expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Memaparkan catatan dengan label pengajaran... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengajaran... Papar semua catatan

Ahad, 24 Jun 2012

kiSaH sEpaSaNG KAin SutEra..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^ okey..! hari ni dalam entry kali ini mirul nak berkongsi dengan sahabat semua mengenai sebuah cerita yang mirul kira agak menarik untuk sama-sama kita renung dan kalau ada perkara yang baik semoga ia bisa dijadikan pedoman.. dan jika ada perkara yang buruk mohon untuk dijauhkan dan dijadikan sebagai satu pengajaran dalam hidup ini.. :)

kisah sepasang kain sutera..
di sebuah kedai kain di pinggir desa, terdapat pelbagai jenis kain yang dijual dengan harga yang berbeza-beza.. ada yang murah dan ada yang sangat mahal.. di dalam kedai itu juga terdapat sebuah peti kaca yang menempatkan sehelai kain  sutera yang sangat mahal harganya.. diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan nah, hasilnya sutera ini menjadi sutera yang termahal di dalam kedai kain ini..

suatu hari datang seorang pekerja kedai membawa sehelai kain buruk untuk digunakan sebagai kain pengelap untuk mengelap cermin yang melindungi kain sutera itu.. sedang kain buruk itu mengelap, ia terpegun dengan kecantikan corak yang telah dilukis di atas kain itu.. lalu dengan perasaan yang sungguh teruja kain buruk bertanya kepada kain sutera itu bagaimana ia bisa menjadi secantik dan seindah rupa sebegitu.. 

kain buruk : sungguh cantik sekali rupamu wahai sutera.. terpegung aku melihatnya..
kain sutera : terima kasih wahai kain buruk.. kamu juga sehelai kain yang cantik sebenarnya..
kain buruk : memang dahulunya aku merupakan kain putih yang bersih dan cantik.. namun kerana sedikit kesalahan dan kecacatan yang telah dicorakkan di badanku, aku kini menjadi cacat dan hanya digunakan sebagai kain untuk membersihkan kotoran di peti kacamu wahai kain sutera..
kain sutera : jangan engkau bersedih wahai kain buruk.. setiap kejadian pasti ada hikmahnya.. tidak bermakna corak yang terlukis di badanmu itu salah, engkau harus mengalah dan terus bersedih..
kain buruk : aku tahu itu wahai kain sutera.. tetapi aku cemburu akan kecantikan mu itu..
kain sutera : aku juga hanyalah sehelai kain biasa asalnya.. apa yang membezakan aku dan kain-kain yang lain hanyalah corak di badanku ini..corak ini telah dilukis oleh sepasang suami isteri dengan penuh kasih sayang.. seharusnya engkau patut memuji mereka kerana mereka lah yang menjadikan aku cantik hingga ke hari ini..
kain buruk : oh.. begitu rupanya.. namun corak ini masih terlukis di badanmu, kau patut berbangga dengan apa yang kau miliki sekarang..
kain sutera : bukan aku tidak berbangga, namun aku zahirkan kebanggaan itu melalui kata syukur yang tak terhingga kepada mereka yang telah mencorakkan aku..
kain buruk : bertuah sungguh kau wahai kain sutera.. sudahlah cantik, disimpan di dalam peti kaca, malahan engkau telah menjadi perhatian dari ramai orang.. semua mahu memiliki mu..
kain sutera : itu lah gunanya corak di badanku ini.. bukan senang untuk menghasilkan corak sebegini.. ia memerlukan sepenuh perhatian dan tumpuan dalam melukisnya.. sedikit sahaja kesilapan akan mengundang padah.. melukis corak juga memerlukan ilmu yang cukup.. mana tidaknya, kalau pelukis sendiri tidak mempunyai ilmu mana kan bisa dia menghasilkan sebuah corak yang cantik..
kain buruk : begitu indah penciptaanmu seindah corak di badanmu wahai kain sutera.. memang layak kiranya engkau duduk di dalam peti besi itu.. jika dibandingkan kau dan aku jauh bezanya.. semoga aku bisa jadi sepertimu wahai sutera..
kain sutera : engkau bisa menjadi seperti aku asalkan engkau sanggup membasuh segala kekotoran di badanmu.. dengan itu kau akan menjadi sehelai kain yang bersih dari sebarang kekotoran.. mungkin selepas ini kau akan bisa menjadi sehelai kain yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lain..  :)

natijahnya..
kita ni sebagai anak dilahirkan ibarat sehelai kain putih.. mak ayah kita lah yang akan membentuk dan mencorak diri kita ni.. salah didikan dan salah ajaran mak ayah, maka anak-anak lah yang akan menjadi mangsa.. mangsa kepada kejahilan ibu dan ayah itu.. namun sebagai anak perkara itu bukanlah satu alasan untuk mereka menjadi jahil atas alasan ibu bapa mendidik mereka dengan cara yang sebegitu.. sebagai anak, doakan ibu bapa kita supaya  mereka berubah dan menjadi ibu bapa yang terbaek..
sekiranya pula ibu bapa telah mendidik anak-anak dengan sepenuh kasih sayang, namun anak-anak tidak mencerminkan kebaikan itu maka berusahalah untuk berubah.. tanggungjawab sebagai seorang anak bukanlah suatu perkara yang mudah dan tidak juga susah.. mereka dan membesarkan kita, menjadikan kita seorang yang berguna takkan lah kita nak membalasnya dengan perkara-perkara yang mengecewakan mereka.. tepuk dada tanya selera.. kita je yang tahu siapa kita kan.. wallaualam..~






Read more...

Rabu, 22 Jun 2011

JaNgAn hArAp AkU naK MaaFKaN kAu..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye..tak jawab macam biasa lah..korang dosa..tapi kalau jawab tu tandanya sayang dekat aku..ha3.. [pasan..dush2..!!] okey..! dalam dunia ni kan, semua orang akan membuat kesalahan..betul tak..? boleh dikatakan bahawa "tiada insan yang sempurna di dunia"..tapi, kalau lah ada orang lain buat silap dengan kita atau ada buat sesuatu yang kita rasa sakit hati, kita marah tak..? mesti marah lah punya..sebab marah itu dah menjadi satu lumrah buat kita..^^ lumrah hidup sebagai seorang manusia..hu3..

marah itu hanya lah bisikan syaitan untuk menghasut kita semua..~

perasaan marah dan benci tu memang akan muncul denga sendiri bila ada orang sakitkan hati kita ni..rasa macam nak sepak-sepak jerk muka dia kan..hu3..lagi-lagi kalau dia buat sesuatu yang memang kita benci dan tak suka sangat-sangat..menyala-nyala warna api kemarahan dalam diri kita ni..kalau boleh bakar, dah lama kita nak bako dia kan..he3..[kita bako jerk..he3..^^] 
macam usup welcha cakap..kita bako jerk dia..ha3..[x dew kena mengena k..^^]

tapi, sedarkah kita bahawa, kemarahan itu bukan lah satu jalan penyelesaian bagi sikap dia tu..dan kebencian terhadap manusia seperti itu hanya akan membuatkan dia terus melakukan perkara-perkara tersebut..hu3..bak kata pepatah "naik lemak lah dia tu nanti.." he3..jadi, jalan terbaik yang boleh kita lakukan ialah dengan memaafkan kesalahan dia tu..^^ betul tak..?

"cakap memang lah senang..maafkan dia jerk..tapi aku yang menanggung ni, sapa nak tolong..? huh..!"
hurm..dalam hidup ni memang sukar kita nak maafkan orang..! seyes..! aku pun sama..kadang-kadang tu memang lah cakap mulut "tak apa..aku dah maafkan kau.." tapi dalam hati, tuhan je lah yang tahu macam mana rasa nya semua tu..sakitnya hati..huk3..tapi nak buat macam mana..dah lumrah manusia untuk buat silap..mungkin kita pun pernah buat silap dan orang lain dah memaafkan kesalahan kita tu..hu3..
jika kita ada berbuat kesalahan, maka bertaubatlah..kembalilah kejalan nya..^^

jadi, tak salah untuk kita membuat kebaikan dengan memaafkan dia..sebab, dosa sesama manusia hanya terampun jika dia meminta maaf kepada orang yang dia buat salah tu..tak kan lah korang sanggup lihat kawan korang tu tak dapat nak masuk syurga gara-gara korang tak nak maafkan silap dan dosa dia pada korang..hu3.. kita nak sama-sama masuk syurga kan..? ^^

banyak-banyak perkara dalam dunia, kata-kata lah yang paling menyakitkan hati..
jadi jaga kata-kata kita..^^

sebesar mana pun kesalahan dia pada kita, maafkan lah dia..biarkan yang selebihnya itu menjadi urusan dia dengan ALLAH..kita ni pun manusia biasa juga..kadang-kadang tu buat salah dan sakitkan hati orang lain..jadi memaafkan orang lain mungkin akan membuatkan orang lain memaafkan kesalahan kita..dan ringan-ringan kan lah mulut tu untuk meminta maaf pada orang lain..jangan tunggu sehingga hari-hari tertentu untuk meminta maaf..takut belum sampai raya ajal dah menjemput...fikir-fikirkan lah ye..^^ selamat beramal..~

p/s : teringat dekat musuh lama aku..ha3..okey lah..salam..~


Read more...

Isnin, 20 Jun 2011

JaNGaN hANYa MeNGhInA wAniTa..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye..^^ tak jawab dosa..jawan sayang..he3..^^ [comel btul ayat ni..mcm aku..ha3..suka2..] okey..! setelah terasa agak lama tak menulis, aku rasa inilah masa yang paling sesuai sebab akupun tengah cuti ni..hu3..sebelum ni asyik sibuk sertai contest lah, segmen lah, bloglist dan macam-macam lagi..[he3..aku mmg suka sertai semua ni..^^] dan selama aku tak buat entry baru, macam-macam yang aku nak luahkan..lagi-lagi bila aku sekarang ni dah ter'rajin' blogwalking..^^ he3..

p/s : gambar sumbangan pak cik google..
gambar tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah meninggal dunia..~

okey..! aku nak tanya sikit lah kan..apa pandangan korang semua pada dua gambar di atas..? hu3..mesti korang akan cakap yang
 "lelaki tu artis, Zed Zaidi..biasa je aku tengik..tak ada apa-apa yang pelik..hensem tu..!"
hu3..betul kan..? dan sekarang cuba pula lihat gambar wanita berdua tu..apa yang korang nak cakap..?
ni mesti cikaro ni..hu3..dah lah tak pakai tudung, pastu amik gambar seksi..ingat cantik ke..hu3..
nampak tak perbezaan minda kita ni..asal kan perempuan seksi sikit je kita dah kutuk bukan main..cakap dia ni tak ada maruah lah, apa lah..macam-macam..memang lah perempuan yang tak pakai tudung tu tak baik..sebab dia tidak menjaga aurat dia..tapi itu urusan dia dengan ALLAH..mungkin kita nak nasihat dia supaya dia berubah, tapi betul ke cara kita nasihat dia..betul ke dengan kita kutuk-mengutuk dia, dia akan berubah..no way...! kalau setakat kutuk tu boleh tahan lagi lah, tapi kalau yang siap buat entry tentang dia, kan dah jadi sesuatu yang memalukan..bila kita buat begitu bermakna kita dah buka aib dia..dek kerana nak buat baik, akhirnya kita juga yang dapat dosa..hurm..
jaga mulut..jangan sampai membuka aib orang lain..[google..]

okey..!cuba korang pergi padang bola petang-petang..lagi-lagi kalau time orang tengah main bola..mesti kebanyakan lelaki-lelaki yang sedang main bola  tu pakai seluar pendek je kan..mesti lah punya..jarang jumpa mereka yang pakai seluar panjang time main bola..[kalau ada pun segelintir sahaja..] tapi kenapa kita tak kutuk mereka..mendedahkan aurat juga..lagi-lagi yang kalau main, memang guna seluar yang betul-betul pendek sehingga menampakkan peha nya yang tak seberapa putih tu..[oopppss..he3..]..tak ada pula kita sibuk tulis dekat FB ke cakap :
apa nak jadi lah dengan budak lelaki sekarang ni..main bola bukannya nak tutup aurat..
kenapa tak cakap macam tu pula..? kalau lah perempuan yang tak tutup aurat memang dah kena kutuk habis-habisan tu..hu3..itulah yang aku cakapkan minda kita ni sempit..selalu mengutuk benda yang dah jadi kebiasaan untuk dikutuk..kita mengutuk tanpa rasa bersalah..sedangkan kalau ikut kan, banyak benda lagi yang boleh dikutuk..

lagi satu..lelaki yang pakai rantai..hurm..dosa..zaman sekarang ni bersepah anak-anak muda yang pakai..kenapa tak nak nasihat..kenapa tak nak kutuk..sebab pakai rantai tu tak nampak macam dosa ke..? hu3...sama je dua-dua tu..tetap mendatangkan dosa..tapi kita buat tak tahu je..malahan ada pula yang memuji mereka yang pakai rantai..
u look smart lah pakai rantai..nampak macho..
otak hang macho..! hancuurrrrr ada lah..!hu3..ni belum aku sentuh soal hisap rokok lagi..cakap tak haram lah, apa lah..memang lah dalam al-Quran tu tak ada cakap pasal haram hisap rokok, tapi kan ad ayat yang menegaskan bahawa berdosa lah kita sekiranya kita memudaratkan kesihatan diri..tak pikir kew..? sibuk betul dengan urusan hidup orang lain, sedangkan diri pun tak betul..hu3..sibuk jaga tepi kain orang sedangkan kain sendiri yang koyak..hu3..[peribahasa baru..^^ ha3..] 

dan dekat sini aku bukan lah nak mengetengahkan kesalahan orang lelaki..aku cuma nak perbetulkan minda kita..aku pun memang tak sempurna..banyak melakukan dosa..sama ada sedar atau tak..aku malu kadang-kadang bila tengok anak remaja sekarang..baik lelaki mahupun perempuan..aku tak sanggup nak tengok mereka semua terus hanyut dengan indah dunia yang sementara ni..

jadi, aku harap korang pun faham lah..nak kutuk orang tu, tengok diri sendiri dulu..nak kutuk anak orang lain, tengok keluarga kita sendiri..adil-adik kita yang perempuan tu tutup aurat ke tidak, jaga pergaulan mereka ke tidak..ni tidak, kutuk anak orang lain cakap yang bukan-bukan, tapi tengok-tengok adik sendiri pun tak tutup aurat..jaga keluarga kita..bila semua orang jaga keluarga masing-masing, maka kuranglah gejala sosial ni..hu3..ingatkan diri juga bahawa hidup ni sementara..bila-bila je boleh pergi selamanya..hurm..

maaf lah sebab membebel panjang..aku geram..! dan aku bukan hendak membela wanita, cuma sama-sama lah kita sedar yang lelaki pun perlu ditegur..hu3..kita sedap kutuk orang lain, rupa-rupa nya kita sendiri yang tak betul..hu3..aku mintak maaf lah kalau entry aku ni ada salah dan silap..kalau ada mana-mana yag salah sila tegur..aku pun insan biasa yang tak lari dari buat dosa..hu3..ok lah..salam..~
p/s : tiba-tiba teringat pula kata-kata seorang sahabat aku ni.."aku nak masuk syurga ramai-ramai..tak nak masuk sorang-sorang.." selamat beramal semua..~


Read more...

Sabtu, 18 Jun 2011

KiSaH Aku Si aNaK dErhAkA..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye semua..tak jawab anda juga yang berdosa..^^ he3..jawab makna nya sayang aku..! ha3..okey..! semua tahu kan bahawa ahad ni merupakan hari bapa sedunia..[malaysia ikut ahad minggu ketiga bulan jun..^^] hari bapa..hurm..mungkin ada orang yang beranggapan bahawa hari-hari seperti hari bapa, hari ibu adalah tidak penting sebab setiap hari kita bersama dengan mereka..namun, adakah setiap hari itu, kita buat mereka gembira,,adakah setiap hari itu, kita memberikan mereka kasih sayang yang mereka dambakan sebagai orang tua..hurm..jadi, tidak salah sekiranya kita menyambut hari-hari seperti ini selagi tidak melanggar hukum syarak yang dah ditetapkan di dalam Al-Quran..!

okey..aku seorang anak yang tidak mempunyai bapa..ibuku ibu tunggal..meraka bercerai 3 tahun lepas..semasa aku betul-betul nak ambil SPM..hurm..[dugaan ALLAH x siapa tahu bila,,hu3..] memang serius aku cakap yang aku memang agak terganggu masa tu..tuhan sahaja yang tahu..hurm...tapi, bila ibubapa aku bercerai semasa hari terakhir aku mengambil peperiksaan SPM, aku rasa bersyukur sangat-sangat..gembira rasanya bila ibubapa aku bercerai..terasa bersyukur sangat bila aku tidak akan bersama dengan ayah aku lagi.

aku memang kejam..ingat lagi bila aku membiarkan pakaian ayah aku dekat luar rumah..tanpa berasa bersalah aku meletakkan baju dia di anjung rumah..hurm..tapi saat itu, tahap kesabaran aku memang sudah berada di kemuncaknya..siapa sanggup lihat mak sendiri setiap hari menangis..? aku rela dipukul dan dicaci asalkan mak aku tidak menangis..hu3..aku mengaku..memang aku benci ayah aku..! aku paling benci dia dalam dunia ni..! segala apa yang aku miliki macam tiada gunanya selagi dia ada bersama aku sekeluarga..

duit, emas, majalah, buka...semua habis dijual..hurmm..hanya tuhan sahaja yang  tahu semuanya..bayangkan lah kalau buku adik aku pun dijual sedangkan buku tersebut nak digunakan untuk pepriksaan pada hari berikutnya..saat tu aku rasa aku lah orang yang paling teruji imannya..terasa nak mengamuk je..tapi , pujukan layu mak aku buat aku syahdu..terasa hati aku akan derita dia selama ni..hurm..memang layak lah ayah aku bercerai dengan mak aku tu..hurm...


selepas dia bercerai dan pergi meninggalkan kitorang sekeluarga, mak aku seperti hilang arah..maklumlah selama lebih 15 tahun mereka hidup bersama..siapa yang tak merasa sedih..aku..! aku tah sedih kehilangan ayah aku..! aku kan anak yang kejam...! hurm..lama-kelamaan mak aku semakin mendapat semangat nya..aku menjadi tulang belakang dia sekarang..dan terbukti kami hidup bahagia..aku, adik-beradik aku, mak alu..semua gembira..malahan rezeki kami semakin bertambah..alhamdulillah..^^

TETAPI...!! selama aku hidup, tak pernah aku diajar oleh mak aku untuk membenci ayah aku itu..dan selama kami hidup terseksa, mak aku sering mengingatkan aku supaya terus bersabar dan redha dengan semua ni..aku turutinya..kebencian aku terhadap ayah aku cuma secara zahir, bila hati marah..namun jauh di dalam sudut hati aku, aku nak merasa kasih seorang ayah..secara jujurnya aku cakap bahawa aku memang sedih bila tengok ada kawan-kawan aku yang rapat dengan ayah mereka..dan aku, cuma lah seorang anak yang tidak pernah bercakap dengan ayahnya selama 8 tahun..satu tempoh yang terlalu aku rindui..


tahun lepas, setelah 8 tahun mendiamkan diri, akhirnya aku bercakap denga  ayah aku tu..walaupun hanya dalam talian, tetapi segala-galanya aku luahkan..kesayuan di hati ni dah tak ada tandingannhya..ingat lagi, masa itu merupakan dalam bulan ramadhan..dalam kehusyukan aku solat terawih, tiba-tiba ingatan aku terarah kepada ayah aku..air mata terus mengalir..dan atas nasihat mak aku, aku kuatkan semangat menelifon ayah aku ti..dan alhamdulillah, dia memaafkan aku dan meredhai segala-galanya..tenang rasanya..~

dan selama itulah aku cuba memaafkan dia..aku sebagai anak tiada hak untuk melawan ayah aku itu..air maninya yang najis itulah yang telah melahirkan aku di dunia ni..tanpa dia siapalah aku ni..sebab itu lah mak aku selalu cakap yang sejahat mana pun ayah tu, dia tetap ayah aku..aku sematkan dalam hati kata-kata mak aku tu..aku akan ingat sentiasa bahawa dia tetap ayah aku..dan bila aku dah berjaya kelak, aku akan bawa dia tinggal di tempat yang selesa..aku ini anaknya..! dia adalah tanggungjawab aku bila dewasa kelak..!

dan untuk tahun ni..aki nak ucap selamat hari ayah untuk bapa aku itu..abah..walaupun kita memang jarang sekali bercakap bersama tetapi along merindui saat-saat itu..tidak mengapalah..along pun dah biasa..lambat laun along akan mengerti perasaan itu..^^ abah..along rindu abah..walaupun abah tak pernah sayang dekat along, tapi along sayang abah..along nak peluk abah masa hari ayah ni..tapi tu lah,,ALLAH ada perancangan nya sendiri,..kita hanya mengikutnya..walaupun abah entah di mana, doa along untuk abah tak pernah susut..^^ along sayang abah tau..doakan kejayaan along dan adik-adik..^^ sayang abah..selamat hari ayah, abah..^^ semoga abah diberi hidayah oleh ALLAH untuk kembali kejalan nya..amin..~

ok..sa;am..~

p/s : aku menulis kisah hidup ini untuk dijadikan pengajaran bersama..bukan bernaksud aku nak menghina ahli keluarga aku atau sesiapa..tetapi jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran okey..dan aku nak korang semua hargai ayah yang korang ada sekarang ni..! jangan jadi macam aku k..^^ apa-apa pun aku hanya insan biasa..bukan bermakna bila aku bercerita begini, aku akan selamanya begini..kita semua manusia..dan terima kasih kepada siapa yang sudi membaca..^^ rahsia kita ye..



Read more...