expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Memaparkan catatan dengan label bersyukur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bersyukur. Papar semua catatan

Khamis, 4 Julai 2013

Kelebihan Candy Crush..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
dengan nama #ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

ASSLAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa, jawab dapat pahala. insyaALLAH amin.. alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaannya dapat kita terus bernafas di muka bumi milik #ALLAH ini.. bangun je dari tidur jangan lupa bersyukur kepada #ALLAH kerana telah menghidupkan kita setelah mematikan kita buat seketika.. begitu lah juga dalam kehidupan seharian, dalam setiap perbuatan jangan lupa untuk bersyukur.. 

okey..! dalam entry kali ni mirul nak berkongsi sedikit dengan sahabat semua tentang hobi terbaru mirul di waktu lapang.. hahaha.. kalau ada orang suka buat itu, buat ini mirul sekarang ni pantang je ada masa lapang pasti nak main game Candy Crush.. hahaha.. bak kata kawan, mirul ni dah ketagih dengan game ni.. padahal bagi mirul, biasa-biasa je.. lalala.. :p


ingat lagi masa zaman muda-muda, antara game yang mirul kemaruk nak main ialah game Farm Villa.. kalau dapat semak harta kekayaan dalam ladang mirul setiap hari mau tersenyum sampai ke telinga.. hahaha.. almaklumlah, nak beli tanah sebenar mahal tu yang mampu beli dalam FB je.. muahaha.. lepas berapa lama, mirul dah x sentuh dah game-game ni semua.. serik sebab takut ketagih sampai lah dua tiga bulan yang lepas.. godaan demi godaan mirul cuba tepis tapi nampaknya iman x berapa kuat, termain game Candy Crush ni jugak.. hahaha..

tapi korang jangan fikir yang game ni x ada manfaat ok.. sebenarnya banyak kot manfaat yang dapat kita perolehi bila main game ni terutamnya game Candy Crush ni.. kalau korang tak percaya ada manfaat korang kena baca sampai habis entry ni.. kalau lepas ni korang rasa macam nak main pulak tiba-tiba, jangan salahkan mirul pulak.. :p

kelebihan game Candy Crush...!

yang pertama,
melalui game ni kita diajar untuk bersabar dalam menghendakkan sesuatu perkara.. 

mana tak nya, kalau korang bukak-bukak je game ni loading nya bukan main lama lagi.. lagi tak menahan kalau korang bukak guna wifi kolej ke apa kan.. hahaha.. bak kata kawan mirul, siput sedut jalan pun lagi laju tau tak.. sebab tu suka balik rumah, wifi laju.. hahaha.. tapi kalau tak laju memang sakit nya hati ni menunggu.. tangan ni pulak jenis yang tak penyabar.. hahaha.. memang kena lah.. :D

tapi menunggu nak mula tu boleh tahan lagi.. bila sampai part nak tunggu nyawa penuh, perghhh memang menanah lah hati menunggu.. bayangkan satu nyawa ambik masa sampai 23 minit macam tu lah nak penuh.. tu baru satu, kalau nak tunggu lima nyawa tak bengkak hati ni.. hahaha.. nak tak nak kena sabar je lah menunggu kan.. huhuhu.. nak tunggu nyawa penuh lama, tapi nak habiskan tu cepat je.. -_- stress..!


yang kedua,
melalui game ini jugak kita dididik untuk saling bantu membantu.. 

dalam game ni kita amat digalakkan untuk memberi bantuan kepada kawan-kawan lain bagi memudahkan mereka  bermain game ni.. hahaha.. kadang-kadang tu kalau nak cepat, entah siapa-siapa je kita tolong dia.. hahaha.. malas nak pilih, jadi tekan ok je lah.. senang kan nak tolong orang..? hahaha..

adat menolong orang pasti kelak kita akan ditolong balik.. hari ni kita tolong orang susah, esok lusa bukak-bukak je game ni mesti akan ada yang akan tolong kita balik.. hahaha.. kadang-kadang kita pun x perasan bila kita tolong dia.. tapi bila orang dah tolong takkan kita nak tolak ye dak..? lalala.. :p


yang ketiga,
mengajar kita untuk terus berusaha hingga berjaya..

siapa cakap Candy Crush ni tak bagus..? korang tau tak yang melalui game ni kita telah diajar supaya tidak mudah mengalah dan terus berusaha hingg berjaya.. mana tak nya, kalau dah habis kelima-lima nyawa kita gunakan kita kena tunggu nyawa tu untuk penuh.. bila dah penuh baru lah kita boleh main lagi.. bila sekali gagal, kita akan rasa nak cuba lagi.. gagal lagi, cuba lagi.. sampai lah kita berjaya habiskan dari level 1, perasaan bangga dalam diri tu bukan kemain.. padahal orang lain siap dah nak main balik semua lagi.. hahaha..


mirul sampai dah nak naik geram dengan game ni.. masalahnya kalau nak dengki pun cukuplah sehari dua je gagalkan mirul.. ni kadang-kadang sampai lima enam hari mirul cuba untuk lepaskan satu level tu.. dan setakat ni yang paling lama mirul main ialah level 26, serious stress giler main level tu.. dari mirul dekat perlis sampailah balik rumah tak lepas-lepas.. grrr..~

kaitan Candy Crush dengan kehidupan..

sebenarnya game apa pun yang kita main, kalau game tu best memang kemaruk lah nak habiskan setiap level yang ada.. makin lama makin susah setiap level yang kita lalui tu.. sama macam kehidupan kita, bermula dengan benda yang mudah-mudah je masa kecik.. tapi makin kita membesar, makin banyak dugaan nya.. tapi kita kena terus berusaha, jangan mudah mengalah.. nak terus ke 'level' seterusnya hati kena kuat, percaya setiap yang berlaku tu #ALLAH dah aturkan yang terbaik buat kita.. :)

bila kita dah selesaikan satu level, perasaan gembira tu bukan main kepalang.. lagi-lagi kalau markah kita tinggi.. kalau boleh tag kawan memang dah lama buat.. hahaha.. apakan daya, hanya mampu berkongsi sahaja kegembiraan ni dengan kawan-kawan.. :p


kesimpulannya nak main Candy Crush ni tak salah, tapi jangan sampai kita habiskan masa main game ni je.. kalau dah sampai membazir masa tu bukan bagi manfaat, bagi musibah ada lah.. hehehe.. nak main boleh, tapi kena sesuai dengan masanya.. ni masa tengah kerja nak main memang x sesuai lah.. dah lah guna internet pejabat, memang tak patut.. hahaha.. buat-buat bersabar, balik rumah main lah puas-puas..

main pun beringat lah sikit.. kalau dah masuk waktu ke, solat lah dulu.. bukan hanya main game ni je, kalau game-game lain pun sama.. kalau dah tiba nak waktu solat tu buat-buat lah berehat dulu.. lepas dah solat kalau nak main sampai lebam pun mainlah, x ada orang nak marah.. hahaha.. apa-apa pun kalau ada antara korang yang main game ni jangan lupa tolong send live dekat mirul k.. muahahaha.. mirul ni senang sangat habiskan nyawa, almaklumlah baru nak bermanja-manja dengan game ni.. muahaahah.. ingat tau..! jangan lupa.. :p wasalam..~

Read more...

Khamis, 12 April 2012

nIkmAt yaNg DIsiAkaN...!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSLAMUALAIKUM W.B.T.

jawab ye salam mirul ni, tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^ okey..! ALLAH dah berjanji bahawa kalau kita bersyukur atas segala nikmat yang diberikan, maka ALLAH akan tambah nikmat tu.. kita ni sebagai hamba-NYA perlulah percaya akan janji-janji ALLAH ni.. jadi setiap kali kita dapat sesuatu yang baik mahupun tidak, bersyukur lah pada ALLAH.. insyaALLAH segala nikmat tu akan bertambah.. :)

dalam entry kali ni mirul nak kongsi sedikit dengan anda semua tentang PTPTN.. ye, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.. mirul percaya, kebanyakan pelajar yang sedang menuntut di kebanyakan instiusi pembelajaran tinggi awam mahupun swasta akan mendapatkan bantuan ptptn ni.. sebab kebanyakan dari kita ni tidak berkemampuan untuk belajar tanpa mendapatkan bantuan dari mana-mana pihak.. itu adalah normal.. hu3.. 

tetapi bagi pelajar yang mempunyai keputusan yang baik, mereka x memerlukan ptptn, sebaliknya mereka ni semua akan ditaja oleh mana-mana pihak seperti JPA, Petronas, Proton dan lain-lain lagi.. dan kalau dikira jumlah mereka yang menerima biasiswa berbanding mereka yang mengambil ptptn memang berbeza.. nama pun biasiswa kan, memang yang terpilih je yang layak.. hu3.. kalau setakat keputusan paras-paras hidung x payah nak berangan lah.. tapi apa-pa pun semua tu rezeki dari ALLAH kan.. :)

tapi mirul bukan nak bercerita tentang biasiswa.. mirul nak memberikan pendapat mirul mengenai ptptn ni.. okey..! ada orang cakap ptptn ni banyak makan riba'.. bunga je sampai 3% dari pinjaman.. maklumlah, pinjam sikit tapi nanti bayar banyak.. lama pula tu nak habis.. hu3.. ada lagi tu pula cakap ptptn ni hanya menyusahkan rakyat je.. nak bayar balik tu bukan nya sekejap.. entah-entah sampai pencen pun x habis.. kalau anak ramai, semua kena guna ptptn untuk belajar, mahu mak ayah pengsan nak bayar balik hutang-hutang tu semua.. hurmm.. 
mirul sebenarnya x faham dengan golongan-golongan manusia macam ni.. mereka merungut pinjaman ni mahal lah apa lah, tapi ereka x sedar yang sebenarnya pinjaman tu lah yang dah tolong mereka sampai mereka berjaya dapatkan apa yang mereka kejar.. kalau lah x ada ptptn ni, mirul rasa ramai yang x sambung belajar.. sebab ramai yang x mampu.. mirul pun rasa kalau ptptn ni x ada, memang mirul x akan sambung belajar.. duduk rumah goyang kaki.. x pun jadi cashier dekat mana-mana pasaraya je.. hu3..

okey..! kita berbalik semula kepada konsep syukur..! bila kerajaan dah bagi pinjaman dekat kita, bersyukur je lah.. ingat senang ke kita nak dapatkan bantuan kewangan, kalau kerajaan x bagi.. nak pinjam along..? kalau rasa x nak hidup lama boleh lah.. hu3.. kerajaan x de pun ugut-ugut kita masa nak bagi pinjaman tu.. ada kerajaan suruh kita pajakkan rumah ke, tanah ke sebab nak pinjam ptptn..? x ada kan.. tu pun kita x sedar lagi ke.. manusia oh manusia.. 
dan dekat sini mirul nak bagi sedikit cadangan lah ea dekat mereka-mereka yang rasa ptptn ni menyusahkan.. dengar sini baik-baik.. ptptn dah janji, kalau kita dapat "1st class honour" bayaran x akan dikenakan langsung terhadap kita ni.. jadi kalau rasa x nak bayar balik ptptn, belajar pandai-pandai, jawab peperiksaan baik-baik, dapatkan "ast class honour" tu.. lepas belajar x payah pikir nak bayar hutang semua ni.. kan senang.. daripada korang merungut dekat kerajaan cakap ptptn ni mahal lah apa lah, baik belajar pandai-pandai okey.. :) nak seribu daya.. x nak seribu dalih..

apa-apa pun, dalam dunia ni mirul nak cakap yang x akan ada benda percuma.. itu satu kenyataan yang harus kita ketahui.. dan lagi satu mirul nak cakap, malaysia ni lah antara negara yang memberikan bantuan pendidikan kepada pelajar mereka.. kalau anda semua x percaya, tanya lah rakan-rakan dari negara lain.. mereka nak belajar bukan senang.. kerajaan mereka x bagi pinjaman pun.. kalau ada pun khas untuk mereka yang pandai-pandai je.. kita ni dekat Malaysia, yang gagal SPM pun dapat pinjaman.. hu3.. jadi sedar diri sikit... jangan asyik merungut je.. nanti ALLAH tarik nikmat tu baru tahu.. jadi selamat bersyukur wahai pembaca semua.. insyaALLAH nikmat tu akan bertambah.. ^^ wasalam..~


Read more...