expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Memaparkan catatan dengan label risda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label risda. Papar semua catatan

Selasa, 2 Julai 2013

Tips Untuk Pelajar Praktikal..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
dengan nama #ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala, InsyaALLAH.. amin.. ^_^
alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaanya dapat kita sama-sama bernafas hingga ke hari ini.. diberi tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang waras, terima kasih ya #ALLAH atas segala nikmat ini.. semoga dengan nikmat-nikmat ini akan menjadikan kita semua hamba-Nya yang sejati..

alhamdulillah, hari ni merupakan hari ke dua mirul berpraktikal di Al-Ikhsan batu bahat.. baru dua hari, tapi rasa macam dah berbulan-bulan lamanya.. hahaha.. nak kata tak ada kerja tu ada kerja, cuma mungkin mood nak belajar tu masih ada tu yang lemau sikit ni.. hehehe..
almaklumlah, masuk ni mirul dah dua kali praktikal.. tahun lepas dekat Risda, tahun ni kononnya nak cuba alih arah lah tu yang cuba dekat Al-Ikhsan tu.. dan sepanjang mirul pernah praktikal, ditambah lagi dengan pengalaman kawan-kawan ada beberapa perkara yang perlu korang ambil serious semasa sedang berpraktikal..

tips menjadi pelajar praktikal..

yang pertama, 
jangan add mana-mana FB staf dekat tempat praktikal tu.. hahahaha.. ini penting bagi mereka yang selalu lepaskan perasaan mereka dekat FB.. lagi-lagi jenis yang kuat mengutuk.. hahaha.. bukan nya apa, kalau korang add pekerja dekat pejabat tu, kemudian katakanlah tiba-tiba korang terkutuk dowang, tak mengaiaya namanya..? hahaha.. kalau berkias sekalipun tak kan lah dowang x terasa kan.. jadi untuk keselamatan diri dan keluarga, jangan add dowang.. 

sebab mirul pernah terdengar ada orang sampai diberhentikan praktikal nya gara-gara mengutuk cara pengurus dekat tempat dia praktikal tu menguruskan tempat tu.. mirul tak tahu lah sejauh mana kutukan dia tu, tapi kalau dah sampai kena buang memang teruk lah kan.. jadi nak buat sesuatu tu kena beringat.. teruk macam mana pun, kucar kacir ke tempat tu jangan lah nak sibuk2 post dekat sana sini.. nanti kalau dah terkena, baru tau.. dah kena extend study.. lalala..~

yang kedua,
sabar itu sebahagian dari iman.. kalau boleh, tulis dalam A4 besar-besar kemudian tampal dekat board depan meja praktikal tu (tu pun kalau dapat meja lah ye..) hehehe.. kadang-kadang kita ni nama je pelajar praktikal, tapi semua benda kena buat.. kadang-kadang yang tak masuk akal pun ada.. ada kawan mirul tu siap kena cuci tandas setiap hari kot, mana tak kena tahan sabar.. sebab tu dengan adanya A4 tadi mungkin kita akan lebih sabar dalam menghadapi ujian ni.. hahaha..

kalau kena marah, semyum macam ni.. :D
kalau supervisor dah suruh buat sesuatu tu buat lah dengan hati yang seikhlas mungkin.. walaupun kadang-kadang kita x tahu apa kaitan semua tu tapi buat je lah, kita kan pelajar praktikal.. hahaha.. kita kena selalu ingat yang kita ni pelajar praktikal je, dowang tu memang pekerja tetap.. kalau memang x boleh nak ikhlas kan pun, niat kita tolong permudahkan urusan mereka je lah.. insyaALLAH ada ganjarannya tu... weee..~

yang ketiga,
bagi korang yang ada buku Log tu jangan lupa nak isi setiap hari.. ini pengalaman mirul sendiri masa praktikal  dulu, bila awal-awal je semangat nak isi tapi bila lama-lama dah malas.. lepas 3/4 minggu dah biar kosong.. mula-mula memang lah rasa lega je, tapi tunggu lah bila korang nak hantar nanti.. perghhh memang sakit lah nak tulis balik benda yang dah 3/4 minggu berlalu.. benda yang semalam terjadi pun kadang-kadang kita lupa, ni lagikan dalam tempoh masa yang lama tu.. huhuhu..

tips mudah dia ialah tulis je dengan pensil dulu apa yang kita buat hari tu.. orang kata macam rangka karangan lah.. sekurang-kurangnya nanti x ada lah kita lupa apa yang kita buat hari tu.. dan kalau memang dah x ada kerja langsung hari tu, pandai-pandai lah korang buat karangan sendiri.. kalau nak senang tulis balik aktiviti-aktiviti korang masa minggu awal-awal tu ke.. hahaha.. pensyarah tu pun  x ada masa lah nak baca korang punya report tu satu-satu.. ada beratus lagi buku Log yang dia nak kena baca.. :D
apa-apa pun buat kawan-kawan, pembaca sekalian yang akan berpraktikal atau sedang berpratikal semoga dipermudahkan segalanya.. yang paling penting jaga nama diri, jaga nak keluarga dan jaga nama Universiti masing-masing.. kalau kita buat hal dekat tempat praktikal tu, bukan setakat U kita je dapat nama buruk, nama kita, nama mak ayah kita pun sama.. jadi nak buat sesuatu tu fikir baik-baik, kita pun dah cukup besar kan nak fikir yang mana baik yang mana buruk..

akhir kata selamat berpraktikal.. jadi cleaner pun senyum je, mana tau bos suka nanti lepas grad boleh kerja dekat situ.. muahahaha... wasalam..~
:p

Read more...

Selasa, 26 Jun 2012

PrAktIkAL Oh PraKTiKaL..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^  okey..! hari ni 26 jun, mirul dengan rasminya telah memulakan praktikal di pejabat RISDA batu pahat selama 2 bulan.. alhamdulillah, setakat ni sehari berkerja di sana umpama setahun ku rasa. huaaaa...  T__T kauuu hadewww? ha3.. sejujurnya bukan tak seronok berkerja dekat sana, cuma bayangkan lah hari pertama berkerja tak ada kerja langsung diberi.. datang-datang je supervisor bawa round satu pejabat sebab nak perkenalkan dekat semua pekerja kemudian dia suruh duduk dekat satu meja kosong ni.. mungkin tuan empunya meja tu dah pindah kot, sebab tu lah dia suruh mirul duduk situ.. huk3..
sampai lah ke petang, memang x ada kerja pun yang dia beri.. mirul ni sampai dah tertidur-tidur tunggu.. sebenarnya mirul praktikal dekat sini dengan kawan mirul,, dia yang cakap mirul tertidur, sedangkan mirul rasa mirul sedang khusyuk membaca buku yang supervisor tu bagi.. hwa3.. bukan salah mirul kan, siapa suruh dia bagi mirul buku sejarah pembukaan RISDA, memang seronok lah kan baca buku sejarah ni.. (sambail letak tangan di bahu, mata ke atas.. hwa3.. ) 

swasta vs kerajaan
semalam ada seorang hamba ALLAH ni komen dekat status kawan mirul.. dia kritik lah kitowang sebab buat praktikal dekat sektor kerajaan ni sebab dia cakap dia lebih suka sektor swasta.. mirul yang baca komen dia tu pun rasa macam sakit hatije, ni lagikan kawan mirul mirul yang tulis status tu.. mana taknya, kalau dah x suka tu x payah lah nak sindir-sindir orang lain.. x kan semua orang nak ikut cara yang sama kan.. asalkan benda tu x salah, buat je lah kan.. buat apa nak takut.. ^^ berani kan kerana benar.. hu3..
dalam komen tu dia ada lah cakap banyak perbezaan antara kerajaan dengan  swasta ni.. yup..! semua orang tahu benda tu, x payah kot rasanya nak buat statement2 macam tu.. hu3.. dia persoalkan elaun, pengalaman kerja dan beberapa lagi lah yang bagi mirul semua tu x ada lah penting sangat pun.. contohnya elaun.. dia cakap kalau dekat swasta dapat elaun, dengan kerajaan x dapat.. tapi dia tak tahu yang sebenarnya kitowang yang kerja dekat RISDA ni dapat elaun.. huk3.. sebab tu mirul tak komen dekat status tu sebab boleh timbulkan publisiti murahan je nanti.. x pasal-pasal nanti masuk melodi.. x nak mirul.. ha3..  ^^

apa-apa pun bagi mirul dekat mana pun kita buat praktikal, kalau kita dapat gunakan ia sebaik mungkin ia akan memberikan kita manfaat yang sama.. kalau kita praktikal dekat swasta sekalipun tapi kita x gunakan ia untuk dapatkan pengalaman yang berharga sama je.. baik praktikal dekat kerajaan yang katanya x berapa bagus tu.. huk3.. bagi mirul, selagi kita dapat manfaatkan apa yang kita ada depan mata kita akan dapat apa yang kita nakkan.. ditambah pula dengan niat yang ikhlas dan perasaan ingin menambahnilmu kerana ALLAH, insyaALLAH segala-galanya akan dipermudahkan.. ^^ manjadda wajadda, wamanzaro'a hasada.. wasalam..~  


p/s : hidup memang banyak ranjaunya.. bukan senang tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ALLAH ni.. apa-apa pun percaya bahawa ALLAH itu maha adil.. yang baik akan dibalas baik, yang jahat.. lu pikir lah sendiri...  :)



Read more...