expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Memaparkan catatan dengan label senior. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label senior. Papar semua catatan

Rabu, 16 Oktober 2013

Senior Vs Junior..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
dengan nama #ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

ASSALAMUALAIKUM wbt

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. isnyaALLAH amin.. :)
alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniannya dapat lagi kita bernafas di muka bumi #ALLAH ini dengan percuma.. 
setelah berkurun tak menulis akhirnya mirul tewas dengan nafsu yang membuak-buak meminta mirul untuk menulis sesuatu di dalam blog ini.. dan #Alhamdulillah dengan izin #ALLAH malam ni tiba-tiba je jari jemari ni terus menari di atas keyboard ini memperdendangkan apa yang tersirat di akal dan hati ini.. akhirnya berjaya hilangkan sawang di blog ni.. yeaaaa.. *tiup belon sambil tengok bunga api.. hahaha..

senior vs junior

okey..! dalam hidup ini dah menjadi adat untuk kita menghormati yang tua dan mengasihi yang muda.. tak kisahlah dekat rumah ke, dekat tempat kerja ke, dekat asrama ke, semua yang tua akan kita hormati dan sebagai yang tua, yang muda akan kita kasihi.. jangan sampai kita dikatakan kurang hajar sebab tak tahu hormat orang tua, susah hidup nanti.. huhuhu..

ada satu cerita mirul nak kongsi dengan  sahabat semua berkaitan dengan #Senior vs #Junior ini dimana kisah ni terjadi dalam hidup mirul sendiri.. standardlah bila dekat sekolah dulu-dulu bila yang senior ni kita akan panggil abang.. ada je junior yang 'refuse' untuk panggil abang pada senior-senior, and at the end bila ada senior yang ala-ala gangster tahu memang siap lah korang kena.. kan..?

itu cerita di sekolah, tapi bila kita masuk ke alam yang sedikit berbeza maka hasilnya juga akan berbeza.. sebagai contoh, dekat UniMAP ni mirul dah masuk tahun ke-3 and it's mean that i'm super senior here.. :D biasalah, sebagai seorang senior expectation kita terhadap #Junior ni agak tinggi.. kalau boleh nak junior yang cantik macam neelofa, yang tinggi ayu macam maya karin, yang comel-comel blako macam #HelizaHelmi.. hahaha.. standard ar jadi senior kan..

kalau dapat zaujah macam ni, gerenti aku setia.. :p

tapi bila masuk intake baru and dapat tahu pulak tu yang tak ramai junior yang meletop, mula lah kecewa dengan diri sendiri.. hahaha.. bagi mereka yang dah berempunya tak berapa kisahlah sebab tak dapat pun tak apa sebab 'ready stock' dah ada.. :p  tapi yang single mingle ni yang bermasalah sikit, mula lah frust tonggeng macam apa.. padahal sebelum masuk nya junior tu okey je.. hahaha..

ada yang mengadu dekat mirul cakap #Junior kali ni tak hormat #Senior lah, kurang hajar lah, lepas tu katanya ramai yang sombong sampai #Senior yang kena tegur #Junior dulu.. haisshhh.. macam-macam lah korang ni.. ada jugak yang mengadu cakap #Junior dah berani 'sound' #Senior.. hahaha.. almaklumlah, bila terlalu dimanjakan begini lah hasilnya.. 

sebagai seorang senior, lagi-lagi bila dah sampai ke menara gading ni bukan gelaran 'abang/akak' yang kami pinta.. cukuplah sekadar mengetahui taraf anda sebagai seorang #Junior itu di mana.. bukan cuba untuk membezakan tetapi belajar lah dengan kami yang dah lebih lama berada di tempat itu.. memang mintak kaki lah kalau datang-datang je tempat baru tu and terus nak tunjuk gangster.. kamon bro..! hormat lah kami sikit..

dan sebagai seorang #Senior, kita pun kenalah tunjuk contoh yang baik pada #Junior-junior kita agar ada yang berkenan di hati.. #eh.. hahaha.. sekurang-kurangnya ada jugak lah contoh yang boleh mereka ikuti bila ada senior yang bagi contoh yang baik ni.. ni tidak, kalau #Senior pun perangai macam monyet, tak akan lah #Junior nak ikut je kan.. teguran tu kena lah terima dengan hati yang terbuka jika benar kita salah.. kan-kan..? :)

apa-apa pun sebagai seorang yang bergelar #Senior dan #Junior ni kenalah pandai hidup berkongsi.. macam bermadu lah kiranya ni, yang bini tua kenalah tunjuk contoh yang baik pada bini muda.. banyakkan perkongsian ilmu itu agar rumah tangga pun aman bahagia.. lepas tu boleh lah suami cari yang ketiga.. muahahaha.. apa-apa pun selagi kita tahu kita berada dekat mana, and kita sedar siapa diri kita insyaALLAH kita tidak akan terlebih dalam melakukan segala perkara.. moga bermanfaat buat semua.. salam.. weeeeeeeeee..~ 

Read more...

Khamis, 21 Jun 2012

KaU, aKU dAn mEraKa..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSLAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^ okey..! tanggal 21 Jun 2012 bersamaan 1 shaaban ni, mirul dengan rasminya telah berjaya menjejakkan kaki ke tanah tumpahnya darahku, JOHOR..!! ^^ almaklumlah, cuti semester lah katakan.. he3.. dan mirul rasa pun kebanyakkan mahasiswa-mahasisiwa yang sedang mengambil ijazah sarjana muda akan mula pulang ke kampung halaman masing-masing sebab cuti sem telah bermula.. buat yang x cuti tu jangan sedih-sedih na.. belajar rajin-rajin.. hwa3..  :D

selamat tinggal senior..
namun dalam meniti kegembiraan, pasti ada sedikit duka yang terselit di balik memori indah ini.. berakhir semester 2 ni bermaksud banyak benda yang akan berubah semester 3 nanti.. ada perubahan yang menggembirakan, ada juga yang meningalkan seribu satu kenangan .. mulai sem 3 nanti dah x adalah akak-akak senior tahun 3 yang selalu mirul kacau.. yang selalu tegur mirul kalau mirul salah.. huk3.. terutamanya akak Fiza San a.k.a akak sayang.. he3.. :') 

p/s : akak fiza sayang yang tengah-tengah tu..  :D
belakang ada abang wahab, abang alip..
depan ada akak razz, akak claudine, akak izati..

banyak benda yang mirul belajar dari dia.. walaupun kami kenal x ada lah lama sangat, cuma setahun tapi kenangan dengan akak fiza memang best.. akak fiza saya ni berpurdah tapi dia sangat sporting..  ^^ di sangat comel.. (ni saya tipu.. hwa3..) terima kasih ea akak fiza atas segala makanan, ilmu, buku-buku, Secret Resepi dan macam -macam lagi lah.. halalkan semua nya ye.. ^^ saya doakan akak dipermudahkan segala urusan.. semoga juga ALLAH memberkati ukhwah kita ni ye akak.. doakan adik akak ni tau..  ^^

dan untuk semua senior-senior tahun 3, semoga berjaya ye di luar sana.. ini bukan satu pengakhiran tetapi merupakan satu permulaan untuk anda semua.. diharapkan segala ilmu yang telah abang-abang dan akak-akak pelajari dimanfaatkan semasa bekerja kelak.. saya doakan semoga ALLAH permudahkan urusan anda semua.. nanti kalau dapat kerja jangan lupa saya pulak ye..  ^^

roomate oh housemate..
ni lagi satu benda yang agak menyedihkan.. mulai sem depan kami dah x tinggal satu rumah dah.. sebab setiap kali 2 sem, pelajar akan dirombak balik dan mereka akan dapat roomate dan housemate yang baru.. almaklumlah, nak rapatkan ukhwah katanya.. hu3.. setahun bersama, masing-masing punya perangai pun dah hafal.. dan kami semua dah macam satu keluarga dah.. bergelak ketawa, bergaduh.. ha3.. kenangan yang indah..  ^^
yang atas tu Hisham, Jong, Ustad
tengah tu roomate mirul, Helmy dan hairi..
bawah khalid, Iskandar, mat po dengan mamat..

lepas ni x ada lah orang yang nak panggil mirul ni "Mama".. mirul pun lepas ni x de lah nak marah-marah setiap kali maghrib sebab suruh "anak-anak Mama" ni solat.. x de lah lagi nak stress pagi-pagi sebab nak suruh dowang bangun subuh.. huk3.. dan paling penting x ada lah mirul nak penat-penat kemas rumah, basuh bilik air dengan dowang ni semua.. hu3.. tapi penat macam mana pun mirul rotan dowang setiap hari, marah dowang, jerit-jerit macam mak-mak tiap kali maghrib, basuh bilik air semua tu mitul rasa hepy..  ^^ sebab dah jadi macam tanggungjawab pula untuk buat semua tu.. almaklumlah, kan dowang semua panggil mirul ni "Mama.. huk3.. -..-

apa-apa pun korang memang terbaek.. cuti 3 bulan ni jangan buat perkara yang bukan-bukan pulak ye.. kalau ada rezeki sem depan kita duduk satu rumah lagi ye.. x pun kalau x dapat satu rumah, kita pindah secara haram je.. hwa3.. macam x biasa pula..  :P

kawan-kawan..
buat semua kawan-kawan mirul yang rasanya kebanyakkan dah balik kampung, buat yang terbaek ye untuk praktikal 26 Jun ni.. buat yang x ada prktikal tu jangan duduk rumah goyang kaki je, buat lah apa-apa kerja ke, x pun tolong mak dekat rumah sebab x lama lagi Ramadhan dah nak datang.. lepas tu Syawal pun akan menjelma.. hargai setiap detik sebab masa itu emas.. nanti insyaALLAH lepas 3 bulan kita jumpa lagi ye..  ^^ nanti tahu tahu je dah 3 bulan, percaya lah.. dan yang paling penting sem 3 mirul senior.. hwa3..  :D

okey lah.. nak tidur.. engantuk pulak mata ni.. maklumlah, balik-balik je terus on9 sampai lebam mata.. hwa3..  :D assalamualaikum..

p/s : lepas ni memang selalu lah blog ni akan di update..  :D





Read more...