan ko..dah lah tak chantek..dush2..!!]


4. yang terakhir ialah korang PASTE kan lah LINK yang dah korang COPY tadi..dan bila dah siap tekan OK..^^ dah siap..^^ yea3...he3.. CARA YANG SAMA JUGA PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA NAK LINK KAN BANNER..^^CUMA TUKAT PERKATAAN TERSEBUT KEPADA GAMBAR BANNER YANG KORANG NAK LINK KAN TU OKEY..^^

senang kan..? kan aku dah cakap..he3..apa-apa pun,kalau korang ada masalah or apa-apa yang nak tahu, sila lah komen atau tulis apa yang korang nk tu dekat SHOUT BOX aku pun ok..^^ insyaALLAH aku akan tolong semampu aku..he3..okey..papai..salam..~

p/s : mood sedeh dalam hapy..^^


Read more...

Selasa, 21 Jun 2011

TuTOrIaL [3] : bUaT hEaDEr TrAnSpAreNt...!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam ni..^^ tak jawab korang juga yang dosa..he3..^^ okey..! aku menulis entry ni dalam keadaan menggigil dan macam nak terkencing..maklumlah, nak buat tutorial bukan nya senang..tambahan pulatutorial yang diminta oleh saudara zulqarnain ni agak susah..T_T huk3..memang nak menangis aku baca inbox tadi..he3..tapi demi nak menunaikan hasrat dan impian dia aku tolong lah juga, walaupun hasilnya menakutkan..!! ha3..jadi jom kita mulakan ye..^^ diharapkan korang semua faham lah apa yang cuba aku sampaikan ye..thnks..~

[SILA KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT DENGAN LEBIH JELAS..^^]


1. aku menggunakan Adobe Photoshop untuk buat header ni..jadi kalau korang tak ada, sila klik SINI..

2. kalau dah ada, sila tekan FILE > OPEN lepas tu pilih lah gambar yang korang nak guna..kemudian tekan OPEN..

3. contohnya aku pilih gambar dia..kemudian korang klik LAYER > DUPLICATE LAYER..


4. ok dah nampak kan ad dua layer sekarang dekat bahagian tepi tu..satu dia tulis BACKGROUND, lagi satu dia tulis BACKGROUND COPY..nampak kan..? yang BACKGROUND tu, hilangkan mata sebelah dia dengan klik mata tu..ok..? maka ia akan jadi macam dekat atas ni..^^ tapi yang BACKGROUND COPY tu biarkan sahaja mata dia..


5. kemudian, klik ERASER TOOL dekat sebelah kiri tu dan padam lah bahagian-bahagian gambar yang korang tak nak..


6. kalau nak senang padam, korang ZOOM lah gambar tu..bila ZOOM senang sikit..tekan ZOOM dekat sebelah kiri bawah tu..teruskan usaha ye..^^ agak leceh sikit..he3..


7. tadaaa..! kan dah siap..^^ nanti bila korang dah padam semua gambar yang korang x nak, hasilnya begini lah..^^ berbaloi kan usaha korang itu tadi..he3.. okey..! sekarang untuk tulisan pula..


8. klik FILE  > NEW  kemudian akan keluar yang macam atas tu..dekat bahagian HEIGHT dan WIDTH tu, suka hati korang lah nak letak berapa..ikut saiz header blog masing-masing..tapi kalau nak ikut yang macam aku punya pun okey juga..^^


9. sekarang ni, sila DRAG ke bawah gambar yang korang dah padam backround dia 2..


10. sila MOVE kan gambar tersebut ke atas NEW FILE yang korang dah buat tadi..cara dia ialah dengan klik MOVE TOOL dekat bahagian atas sebelah kiri tu..nampak tak..? korang tekan MOVE TOOL tersebut  kemudian tarik gambar tu ke atas "kertas" putih tersebut..^^



11. bila dah siap MOVE kan gambar tersebut, maka ini lah hasilnya..gambar yang kecil tu dah boleh padam dah..sebab dah tak guna..


12. tapi gambar tersebut terlalu besar kan..? maka kecil kan lah ia..he3..klik EDIT > TRANSFORM > SCALE.. kecil kan lah gambar tu ikut suka korang..kalau nak besar pun suka hati..^^


13. bila dah siap kecil kan gambar tersebut korang boleh lah letak gambar tersebut di tempat yang sesuai..ikut citarasa korang lah..cara nak gerakkan gambar tersebut sama je macam tadi iaitu tekan MOVE TOOL..kemudian gerakkan lah gambar tersebut..^^ [kalau korang nak letak gambar lain pun boleh..ikut suka hati..dan kalau nak gambarnya TRANSPARENT, sila buat dari step satu okey..^^] bila dah siap sila tekan T dekat sebelah bawah kiri tu..simbol tersebut ialah untuk TEXT..


14. korang letak lah tajuk blog ke, ayat-ayat ke atau apa-apa sahaja yang korang nak tulis dekat header blog tu...bila korang dah tekan simbol T tersebut, dekat bahagian atas tu nanti akan ada keluar jenis text yang korang nak guna, warna text, saiz dan macam-macam lagi..sila selongkar sendiri ye..^^ maaflah tak sempat nak print scren tadi..he3..dan kalau nak word yang cantik-cantik, sila cuba semua huruf k..^^ kalau nak buat ayat baru, sila klik simbol T tersebut lagi sekali..^^ [nak gerakkan tekan MOVE TOOL..nak besarkan atau kecikkan pun sama jugak..]


15. bila korang dah puas hati dengan WORD yang dihasilkan, pergi ke layer dekat tepi 2..RIGHT KLIK dekat WORD yang korang dah buat dan pilih BLENDING OPTION..


16. maka akan keluarlah macam ni..kalau korang perhatikan betul-betul, dekat perkataan SYED tersebut ada BORDER keliling dia kan..? jadi kalau korang nak letak BORDER tu, sila tekan STROKE..nampak kan..?hu3..kalau korang ad banyak word, sila buat untuk semua sekali ye..^^


17. maka inilah hasilnya..^^ he3..tapi belum siap lagi..he3..


18. korang kena pergi ke LAYER dekat tepi, kemudian padam mata yang ada dekat sebelah BACKGROUND tu..nanti akan hilanglah "kertas" putih tadi..jadi tak..? he3.. bila hasil nya macam dekat atas ni, bermaksud header korang dah transparent lah..^^ 


19. okey..! last sekali korang boleh lah tekan FILE > SAVE FOR WEB AND DEVICES..jangan SAVE AS atau SAVE je..takut nanti tak dapat nak upload ke blog..hu3..


20. akhir sekali sila tukar GIF yang dekat atas tu kepada PNG-24..! jangan tanya saya kenapa ye..he3..bila dah tukar, sila tekan SAVE..! maka siap lah header korang semua..boleh lah upload ke blog ye..he3..


okey..! siap..tak sangka boleh siap tutorial ni..he3..maklumlah, tutorial ni sebenarnya agak susah nak buat..jadi sekiranya korang nak hasil yang lebih bagus sila cuba banyak kali ye..aku pun dah letih belajar..he3..maklumlah, kalau nak hasil yang baik, maka usaha nya kenalah sama dengan hasilnya..^^

dan dekat sini juga aku nak minta maaf kalau tutorial ni panjang sangat...sebab aku ajar memang details sangat-sangat..aku cuma nak tolong kawan-kawan aku yang masih tak tahu je..kalau nak tutorial yang lebih ringkas bole carik dekat google..banyak yang ajar cara nak buat..apa-apa pun thnks sebab sudi baca..^^ kalau ada siapa-siapa yang nak share sila lah ambil ye..saya halalkan..^^ k..salam..~

p/s : bangga akhirnya siap..^^



Read more...

Isnin, 20 Jun 2011

TuToRiAl [2] : LeTaK lInK bLoG..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye semua..tak jawab dosa..mati nanti masuk api neraka..he3..[teringat time kecik2..selalu ckp mcm 2..he3..] okey..! disebabkan rasa tanggungjawab yang tinggi keatas semua follower aku yang banyak support aku selama ini, maka aku nak buat sedikit tutorial lah..hu3..turorial ni nampak simple tapi bole mengubah segala-galanya..[pergh ayat..! macam apa..ha3..] he3..^^

okey..! pernah tak dengar ayat what goes around comes around..? pernah kan..biasanya kita dalam dunia blogger cakap macam ni bila nak follow-menfollow kan..hu3..tpi korang pernah tak rasa yang bila korang follow orang tapi orang yang korang follow tu tak balas kunjungan korang..senang cerita dia tak follow balik lah..hu3..pernah kan..? mesti korang menangis lepas tu mengadu dekat mak ek..? ha3..[main2 jerk..^^] mungkin ini lah salah satu sebab kenapa mereka tak follow balik..^^ jom baca..

cuba korang perhatikan gambar kat bawah ni..apa yang tak ada..hu3..

kalau korang perasan, dekat situ tak ada link nak ke blog dia..hu3..ramai dalam kalangan blogger tak perasan benda ni..hu3..dan ini akan menyusahkan mereka yang difollow untuk follow balik blog korang..tambahan lagi kalau korang ni jenis yang tak komen dekat shoutbox blog tersebut..lagi lah susah dia nak carik blog korang..hu3..jadi, mari sini aku tolong..senang dan mudah je..

okey..! pertama sekali korang kena pergi mana-mana blog yang korang dah follow..^^ [ada bnyak cara..ni agak mudah..hu3..] lepas tu cuba tekan gambar korang dekat tempat follower 2..[pandai2 lah carik ye..ha3..] nanti akan keluar gambar ni.. ^^

nampak tak dia ada ulis LINK..kalau korang klik AREMIEROUL tu, nanti korang akan terus dibawa ke blog aku..hu3..kan senang begitu..kalau korang nak letak link tersebut, sila klik perkataan SETTING tu..[ada anak panah 2..^^] bila dah tekan maka akan keluar lah ini..^^


bila korang nak letak link sila tekan ADD LINK tersebut..[dalam kurungan merah 2..^^] bila dah letak link korang sila tekan save..SIAP..! he3..senang kan..? ^^

dan korang boleh lah semak balik dengan ulang langkah-langkah ini dari awal..kalau tak berjaya jangan menanges tau...he3..cuba lagi..^^ jadi, korang boleh lah tengok perubahan jumlah follower korang pas ni..he3..kalau nak lebih ramai, maka rajin-rajin kan lah kaki tu pergi follow blog orang okey..^^ salam..~

p/s : ada kew yang nak ikut niew..?? he3..


Read more...

Ahad, 19 Jun 2011

mY FiRsT tUtOrIaL..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


sebelum itu, jawab dulu salam aku tu okey..^^ tak jawab korang juga yang dosa..he3..okey..! mesti korang dah baca kan dekat atas tu..hurm..agak berat juga lah aku nak tunaikan hajat miss Honey ni sebab aku memang tak pernah buat tutur..maklumlah, bukan ada siapa-siapa pun yang nak belajar..huk3..[konon merajuk..ha3..] tapi demi menghargai miss Honey yang melawat saya, maka hajat tu akan ditunaikan..jom sama-sama kita belajar okey..! ilmu tak baik kedekut..nanti hilang..^^

okey..! apa itu link hover..? cuba korang pergi dekat aku punya header blog..nanti kan ada hujan gula-gula kan..? he3..itulah link hover..jadi, kalau nak buat jom baca sampai habis..^^

1. pergi ke DASHBOARD > DESIGN > EDIT HTML

2. cari kod dekat bawah ni dengan fungsi Ctrl+f [tekan..^^]
a:hover

3. lepas dah jumpa kod dekat atas tu,
COPY kod bawah ni dan letakkan di bawah kod tersebut
color:#FF6699; background:url(URL IMAGE) ;background-repeat: repeat;text-decoration:underline;
4. yang warna biru tu, sila gantikan ia dengan URL IMAGE korang


p/s : kalau susah nak cari, boleh pilih yang dekat bawah ni..^^

http://i603.photobucket.com/albums/tt117/misdollymie/rainbowhover.gif


http://dl5.glitter-graphics.net/pub/590/590935ankbyj1xx4.gif


http://dl5.glitter-graphics.net/pub/590/590935ankbyj1xx4.gif


http://dl.glitter-graphics.net/pub/1274/1274791or8ew5kzx6.gif
lepas dah siap klik PREVIEW dan save..^^ dah siap..^^ okey..semoga berjaya ye..k..salam..~
p/s : kalau tak jadi jangan marah..cuba sekali lagi okey..^^ usaha tangga kejayaan..




Read more...