expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Memaparkan catatan dengan label kawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kawan. Papar semua catatan

Isnin, 26 Disember 2011

SaHaBAt DuNiA dAn aKHiRaT..!


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
sahabat.. selama aku berjalan di laluan ini..
tak pernah sekali pun DIA hadirkan seseorang sepertimu..
seseorang yang mampu meluluhkan air mataku..
seseorang yang bisa melembutkan kerasnya batu hatiku..
dan seseorang yang mambuatku jatuh cinta pada dia yang satu..


sahabat.. saat kau hadir, 
aku sudahpun separuh perjalanan menuju nya..
dan selama aku berjalan, aku sering alpa dan lalai dengan dugaan nya..
banyak persinggahan yang aku lalui..
banyak tempat yang aku singgahi..
tetapi tidak ada sesiapa pun yang mengingati ku tentang mati..
tetapi dengan kehadiranmu, kau mengingatkan aku..
kau memimpin aku bersamamu..
bersama menuju dia yang satu..

wahai sahabat dunia akhirat ku..
mungkin kau bukan seperti aku..
yang melihat sahabat umpama diriku..
dan mungkin kau pelik dengan sikapku terhadapmu..
kerana menyintaimu melebihi aku menyintai diriku..
tetapi aku mahu kau tahu, itu lah aku..
menyintai sahabatku melebihi aku menyintai diriku..
dan aku akan selalu begitu..


sahabat.. selama perjalan kita bersama ini..
aku banyak terluka dengan sikapmu..
aku banyak menangis karena dirimu..
kau sering melupakan aku..
kau sering mencari sinar tanpa aku disisimu..
dan aku sering mengadu pada TUHANKU..
mengadu akan segala rintihan di kalbu ku..
dan semakin aku mengadu, semakin aku tahu..
DIA mengujiku melaluimu..
demi untuk melihatku kembali kepada DIA yang satu..

sahabat.. mungkin selama aku mengenalimu..
aku tidak pernah mengucapkan aku sayang padamu..
mungkin selama kita mengikat perjanjian silaturrahim ini, aku sering menyakitimu..
maafkan aku sahabat.. aku juga hambanya..
mungkin melakukan kesalahan itu perkara biasa..
tetapi ia hanyalah sementara..
kerana aku akan cuba untuk berubah..
cuba untuk menjadi sahabat terbaik untukmu..
sahabat dunia akhirat buatmu..
kerana aku sangat menyintaimu demi TUHANKU..

sahabat..satu lagi yang perlu kau tahu sahabat..
aku cemburu pada dirimu..
aku cemburu melihat cinta mu pada TUHAN yang satu..
kenapa aku tidak begitu ya sahabat..
aku cemburu..!
aku benar-benar cemburu..
tetapi aku tahu, aku mampu jadi sepertimu..
malah lebih baik dari itu..
insyaALLAH..
sahabat.. dengan kehadiran kau disisi..
aku lebih kuat..
aku menjadi lebih gagah..
aku kini melihat segala yang dicipta, 
dengan rasa syukur tak terhingga..
aku berjuang atas nama cinta kepada-NYA..
dan dalam perjalanan ini.. kau genggam erat tanganku..
kau bisik kata semangat ke telingaku..
dan kau sentiasa tersenyum kepadaku..
itulah yang aku mahu..
selama kau ada disisiku..

sahabat.. jika aku pergi dulu sebelum mu..
jangan lah kau bersedih hati..
mungkin ini ujian buat kamu dan aku..
kerana ALLAH sudah berjanji, dia tidak akan menguji kecuali kau mampu lalui..
sahabat.. kalau aku pergi dulu..
jangan tangisi aku..
malah aku merayu padamu..
kuatkan lah semangatmu..
dan doakan lah kebahagian aku disana kelak..
insyaALLAH..

tetapi sahabat..
jika kau yang pergi dulu.. maafkan aku..
aku tidak rasa aku mampu melaluinya..
tidak ku mampu berjalan di jalan yang penuh pancaroba ini tanpamu..
tetapi aku akan berjanji.. 
aku akan mendalami hati ini.. 
akan ku robek jantung ini..
supaya menerima suratan takdir ILAHI..
dan aku berjanji sahabat, doaku akan sentiasa mengiringi pemergianmu..
supaya kau sentiasa tersenyum di sisi-NYA..
insyaALLAH..~~
P/S : khas buat semua sahabat yang mengenali diri ini.. ^^
dan saat ini mirul benar-benar merindui sahabat mirul yang sudah pergi menghadap ILAHI..
saudara hafiz.. semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat..
dan bersama-sama dengan mereka yang bertaqwa..
AL-FATIHAH






Read more...

Khamis, 15 Disember 2011

MaK AnGkAt MiruL..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^
okey..! setelah seminggu lebih mirul menyepikan diri akhirnya hati hari ni tergerak jugak  untuk update blog.. walaupun orang cakap hati ni masih lagi berat tapi nak jugak update..! RINDU KOT..!!  ha3..
soal hati ni biarlah dulu.. nanti-nanti bila mirul dah bersedia, mirul cerita ye..  :D
okey..! hujung minggu lepas. mirul ada sertai program Bakti Siswa UniMAP.. nak senang cakap program anak angkat lah.. hu3.. memang best sangat-sangat program ni.. sebab kita dapat kenal ramai orang sambil-sambil dapat keluarga angkat yang baru.. hu3.. dan alhamdulillah, mirul dapat keluarga yang bahagia n mereka menerima mirul seadanya.. walaupun mereka bukan lah dalam kalangan orang yang senang tapi mirul gembira dapat duduk serumah selama 3 hari..

kalau nak dinilai dari luaran memang lah rumahnya mungkin hanya cukup-cukup untuk mereka sekeluarga, tapi tu lah orang cakap, kuasa ALLAH ni tak siapa yang tahu kan.. mirul rasa mak angkat mirul tu selesa duduk sana dengan anak dan menantu dia.. sebab tu lah pentingnya bersyukur dalam hidup ni.. kalau rumah besar mana pun tapi kalau x reti nak bersyukur memang x lama lah kesenangan tu wujud.. seyes..!


ini lah dia mak angkat mirul.. nama dia puan rokiah saad.. umur mak angkat mirul ni 64 tahun, tapi jangan pandang pada usia tau, dia kuat lagi,.. he3.. masa mula-mula dapat dengan mak mirul ni, mirul dah rasa lain macam dah.. takut je, sebab muka dia kan agak garang kan.. he3.. [sorry mak..  ^^] tapi kan orang dah cakap, tak kenal maka tak cinta.. dia seorang mak angkat yang baik sangat-sangat.. dia buat semua nya nampak selesa dalam rumah dia tu.. sebab dia takut lah mana tahu kitowang anak angkat ni tak selesa pulak kan.. he3..


yang ni pula kawan mirul merangkap abang angkat dalam keluarga ni.. sebab dia cakap dia lahir dulu, jadi dia abang.. =="  x adil betul.. hu3.. satu keluarga akan dapat dua orang anak angkat, jadi bagi kelaurga mak angkat mirul ni, dia dapat mirul dan ali ni.. mula-mula ramai jugak yang terkejut sebab almaklumlah kan, masing-masing badan macam bapak orang, duduk serumah pula tu, memang buat habis beras je lah.. ha3.. tapi jangan ingat orang badan besar makan kuat okey..  :) kami baik.. makan pun sikit.. he3..


hah..! ni yang paling menarik sekali..  :D nampak tak cik adik manis tepi sekali tu.. yang pakai baju merah jambu tu.. he3.. dia tu cucu mak angkat mirul.. dia tinggal dekat KL tapi orang cakap kalau dah jodoh memang x kemana ..  :DD kebetulan dia balik kampung pulak.. he3.. saje je nk mengurat mirul... ha3.. mula-mula ingatkan umur dia 21 atau 22.. rupa-rupanya kami sebaya..  :D he3.. memang orang cakap tak lari gunung di kejar lah jawabnya.. ha3.. x de lah.. main-main je.. ntah2 dia dah ada balak.. huk3..  T__T

apa-apa pun program ni memang dah berjaya menyatukan satu lagi silaturrahim dalam hidup mirul ni.. dan bertuahnya bukan setakat dapat mak angkat, dengan cucu-cucu sekali pun ada.. ha3.. [gurau je ok..  :)] bak kata man mirul, bersyukurlah dengan apa yang kita dapat sebab dengan bersyukur tu, akan bertambah lah nikmat ALLAH buat kita kelak.. dan insyaALLAH mirul akan cuba jadikan mak angkat mirul  ni macam mak mirul sendiri.. tapi tetap mak mirul yang origanal yang TERBAIK..  :DD..

k lah.. nanti mirul update lagi ye.. btw, kalau korang nak tolong mirul kongsi kan pengalaman ni, sila lah tekan button LIKE dekat bawah tu.. sebab sekarang ni mirul tengah deactivate FB.. so kalau rajin tolong lah ye sebar-sebar kan pengalaman manis ni.. terima kasih..  :D  wasalam..

Read more...

Ahad, 4 Disember 2011

UnTUkMu SaHaBaT..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  :)
okey..! kalau korang perasan, sejak akhir-akhir ni, mirul selalu buat entry berkaitan dengan CINTA kan.. mungkin ramai yang pelik sebab selama ni x ada lah entry pasal cinta je.. tiba tiba je kan.. hu3..
okey..! disebabkan mirul rasa ramai yang dah tersalah faham, jadi mirul nak jelaskan semua ni okey.. :)
sebenarnya, blog memanglah tempat untuk mirul kongsi dengan korang semua tentang apa yang mirul rasa dan apa yang mirul alami.. tapi x semestinya semua yang mirul tulis tu adalah cerita tentang mirul semata-mata.. ada juga merupakan ilham dari insan-insan sekeliling mirul dan ada juga daripada luahan hati mirul sendiri.. jadi x ada istilah " Mirul Sedang Angau Bercinta" ye.. 

saya sayang kawan saya sangat-sangat..
okey..! dekat sini juga, mirul nak luahkan sesuatu untuk korang semua tahu.. sesungguhnya mirul sangat menyayangi kawan mirul melebihi mirul sayang diri sendiri.. sumpah..! bagi mirul kawan tu sangta penting dalam hidup ni.. tapi mungkin ada yang anggap kawan tu hanyalah insan biasa dalam hidup dowang, tapi mirul tak..! kawan ialah seseorang yang bermakna dalam hidup ni.. selain keluarga, kawan-kawan mirul lah yang banyak memeriahkan dan mewarnai hidup ni.. tanpa mereka mirul ni x ada apa-apa..
dan dalam berkawan, mirul banyak belajar benda-benda baru.. seyes..! mirul kenal ramai orang dan dari situ setiap apa yang dowang rasa dowang akan kongsi dan mirul akan jadikan benda tu sebagai satu pengajaran buat mirul.. sebab dalam dunia ni, tak semua orang bernasib baik kan.. sebab tu lah mirul suka dengar cerita orang supaya dapat jadikan ia satu pengajaran dalam hidup ni..  :)

demi kawan, apa sahaja..
bukan mirul nak caka apa lah, tapi mirul ni pelik sikit.. he3.. sebab mirul sanggup buat apa je demi kawan mirul.. selagi benda tu akan buat dia gembira, mirul sanggup.. seyes..! kadang-kadang tu kalau mirul terguris dalam hati sebab kawan-kawan mirul, mirul akan cuba cakap baik-baik dengan dia.. tak pun kalau susuah, mirul simpan dalam hati je dan cuba fikir positif..  :)  sebab benda tu akan membantu mirul untuk sentiasa menjaga hubungan dengan dowang.. 
kawan..sahabat.. bagi mirul sama je.. selagi dia sentiasa ada bersama kita baik semasa kita susah ataupun senang itulah kawan dan sahabat dunia akhirat kita..  :)  kalau pun dia hanya ada bila mirul sedih, mirul x kisah pun.. sebab suatu hari nanti bila dia sedih, dia akan sedar dia dah kehilangan seseorang yang sentiasa ada bersama dia dahulu.. :)  tapi alhamdulillah.. sepanjang mirul berkawan dengan semua orang, jarang yang bersikap macam tu.. sebab tu pentingnya memilih dalam berkawan.. tapi jangan terlalu memilih pula ye..  :)

saya sering terluka sebab kawan..
okey..! biasalah kan.. adat berkawan.. sedangkan lidah lagikan tergigit ni lagikan berkawan..  :) hurmm.. mirul ni jenis yang cepat terasa.. kalau korang kenal mirul memang itu cara mirul.. dan kalau mirul terasa hati, mirul bukan seseorang yang senang menipu.. kadang-kadang tu dah cuba untuk tak menunjuk sangat, tapi x boleh.. kadang-kadang tu kalau memang terasa sangat-sangat, memang buruk be be nor muka ni.. ha3..
tapi satu je mirul cakap dekat ramai kawan mirul.. sekali mirul terasa, mirul akan ingat selama-lamanya..  :) hu3.. bukan kejam atau bukan dendam, tapi itu lah prinsip mirul.. tapi kita kena sentiasa belajar untuk menerima kesalahan orang lain kan.. sebab kadang-kadang, bila kita buat salah, orang boleh terima salah kita, kenapa kita tak boleh pula kan..? hu3..

apa-apa pun ingatlah.. kawan tu kadang-kadang satu pinjaman ALLAH kepada kita bagi membantu kita menyelesaikan sesuatu masalah atau sesuatu ujian ALLAH.. dan kita kena ingat bahawa setiap yang dipinjamkan oleh ALLAH kepada kita itu boleh ditarik bila-bila masa sahaja kan..  :)  jadi hargailah sahabat anda itu seadanya.. mungkin dia sentiasa hargai anda tetapi anda hanya melihat dia sebagai insan biasa.. jadi kalau suatu hari nanti bila dia pergi jangan pernah menyesal pula ye..  :)  okey..! fikir-fikir kan.. 
wasalam..

Read more...

Sabtu, 26 November 2011

KaWaN Vs cInTa..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^
okey..! sebenarnya sebelum-sebelum ni pernah juga mirul buat entry pasal CINTA kan.. [ contohnya dekat SINI ].. tapi kali ni sekali lagi mirul nak kongsi dengan korang semua entry tentang CINTA.. hurmm..
mirul bukan lah doktor cinta mahupun pakar dalam hal-hal seperti ni tapi semua orang pernah merasa cinta kan.. jadi x salah rasanya kalau kita berkongsi pendapat tentang apa yang kita rasakan..  :)

okey..! menjadi satu lumrah dalam hidup manusia ni untuk menCINTAi seseorang kan.. macam pelik pula kalau kita x pernah rasa sayang ataupun cinta.. paling kurang pun perasaan cinta tu mesti ada antara kita dengan DIA yang satu.. hu3.. tapi cinta ni racun umpama racun.. sekali dah terkena jangan harap dengan senang-senang kita mampu ubatinya.. hurm.. perasaan pula bukan boleh dipaksa.. hati ni lain.. kadang-kadang tu mulut je cakap benci, tapi dalam hati sayang.. sebab tu lah perasaan ni x boleh dipaksa.. sebab terpaksa mana kita sayang dekat seseorang tu tapi kalau hati kata tak, memang x akan menjadi lah kan..hu3

okey..! mirul nak tanya satu soalan lah.. mungkin soalan ni selalu kita dengar dan mungkin ramai yang boleh fikirkan sendiri jawapan nya.. hu3.. macam mana kalau korang mencintai seseorang yang juga merupakan orang yang sama di cintai oleh kawan baik korang..? adakah korang akan mengalah ataupun korang teruskan perasaan tu..? mungkin ada yang akan cakap lebih baik untuk kita undur diri sebab kawan tu jauh lagi penting.. tapi mungkin juga akan ada yang bangkang.. sebab ada juga yang akan cakap, kita pun ada hak untuk bercinta.. asyik nak jaga hai orang je, hati kita siapa nak jaga.. kawan kan memahami.. hu3..masing-masing ada pendirian yang tersendiri kan dan masing-masing ada sebab kenapa mereka memilih jalan tu.. hurm..

KAWAN vs CINTA

ada pepatah cakap kawan biar beribu, kasih biar satu.. sebab kawan ni senang nak dicari.. pergi je mana-mana mesti kita akan dapat kawan.. tapi kasih yang satu ni memang susah.. lagi-lagi nak cari mereka yang benar-benar ikhlas mencintai diri kita ni.. bagai kan mencari sebutir mutiara di persisiran pantai.. semua nampak sama tapi akan ada satu yang berbeza.. itulah dia CNTA..  :)
tapi kadang-kadang tu dalam bercinta mesti akan ada ujian nya.. jangan katakan dah bercinta, belum bercinta pun dah macam-macam ujian datang, ni lagikan masa tengah bercinta.. kan2..? hu3.. antara masalah yang sering kita dengar ialah cinta terhalang gara-gara kawan kita.. hurm.. bagi sesetengah orang, mereka menganggap kawan dowang tu sebagai seseorang yang jauh lagi penting dari cinta.. sebab tu lah ada je orang yang sanggup mengalah demi nak melihat kawan dia bahagia.. hurm..

tapi sebenarnya benda tu salah..! betul..! cuba korang bayangkan lah ea.. kalau lah korang mengalah demi nak melihat kawan korang tu bahagia dengan someone yang korang sayang, lepas tu dia asyik berkepit je depan mata korang, korang rasa gembira ke..? korang mesti akan cakap "x apa lah.. asalkan dia bahagia.." x pun korang cakap macam ni "aku bahagia kot kalau tengok dia bahagia.." hu3..

wei..! mirul pun pernah sayang dan cinta dekat orang.. dan mirul pun pernah cinta dalam diam.. seyes hati ni terasa sakit sangat-sangat.. bukan senang tau kita nak melepaskan seseorang yang kita sayang.. perasaan ni bukan barang mainan.. hari ni suka guna, esok lusa kalau x suka letak tepi.. TAK..! perasaan sayang ni sesuatu yang memeritkan.. lagi-lagi kalau bab-bab melepaskan seseorang.. hurm..

dan meredhai seseorang tu pergi mungkin bisa terjadi tapi bukan dalam sehari.. melihat dia bahagia memang bisa membuatkan kita bahagia tapi bukan untuk selama-lamanya.. hari ini kita katakan kita redah dia pergi.. tapi saat kita sendiri hati ini akan menyoalkan kembali apa yang kita rasai.. hati oh hati.. hurmm.. tapi kalau benar hati ni boleh meredhai pemergian dia, dan bila kita melepaskan dia, dia akan lebih bahagia lebih baik lepaskan.. mungkin dia bukan jodoh kita.. percaya pada DIA okey..  :)

apa-apa pun selalu lah berdoa ye supaya hati ni sentiasa tenang dalam hidup ni.. belajar untuk meredhai sesuatu perkara dan selalu lah dekat kan diri kita dengan DIA.. soal jodoh biar DIA yang tentukan, tapi x salah kalau kita berusaha untuk mencari nya.. sebab doa tanpa usaha itu tidak akan membuahkan hasil kan..  :)  dan percaya lah.. kalau benar dia jodoh kita, kemana pun kita pergi.. sejauh mana pun kita berlari kalau benar dia memang milik kita dia akan tetap menjadi milik kita.. dan begitu juga sebaliknya.. jangan terlalu berharap sebab kadang-kadang harapan boleh tinggal kenangan okey..  :)  semoga ada isi yang berguna yang boleh kita ambil dari entry ni.. salam..  ~



Read more...

Jumaat, 7 Oktober 2011

aPa KhAbAr ORaNG kAmPuNG..!


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
 jawab ye salam mirul ni..tak jawab dosa..jawab dapat pahala..he3..  :) okey..! dah lama "giler" mirul tak update blog kan.. rasa bukan setakat bersawang je, tapi siap ada anai-anai lagi..he3.. [habis rosak blog ni..huk3..] tapi mirul rasa ramai yang tau kan kenapa mirul tak update.. [ha3..perasan retis lah pulak..!] bukan sebab dah kahwin atau bukan sebab mirul cuti bersalin okey..! ha3.. ni semua sebab mirul dah daftar masuk UniMAP.. jadi, kalau ada sesiapa yang dekat UniMAP ni sila lah habaq ye sebab boleh lah kita jumpa nanti.. he3..  :)
apa-apa pun entry ni bukan lah entry yang panjang lebar ok.. cukuplah sekadar nak melepaskan rindu pada blog ni dan pada kalian dan follower mirul semua.. sejujurnya masa mula-mula tak update tu rasa macam ada sesuatu je yang tak kena sebab dulu setiap hari nak update..tapi lama-lama rasa rindu tu kian surut TAPI tak sesekali pun ia padam ok..! dan sekarang ni bila dah ada peluang depan mata memang tak akan lepaskan lah kan..ha3.. [kesian roomate aku  kerana BB nya yang menjadi mangsa kerakusanku..ha3..]
jadi tunggu je lah ye entry baru mirul nanti..kalau tak malam ni rasanya esok kot mirul akan update..macam-macam cerita dah ada dalam diari ni..he3..macam-macam mirul nak ngumpat dekat korang..oopppsss...! ha3.. dan mirul nak ucap terima kasih juga lah ye sebab walaupun blog ni tak terupdate, tapi masih ada juga yang datang jenguk.. terharu pula rasanya..walaupun hanya seorang dua[ at least ada juga kan..hu3..] dan buat follower baru blog ni, selamat datang ke dunia budak kuat perasan okey..ha3..! sila lah memperasan kan diri anda ye..sebab kalau kita tak memperasan kan diri kita, x akan ada orang lain yang akan memperasan kan kita ni..ha3..[ayat macam ayat orang x betul pun ada..ha3..]
okey lah..! nak solat asar dan pergi pasar malam kejap.. :) pas solat isyak kalau x ada apa-apa mirul update okey..! salam.. ~


Read more...