expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 27 Januari 2012

pErPuStAkAaN UniMAP..!


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^ 
hurmm.. okey..! mirul tengok, kita sering bangga dengan benda-benda atau pun bangunan rekaan omputeh.. x kisahlah apa pun mesti kita akan rasa kagum kan.. hu3.. memang tak dapat nak dinafikan yang mereka akan mencipta sesuatu benda itu dengan penuh kretif dan inovatif.. tapi dalam hanya melihat ke arah negara barat, apa salahnya kalau kita memandang di bumi sendiri.. tempat di mana kita berpijak.. sebab kalau kita sendiri yang tak nak berbangga dengan hasil buatan negara kita, jangan haraplah orang luar juga akan memandangnya.. kan2..? jadi berbangga lah menjadi rakyat Malaysia okey..  :D

disebabkan itu, hari ni mirul nak kongsi dengan korang semua tentang gambaran perpustakaan UniMAP yang telah siap dibina.. bukan lah nak riak atau apa, cuma nak buat korang rasa cemburu je sebab kitorang ada perpustakaan baru.. perpustakaan yang sangat elegan dan sejujurnya memang sangat-sangat osem..  :D  walaupun ianya belum boleh dilawati, tetapi berdasarkan gambar-gambar yang diupload di Facebook, memang perpustakaan ni sangat cantik.. kalau x percaya tengok gambar-gambar ni.. :)

comel kan warna nya.. menyala-nyala.. gerenti mata tak mengantuk.. he3..

yang ni rasanya kalau nak cari buku.. sebab bila terlalu banyak buku nak cari oun susah..
jadi kena lah guna kecanggihan teknologi..  :)

alolo.. comel kan.. ha3.. ada yang komen cakap dah macam dekat taska..
ada tu cakap rasa macam dekat wonderland pun ada.. ha3..
apa-apa entah.. yang penting cute..! he3..

perpustakaan korang ada macam ni..?
 dah macam shopping mall kan..? he3.. cantik sangat2..  :D

nice2.. jangan berdua-duan sudah.. he3..

tempat study yang nampak tenang.. warna hijau membuatkan otak bergerak..
jadi susah nak mengantuk bila belajap..  :)

yang ni rasanya tempat menonton televisyen.. 
kalau betul lah, memang tidur terus lah dekat sini.. he3..

kerusi urut ogawa..! ha3.. mana ada, ni pun tempat study kot..
x pun tempat nak relek2 kejap lepas penat belajar.. :)

yang ini bukan cafe ok..! ha3.. ni pun tempat belajar juga.. walaupun nampak macam meja makan, tapi kalau nak berbincang memang sesuai.. he3.. (dating pun boleh..! hwa3.. :D )

ni bukan bilik mesyuarat pensyarah okey..!
ini adalah ruang diskusi pelajar.. boleh buat perbincangan juga dekat sini..
elegan kan..? memang nampak macam bilik mesyuarat.. seyes cool..!

sebab tu lah mirul cakap, orang Malaysia pun boleh apa.. :) menghasilkan sesuatu yang luar biasa dan menakjubkan.. walaupun tidak sehebat di negara omputeh, tapi kita ada identiti sendiri.. kita tak perlu untuk menjadi seperti orang lain kan sebab kita adalah kita.. macam juga manusia. buat apa nak jadi seperti orang lain sedangkan tuhan dah jadikan kita dengan sempurna.. kita ada kelebihan tersendiri.. jadi bersyukurkah :)

dan diharapkan apabila perpustakaan ni siap untuk digunakan, para pelajar akan dapat memanfaatkan sepenuhnya segala kemudahan yang disediakan.. jangan pula nak mengambil kesempatan sebab kalau lihat banyak je tempat-tempat yang sesuai untuk mereka ber"dating".. kita tahu siapa diri kita dan kita tahu apa yang kita lakukan.. tak perlu lah nak tunggu kena marah sebab kita tahu ALLAH itu sentiasa memerhatikan kita.. tak kira di mana kita berada.. jadi manfaat apa yang ada sebiknya..

komen pelajar..
bermacam-macam raksi dan respon yang diterima apabila gambar-gambar ni didedahkan di facebook milik perpustakaan UniMAP.. ada yang sangat teruja dan tak kurang ada juga yang mencari kesalahan nya.. biasalah.. lumrah manusia.. apa-apa pun mungkin kekurangan tu boleh diperbetulkan.. dan sebab tu mirul cakap, sebagai pelajar kita tahu apa tujuan kita nak ke perpustakaan tu.. kalau rasa nak buat
 maksiat baik x payah datang.. hu3.. dan pihak perpustakaan pun dah berjanji untuk memastikan pengawasan aakn dilakukan dari masa ke semasa suaya semua perkara yang tak diingini tidak berlaku.. insyaALLAH..

kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai perpustakaan UniMAP ni, boleh lah klik link bawah ni ye.. ni ialah page perpustakaan UniMAP di facebook.. :) dekat sini ada lebih banyak gambar-gambar yang menarik.. tak rugi pun kalau nak tengok.. asalkan jangan jealous je.. ha3..  :P


okey lah.. rasa cukup lah sampai sini mirul membebel.. nanti takut jadi riak pula.. ha3.. kalau rasa nak share entry ni sila lah LIKE ye.. bukannya susah pun kan.. he3.. okey..! assalamualaikum..  :)

Read more...

Khamis, 26 Januari 2012

TeGuRaN BeRhikMAh..!


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^
okey..! hari ni mirul nak kongsi dengan korang semua tentang satu perkara yang biasa kita dengar tapi jarang kita ambil iktibar darinya.. hu3.. dan macam biaslah, semoga apa yang mirul tulis ni sedikit sebanyak akan membantu kita semua untuk menjadi hamba ALLAH yang diredhai.. amin..~
okey..! dalam dunia ni, x ada satu manusia pun yang sempurna.. x kisah lah siapa pun dia, pasti ada kekurangannya.. seberapa sempurna pun dia pasti ada kekurangan.. sebab ALLAH tu kan adil.. ^^ mungkin dia lebih dekat bahagian ni, tapi dekat bahagian lain ada kurangnya.. itulah lumrah manusia.. 

terima teguran..
salah satu kelemahan kita sebagai manusia ialah susah sangat nak menerima teguran orang.. x kira lah siapa pun yang menegurnya mesti dalam hati tu akan ada sedikit rasa x puas hati.. rasa geram... paling tak pun dalam hati mesti akan cakap "dia tu macam bagus sangat je nak tegur-tegur orang.." hu3.. lumrah manusia.. ditambah lagi dengan hasutan syaitan, makin membara lah perasaan tak puas dalam hati tu.. hu3..
kadang-kadang kita pun macam tu juga.. bayangkan lah ea, kalau kita tengah syok-syok buat sesuatu tiba-tiba ada orang datang kemudian cakap apa yang kita buat tu salah.. kalau kita ni jenis yang ok x apa, tapi kalau dapat yang jenis hati batu, yang panas baran mau kena penampar sekali.. he3.. yang tu boleh tahan lagi, kalau dapat yang jenis mulut leaser, amik kau..! 

sebab tu kalau kita nak menegur orang ni kena fikir dulu apa yang kita nak cakapkan.. bukan main sembur je.. sebab kita tak tahu lagi apa reaksi dia bila kena tegur.. walaupun kita tahu kita betul sebab dia melakukan kesalahan tersebut, kita tetap kena bersedia.. sebab manusia ni rambut je sama hitam, tapi hati lain-lain.. ingat senang-senang ke orang boleh terima teguran kita.. kalau tak kena pada masa dan caranya memang susahlah.. tapi kalau kita buat dengan cara yang mereka senangi insyaALLAH mereka akan terima dengan hati yang terbuka.. :)

husnuzon..
bila kita kena tegur, senyum dan terima teguran tu dengan hati yang terbuka.. tak kisah lah yang tegur kita tu kawan kita ke, ahli keluarga kita ke, jiran ke, cikgu@pensyarah ke, sesiapa je lah.. tak salah kan terima teguran tu.. mungkin kita memang salah.. sebab manusia ni, mana ada yang sempurna.. hu3.. kadang-kadang tu kita rasa kita ni macam betul sebab apa yang kita buat bukannya salah.. tapi masih kena tegur.. jadi, bersangka baik je.. mungkin memang kita salah, siapa tahu kan.. hu3..

jadi bila kita kena tegur dengan seseorang tu, terima dan fikir-fikirkan apa yang ditegur.. kalau memang kita yang salah maka cuba perbetulkan.. x salah kan..? sama-sama dapat faedahnya.. dia dapat pahala dan kita pun dapat juga.. tapi kita lah yang dapat lebih, sebab kita dapat berhijrah dari sesuatu yang kurang baik kepada yang lebih baik.. insyaALLAH..  :) 

dia juga manusia..
hurmm.. dalam dunia ni ada macam-macam jenis manusia.. dalam soal tegur menegur ni lagi lah banyak kerenah dan perangai.. ada yang pantang kena tegur.. bila kena tegur, mula lah kutuk orang tu.. cakap macam-macam.. "konon berangan nak tegur orang, tapi diri sendiri pun x betul juga.." hu3.. tu baru sikit, ada tu yang sanggup memaki hamun depan-depan lagi.. memang menakutkan.. hu3..

apa-apa pun, kita kena sedar, orang yang menegur kita tu juga manusia.. mereka juga x lari dari membuat kesalahan.. menegur kesalahan orang lain(berdakwah) dah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat islam.. nak tak nak kalau kita tahu ada orang lain membuat kesalahan dan kita boleh menegurnya, kita kena tegur juga.. dia nak terima atau tidak itu tanggungjawab dia.. kita dah tunaikan apa yang perlu kita lakukan.. 
soal siapa dia atau apa pangkat dia tu bukan soal utama.. sebab ilmu yang disampaikan tu lagi penting.. walaupun budak kecil yang menegur kita, kita kena terima teguran tu.. memang lah kalau dibandingkan usia kita dengan dia, tapi mungkin dia tahu sesuatu yang kita sendiri tak pasti tentang itu.. ilmu ALLAH ni luas, jadi mungkin ada satu dua perkara yang kita terlepas pandang kan.. hu3..

sabar..
bila kita tegur, dan kemudian orang tersebut marah balik.. itu pun lumrah.. jadi apa yang boleh kita buat ialah, sabarr..  :) memang lah berkata itu mudah, cuba kita kena depan-depan mata baru tau senang ke susah bersabat tu, tapi cuba latih diri bersabar.. x luak pun kalau kita bersabar, malah sabar tu akan lebih bermakna buat kita.. percayalah..!
bila kena marah sekali, jangan mengalah dan takut pula untuk menegur di lain masa.. biasalah, orang kalau nak berdakwah ni memang banyak dugaan nya.. bukannya senang.. syaitan tak suka.. sebab tu seboleh-bolehnya syaitan akan menghasut manusia untuk melawan perkara-perkara yang sebegini.. ditiupnya ke telinga manusia sifat bongkak dan sombong supaya apabila ditegur orang lain, dia akan merasakan yang dirinya cukup baik untuk ditegur.. itulah kerja syaitan..

sebab itulah apabila ditegur, fikir kan balik apa yang diperkatakan itu.. walaupun kita rasa betul kadang-kala kita juga melakukan kesilapan kan.. orang lain tak akan menegur kita kalau kita buat benda yang betul.. melainkan benda tu salah baru kita akan ditegur.. jadi fikir-fikirkan lah dan selamat beramal..

okey lah.. semoga korang dapat sesuatu dari entry ni.. walaupun sikit tapi percayalah, ada juga isinya.. semoga kita semua ambil dan amalkan apa yang kita tahu ni.. kalau rasa nak dapat pahal, jom kongsi entry ni.. insyaALLAH bermanfaat.. :) semoga kita sama-sama mendapat redha dan rahmat dari ALLAH s.w.t.. amin..~~



Read more...

Isnin, 23 Januari 2012

pAnDangAn ALLAH Vs pAnDaNGaN MaNUsIa..!


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^
okey..! kali ni mirul nak kongsi sedikit perkara yang sebenarnya dah lama mirul nak kongsi dengan anda semua.. tapi disebabkan kekangan masa, terpaksa lah tangguh dulu perkara ini.. jadi memandangkan sekarang ni memang mirul tengah ada banyak masa(sebab cuti sem), x salah rasanya mirul kongsi kan.. he3..
okay..! sebenarnya benda ini mudah.. tapi ingat..! jangan memandang sesuatu perkara yang mudah itu sebagai satu benda yang remeh, sebab kadang kala benda yang mudah itu lah yang akan buat kita susah kelak.. macam  dalam pelajaran, dimana pada permulaan subjek kita rasakan yang tentu awal-awal nya senang.. jadi kita malas nak belajar, kita main dan berseronok.. kelak bila mana kita nak menghadapi peperiksaan mula lah nak gelabah membaca semua benda sedangkan kita boleh mengurangkan beban dengan memahami perkara-perkara yang mudah  itu terlebih dahulu.. hah..! kan dah susah.. sebab tu lah jangan sesekali memandang sesuatu perkara itu dengan perkara yang mudah..

pandangan ALLAH vs pandangan manusia.. 

biasalah kan, dalam dunia ni kita selalu nak nampak cantik depan orang lain.. kadang-kadang tu sanggup berhabis duit semata-mata nak dapatkan pujian dan jelingan orang.. pantang nampak orang lain lebih, mesti cemburu.. dia pun nak lebih juga.. hu3.. x salah kalau nak bergaya, tapi kena tahu batasnya.. jangan sampai nak nampak cantik depan manusia, tapi depan ALLAH dihina.. hu3.. itu ke yang kita nak kan..? gembira ke kita bila hidup ni tak diberkati ALLAH.. cuba fikir-fikirkan..
manusia oh manusia.. apa salahnya kalau tutup aurat.. sekarang ni pun mirul tengok ada je pakaian muslimah yang cantik-cantik dan yang paling penting labuh dan menutup aurat.. x jarang dan x menampakkan tubuh korang.. cantik je dorang pakai.. sejuk je mata ni.. :) dan bukan setakat mirul je suka, ALLAH lagi suka bila hamba-Nya menutup aurat.. menjaga batasan.. kan elok di sisi ALLAH.. :) 

lelaki pun sama.. jangan asyik nak kutuk-kutuk kaum hawa je sedangkan korang pun sama je.. kadang-kadang tu mirul tengok masa main bola, x pun masa main futsal ramai je yang tak pakai seluar panjang.. menampakkan betis korang yang x berapa nak lawa tu.. he3.. apa salahnya kalau pakai seluar panjang kan..? memang nampak pelik tapi nak nampak pelik depan manusia ke nak kena hina depan ALLAH..? kita yang pilih.. dan kita jugak lah yang akan menghadapinya.. jadi berani buat maka berani lah tanggung..  :)

masa untuk berubah..!

dulu mirul juga seorang yang sangat jahil dengan diri sendiri.. ingat lagi masa sekolah asrama dulu, mirul solat sebab takut kena rotan dengan warden.. bila masa dekat rumah solat sebab takut dengan mak.. hurmm.. mungkin sebab tu x pernah rasa indahnya beribadah sebab selalu buat bukan kerana ALLAH.. lama-lama mirul sedar.. sampai bila kita nak buat kerana orang lain, bukan kerana ALLAH.. dan akhirnya setelah lama mencari, mirul jumpa juga sesuatu yang mirul hilang.. hidayah ALLAH.. :)
hidayah ALLAH itu hendaklah dicari bukan dinanti.. x salah kan dengan sedikit usaha kita mencari, mana tahu hidayah itu lagi cepat diperolehi.. :) dan berubahlah kerana ALLAH.. jangan berubah kerana orang lain.. sebab bila kita berubah kerana ALLAH, perubahan itu akan menjadi selama-lamanya.. tetapi bila kita berubah kerana ALLAH, dengan niat yang benar-benar ikhlas insyaALLAH ALLAH akan membantu kita.. 

dan mulalah dari dalam.. mula dari sesuatu yang dipanggil hati.. lakukan dengan istiqomah, biarpun sedikit tapi insyaALLAH lama-lama akan menjadi bukit.. kalau dulu kita tak solat, mula lah belajar solat.. kalau dulu solat kerana orang lain, solatlah kerana ALLAH.. dan kalau dulu kita seorang yang jahil, berubahlah demi mencari rahmat ALLAH.. kerana itulah kemanisan dalam bertaubat.. :)

kutukan manusia..

hurmm.. ALLAH akan sentiasa menguji kita.. walhal bila kita betul-betul nak berubah pun ALLAH akan uji kita.. jangan bersedih.. ALLAH menguji kita sebab ALLAH nak lihat betapa ikhlas nya kita berubah.. betul ke kita nak berubah ataupun sekadar kata-kata dusta.. sebab tu lah macam-macam ALLAH datangkan kepada kita sebagai ujian.. jangan berhenti dan mengalah sebab ujian tu sebenarnya tanda ALLAH sayang dekat kita.. :)
dan satu perkara lagi.. jangan hiraukan pandangan orang lain bila kita nak berubah.. sebab pandangan ALLAH lagi penting.. jangan takut pandangan orang bila kita nak berubah sebab bila kita berubah ke arah kebaikan pasti ramai yang akan menerimanya.. walaupun akan ada yang kutuk dan menghina, biarkan.. lama-lama mereka juga akan sedar yang mereka juga perlu berubah.. hu3..

jangan tangguh lagi..!

hidup ini sementara.. sampai bila kita nak hidup dalam kesesatan... berubahlah.. perlahan-lahan, mana tahu lama-lama kita juga akan menjadi hamba-Nya yang dikasihi.. :) dan berubah bukan lah bermaksud kita kena tinggalkan semua kehidupan yang kita ada sekarang.. tak..! berubah untuk menjadi yang lebih baik.. amar makruf, nahi mungkar.. berbuat kebaikan dan meninggalkan keburukan... kalau rasa benda yang kita buat tu salah, maka jauhi lah ia... kalau betul dan bermanfaat, teruskan.. insyaALLAH anda boleh..!
hu3.. semoga apa yang mirul tulis ni sedikit sebanyak membantu korang.. mirul ni bukanlah orang yang alim, pakai serban dan berjubah.. tapi x salah kalau memperingatkan.. sebab manusia ni sering alpa, mirul juga.. sebab tu bila mirul mengingatkan orang, mirul harap mirul juga akan mengingatkan diri sendiri.. semoga bermanfaat ya.. kalau rasa benda ni berfaedah, bolehlah kongsi kan kepada kawan-kawan.. x salah buat kebaikan.. malah dapat pahala lagi.. insyaALLAH.. 

okey..! jumpa lagi dalam entry seterusnya.. mirul nak makan.. ha3.. assalamualaikum semua.. :)
selamat beramal..


Read more...

Ahad, 22 Januari 2012

SuRaT buAt Ex-Ro0mAtE..!


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
salam.. jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. :)
okey..! bermula cuti sem selama sebulan ni bermaksud bermula lah aktiviti-aktiviti mirul macam biasa..
mengemas rumah.. basuh baju.. masak.. ambil adik balik sekolah.. online 24 jam dan yang paling penting dapat update blog selalu.. ha3.. mak mirul memang gembira lah bila mirul balik.. sebab x payah lah mak mirul nak penat2 buat kerja rumah bila mirul ada.. kesian dia kan... hu3..
sepanjang 5 bulan berada di bumi ALLAH di tempat orang, macam-macam ujian datang.. dah nama pun ujian kan, mesti ada yang best dan mesti ada yang kurang best.. macam mana tak best pun ujian tu, nak tak nak kita sebagai hamba ALLAH kena terima juga.. sebab dengan ujian ni lah kita dapat menguji setinggi mana tahap iman kita kepada ALLAH.. :)

banyak sangat cerita yang mirul nak kongsi dekat sini, tapi rasanya biarlah satu persatu.. kalau sempat mirul tulis semua yang mirul alami sebelum cuti semesta habis, insyaALLAH korang akan faham apa yang mirul rasa.. :) tapi kalau x sempat biarlah masa yang menentukan ya.. he3..


okey..! mirul nak kongsi dengan korang semua tentang satu perkara.. pengalaman ni mirul pernah alami dulu masa dekat matrik, dan kali ni terjadi sekali lagi.. seseorang yang mirul sayang telah pergi, tapi bukan untuk selama-lamanya sebab kami hanya berpisah tempat.. mungkin rezeki untuk dia bukan di sini.. mungkin di sesuatu tempat yang ALLAH dah rancangkan yang terbaik untuk dia.. insyaALLAH.  :)

SuRat bUaT Ex-rOOmAtKu..  ^^

salam hairi.. :) sihat..? dah2, jangan sedih-sedih lagi ok.. kami dekat sini walaupun masih merasai ketiadaan kau dekat, tapi kami tabahkan juga.. nak buat macam mana, dah ALLAH takdirkan kau untuk sambung di tempat lain.. hu3.. untunglah kan dapat belajar dekat tempat lain.. tempat yang jauh lebih baik dari sekarang ni.. he3.. cuma aku harap dekat mana pun kau berada, jangan lupa ALLAH sebab dia je lah yang boleh bantu kita dalam keadaan senang dan susah.. :)

hairi..
maaf ea kalau selama aku jadi roomate kau, banyak benda yang aku buat sehingga kau x selesa.. hu3.. kaang-kadang apa yang kita buat dalam kehidupan seharian ni kita tak sedar sama ada betul ke salah.. sehinggalah ada seseorang yang datang dan bagitahu yang kita buat perkara yang salah.. hu3.. macam tu juga lah bila kita tinggal satu bilik, kadang-kadang dalam kesenyapan kau ada perkara yang buat kau x selesa.. mana lah tau kan.. aku minta maaf sangat-sangat ye..  :( macam tu juga dengan helmi dan kawan-kawan kita yang lain.. hu3..

hairi..
ingat lagi masa pertama kali kita bersua dalam bilik B3.2.. masa tu kau dan aku masing-masing x mengenali sesama sendiri kan.. he3.. bila ingat kembali detik tu memang kelakar gila.. masa tu juga, aku dan kau dah janji nak tinggal sama-sama dalam bilik tu.. tak nak pindah.. ha3.. aku janji akan ajar kau sebab kau x ada basic akaun, aku ada.. tapi bila masa berlalu, jarang sekali aku ajar kau.. malah boleh dikira dengan jari berapa banyak kali aku ajar.. hu3.. maaf sangat-sangat hairi.. mungkin salah aku juga kot sebab biarkan kau  bersendirin meredah kesengsaraan ni.. :( maaf.. maaf..

hairi..
dekat mana pun kau berada, ingatlah yang kami selalu doakan kejayaan kau.. sekarang ni tinggal usaha dan istihar kau je untuk berjaya atau tak.. ala, soal kawan tu boleh selesaikan bila kau masuk sana nanti k.. dan jangan lupa kami pula di sini.. :) nanti kalau ada masa jemput-jemput lah datang ke teratak buruk kami tu.. dekat je kan.. mana tau rindu kami.. he3.. kalau x pun mesej je ustaz k, dia sedih gila kau x ada.. nampak lah yang dia sangat merasai ketiadaan kau kat sini.. hurmm..

hairi, akhir kata dari aku dekat mana pun kita berada jangan mengalah dalam mengejar cita-cita.. kadang-kadang x semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan sebab mungkin ALLAH dah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk kita.. :) walau di mana pun kau berada ingat, kita masih mendongak ke atas langit yang sama.. berpijak di tanah milik ALLAH yang sama dan kita masih menghirup udara yang sama.. mungkin yang membezakan ialah tempat dan keadaan kita.. tapi jangan risau sebab pasti ALLAH akan hadirkan seseorang untuk kau dekat sana.. insyaALLAH.. :)


never give up..! apa-apa hal mesej aku k.. yang penting kita akan tetap jadi kawan.. :D insyaALLAH.. amin..~



Read more...

Sabtu, 14 Januari 2012

HaTiMu-hATIKu : saHaBaT..!


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.  :)
okey..! dah lama x menaip, banyak cerita ingin dikongsi.. ada suka dan ada juga duka.. namun biarlah ia tenang dahulu agar segala-galanya pulih seperti biasa.. insyaALLAH..  :)
okey..! berbalik kepada tajuk entry kali ni "Hatimu-Hatiku : Sahabat", mirul nak kongsi dengan korang semua tentang cara-cara nak menghargai sahabat kita.. mirul ni bukanlah orang yang pakar dalam menjaga hati sahabat ataupun pakar motivasi, tetapi tak salah rasanya kalau ilmu yang kita ada ni kita kongsi-kongsikan agar sama-sama dapat manfaatnya..  :)

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

kenali sahabat kita..
dalam hidup ni, ALLAH akan hadirkan pelbagai jenis manusia dalam hidup kita.. kadang-kadang tu ada yang menyakitkan hati, ada yang buat kita tersenyum-senyum dan ada jugak yang selalu buat kita terfikir, kenapa ALLAH hadirkan dia dalam hidup ni..  :) dan percayalah bahawa siapa pun dia, pasti ALLAH dah aturkan sesuatu untuk kita dan dia.. hu3.. tapi sebenarnya siapa dia sahabat kita..?
sahabat ialah seseorang yang sentiasa bersama dengan kita di waktu senang mahupun susah.. seseorang yang kita rapat selepas keluarga kita.. seorang sahabat mampu buat kita tersenyum dan selesa untuk bercerita segala masalah.. dan seorang sahabat juga sentiasa ada bila kita perlukan seseorang untuk dijadiakan tempat bercerita..  :) jadi sebagai seorang sahabat, kita juga perlulah memastikan bahawa setiap apa yang kita lakukan, yang kita cakapkan menjaga perasaan sahabat kita supaya sama-sama gembira dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang  penuh cabaran ni..

hargai sahabat anda..
 bisalah kan, dalam hidup ni kita kadang-kadang x sedar yang kita dah sakitkan hati orang.. dan yang paling takut, kita dah saktikan hati sahabat kita sendiri..  :(   sedangkan lidah lagikan tergigit, ini lagilah dengan orang lain.. tapi percayalah yang seorang sahabat yang baik pasti akan memahami setiap apa yang kita lakuakan, x kira lah benda tu sakitkan hati dia ke tak sebab sahabat yang baik sentiasa memahami hati sahabatnya yang lain.. insyaALLAH.. :)

dan dalam persahabat, ada beberapa perkara yang perlu kita titik beratkan.. antaranya :

kepercayaan..
tak ada satu perkara pun yang boleh buat kawan kita gembira selain daripada kita memberikan sepenuh kepercayaan kita kepada dia.. percaya bererti kita sentiasa jujur dalam setiap hal.. memanglah kadang-kadang tu perlu ada rahsia antara sahabat tetapi dalam beberapa hal juga, kita perlulah bersikap jujur.. sahabat yang baik sentiasa ada bila kita memerlukan dia.. dan sahabat yang baik juga akan sentiasa menyimpan segala rahsia yang kita kongsi bersama..

percakapan..
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.. macam tu juga lah dalam persahabatan.. kadang-kadang apa yang kita katakan tu sedikit sebanyak akan buat sahabat kita tu terasa.. mula-mula memanglah tak apa tapi kalau dah selalu sangat siapa yang boleh tahan kan.. sebab tu lah dengan siapa pun kita nak bercakap, fikir dahulu apa yang hendak diperkatakan.. jangan terlalu ikutkan perasaan sehingga ada yang terluka..

mohon maaf..
manusia tidak akan dapat lari daripada membuat kesalahan, oleh itu selalulah memohon maaf kepada sahabat kita kerana kadang-kala kita x sedar yang kita telah menyakitkan hati dia.. memohon maaf bukanlah susah tetapi percayalah, ramai di antara kita yang susah sangat-sangat nak minta maaf apabila melakukan kesalahan.. maka mohon lah maaf, supaya setiap kali kita melakukan kesalahan sahabat kita akan memaafkan kesalahan itu..

husnuzon..
bersangka baik.. :) dalam persahabat, akan ada banyak perkara yang akan menggugat dan mengancam persahabat kita.. syaitan tu x akan pernah duduk diam melihat kita dan sahabat kita gembira bersama.. pasti akan ada bisikan-bisikan yang membuatkan hati kita ni kadang-kala terasa dan mula berfikiran negatif tentang percakapan dan perbuatan sahabat kita tu.. husnuzon.. husnuzon.. :)

menegur..
sahabat yang baik sering menegur kesalahan yang dilakukan oleh sahabatnya itu.. menegur ada caranya, tapi jangan sampai kesalahan sahabat kita itu memakan diri dia.. menegur dengan niat baik, insyaALLAH seorang sahabat yang baik juga akan sering bersedia menerima teguran sahabat nya.. :)

sebenarnya banyak perkara lagi yang perlu kita titik beratkan dalam persahabatan.. kalau nak cerita pun sampai esok entry ni tak ter-publish.. he3.. apa-apa pun pilihlah kawan yang boleh membawa kita ke jalan ALLAH.. yang sentiasa mengingatkan kita tentang perkara-perkara berfaedah.. 

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: 
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”


sebab tu lah bukan perkara yang mudah untuk kita memilih sahabat sebab mencari sahabat sejati 
bukan lah perkara mudah.. semoga kita semua mendapat sahabat yang benar-benar sejati dan menjadi teman sehingga ke jannah-NYA.. insyaALLAH..amin..  :)




Read more...