expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Memaparkan catatan dengan label spm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label spm. Papar semua catatan

Rabu, 5 Ogos 2015

Kos Lelong: Antara Mitos dan Realiti

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

ASSALAMUALAIKUM wbt

Alhamdulillah, dengan izin yang maha Esa masih lagi kita semua diberi kesempatan oleh Dia untuk terus bernafas dan meneruskan kehidupan kita sebagai hambanya di atas muka bumi ini. Ingat sahabat, kita harus bersyukur setiap masa atas segala nikmat yang dikurnia kerana kita tak tahu sampai bila nikmat itu akan kita punya.

InsyaAllah dalam entry kali ni, mirul nak kongsi sedikit dengan kalian semua tentang 'kos lelong'. Almaklumlah, keputusan UPU pun dah nak keluar kan dalam masa yang terdekat ni. Jadi buat adik adik yang bakal memasuki alam Universiti, dah tahu belum nak amik kos apa nanti? Ke masa isi UPU hari tu, main letak je kos apa yang nampak best? hehehe.

Pengalaman Masa Sekolah

Berdasarkan pengalaman mirul sendiri lah ye. Masa zaman sekolah dulu, mirul sendiri sebenarnya tak pasti nak sambung kos apa bila masuk U nanti. Kos kos seperti medic, engineering, business tu memang lah dah selalu sangat dengar, tapi tak sangka pulak pecahan bagi setiap kos tu sangat lah banyak. Jadi bila masa nak isi UPU tu, terpinga pinga lah seketika nak memilih kos apa yang sesuai dengan kehendak mirul ni. Banyak kos yang mirul tak pernah dengar, malah tak tahu pun kelayakan apa yang diperlukan untuk membolehkan mirul sambung kos tu di Universiti kelak.

Maka disebabkan tu, akan ada lah beberapa pilihan yang mirul buat yang tak sesuai dengan keputusan yang mirul ada. Tapi alhamdulillah, mirul sebenarnya bernasib baik sebab mirul dapat kos yang mirul mintak. Dan ada juga lah beberapa orang kawan mirul yang tak bernasib baik bila mereka dapat kos yang mereka sendiri tak pilih. Kebiasaannya, kos macam ni kami panggil 'kos lelong'. Kos yang tak diminta, tapi ditawarkan pada kita.

Kos Lelong: Baik atau Sebaliknya?

Dulu, masa zaman sekolah, masa zaman matrikulasi, kami kami ini ditakut takutkan dengan kos lelong. Mana tidaknya, kita akan belajar perkara perkara yang kita sendiri tak tahu apa malah paling teruk kita kena ambil subjek yang susah. Dan ramai yang kata bahawa kos lelong ni adalah kos yang orang tak nak amik. Kos yang pelik pelik dan mungkin tak ada masa depan. Tak takut ke korang kalau diberitahu macam tu? Err
Dan bila kini, bila mirul sendiri dah lepasi zaman nak pilih memilih kos ni, baru mirul sedar yang sebenarnya kefahaman mirul selama ni tentang kos lelong adalah salah. Ye, mungkin dulu tak banyak kos yang ditawarkan di Universiti tempatan ni. Malah jumlah mahasiswa di setiap Universiti pun tak sebanyak jumlah yang ada di masa kini. Jadi pendedahan terhadap sesuatu kos yang baru tu kurang sehingga menyebabkan dilemma dalam kalangan bakal pelajar untuk memohon kos tersebut.

Tak kenal, maka tak cinta. Itu jugak lah yang berlaku selagi mana kita belum lagi daftarkan diri sebagai pelajar bagi jurusan yang kita ambil tu. Walaupun dikatakan sebagai kos lelong, tapi mirul tengok kawan kawan mirul semuanya gembira je bila dah mula belajar. Mungkin mula mula agak sedikit susah, tapi insyaAllah kalau niat kita betul nak timba ilmu, akan Allah permudahkan segala urusan kita. Bi iznillah.

Macam mana nak elak kos lelong?

Ada pula yang tanya, macam mana nak elakkan diri dari dapat kos lelong ni? Jawapan nya senang sahaja. Belajar pandai pandai dan pastikan kita dapat keputusan yag cemerlang. Kalau keputusan kita bagus, pasti kita akan dapat kos yang kita mahukan. Kos lelong ini biasanya terjadi bila kita mohon kos yang memerlukan keputusan yang baik, sedangkan keputusan kita itu hanyalah sekadar paras paras hidung. 


Malah, kita juga boleh pastikan bahawa kita memohon kos yang sesuai dengan keupayaan kita. Kalau kita dah tahu yang kita akan bagus dekat subjek matematik contohnya, kita boleh lah mohon kos yang berkaitan dengan matematik di Universiti nanti. Begitu juga dengan sebaliknya. Ingat, kita ni kenalah ukur baju di badan sendiri. Kalau dah tahu kita tak layak, jangan mengada ngada mohon. Nanti diri sendiri yang kecewa bila kita tak dapat kos yang kita mahukan tu.

Kesimpulannya

Jadi secara kesimpulannya, ambil lah apa apa pun kos di mana mana Universiti. Kemudian bila dah ditawarkan masuk tu, belajar dengan bersungguh sungguh. Niatkan untuk menuntut ilmu kerana Allah. Percayalah bahawa sumber rezeki itu datangnya dari Allah. Kalau kita ambil kos bagus sekalipun, tapi kalau kita tak belajar bersungguh sungguh akhirnya kita sendiri yang akan susah. Tapi kalau sungguhpun kos yang kita dapat tu kos lelong, jika kita belajar bersungguh sungguh, pasti Allah akan tolong kita permudahkan segalanya. InsyaAllah.

Kos tu cuma asbab untuk kita mencari rezeki, yang menentukan rezeki kita itu tetap Allah. Ingat! Semoga bermanfaat ye sahabat.

Yang benar,
Muhamad Amirul Bin Suari




Read more...

Jumaat, 30 Mac 2012

dEMaM KoRea..!


 السلام عليكم
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. he3.. insyaALLAH..  ^^
okey..! rasanya dah lama sangat mirul x update kan.. walaupun x ada sesiapa yang menunggu entry mirul ni tapi mirul tetap nak update jugak..! he3..  :D  biasalah, orang gila glamour.. hwa3.. okey..! sejak mirul naik semester 2 ni, banyak sangat program dan aktiviti yang mirul sertai.. tak kisah lah sebagai orang belakang tabir ataupun sebagai peserta.. yang pasti memang setiap minggu akan ada program dan aktiviti.. tak termasuk Ko-K lagi.. hu3..

tapi dalam kesibukan mirul buat kerja sana sini, x semestinya mirul x sempat nak buat benda lain kan.. he3.. mirul pun x tahu lah kenapa tapi dalam sibuk-sibuk tu pun mirul masih sempat lagi tengok cerita korea.. ha3.. tabiat buruk ni baru je bermula 2 minggu lepas.. masa tu tengah boring gila.. x tahu nak buat apa.. selongkar punya selongkar tiba-tiba terjumpa stok cerita korea.. rupanya ada lagi cerita korea yang mirul belum tengok... he3.. dulu masa lepas SPM mirul ni memang gila dengan korea.. pantang ada drama baru, mesti nak beli n tengok.. tabiat buruk ni berpanjangan sampai lah ke matrik.. memang best lah tengok cerita korea time2 bosan dekat matrik dulu.. boleh hilang stress.. ha3..

tapi bila tabiat ni menjadi semakin buruk, mula lah pengaruh diri ni.. kadang2 tu sampai x tidur satu malam nak habiskan setiap episod.. sebab tu lah bila dah nak dekat-dekat periksa drama korea telah mirul kuarantin kan dalam folder yang mirul pun x pasti dekat mana.. ha3.. nak fokus exam katanya..  :D  he3.. tapi, entah macam mana boleh pula terjumpa folder tu balik.. dan disebabkan bosan yang teramat, mirul pun belek-belek lah cerita tu satu persatu.. dalam banyak-banyak drama yang ada, mirul teringat ada kawan pernah cakap yang ada satu drama ni best.. kebetulan mirul ada cerita tu.. apa lagi, terus bukak..  :D

seperti yang telah mirul jangka kan.. demam korea telah menyerang mirul lagi.. ==" penyesalan pun sudah x berguna sebab kalau x tengok sehari tu rasa lain macam je.. ha3.. (x de lah, main2 je..) sekarang ni dalam masa 2 minggu, mirul dah habiskan 2 cerita korea, 1drama melayu, 2 variety show korea dan 3 movie korea.. ha3.. gila x gila kan.. ni pun tengah beratur lagi 6 drama korea.. x termasuk running man yang baru setengah perjalanan.. huk3.. antara cerita yang dah mirul tengok dan bakal mirul tengok ialah :







Dream High 2 korean drama

banyak kan..? ha3.. tapi jangan risau lah ye sebab ada lagi orang yang gila korea berbanding mirul ni.. sekarang ni x pelik lah kalau lelaki pun minat korea.. ha3.. mana-mana je semua orang cakap pasal korea.. hu3.. apa-apa pun bagi mereka yang x gila dengan korea ni, x payah lah nak gatal-gatal tengok.. nanti kalau dah berjangkit padan muka.. baru menyesal x sudah. ha3.. macam mirul..  :D  selagi kita masih pandai membahagikan masa untuk ibadah, belajar dan melakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat, x kisah lah.. asalkan jangan terlalu taksub sehingga lupa tanggung jawab.. tu dah bahaya.. hu3..

okey lah.. hari ni ada meeting.. esok pula pagi-pagi dah kena pergi ke kampus utama untuk Ko-K.. nanti kalau ada apa-apa lagi mirul akan update ye.. he3.. apa pun yang kita lakukan dekat dunia ni kena ingta, yang bukan kita je ada di dunia ni.. kalau buat sesuatu tu ingat keluarga.. ingat ALLAH.. barulah segala-galanya akan berjalan dengan okey.. insyaALLAH.. okey lah. wasalam..  :D



Read more...