expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Memaparkan catatan dengan label hidayah allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hidayah allah. Papar semua catatan

Ahad, 13 Januari 2013

Manusia dan Hidayah..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^_^
bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnian-Nya masih lagi kita diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi ini.. dan bersyukur kita kerana masih ada kesempatan untuk menebus segala dosa dan kesilapan lalu yang hanya kita dan tuhan je yang tahu apakah dosa kita itu.. 
okey..! dalam entry kali ni mirul nak berkongsi dngan kalian semua mengenai "Hidayah Itu Milik ALLAH.." yup, semua orang tahu bahawa hidayah itu milik ALLAH.. tiada siapa pun yang dapat menyangkalnya lagi.. hidayah itu diperkatakan seperti satu cahaya yang akan menerangi jalan kita menuju DIA yang satu.. hidayah ini juga menjadikan kita sebagai hamba-Nya yang semakin dekat dengan DIA yang hakiki.. berutung bukan golongan yang memperoleh hidayah ni.. :)

kisah seorang Sahabat  :)
mirul ada seorang sahabat yang pada pertemuan pertama kami, mirul rasa dia hanyalah seorang wanita biasa yang zahirnya sama seperti wanita lain.. gemar ber't-shirt' dan mengenakan seluar, selesa katanya.. dia ni pada pandangan mirul seorang yang ceria dan kadang kala banyak cakap pun ada.. hehehe.. dan nak dijadikan cerita kami ni satu kelas semasa kami sama2 dekat matrik dulu.. 

dan seingat mirul pertemuan kedua mirul dengan dia ialah masa dalam kelas, dah nama pun sekelas kan jadi dekat situ lah kami mula kenal sesama sendiri.. dia ni antara kawan perempuan yang mirul selesa bergurau sebab hati dia ni hard-core sikit.. hahaha.. dan disebabkan itulah mirul dengan dia ni macam anjing dengan kucing, pantang bertemu ada je nak bergaduhnya.. hahaha..


dan antara pertemuan yang paling mirul ingat ialah sewaktu kami 4 orang nak study sama-sama katanya.. dalam 4 orang tu, dia sorang je perempuan.. dan mirul memang terkejut beruk lah kan bila masa diskusi tu dia datang pakai sweater je, dan dengan hanya menggunakan hood, dia tutup kepala dia.. :O *dia free hair ke..?

tapi mirul x adalah terus judge dia dari cara dia macam tu sebab mirul pun sebelum ni pernah je tengok orang yang pakai tudung masa di sekolah tapi bila keluar rumah tudung nya tertinggal dalam rumah.. cuma saat tu mirul x sangka lah dia jenis yang on/off, sebab nampak gaya macam x.. hehehe..

dan nak dijadikan cerita dua orang kawan mirul ni pun kapel, bercinta bagai nak rak dan akhirnya sama-sama berjaya menamatkan matrikulasi dengan kejayaan masing-masing.. begitu jugak mirul, habis matrik terus x jumpa dia.. paling koman pun chat dekat FB, x pun mesej cakap rindu.. muahahaha.. dan mirul perasan yang semakin lama dia semakin berubah ke arah yang lebih baik.. :) dia dah x tinggal dah tudung dia, dah melekat kot dekat hati tu.. <3


cuma sejak dua menjak ni mirul tengok dia semakin istiqomah.. mungkin semua ini gara-gara dia diputuskan oleh kawan mirul tu kot.. yup, dia kecewa, mirul nampak dia sengsara.. siapa x sakit kalau kekasih hati buat macam tu kan.. mirul pun kalau kena macam tu akan menangis, sedih.. huhuhu.. sebab apa? sebab kami x meletakkan sepenuh hati dan cinta kami kepada ALLAH.. cuba masa tu mirul memberi sepenuhnya tanpa ada sedikit pun kurangnya, pasti jika mirul dikecawakn mirul masih tersenyum kerana ALLAH kan ada untuk mirul.. :)

dan kini alhamdulillah, kawan mirul tu semakin kuat dan dia menjadi semakin dekat dengan ALLAH.. walaupun kita x dapat menilai sejauh mana dia sekarang, tapi mirul nampak dia cuba berubah.. mungkin kerana kekecewaan yang teramat sangat tu dia bangkit lalu diberi peluang oleh ALLAH untuk merasa secebis hidayahnya.. beruntung kan dia.. :') mirul doakan dia semoga dia terus istiqomah menjadi muslimah sejati.. terus berusaha mendapatkan hidayah ALLAH supaya diri terus kuat menhadapai segala rintangan kelak.. dan lagi sweet kalau kau pakai tudung labuh sikit.. auwww.. hahaha.. :D


رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ (٨) رَبَّنَآ إِنَّكَ جَامِعُ ٱلنَّاسِ لِيَوۡمٍ۬ لَّا رَيۡبَ فِيهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُخۡلِفُ ٱلۡمِيعَادَ (٩

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (8) Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (9)


moral of the story mory : kadang kala ujian ALLAH ni datang dalam pelbagai bentuk.. dan percayalah bahawa setiap ujian yang datang tu ada hikmahnya.. dan tidak ALLAH uji seseorang itu melebihi kemampuan mereka.. :) dan percayalah bahawa setiap kemanisan itu harus melalui kesukaran dan kepahitan.. bukan senang nak senang bukan.. semoga kita semua terus Istiqomah dan mendapat hidayah ALLAH.. amin.. wasalam..~


Read more...

Jumaat, 23 Disember 2011

AkU mAlu PaDaMu Ya ALLAH..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

YA ALLAH.. aku malu padamu..
aku malu sekali ingin memohon kemaafan darimu YA ALLAH..
terasa dosa yang aku pikul selama ini besarnya x terkira..
terasa seperti tidak layak untuk aku memohon kemaafan darimu..
kerana..
selama aku merasa nikmat dunia ini, jarang sekali aku terfikir akan dirimu..
namun saat kau datangkan dugaan dan cubaan, aku meratap kesedihan..
saat itu baru aku terfikir akan dirimu YA ALLAH..


YA ALLAH.. aku sering tertanya..
sering tertanya kenapa kau menguji aku sebegini..
sungguh berat ujian mu YA ALLAH..
kadang-kala hatiku membentak, 
"kau tidak adil YA ALLAH.."
kau sungguh tidak adil terhadapku..
mereka yang lain juga hambamu.. meraka juga seperti aku..
mereka juga melakukan dosa dan maksiat..
tetapi kenapa aku yang engkau pilih untuk terima semua ini..
kenapa..!!

tetapi kini..

YA ALLAH.. terima kasih atas segalanya..
terima kasih kerana kau memberikan dugaan dan ujian ini pada aku..
terima kasih kerana masih mengingati hambamu ini..
mungkin dulu aku menangis kerana mendapat ujian darimu..
tetapi hari ini aku turut menangis apabila mendapat ujianmu..
namun tangisan aku berbeza..
aku menangis gembira.. aku menangis bersyukur..
kerana dengan ujian dan dugaan mu itu, aku akan lebih kuat..
aku akan lebig tabah menuju redahmu..

YA ALLAH.. berikan aku kekuatan..
berikan aku kekuatan untuk menempuh segala dugaan mu..
semoga aku tabah menghadapi segala apa yang akan aku tempuhi..
dan kau redhakan lah aku dengan segala ketentuanmu YA ALLAH..
kerana mungkin aku tidak kuat..
mungkin hatiku masih lemah dan tidak berdaya..
untuk menghadapi ujian dan dugaan mu sekali lagi..

YA ALLAH.. aku ingin kau tahu..
aku cemburu pada mereka..
aku cemburu pada mereka yang mendapat hidayahmu..
kenapa tidak aku yang engkau pilih untuk menerima hidayahmu YA ALLAH..
malah engkau biarkan aku terus sesat dalam keindahan dunia..
kau biarkan aku hanyut bersama mereka yang engkau benci..
kenapa YA ALLAH.. kenapa..


YA ALLAH.. yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
aku memohon kepada mu YA ALLAH.. 
aku memohon kepadamu untuk merasai hidayahmu..
biarpun hanya sesaat kau memberi, namun indahnya menerima hidayahmu..
melihat mereka yang mendahuluiku dalam larian ini, aku cemburu..
mereka begitu mencintaimu dengan penuh rasa cinta yang abadi..
sedangkan aku masih lagi tercari-cari akan sinarmu..
dan aku sedar, mencari hidayahmu bukan lah mudah..
mendapat hidayahmu bukanlah mainan..
aku pasrah.. :)
aku akan tetap berusaha mencari hidayahmu, 
agar aku akan lebih dekat kepadamu..
agar hidup ini akan lebih bermakna dengan rahmatmu..
amin..amin..ya robbalalamin..~




Read more...

Isnin, 7 November 2011

GiLiRaN aKMa Af3 puLa..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. isyaALLAH..  :)
okey..! tadi masa tengah tengok cerita "Wanita Hari Ini" [kantoi sudah aku tengok cerita ni..ha3..tadi x sengaja lah.. XD ] dekat TV3, mirul terkejut tengok satu artis wanita ni...hurm.. sebenarnya mirul bukan lah tengok pun cerita-cerita wanita ni sebab lelaki mana kot suka tengok rancangan macam tu.. he3.. pelik pulak kan nanti.. =,="

tapi apa pun tadi memang mirul duduk diam depan TV tu mengamati apa yang dowang bincang dan perbualkan.. tajuk dia ialah "tutup buku lama, bukak buku baru" [lebih kurang macam tu lah.. kalau salah jangan marah.. ha3...] tapi bukan tajuk tu yang mirul nak highlight kan dekat sini, tapi mirul nak kongsi dengan korang tentang artis jemutan untuk hari ni.. hurm..
mungkin ramai yang kenal dengan gadis kelahiran program realiti Akademi Fantasia 3 (AF3) ni iaitu Akma.. mungkin kini dia semakin suram dalam dunia hiburan tetapi dulu mirul percaya ramai yang mengenalinya.. lagipun kan masa akma ni dekat AF, dia kan satu batch dengan mawi.. huk3.. jadi secara x sengaja orang pun akan kenal dia.. hu3.. 

apa yang mirul nak sampaikan ialah, dia kini sudah pun bertudung.. ye..! bertudung...! memakai kain di kepala untuk menutup rambut dan aurat bagi wanita.. alhamdulillah.. akhirnya ALLAH bukan kan juga pintu hidayah buat dia.. hurm... mirul tahu berita ni pun dari racangan WHI tu lah.. mula-mula agak terkejut juga sebab x sangka lah dia akan bertudung kan, tapi rasa lega sebab akhirnya dia berjaya mendapatkan hidayah untuk dirinya..

^_^

nampak sifat keibuan sikit..he3..

:) nice..

apa-apa pun kita doakan lah yang terbaik buat akma ni.. kalau betul niatnya berubah kerana ALLAH, insyaALLAH segala-galanya akan berjalan lancar.. mungkin dia juga akan memikirkan perkara yang sama dengan artis yang lain iaitu memakai tudung hanya akan menutup pintu rezeki mereka namun mereka silap.. ALLAH itu maha adil.. segala ketentuan oleh nya adalah yang terbaik buat kita.. semoga kita semua akan mengambil ikhtibar dari semua ni dan selalu lah memperbaiki diri ini agak terus mendapatkan kasih sayang ALLAH..  :)  amin..~
p/s : okey lah.. mirul nak tengok fairy odd parent pulak.. ha3.. salam..~
jangan lupa komen..  XD


Read more...