expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Rabu, 5 September 2012

UniMAP bukan UniMAD..! please take note..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa, jawab dapat pahala.. insyaALLAH..
sebenarnya dah hampir sebulan mirul x update, bukan sebab x ada idea atau bahan tapi rasa nak update blog dah semakin berkurang.. mungkin dah tua kot.. hahaha.. xD

tapi hari ni nafsu untuk update blog memuncak-muncak.. rasa gatal je tangan ni nak tekan-tekan huruf dekat keyboard ni.. ini semua gara-gara entry yang ditulis oleh seorang blogger lah ni.. aku rasa kalau dia x buat entry tu, entah bila baru akan update blog.. hew hew hew.. xD

sebelum layar saya labuhkan, sebelum sampan saya turunkan elok kiranya di sini mirul memperjelaskan dekat kalian semua bahawa entry ni mirul buat bukan untuk memaki, bukan untuk menjatuhkan mahupun untuk membengangkan blogger tersebut.. mirul nak dia faham situasi sebenar supaya lepas ni dia faham apa erti sebenar HORMAT, SABAR dan SYUKUR..


tajuk yang atas ini merupakan tajuk entry blogger tersebut sebelum dia menukarkan kepada yang bawah ni


the worst registration ever..? maksudnya UniMAP punya sesi pendaftaran ni paling teruk antara yang paling teruk..? bak kata kawan mirul, dia tu macam dah pergi dekat semua U je, sampai dia tahu U mana paling paling teruk.. menyakitkan hati betul kan.. hurmm..

dia ingat dia sorang je ke yang datang dari jauh.. kalau mirul x silap, dia ni datang dari KL je pun.. masih ada ibu bapa yang datang lagi jauh dari dia.. adat lah kalau daftar sampai berjam-jam, bukan adik dia sorang je yang nak daftar.. ada lagi beribu-ribu orang yang nak daftar.. sabar lah sikit.. lagi satu, soal taklimat tu, ingat pihak U suka-suka ke nak buat taklimat tu kalau x penting..? ingat pihak U ni x ada kerja lain nak buat daripada duk ceramah depa IbuBapa yang entah berapa kerat je yang dengar..? fikir-fikir ka lah ye..

ni lagi satu masalah yang mirul rasa bengan nak jawab.. bukan nya U x ada sediakan asrama pun kan untuk adik dia, yang dia nak kecoh-kecoh tu kenapa..? untuk makluman pihak "CIK AKAK" sekalian, kampus utama yang dekat pauh tu pun belum siap sepenuhnya.. kami pelajar tahun kedua ni pun x merasa lagi belajar dekat sana, x kan lah baru-baru masuk dah demand nak dekat kampus utama.. kalau nak jugak asrama dekat kampus utama tu pergi lah dekat tapak pembinaan tu, buat khemah sendiri ke.. puas hati..!

ni lagi satu masalah yang mirul rasa macam nak tembak-tembak je "CIK AKAK" ni.. dia mengharapkan rumah yang adik dia duduk tu macam rumah mak bapak dia ke..? bersih, x berhabuk, x kotor, lengkap sofa, meja makan, aircond tu semua..? wei, sedar lah, adik hang tu nak masuk U dah, dah besar.. x ka lah nak kemas rumah sendiri pun x reti.. ke nak upah pembantu rumah dekat sana, jaga kebersihan rumah tu 24 jam..? hurmm.. 

dulu masa mirul dengan kawan-kawan daftar pun sama jugak.. tapi bagi mirul x de lah seperti yang digambarkan oleh "CIK AKAK" ni.. normal lah rumah kena tinggal 3 bulan berhabuk kan..? faham-faham sendiri lah nak kemas.. ni lah susahnya kalau orang yang duduk rumah goyang kaki je.. semua tukang gaji buatkan.. baru kotor sikit dah complain bagai.. x bersyukur.. kalau betul berhabuk kenapa x snap je gambar..? ke x da bukti "CIK AKAK" oi..? grrrr...!

dan ini lagi satu blogger yang mirul pun x faham apa motif dia tulis macam ni.. masalahnya dia ni dah melampau.. sampai tulis UniMAD bagai.. huhuhu.. ini melibatkan Universiti mirul, x kan nak suruh mirul duduk diam je kan.. hurmm.. secara logik jika dia membandingkan sesi pendaftaran U dengan sesi pendaftaran tadika, adil atau tak..? mirul malas nak maki-maki sebab mirul masih boleh sabar lagi..

mirul x nak lah sentuh soal anak dia tu bekas pelajar MRSM ke, bekas pelajar Matrikulasi ke sebab mirul pun bekas pelajar tempat-tempat tersebut.. ni mesti kes mak ayah yang bangga sangat dengan anak tapi sebenarnya habuk pun x ada..kalau betul anak kau bagus, anak kau pandai, anak kau bekas pelajar MRSM kenapa masuk UniMAP..? kenapa x pergi luar negara ke, pergi U yang terbaek ke..? sedar lah wei, seburuk-buruk UniMAP, U ni jugak lah yang terima anak kau tu.. entah berapa pointer nak kecoh.. grrr..

apa-apa pun bagi mirul masalah-masalah ni berpunca daripada beberapa perkara.. 

1. masalah dokumen yang x lengkap.. dulu masa mirul daftar pun mirul ambil masa yang sangat lama gara-gara terlupa nak buat salinan slip MUET.. mak disebabkan tu lah mirul terpaksa beratur lama sehingga berjam-jam untuk membuat satu salinan je.. jadi mungkin ni antara masalah utama, kenapa pelajar ambil masa yang lama untuk mendaftar.. kalau lengkap mirul rasa x ada masalah.. kan2..?

2. ramai Ibu Bapa merungut sebab jalan raya yang sangat sesak.. bagi mirul masalah ni x akan timbul kalau semua pelajar gunakan bas untuk ke kolej kediaman tu.. kan dah disediakan bas supaya x de lah semua kereta menuju ke sana.. lagi satu masalah ialah bila yang daftar nya seorang je, tapi yang datang satu keluarga besar.. x salah nak bawak keluarga, tapi kalau dalam keadaan sesak tu x payah lah pergi.. lepas semua pelajar dah daftar masuk nak pergi tu pergi lah.. hu3..

jalan dekat Wang Ulu tu bukan nya besar, tu jalan kampung je pun.. memang akan sesak lah kan kalau semua kereta nak parking dekat sana.. beribu kereta nak amsuk dekat tempat yang kecik, dekat mana pun akan sesak, bukan dekat UniMAP je.. huk3..

apa-apa pun mirul memang geram gila lah dekat orang-orang yang perangai nya macam ni.. semua orang yang daftar pun rasa benda yang sama, jadi x payahlah nak kutuk-kutuk U kami ni macam tu sekali.. sejujurnya mirul sayang UniMAP sebab dekat sini lah tempat mirul dan kawan-kawan belajar.. dekat sini lah mirul ketawa, menangis dan berkongsi pengalaman semua.. jadi jagalah adab nak menegur tu.. kan ada banyak saluran yang baik dan betul untuk korang buat aduan, jangan lah x uas hati sikit nak tulis dekat Blog..

dan buat pengetahuan kalian-kalian semua, UniMAP ni x ada lah seburuk yang mereka-mereka ni sangka.. bagi mirul setiap U mesti ada kelemahan sendiri, begitu juga UniMAP.. tapi kami semua sedang memperbaiki semua tu.. x kan lah siap-siap terus nak sempurna kan.. fikir logik lah ye.. dan soal kampus tu jauh dari kolej kediaman tu bukan satu masalah besar sebab mirul ni dah setahun belajar, x ada masalah pun nak ke tempat belajar.. kan ada bas disediakan.. x payah risau,, bukan kena jalan kaki pun nak ke dewan kuliah..!

akhir kata dari diri yang banyak kelemahan ni, mirul nak mintak maaf lah ye kalau ada pihak yang terasa.. mirul tulis bukan nak memalukan, tapi nak menjelaskan agar nama UniMAP tak tercalar.. mirul rasa pun kalau korang berada dekat tempat mirul ni korang akan buat benda yang sama.. siapa suka kan rumah kita sendiri kena conteng dengana arang.. hu3.. apa-apa pun sedarlah yang seburuk-buruk UniMAP ni, inilah tempat adik/anak korang menuntut ilmu.. seburuk-buruk UniMAP ni lah yang nak terima adik/anak korang.. jadi SILA BERSYUKUR.. kalau rasa diri tu bersalah, mintak maaf lah secara terbuka.. ingat, adik korang dekat UniMAP, kami ni pun pelajar UniMAP, jaga-jaga.. hahaha (gelak jahat).. xD

dekat sini mirul nak tunjukkan lah sedikit view kolej kediaman UniMAP tempat mirul tinggal.. xD
enjoy ya..!





best x..? he3.. ni lah view UniMAP.. sangat cantik..  <3 UniMAP..
wasalam..~

Read more...

Khamis, 16 Ogos 2012

Majlis Graduasi Ramadhan..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^\/
alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya nmasih lagi dapat kita hidup di muka bumi ini.. jangan pernah sesekali pun kita lupa untuk bersyukur sebab ALLAH x pernah pun lupa untuk hidup kan kita setiap hari.. kan-kan..?
insyaALLAH sabtu ini semua umat Islam akan bergraduasi secara serentak dari Universiti of Ramadhan.. majlis graduasi nya akan dijalankan bermula pada hari ahad ini 1 Syawal bersamaan 19 Ogos 2012.. alhamdulillah.. setelah sebulan kita sebagai mahasiswa-mahasiswi bertungkus-lumus berusaha untuk mendapatkan pointer yang terbaik, kini kita telah tiba di penghujungnya..

ada mahasiawa/i yang pasti gembira kerana berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dengan mengekalkan pointer mereka di tahap yang terbaik.. x kurang juga ada yang gembira kerana mereka berjaya menaikkan pointer mereka berbanding sem Ramadhan yang lepas.. ada juga yang menangis kerana mendapat poiner yang rendah sekaligus mereka menyesal kerana tidak menggunakan masa sebulan yang ada sebaik mungkin..
itu lumrah.. walaupun telah banyak kali diberitahu dan diingatkan kepada semua mahasiswa/i bahawa gunakan kesempatan yang ada ini untuk mengaut segala peluang yang ada, tetapi masih ramai lagi yang mengendahkan peringatan itu.. maka jika akhirnya, keputusan tidak menyebelahi mereka jangan nak disalahkan sesiapa.. peringatan telah diberikan..  :)

tapi suka pihak pentadbiran ingatkan bahawa jika mahu pointer yang baik, jangan lah hanya belajar ketika mahu menghadapi peperiksaan.. kena Istiqomah.. setahun ada 12 sem, jangan hanya berbuat amal kebaikan di sem Ramadhan je.. Istiqomah dalam setiap sem.. baru lah nanti akhirnya keputusan itu sangat cemerlang..

apa-apa pun sem Ramadhan pun dah lepas.. tinggal beberapa hari je lagi bakinya.. jadi jangan lepaskan peluang yang ada ni untuk tambah kan lagi pointer kita.. jangan sibuk nak sambut sem Syawal sampai kan sem Ramadhan ni kita tinggalkan.. nanti menyesal baru tahu.. kalau jumpa lagi x apa, kalau x jumpa, kan dah rugi kan kita lepaskan peluang macam tu je..  ^^ selamat beramal..wasalam..

natijahnya : bulan Ramadhan ni datang setahun sekali je.. mungkin tahun ni kita masih jumpa Ramadhan dalam keadaan kita masih bernyawa, sihat walafiat.. tapi untuk tahun-tahun yang akan datang x siapa yang tahu kan.. memang kita selalu doa supaya di panjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, tapi semua tu ditangan ALLAH.. kita merancang, ALLAH pun merancang.. jadikan Ramdahn sebagai satu titik permulaan untuk kita berubah ke arah kebaikan.. kekalkan, istiqomah..! semoga ALLAH terus memberi kita hidayah. amin.. salam aidilfitri..  maag zahir dan batin..  :)




Read more...

Sabtu, 11 Ogos 2012

Pengalaman Ramadhan..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^^\/
hari ni dah masuk hari ke 22 kita berpuasa.. alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat dekat ALLAH kerana masih diberi peluang sebegini.. jom berdoa banyak-banyak supaya ALLAH masih memberi kita peluang ni bagi tahun-tahun akan datang.. insyaALLAH.. amin..~

jadi dalam entry kali ini mirul nak berkongsi dengan sahabat semua tentang perangai kita masa kecik-kecik dulu bila Ramadhan tiba.. mirul percaya memang ramai yang selalu buat macam ni masa kecik-kecik dulu... almaklumlah masa kecik dulu mana lah kita faham sangat kan apa tu puasa.. yang kita tahu x boleh makan dan minum.. he3..

antara perangai yang agak selalu mirul buat masa kecik-kecik dulu ialah :

1. mirul suka mansi lama-lama.. lagi-lagi kalau tengahari, memang lama lah mirul mandi.. almaklumlah puasa-puasa ni memang panas, kalau dapat mandi lama-lama kan seronok.. he3..  ^^
2. mirul suka duduk depan peti ais yang pintunya dibuka sikit je.. nanti angin yang sejuk akan kekuar.. he3.. mak mirul paling marah kalau mirul buat macam ni sebab nanti dia cakap peti ais tu akan rosak.. ha3.. tapi kalau dah panas nak buat macam mana kan..  :P
3. kalau mak dah marah sebab buka peti ais lama-lama, mirul akan lari pergi depan untuk cari kipas angin pulak,.. he3.. duduk depan kipas tu, bukak paling kuat dan lama-lama tidur.. he3.. tapi mirul x suka sangat bukak mulut depan kipas sebab nanti mulut akan kering, kemudian haus.. huk..  :(
4. ha3.. ni lagi satu perangai mirul masa kecik-kecik dulu, suka baring dekat lantai / mosaic sebab sejuk.. he3.. dengan x pakai bajunya mirul akan baring dekat lantai tu.. kalau rasa macam dah panas, mirul akan tukar tempat lain pula yang sejuk.. ha3.. lama-lama semua lantai rumah panas.. hwa3..
5. dan yang terakhir, ni perangai mirul masa nak dekat-dekat berbuka.. he3.. duduk depan TV untuk tengok mana-mana cerita kartun yang best.. tapi mirul x suka tengok TV masa nak dekat-dekat berbuka sebab banyak iklan makan, makan, makan.. sampai mirul yang tengok ni pun naik kecor tengok.. he3..
tapi apa-apa pun mirul berjaya menjalani ibadah puasa dengan jayanya.. walaupun mak selalu cakap yang dulu mirul ni macam x tahan je puasa, tapi alhamdulillah berjaya jugak.. bila dah besar ni bila ingat balik perangai masa kecik-kecik dulu memang kelakar.. ha3.. rasa macam "aku ke yang buat macam ni dulu..?" he3.. boleh ketawa sorang-sorang kalau ingat balik..

tapi percaya lah, ni lah kenangan yang sangat seronok yang kita ada kan masa bulan Ramadhan.. budak sekarang macam dah x lalui benda-benda macam ni.. huurmm.. apa-apa pun selamat berpuasa semua.. kalau sahabat semua ada perangai masa kecik-kecik dulu yang lain dari mirul ce komen sikit.. mana tahu mirul terlupa perangai mirul dulu.. he3.. wasalam..~




Read more...

Rabu, 8 Ogos 2012

Syaitan dan Ramadhan..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^\/
okey..! alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya masih lagi kita semua berpeluang untuk bernafas di muka bumi ini.. jadi gunakan peluang ini untuk menebus segala kesilapan diri, bukan makin menambahkan dosa yang sedia ada tau..!

jadi hari ni mirul nak berkongsi sedikit persoalan yang sering kali bermain di dalam fikiran kita ni.. almaklumlah, ramai yang tahu jawapannya tapi x ramai yang tahu nak terangkannya.. mirul pun sebenarnya x tahu macam mana nak terangkan tapi mirul cuba juga.. mungkin ini hasilnya..

pada suatu hari...


ramai yang tanya kenapa bulan Ramadhan ni masih lagi yang buat jahat, buat dosa dan sebagainya.. jadi inilah jawapannya.. jadi sama-sama lah kita memuhasabah diri kita.. adakah selama ini kita menjadi hamba kepada suruhan syaitan ataupun menjadi hamba yang mencintai ALLAH dengan sepenuh hati.. hanya kita dengan ALLAH je yang tahu siapa diri kita yang sebenar.. jadi x perlu lah nak menipu diri lagi.. semoga kita bersama-sama menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai titik permulaan kepada perubahan ini.. insyaALLAH.. amin..  :)

wasalam..~

Read more...